Utama Blog Halaman 807

Maxis Lancar AR Pertama Guna Teknologi 5G

Maxis dan aquaria KLCC berkolaborasi melancarkan pengalaman realiti terimbuh 5G dengan kehidupan marin.

MAXIS melancarkan pengalaman realiti terimbuh (AR) pertama Malaysia melalui kehidupan marin dengan kolaborasi akuarium terbesar di Malaysia, aquariaKLCC.

Untuk beberapa bulan akan datang ini, pengunjung boleh meneroka dasar laut sambil mengalami manfaat teknologi 5G untuk pengalaman yang lebih imersif dalam meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan laut.

Kes gunaan aquariaKLCC adalah sebahagian daripada Projek Demonstrasi 5G Malaysia yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini dalam usaha untuk memudah, membangun dan memupuk kes gunaan 5G dalam persekitaran hidup terkawal.

Al-Ishsal Ishak, Pengerusi MCMC turut hadir pada pelancaran tersebut.

“5G adalah rangkaian yang bakal mengupaya penyelesaian pintar masa depan, dan mengubah cara kita berkomunikasi dan mengalami sesuatu perkara secara dramatik. Walaupun masih dalam peringkat eksperimentasi, kami amat teruja dengan potensi teknologi baru tersebut.

“Melalui pengalaman ini, kami berharap dapat meningkatkan kefahaman tentang teknologi 5G melalui pendidikan yang seronok dan mendalam,” kata Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi dan Informasi, Maxis.

“Sebagai akuarium terbesar di Malaysia, kami memberi pengunjung sebuah pengalaman penerokaan kepelbagaian biosfera tempatan dan luar negara. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Maxis untuk membawa pengalaman realiti terimbuh (AR) pertama di Malaysia.

“Kami berharap, dengan pengalaman ini, para pengunjung tertarik dengan impak teknologi dan kepentingan menjaga kebersihan laut,” kata Dato’ Simon Foong, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Aquawalk Sdn Bhd.

Maxis tetap komited untuk memberikan inovasi 5G terbaik yang mampu memberi manfaat kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia. Pada masa yang sama, Maxis melancarkan beberapa demonstrasi lain di seluruh negara.

Pameran di aquariaKLCC akan menjadi demo kes gunaan 5G ketiga, berikutan pameran Putrajaya pada bulan April dan IDEC di Kuching pada bulan Julai 2019. Lebih banyak kes gunaan dijangka akan dilancarkan termasuklah di Langkawi dan Gamuda Cove.

Pelajar Tahfiz Dinasihatkan Sentiasa Menjadikan Agama Sebagai Panduan Hidup

NGO Antarabangsa yang diterajui Pengerusinya, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican menasihatkan para pelajar tahfiz khususnya agar tindakan membuli pelajar junior tidak dijadikan sebagai satu amalan ketika menghuni di asrama.

Mustapha berkata, mereka harus menjaga adab ketika menuntut ilmu agama dengan membimbing pelajar junior yang dianggap sebagai adik dan menjaga batas pergaulan supaya tidak timbul perselisihan faham yang akan hanya merugikan masa depan mereka kelak.

“Kita harus belajar agama Islam bersungguh-sungguh dan bimbing adik-adik kita yang baru masuk tahfiz ini. Pelajar senior kena anggap mereka sebagai abang kepada pelajar baru dan berkongsikan pengalaman bukannya kekerasan.

“Selain itu, saya juga mahu semua pelajar seharusnya berani melaporkan apa-apa yang dibuat oleh guru- guru diluar dari kebiasaan dengan melaporkannya kepada ibu bapa, rakan dan pihak berkuasa tempatan,” katanya ketika mengadakan lawatan melihat projek pembinaan Maahad Tahfiz Al Quran Al Badr di Labuan, Sabah baru-baru ini.

Mustapha berkata, ibu bapa juga disarankan melawat anak-anak mereka dengan kerap dan sering berkomunikasi sama ada menerusi panggilan telefon atau WhatsApp.

Mustapha (dua dari kiri) bergambar dihadapan sekolah Tahfiz di Kg Lubok Temiang Labuan, Sabah

Dalam lawatan ringkas itu, Dr Mustapha turut mengadakan pertemuan dengan 90 pelajar maahad tahfiz berkenaan yang dibina diatas tanah seluas satu ekar setengah di Kg Lubok Temiang Labuan.

Sementara itu, Mudir yang juga Pengetua Pusat tahfiz berkenaan, Ustaz Mohamad Abdullah berkata, Dr Mustapha adalah seorang yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan termasuk terbabit dengan pembinaan masjid, surau dan sekolah tahfiz serta lain-lain aktiviti kebajikan.

“Kami semua amat terharu dengan sikap dan kesungguhan beliau datang ke sini semata-mata melihat perkembangan projek pembinaan Maahad Tahfiz ini.

“Justeru, kita harap maahad tahfiz ini dapat disiapkan secepat mungkin selepas kemasukan bekalan elektrik dan air. Beliau juga mahu semua guru-guru yang mengajar mestilah yang berwibawa, memegang amanah, menjaga kebajikan pelajar dan keselamatan.

“Sekiranya ada guru-guru yang mengambil kesempatan kepada para pelajar, guru tersebut sewajarnya dikena tindakan yang berat,” katanya.

Dr Mustapha berkata, pembukaan maahad tahfiz kelak akan dapat dimanfaatkan bagi anak-anak penduduk Labuan kerana kedudukan tahfiz ini amat cantik berhampiran laut dan proses menyaluran bekalan elektrik serta keperluan lain perlu disegerakan kerana tahfiz itu berdaftar manakala bangunan itu sudah lulus daripada segi keselamatan oleh pihak bomba.

“Maahad Tahfiz ini dijangka beroperasi pada awal tahun depan selepas proses kemasukan bekalan elektrik dan air serta peralatan lain. Justeru, semua pihak perlulah membantu mana yang boleh bagi mempercepatkan proses pemindahan pelajar-pelajar ini dari rumah tumpangan kepada penempatan sendiri,” katanya.

KlasJet Releases A Sneak Peak Of Its Newest Boeing 737-VIP Aircraft

KlasJet, a European private and business charter carrier, continues to expand rapidly and provides an exceptional customer experience.

The company added another luxurious Boeing 737-VIP aircraft to its large fleet that will be used for VIP group transportation, sports teams, celebrity, corporative, government flights and VIP tours.

Just like other KlasJet aircraft, the jet stands out with elegant design and was specifically made to accommodate the clients’ needs.

The new addition to the fleet is another big step forward for the company – KlasJet now owns the biggest fleet of Boeing 737-VIP aircraft in Europe. The recently designed Boeing 737-VIP LY-CHF is dedicated to a newly acquired sister company – Chapman Freeborn, a worldwide market leader for aircraft charter solutions.

Having a big variety of uniquely designed jets allows the customers to choose a luxurious aircraft according to their needs and provides the flexibility of having a flight available whenever the client needs it, wherever.

“Every client is different and so are our aircraft. We aim to offer a service and design that stand out to make our clients feel special,” said Rita Domkute, CEO of KlasJet. “We designed our new Boeing 737-VIP to meet our clients’ needs and help us to continue growing.

The new aircraft will allow us cater to existing clients while also attracting new customers, who will love the unique service we can offer.”

KlasJet is also part of Avia Solutions Group – the largest aerospace service company in central and Eastern Europe.

Operating a fleet of uniquely designed jets, the company provides comfort, highest level service and attention to detail from the ground up. Focusing strongly on client needs, KlasJet commits to safe and worry-free luxury flights.

Microsoft Launches First Experience Center Worldwide For Asia Pacific In Singapore

Microsoft has also reimagined the future of work by creating a blueprint for productivity, efficiency, accessibility, flexibility and collaboration for organizations in the region.

IN a world where we can expect more than 40 billion devices generating nearly 80 zettabytes (ZB) of data by 2025, organizations and industries will need to quickly adopt new technologies and build technological capabilities that will enable them to flourish in an innovation-led, cloud first, artificial intelligence focused future.

That is the impetus to create a comprehensive and immersive technology experience for businesses in Asia Pacific, to help them immediately visualize, learn and adopt innovations for their digital and cultural transformation journeys.

Located within the new regional headquarters for Microsoft at Frasers Tower in Singapore, The Experience Center Asia showcases a confluence of technology and partners, to empower every organization in every industry to digitalize, disrupt, innovate and transform.

“We believe every company will become a software company as digital transformation and tech intensity becomes pervasive in every organization.

The Experience Center Asia allows businesses in Asia Pacific to learn about the urgency with which they need to embrace this transformation, and explore our extensive portfolio of industry solutions which showcase what’s immediately available and possible by partnering with Microsoft,” said Andrea Della Mattea, President for Microsoft in Asia Pacific.

“Our new regional headquarters is a representation of future workplaces. We provide organizations in the region with a real, working model of what the future of work looks like, based on a foundation of cloud computing, data analytics, artificial intelligence and a culture of transformation.

I’m excited about going into the office, where our colleagues reinforce our mission every single day by creating a culture of safety, wellness, sustainability, accessibility and comradery,” continued Andrea.

The practices within The Experience Center Asia are:

  • The Experience Zone, which showcases immersive demonstrations and current implementations across industry sectors. A team of specialists can take visitors on a customized journey through these experiences that allows them to experience firsthand relevant technology solutions that are unique to their businesses and enables them to envision the art of what’s possible
  • The Microsoft Technology Center (MTC) that provides facility-based technical engagements, enabling customers to focus on their decision process. MTCs bring together the right resources to help customers close deals faster and expand deal size, while increasing customer satisfaction
  • The Cybersecurity center that showcases Microsoft’s threat intelligence analytics, creates awareness about rising cybercrime threats, and increases the understanding of trusted digital platforms and cloud computing
  • The Innovation Factory – where through ideation and hackathons innovative ideas come to life.

“Situated in the heart of Asia Pacific, Singapore is the regional headquarters for many multinational companies, has a powerful ecosystem of entrepreneurs and is an international event destination for industry leading experts along with our strategic partners – the value of having Microsoft’s first Experience Center worldwide in Singapore is to provide organizations with immediate access to a curated experience of innovations and experiences with Microsoft leaders and technology.

Microsoft has always been at the forefront of offering a large portfolio of experiences for our customers, many of whom have been to our Executive Briefing Center in Seattle and are looking for a similar experience close to their business to accelerate time to value,” said Rebecca Hick, Director, Microsoft Experience Center Asia.

HeiTech Perkukuh Kehadiran Di Indonesia-Sedia Bekal Perkhidmatan IT Patuh Syariah

HeiTech Padu Berhad (HeiTech) mengukuhkan kehadiran di Indonesia dengan penubuhan PT Desa Tech Nusantara bagi membekalkan Sistem Koperasi Patuh Syariah Baitulmal Wat Tamwil (BMT) yang kini sedia ditawarkan kepada sektor koperasi di Indonesia.

PT Desa Tech Nusantara, syarikat usahasama (JV) antara HeiTech dan PT Kirana Investama Nusantara berasaskan pegangan 49:51 ditubuhkan dengan tujuan membangun dan membekal Sistem Koperasi BMT untuk digunakan oleh koperasi-koperasi di Indonesia sebagai platform bagi menyokong program nasional Indonesia iaitu Gerakan Desa Emas (GDE).

Matlamat GDE adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dan mempercepatkan pembangunan industri halal dan institusi kewangan Islam khususnya untuk kelestarian ekonomi di kawasan luar bandar.

Majlis Pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MOU) bagi merasmikan kerjasama antara kedua-dua belah pihak diadakan sempena Indonesia Sharia Economic Festival pada 12-16 November di Pusat Konvensyen Jakarta.

HeiTech diwakili oleh Naib Presiden Eksekutif Salmi Nadia Mohd Hilmey manakala PT Kirana Investama Nusantara diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Erick Firmansyah Muftie.

Hadir sama Dato’ Sri Mohd Hilmey Mohd Taib, Presiden/ Timbalan Pengerusi Eksekutif HeiTech dan Dr. Aries Muftie, Pengerusi Gerakan Desa Emas.

Signing on behalf of HeiTech is its Executive Vice President Salmi Nadia Mohd Hilmey and Erick Firmansyah Muftie, CEO of PT Kirana Investama Nusantara witnessed by Dato’ Sri Mohd Hilmey Mohd Taib, HeiTech President and Executive Deputy Chairman and Dr. Aries Muftie, Chairman of Desa Emas Movement

Salmi berkata syarikat usahasama itu kini bersedia menyediakan perkhidmatan kepada semua ahli koperasi seluruh Indonesia dengan pelbagai jenis transaksi yang ditawarkan melalui Sistem Koperasi Patuh Syariah Baitulmal Wat Tamwil.

Peranan HeiTech merangkumi perkhidmatan pembangunan sistem dan aplikasi, pengurusan projek dan penyediaan tenaga pakar.

“HeiTech berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk turut sama membantu merealisasi agenda GDE untuk merangsang pertumbuhan ekonomi melibatkan 74,754 buah kampung di seluruh Indonesia,” katanya.

Dalam program GDE ini, setiap kampung akan diberdayakan untuk menjana ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan, mencipta perdagangan dengan platform yang sistematik dan patuh Syariah. Oleh itu, sistem koperasi BMT akan membantu koperasi di Indonesia menjalankan perniagaan dan transaksi untuk tujuan perdagangan dan perniagaan.

“Ini bukan kali pertama HeiTech meneroka pasaran Indonesia kerana sebelum ini turut membuat pelaburan dalam PT Intercity Kerlipan dan turut terlibat dalam beberapa inisiatif seperti e-KTP dan pusat data,” kata Nadia.

BMT adalah satu sistem yang boleh dipadankan dalam ekosistem koperasi dan mempunyai potensi untuk berkembang dengan pesat kerana koperasi merupakan salah satu kaedah untuk meransang ekonomi di kawasan luar bandar dan penduduk yang tidak mempunyai akses kepada bank.

Indonesia berada di kedudukan teratas di rantau Asia Pasifik dari segi populasi yang tidak mempunyai akses kepada bank di mana satu pertiga daripada 250 juta penduduknya masih berada di luar sistem kewangan konvensional dan tidak mempunyai teknologi untuk mengakses perkhidmatan kewangan asas.

Program ‘Talk Series’ Yayasan Peneraju Dedah Trend Media Digital Masa Kini

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), sebuah agensi yang ditubuhkan untuk terus memperkasakan keupayaan Bumiputera pada Sabtu lalu menganjurkan sesi ceramai santai (Talk Series) khusus kepada penerima faedahnya.

SESI ceramah bertajuk ‘Social Media – Make Or Break You?’ itu dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Alumni Yayasan Peneraju (ShYFT) yang memberi fokus mengenai pengetahuan, kebaikan dan keburukan serta hala tuju kerjaya berteraskan media sosial.

Objektif utama topik itu ialah mendedahkan penerima faedah mengenai trend media digital secara umum di Malaysia, mengenalpasti kuasa dan kepentingan jenama peribadi menerusi sosial media dan menunjukkan kesan media digital kepada kehidupan dalam mempengaruhi orang lain kepada nilai-nilai yang baik.

Melalui Program Peneraju Profesional (pensijilan profesional), Peneraju Skil (pensijilan TVET) dan Peneraju Tunas (program akademik), Yayasan Peneraju menerima cabaran untuk merealisasikan aspirasi bakat-bakat Bumiputera agar dapat meningkatkan daya saing di peringkat global dan seterusnya menguasai ekonomi, selaras dengan arus perdana pembangunan negara.

Sesi ceramah itu menampilkan Nina Sharil Khan, iaitu Pengasas PopCon dan personaliti youtube, Cassidy La Creme sebagai penceramah jemputan yang berkongsi mengenai pengetahuan menyeluruh dalam membina kerjaya serta empayar melalui platform media sosial yang popular pada masa kini.

Dalam konteks kerjaya, Nina turut berkongsi pengalamannya dengan memberi contoh beberapa personaliti yang telah berjaya menjana pendapatan tinggi dalam saluran media sosial seperti Sujimy Mohamad, Makhluk Macho, Ibu Salbiah, Cupcake Aishah, Aida Azira dan ramai lagi.

“Industri pada masa kini bergerak pantas dan kita seharusnya juga harus cepat meneroka cabang baharu dan berani kehadapan untuk seiring dengan peningkatan era media digital.

“Media sosial mampu menjana pendapatan bukan sahaja bagi golongan belia malah golongan berumur, ini adalah cabaran dan peluang baharu dan lebih diminati berbanding media tradisional” katanya.

Cassidy La Creme pula berpendapat program seperti ini adalah sesuai untuk golongan belia menggunakan peluang menerusi ledakan media sosial ke arah yang lebih baik bukan sahaja mencipta populariti positif malah sebagai lapangan menyampaikan info berguna kepada masyarakat.

Sesi ceramah santai anjuran Yayasan Peneraju itu merupakan satu inisiatif untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan dalam memastikan bakat baharu terus berada dalam kapasiti berkualiti, berdaya saing dan efektif.

Ianya merupakan program yang bakal diadakan setiap suku tahunan dalam pelbagai topik berbeza yang sesuai mengikut perkembangan masa kini.

Yayasan Peneraju ditubuhkan pada 2012 dan kini diletakkan di bawah urus tadbir Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Peranan Yayasan Peneraju adalah menyediakan peluang pendidikan berkualiti dan latihan kepada Bumiputera serta memupuk dan membangun bakat Bumiputera ke potensi tertinggi.

Setakat ini, Yayasan Peneraju sudah membiayai lebih 26,000 penerima faedah dan menawarkan lebih 200 program melibatkan pembangunan kemahiran dan profesional.

Bagi 2020, Yayasan Peneraju akan lebih memberi tumpuan terhadap ekonomi digital, kewangan Islam dan teknologi IR4.0 bagi menyokong keperluan negara dalam mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Isuzu D-Max 1.9 Liter Takluki Borneo Safari 2019

Isuzu D-Max yang tidak dapat disangkal sebagai salah satu kenderaan off-road yang paling lasak dan berkeupayaan di dalam cabaran tahunan Borneo Safari tahun ini.

BORNEO Safari merupakan salah satu acara off road yang ekstrem di rantau ini, Isuzu D-Max tentu dapat menarik perhatian sesiapa sahaja dengan kemampuan prestasi off-road yang menyerlah dan konsisten.

Isuzu D-Max terbaru dengan enjin Blue Power 1.9 liter meneruskan tradisi untuk membuktikan bahawa ia mampu mengharungi apa jua cabaran sepanjang tempoh tujuh hari acara itu berlangsung; meredah permukaan jalan yang sukar dan tak menentu.

Isuzu Malaysia diiktiraf sebagai peneraju yang inovatif dan diberikan kepastian dengan Anugerah khas kerana memperkenalkan kapsiti enjin yang paling rendah iaitu 1.9L di dalam acara ini.

Baru sahaja dilancarkan sebulan yang lalu, Isuzu D-Max 1.9 yang menyertai acara ini hanya sempat mencatatkan 200 km pada odometernya, sebelum dipandu untuk meneroka dan meredah permukaan hutan di Sabah sebagai kenderaan pengangkut untuk media dalam acara mencabar yang bermula dan berakhir di Kota Kinabalu.

“Blue Monster” berkenaan hadir dengan kelengkapan standard, selain disesuaikan untuk kegunaan di permukaan ekstrem seperti; ketinggian badannya ditambah untuk membolehkannya menggunakan tayar permukaan lumpur, penyerap hentak larasan panjang, snorkel, winch dan penampan lasak sebegai pelindung ketika dalam permukaan tak menentu ketika di dalam hutan.

“Peminat-peminat off-road faham bahawa keseimbangan antara ketangkasan dan penyaluran kuasa adalah sangat penting ketika berdepan dengan laluan getir di dalam hutan. Dengan hantaran kuasa yang mengagumkan serta padanan transmisi enam-kelajuan, D-Max 1.9-liter Blue Power tidak segan untuk menyerlah di dalam apa jua situasi, walaupun saiz enjinnya yang lebih kecil,” kata Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Mayasuki Suzuki.

Isuzu D-Max 1.9 liter menampilkan enjin 1,898 cc yang mengagumkan yang direka dengan tujuan untuk mempertingkatkan prestasi enjin serta ketahanannya. Ia merangkumi komponen enjin yang lebih ringan yang sekaligus dapat mengurangkan geseran dan tekanan terhadap bahagian-bahagian terlibat.

Sistem pengecas turbo Variable Geometry System (VGS) juga telah diberi kemaskini dan meningkatkan maklumbalas enjin, terutama ketika RPM rendah untuk memberikan respon enjin yang lebih baik kepada pemandu.

 

Jentera ‘Blue Monster’ ini menyertai unit ‘Red Monster’, ‘White Monster’ dan ‘Black Monster’; sebagai sebahagian daripada komitmen Isuzu Malaysia selaku penaja utama acara berkenaan. Wakil media memanfaatkan kenderaan terbabit untuk mendekati aksi-aski yang berlangsung tahun ini.

Isuzu Malaysia telah menjadi penyokong utama acara berkenaan sejak 13 tahun lalu. Borneo Safari dianjurkan secara tahunan sejak 1991.

Celcom Lancar Program Pembangunan Usahawan (VDP) 2.0

Penjenamaan semula VDP untuk mengalakkan inovasi dan mengadaptasi digital IoT dalam kalangan PKS

Celcom Axiata Berhad melancarkan Program Pembangunan Usahawan (VDP) 2.0, sebuah skim baru dalam usaha dan komitmen Celcom yang berterusan untuk menyokong usahawan vendor dalam ekosistemnya, bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing usahawan untuk memenuhi peluang dan cabaran masa depan IR4.0.

Celcom akan memberi tumpuan kepada Pemupukan Inovasi; dengan menyediakan dan memudahcara program-program pembinaan kapasiti, akses kepada dana dan teknologi di samping terus menyokong latihan padanan perniagaan untuk vendor, di dalam dan luar negara.

Celcom telah menyertai VDP sejak 2016 dan sehingga kini mempunyai sebanyak 50 buah syarikat vendor yang menyertai VDP, yang mana dua juara tempatan, dan satu juara serantau telah dilahirkan dan seterusnya dengan harapan untuk melahirkan juara global.

Melalui pelancaran VDP 2.0, Celcom berharap untuk meningkatkan penyertaan vendor usahawan tempatan baru yang berminat untuk menceburi bidang pertumbuhan tinggi dan perusahaan inovatif.

Program VDP 2.0 di bawah Celcom sejajar dengan salah satu teras dalam enam Dasar Keusahawanan Kebangsaan Kerajaan 2030 (DKN2030) iaitu untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui inovasi, yang merupakan sebahagian daripada strategi jangka masa panjang yang direka untuk menetapkan hala tuju keusahawanan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan menjelang 2030.

Berpandukan teras ini, Celcom sedia dalam menggalakkan adaptasi IoT dan digitalisasi, seterusnya menyediakan PKS kearah IR 4.0.

Program VDP 2.0 Celcom telah dilancarkan Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, dalam Program Perkongsian Inovasi Vendor 2019, program keusahawanan dua hari yang menghimpunkan syarikat berkaitan kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, syarikat swasta dan yang memacu Program Pembangunan Vendor, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, program yang dirangka itu dilihat penting oleh Celcom, terutamanya dengan pembangunan semasa landskap ekonomi dan perkembangan pesat digitalisasi pelbagai industri di Malaysia.

Inisiatif ini merupakan salah satu usaha Celcom untuk terus menyumbang dalam memajukan masyarakat dan membina negara, kerana ia bukan sahaja memberi faedah kepada pertumbuhan vendor, malahan turut memberi kesan menyeluruh kepada ekonomi negara.

“VDP 2.0 adalah satu peluang bagi kami untuk membangunkan vendor untuk menjadi juara di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa, dengan menjadikan mereka lebih berdaya saing seterusnya memperkukuh keupayaan mereka ke arah IR4.0. Ini bakal membolehkan mereka untuk lebih bersedia menyertai pasaran yang lebih besar dan memperkembangkan perniagaan mereka,” katanya.

Rangka kerja VDP 2.0 Celcom merangkumi kriteria pemilihan vendor yang dipertingkatkan, di mana penekanan diberikan kepada Kemakmuran Bersama dan keterangkuman, program tamat pengajian untuk vendor sedia ada untuk melaksanakan pendekatan di pelbagai peringkat dan memberi tumpuan kepada ekosistem perniagaan Celcom yang terdiri daripada rangkaian, IoT, perkhidmatan digital dan kandungan.

Bandar Bukit Raja Industrial Gateway Breaks New Ground

Sime Darby Property and partners Mitsui and Mitsubishi Estate, unveil first two tenants of build-to-suit industrial facilities in Bandar Bukit Raja

Sime Darby Property Berhad, Malaysia’s largest developer in terms of land bank and its partners, global trading and investment firm, Mitsui & Co., Ltd. and comprehensive property developer and operator, Mitsubishi Estate Co., Ltd, marked a significant milestone today with a ground-breaking ceremony for build-to-suit (BTS) industrial facilities at Bandar Bukit Raja Industrial Gateway.

The development will be undertaken by its joint venture company, SDMIT Development Sdn Bhd and is spread across 39 acres of prime land amidst a bustling industrial estate within the township of Bandar Bukit Raja. Bandar Bukit Raja Industrial Gateway is a build-to-suit, world-class facility that empowers global supply chain players with competitive advantage.

The first two tenants at Bandar Bukit Raja Industrial Gateway, Leschaco (Malaysia) Sdn. Bhd., a global logistics service provider and Senheng Electric (KL) Sdn Bhd, the leading consumer electronics chain stores in the country, were unveiled during the ceremony witnessed by Dato’ Teng Chang Khim, chairman of Selangor State Investment, Industry and Trade, Small and Medium Industries Committee.

Construction on the BTS facility for Leschaco (Malaysia) Sdn Bhd and Senheng Electric (KL) Sdn Bhd has been planned to begin simultaneously in November 2019. Both facilities have been planned on a combined land area of about 10 acres with build-up area of about 385,000 sq ft.

The build-to-suit facilities are the first-of-its-kind ready supply chain hub, with bespoke Grade A facilities, ready infrastructure that includes water, power supply and telecommunications, and is strategically located amidst Malaysia’s industrial heartland of Bandar Bukit Raja.

They are built to match the customer’s business requirement to realise efficiency of operation, offering flexible spatial designs for high degree of warehouse customisation, long lease options to optimise costs, and implements the latest technology to suit technical and operational needs, fuelling business growth.

Dato’ Wan Hashimi Albakri Wan Ahmad Amin Jaffri, Acting Group Chief Executive Officer of Sime Darby Property Berhad said that tenants have made a fine choice in selecting Bandar Bukit Raja Industrial Gateway to set up operations.

“Bandar Bukit Raja Industrial gateway benefits from being in Selangor, the country’s most industrialised and developed state, an economic and manufacturing driven area with excellent business infrastructure and accessibility, with educated and highly skilled population.”

“Selangor is also home to more than 10 strategic industrial parks, thriving cities and townships. Your business presence here will allow you to reach out to the vast talent pool and business ecosystem to complete your supply chain demand and propel your business growth”.

Eiichi Tanabe, CEO of MBK Real Estate Asia said, “It is our great pleasure to announce the official launch of Bandar Bukit Raja Industrial Gateway project which is the first industrial development within Klang Valley for Mitsui.

This is solely thanks to the continuous support of all stakeholders especially Leschaco and Senheng who have selected Bandar Bukit Raja Industrial Gateway as their new principal location. The Malaysian economy will further grow due to increase in demand from FMCG (fast moving consumer goods) and e-commerce businesses which brings consolidation and relocation needs for warehouses.

We believe we can provide an ideal solution through our BTS products developed in a strategic location at Bandar Bukit Raja. Together with our strategic partners, Sime Darby Property and Mitsubishi Estate, we are confident that the project will be successful.”

MBK Real Estate Asia is a wholly owned subsidiary of Mitsui & Co. Ltd and the real estate arm of Mitsui that undertakes property development and investment activities.

Bandar Bukit Raja Industrial Gateway is also strategically located within proximity to airports, sea ports, and highways. It connects businesses to major administration population and business centres and is served by a network of highways such as the West Coast Expressway.

Jörg Conrad, owner of the global Leschaco group said as an integrated logistics service provider for the chemical industry, the strategic location of Bandar Bukit Raja makes it an ideal location for their warehouse operations. “Paired with the flexibility in the facility design provided to us by Sime Darby Property and Mitsui & Co., we feel very comfortable having selected Bandar Bukit Raja for our new warehouse project.”

Lothar Lauszat, Managing Director of Leschaco (Malaysia) Sdn. Bhd. added that Leschaco’s business requires very particular design features from a warehouse.

“As these requirements are fully met, the new BTS facility will allow us to provide high quality logistics services to our customers and the chemical industry in Malaysia, therefore strengthening and expanding our market position in Malaysia”.

The same sentiment was shared by KC Lim, Deputy Managing Director of Senheng Malaysia who said that as one of the leading consumer electronics chain stores in Malaysia, the company has a wide reach of customers through 100 stores spread across the country.

“Our business requires timely shipment of goods from warehouse to stores and to customers. Bandar Bukit Raja Industrial Gateway’s location close to major highways allows us to save on time, ensuring seamless movement of goods to complete our supply chain demand, while the flexibility in facility design allows us to determine our specifications to suit our warehousing needs.

These, coupled with personalised facilities, infrastructure and lease options, would also enable us to save on investment costs,” he said.

SDMIT is in active discussions with multiple parties for additional tenants of the development. It plans to grow its portfolio of BTS facilities and to enhance long term recurring income through future expansion.

Lapan Stesen Penyelidikan MPOB Terima Sijil MSPO

Lapan stesen penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) membabitkan keluasan berjumlah 6,456.1 hektar (ha) telah menerima Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Dato’ A Aziz Mat, Pengarah Badan Pensijilan, Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) menyerahkan sijil MSPO berkenaan kepada Ketua Pengarah MPOB Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir dalam satu majlis di ibu pejabat MPOB, di sini pada Rabu lalu.

Dr Ahmad Parveez menerima sijil MSPO dari Dato’ A Aziz Mat baru-baru ini

Kelapan-lapan stesen penyelidikan MPOB itu berjaya memperoleh Pensijilan MSPO pada 31 Julai 2019 dan mempunyai tempoh sah laku sijil selama 5 tahun sehingga 30 Julai 2024.

Lapan stesen penyelidikan yang telah menerima pensijilan MSPO itu adalah Stesen Penyelidikan MPOB Kluang, Johor yang membabikan keluasan 890.30 ha, Stesen Penyelidikan MPOB Keratong, Pahang (607.07 ha), Stesen Penyelidikan MPOB Bagan Datuk, Perak (425 ha), Stesen Penyelidikan Lahad Datu, Sabah (1,986 ha), Stesen Penyelidikan MPOB Sessang, Sarawak (1,010 ha), Stesen Penyelidikan MPOB Hulu Paka, Terengganu (856.12 ha), Stesen Penyelidikan MPOB Belaga, Sarawak (328.6 ha) dan Stesen Penyelidikan MPOB Jerantut, Pahang (353 ha).

“Pensijilan MSPO kepada ladang penyelidikan MPOB ini mencerminkan komitmen stesen-stesen penyelidikan ini dalam mematuhi kriteria amalan mampan MSPO yang diterima di peringkat antarabangsa,” kata Dr Ahmad Parveez.

Ladang penyelidikan MPOB ini telah mematuhi prinsip-prinsip kemampanan seperti yang terkandung dalam piawaian MSPO. Prinsip-prinsip ini termasuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dengan memastikan alam sekitar dan kepelbagaian bio sentiasa dipelihara melalui kecekapan pengurusan yang mampan dalam semua aspek pengurusan perladangan.

Antara lain adalah Amalan Pertanian Baik (GAP) untuk meningkatkan hasil pengeluaran, aspek keselamatan dan kesihatan pekerja di ladang serta peraturan dan undang-undang yang berkaitan.

Lain-lain kriteria melibatkan pengurusan dan pengendalian bahan kimia mengikut prosedur yang ditetapkan serta hubungan sosial yang baik dengan menitikberatkan pembangunan suasana yang harmoni di dalam pengurusan ladang.

Ketua Pengarah MPOB menggesa estet, pekebun kecil dan kilang buah kelapa sawit yang masih belum memperoleh sijil MSPO untuk segera melaksanakannya sebelum 31 Disember 2019 kerana ianya akan menjadi mandatori bermula 1 Januari 2020.

Post Menarik