Che Ta begitu teruja membawa Aaisyah ke Disneyland Paris

TAHUN lalu pelakon jelita, Rozita Che Wan terpaksa membatalkan percutian ke luar negara bagi menyambut hari jadi anaknya, Aaisyah Dhia Rana disebabkan masalah tunggakan cukai pendapatan.

Kali ini tidak lagi apabila Rozita atau mesra disapa Che Ta bersama suami, Zain Saidin dan puteri mereka yang meraikan ulang tahun ketiga pada 1 November lalu akhirnya sampai juga di London.

Che Ta bersama Aaisyah Dhia Rana yang baru menyambut hari lahir yang ke-3 tahun. Foto Ihsan Instagram Rozita Che Wan

Orang Kedah kata, sakan sungguh depa bercuti. Tetapi, kalau perasan itu memang gaya percutian Che Ta sekeluarga. Kalau bukan sedondon, bukan Che Ta namanya.

Paling penting, setiap percutian mereka Che Ta mengupah seorang jurugambar rasmi yang merakam setiap momen. Jadi tidak pelik sekiranya gambar yang dimuat naik di laman Instagram cantik dan menarik.

Berbalik kepada percutian itu, khabarnya mereka sekeluarga juga akan berkunjung ke Perancis dan Geneva.

Dalam satu kenyataan, Che Ta berkata dia begitu teruja untuk membawa Aaisyah ke Disneyland Paris. Betul juga, Aaisyah pun sudah tiga tahun jadi dia sudah kenal beberapa karakter popular Disney.

Pose Menarik Che Ta ketika bercuti di London. Foto Ihsan Instagram Rozita Che Wan
Pose Menarik Che Ta ketika bercuti di London.
Foto Ihsan Instagram Rozita Che Wan

 

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini