Utama Blog Halaman 1020

New Look, New Concept & Menu Expansion At Texas Chicken® Restaurant

New look, new concept & menu expansion with Texas Chicken® restaurant opening in Southeast Asia

ALREADY one of the largest chicken restaurant chains in the region, Texas Chicken® added its 42nd new restaurant in Malaysia on Wednesday, 29th November 2017. This newest restaurant which opened at KLCC (Kuala Lumpur City Centre) will be a flagship for the brand as it is both the first in the global system to debut the new test concept of Tex Café™ gourmet coffee and dessert.

“In our constant drive to meet and exceed guests’ expectations and lifestyle needs, this is the first of many more innovations to come from Texas Chicken globally, said Tony Moralejo, Executive Vice President of International Business for Texas Chicken. “Malaysia is an important market for Texas Chicken internationally and we’re excited to witness the brand’s rapid growth here in one of the world’s most robust and vibrant food cultures. We look forward to this new chapter in the brand’s story in Asia and beyond.”

Heading up the newest Kuala Lumpur restaurant is Envictus International Holdings, an established franchisee with Texas Chicken that leverages 20 years of expertise in providing high-quality, guest-centric food and beverage experiences tailored to the preferences of consumers from all walks of life in Malaysia.

“We are very excited to be part of such a prominent flagship restaurant for the Texas Chicken brand, and we intend to further expand in the outreach and engagement of Malaysian consumers within the Klang Valley as well as in other local communities in the Northern part of the region.” said Dato’ Jaya Tan, Chairman of Envictus International Holdings. “Malaysian guests can now enjoy the best of both worlds at our new KLCC restaurant location – superior, delicious, quality fried chicken and home-style sides and artisanal style coffees, beverages, and baked goods.”

The new Tex Café concept offers yet another way for guests to connect with the Texas Chicken brand, with a specially curated menu of hot and cold beverages such as cappuccino, latte, espresso, hot chocolate and more, as well as a selection of cakes and muffins. Of course, the signature Texas Chicken menu of double-breaded and hand-battered Original and Spicy chicken, scratch-made Honey-Butter Biscuits, Mexicana Burger or Wrap, Jalapeno Cheese Bombers®, and more will also be available directly alongside Tex Café.

As part of the launch of the Tex Café, guests can enjoy the new Chocolate Chip Biscuits for a limited time. Ice cream dessert-lovers can also look forward to other menu highlights such as Strawberry and Chocolate Shortcakes as well as a decadent Chocolate Volcano.

“As we continue to advance in our desire to be the global franchisor of choice, we are proud to unveil innovations in product, service, and experience,” Moralejo added. “Our vision is that restaurant concepts like Texas Chicken and Tex Café will serve as catalysts for further evolution of the brand, and a more personalized experience for our guests.”

For more information about Texas Chicken Malaysia, please visit: www.TexasChickenMalaysia.com

 

Portal ‘sebenarnya.my’ Cecah Lebih 15 juta Layaran

BIARPUN baru tujuh bulan dilancarkan selepas diperkenalkan pada Mei lalu, portal ‘sebenarnya.my’ kelolaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjadi antara portal yang popular apabila jumlah layarannya kini mencecah lebih 15 juta.

Ketua Pegawai Operasi SKMM, Datuk Dr Mazlan Ismail berkata, portal yang diwujudkan bertujuan menyediakan satu pusat sehenti kepada orang ramai untuk menyemak serta mendapatkan pengesahan berikutan penularan berita palsu yang semakin berleluasa ketika ini itu mendapat sambutan yang sangat mengalakkan.

“Menggunakan cogan kata ‘Tidak Pasti, Jangan Kongsi’, portal itu menerima jumlah layaran dua juta setiap bulan dan sebagai portal yang baru ia sesuatu yang membanggakan dan menunjukkan sambutan mengalakkan kerana masyarakat menerima baik serta mahukan berita yang sahih. “SKMM bangunkan portal itu kerana kebangkitan teknologi, kepantasan mesej, video dan gambar yang ditular adalah hakikat dan cabaran yang harus ditempuhi dalam menangani budaya tular palsu bagi mengelakkan ia menjadi lebih parah dalam masyarakat,” katanya di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Mazlan berkata, menggunakan sumber dan kepakaran yang ada, usaha yang dijalankan oleh SKMM menerusi platform sebenarnya.my adalah untuk menjelaskan kesahihan maklumat yang tular kepada orang ramai menerusi pengesahan yang dibuat oleh 21 kementerian termasuk agensi berkaitan. Portal itu juga membuktikan kerajaan amat memandang serius terhadap penularan berita palsu yang bukan saja menjadi masalah baharu kepada Malaysia malah juga di seluruh dunia.

Beliau berkata, ia turut berperanan menangkis berita palsu yang tersebar dengan menyediakan maklumat sahih sebagai rujukan masyarakat supaya mereka tidak terus percaya sepenuhnya terhadap sebarang khabar angin atau maklumat yang diterima. “Dalam masyarakat kita, ramai mengguna pakai amalan perkongsian bermakna menyebabkan mereka cenderung berkongsi apa saja maklumat yang diterima dengan orang lain tanpa menapis sama ada ia sahih atau tidak.

Ini boleh memberi kesan negatif jika perkara yang dikongsi itu tidak betul. “Banyak contoh sebelum ini yang tular hingga memberi kesan besar terhadap individu, organisasi mahupun kerajaan disebabkan perkara yang dikongsi itu tidak benar. Di sinilah peranan portal sebenarnya.my iaitu untuk menentukan kesahihan berita yang tular diterima melalui media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog serta laman sesawang,” katanya.

Mazlan berkata, skop berita yang disiarkan dalam portal sebenarnya.my terdiri daripada tiga kategori iaitu berita palsu yang mempunyai impak kepada negara atau masyarakat yang ia boleh disahkan oleh saluran rasmi, berita penjelasan oleh kementerian dan agensi berhubung perkara yang tular serta berita waspada mengenai penipuan membabitkan agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, setiap perkara yang tular di media sosial akan dirujuk terus kepada kementerian dan agensi berkaitan untuk memberi penjelasan dalam tempoh 24 jam bagi memastikan isu berkenaan dijawab.

“Ini adalah tempoh yang diberikan untuk memberi maklum balas, namun sekiranya terdapat isu kompleks yang memerlukan kajian dan siasatan terperinci, mereka harus mengeluarkan kenyataan mengatakan siasatan lanjut diperlukan bagi mengesahkannya.
“Kami boleh menganggap respons positif yang diterima daripada masyarakat terhadap portal ini sebagai satu kejayaan namun kejayaan sebenar ialah apabila tidak ada lagi berita palsu yang tersebar,”. Selain menerusi portal, SKMM akan memperluaskan “sebenarnya.my” menerusi laman sosial seperti Facebook dan Twitter dalam masa terdekat ini supaya orang ramai lebih mudah mendapatkan maklumat menerusinya.-Bernama

Filem ‘Pinjamkan Hatiku’ Mampu Mengusik Jiwa, Penuh Emosi

KEKUATAN lakonan Shaheizy Sam, Farid Kamil dan Ayda Jebat dalam filem Pinjamkan Hatiku yang ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 November lalu tidak perlu dipertikaikan.

Melihat kepada penerimaan awal dan respons positif penonton pada malam gala filem ini baru-baru ini,  seperti memberikan harapan ia tidak perlu memaksa audiens mengalirkan air mata dan merasai emosi setiap pelakon utamanya.

Apa yang menarik, filem arahan Osman Ali ini dilihat jauh lebih matang berbanding naskhah yang pernah ditampilkan dan memiliki jalan cerita serta konflik yang berbeza.

Menurut Osman yang sering mendapat jolokan pengarah air mata, filem terbaru yang menjalani penggambaran di Sungai Lembing, Pahang ini mempunyai keistimewaan tersendiri apabila ia menampilkan jalan cerita berbeza dan mampu mengusik jiwa.

“Menerusi filem terbaru ini, apa yang saya boleh katakan ia sangat berbeza dengan filem romantik yang pernah saya arahkan. Jika sebelum ini saya terikat berikutan adaptasi daripada novel yang sudah mempunyai jalan cerita perlu saya ikuti.

“Bagaimanapun, menerusi filem Pinjamkan Hatiku ini saya diberi kebebasan menggarap dan mewarnakan jalan cerita filem ini supaya ia diterima penonton dan lebih menyentuh hati. Selain jalan cerita, naskhah ini turut menampilkan sinematografi menakjubkan dan lakon layar yang mengagumkan.

“Walaupun banyak halangan yang terpaksa kami tempuh sepanjang pembikinan filem ini, kami berjaya mendapat hasil terbaik demi mencantikkan keseluruhan filem ini.

“Saya berharap supaya segala pengorbanan yang dilakukan sepanjang penggambaran berbaloi dan penonton dapat menerima buah tangan pertama saya ini,” katanya.

Menurut Osman, dia sangat bertuah apabila dapat mengumpulkan tiga pelakon hebat tanah air terbabit sebagai peneraju.

Katanya, tiga-tiga pelakon itu memberikan komitmen yang cukup tinggi sehingga Ayda dan Sam sanggup menguruskan tubuh badan demi menghayati watak masing-masing.

“Lakonan ketiga-tiga pelakon ini tidak perlu saya sentuh kerana mereka memberikan lakonan yang cukup baik. Saya percaya penonton juga dapat merasai sisi berbeza mereka apabila ada yang mengalirkan air mata ketika menyaksikan filem ini.

“Saya perlu berikan kredit kepada primadona Ogy Ahmad Daud kerana mendidik pelakon ini sebelum menjalani penggambaran. Saya yakin penonton akan kagum melihat lakonan Sam, Farid dan Ayda,” katanya.

Selain lakonan hebat Ayda, Sam dan Farid, filem ini turut dibintangi Lia Natalia, Daaim Jailani, Azizah Mahzan, Normah Damanhuri dan Sharifah Haslinda.

Filem terbitan Aurawhite Global Sdn Bhd dengan kerjasama Nuansa Film Sdn Bhd itu mengisahkan seorang penulis novel bernama Laila Safitri yang pulang ke kampung untuk menyiapkan karya terbarunya.

Ketika berada di sana, bibit cinta mula terbit apabila Laila jatuh hati dengan rakan sekolahnya, Naufal (Sam).

Bagaimanapun, konflik mula timbul apabila munculnya seorang lelaki bernama Doktor Hasnan (Farid) yang turut menyimpan rasa terhadap Laila Safitri. Sementara itu, filem ini juga menjadi panas sejak ia ditayangkan apabila trending di Twitter setiap hari.

Alif Satar Dapat Peluang Usung Jenazah Di Masjidil Haram

SETIAP insan yang dijemput ke Tanah Suci pasti akan merebut apa sahaja peluang untuk mempertingkatkan amalan dan memperkukuhkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Bagi penyanyi dan pelakon popular Alif Satar, kunjungan ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah sangat istimewa apabila berpeluang untuk turut sama mengusung jenazah keluar dari Masjidil Haram.

Pelakon drama Red Velvet itu turut berkongsi video berkenaan lima hari lalu, dan ketika berita ini ditulis, video terbabit sudah mencecah 1.5 juta tontonan.

Menerusi video itu, dapat dilihat bukan sahaja Alif malah beberapa lagi jemaah tidak mahu melepaskan peluang untuk mengiringi jenazah insan terpilih itu.

Perkongsian Alif itu mengundang sebak netizen, dan menyifatkan peluang yang dimiliki Alif itu bukan sesuatu yang mudah untuk diperoleh.

Ramai juga dalam kalangan netizen berkongsi kisah pemergian orang tersayang yang dijemput di Tanah Suci. Alif berangkat menunaikan umrah bersama ibu dan bapanya pada 23 November lalu. Gambar Instagram Alif Satar

 

Siapa Bakal Tersingkir Malam Ini-Suku Akhir Gegar Vaganza 4

SIAPAKAH bintang yang bakal tersingkir pada minggu suku akhir Gegar Vaganza  4 (GV 4) malam ini.

Menerusi tema ‘Jangan Kata Tak Tahu’, 8 bintang yang akan membuat persembahan adalah Aqasha, Hazami, Liza Hanim, Aishah, Syura, Lan Kristal, Tia Jinbara dan Firman Siagian.

Konsert suku akhir ini bakal menyaksikan kehebatan bintang-bintang GV 4 menyanyikan lagu-lagu popular tahun 90-an sehingga kini.

Ayuh kita buat ramalan untuk konsert malam ini menerusi lagu yang bakal mereka sampaikan.

1. Aishah – Tergantung Sepi

2. Hazami – Jampi

3. Firman Siagian – Terakhir

4. Liza Hanim – Warkah Untukmu

5. Lan Kristal – Pahit akan Manisnya Akhirnya

6. Syura – Kau Tetap Dalam Anganku

7. Aqasha – That’s Why You Go Away

8. Tia Jinbara – Bayang

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam.

Elak Guna Peralatan Elektrik Jika Rumah Dinaiki Air Banjir

Gambar Hiasan

Langkah yang perlu dilakukan apabila rumah dinaiki air ketika musim banjir

  • Tutup suis utama
  • Segera hubungi TNB

BANJIR yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu ketika ini mengundang musibah bukan sahaja menimbulkan pelbagai masalah seperti terpaksa berpindah kerana rumah dinaiki air malah mendatangkan risiko kepada mereka yang enggan berpindah dan mahu terus tinggal di rumah.

Ini kerana mereka yang enggan berpindah akan menghadapi masalah bekalan elektrik yang tidak berfungsi berikutan bekalan utama terpaksa ditutup bagi mengelakkan mereka terkena renjatan elektrik.

Sehubungan itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai supaya meletakkan peralatan eletrik di tempat tinggi dan kering, selain menutup suis utama apabila premis mereka dilanda banjir bagi mengurangkan kemungkinan renjatan elektrik berlaku.

Pengguna yang premis mereka dinaiki air juga dinasihatkan untuk segera menghubungi TNB bagi membolehkan syarikat utiliti nasional tersebut menghentikan bekalan demi keselamatan.

“Sila hubungi pejabat TNB yang berdekatan, TNB CareLine 15454 atau Facebook TNB Careline sebaik paras air meningkat, supaya kami boleh memutuskan bekalan elektrik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” kata Pengurus Besar (Perhubungan Awam & Dalaman) TNB, Datuk Omar Sidek.

Katanya, TNB sentiasa mengawasi keadaan dari semasa ke semasa dan akan menutup bekalan ke pencawang di kawasan terlibat sekiranya paras air mencecah tahap bahaya.

“Penutupan bekalan elektrik ke kawasan terlibat dibuat untuk sementara waktu demi memastikan keselamatan orang awam terjamin. Bekalan elektrik akan disambung semula setelah air banjir surut dan keadaan kembali selamat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa mengawasi tindak tanduk anak-anak mereka agar menjauhi tiang elektrik yang tumbang atau wayar elektrik yang terputus kerana arus elektrik dikhuatiri masih mengalir dan berbahaya serta boleh mengakibatkan kemalangan.

“Maklumkan kepada kami supaya kami boleh segera membaiki kerosakan tersebut,” katanya sambil mengingatkan orang ramai untuk menjauhi kawasan di mana paras air naik dan mencecah talian TNB.

Empangan TNB Turut Berfungsi Sebagai Tebatan Banjir

Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir

TNB Buat Persediaan Di Semua Empangan Hidroelektrik Menjelang Musim Tengkujuh

TENAGA Nasional Bhd (TNB) sudah membuat persediaan di semua empangan hidroelektrik miliknya menjelang musim tengkujuh bagi memastikan proses pelepasan air secara terkawal dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Persediaan ini, termasuk latihan pengungsian yang dilakukan bersama pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi berkaitan,” kata Pengurus Besar Kanan (Operasi Aset), Bahagian Penjanaan TNB, Ir. Roslan Abd Rahman.

Beliau berkata, selain menjana elektrik, empangan-empangan hidroelektrik milik TNB turut berfungsi sebagai tebatan banjir.

“Dengan kapasiti menakung air di hulu sungai, empangan-empangan kami dapat mengelakkan bencana lebih besar daripada berlaku di kawasan hilir setiap kali musim tengkujuh tiba,” katanya dalam kenyataan.

Roslan turut menegaskan kesemua empangan hidroelektrik milik syarikat utiliti nasional itu sedang beroperasi berada dalam keadaan baik dan selamat.

Empangan-empangan hidroelektrik TNB terletak di Tasik Kenyir, Terengganu, Cameron Highlands, Pahang dan Sungai Perak, Perak.

Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454 atau facebook TNB CareLine.

TNB Rai Pemenang Kempen TNB Autopay Dan Kempen Aplikasi myTNB

TNB rai pemenang kempen TNB Autopay dan Kempen Aplikasi myTNB ‘Pay For Your Loved Ones’

TENAGA Nasional Berhad (TNB) telah menyampaikan hadiah utama kepada para pemenang bertuah kempen TNB Autopay yang telah dilaksanakan bagi mempromosikan pembayaran bil elektrik melalui servis Autopay dan aplikasi mudah alih myTNB.

Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian TNB, Ir. Kamaliah Abdul Kadir berkata, kempen ini diperkenalkan bagi memudahkan pelanggan menyediakan pembayaran secara automatik untuk bil TNB dengan menggunakan kad kredit.

“Kempen yang berlangsung pada 31 Mei 2017 – 31 Ogos 2017 ini menawarkan tiga telefon pintar – Samsung S8 dan 10 pemenang saguhati yang memenangi rebat tunai TNB RM100,” katanya.

Pengurus Besar Kanan, (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian TNB, Ir. Kamaliah Abdul Kadir (tengah) dan Pengurus Besar (Kawalan Kredit), Bahagian Pembahagian TNB, Fam Wee Leck (kiri) bersama pemenang Kempen Pay For Your Loved Ones, Norhazwani Jamiran (kanan)

Kempen aplikasi myTNB ‘Pay For Your Loved Ones’ pula dilaksanakan bagi memenuhi keperluan masyarakat yang berbeza untuk pembayaran bil elektrik secara digital dengan menggunakan aplikasi mudah alih myTNB. Kempen tersebut adalah khusus bagi pertandingan Instagram yang telah berlangsung pada 21 Jun 2017 – 21 September 2017.

Kempen tersebut terbuka kepada semua dengan hanya memerlukan pembayaran bil elektrik dilaksanakan melalui aplikasi mudah alih myTNB bersama gambar orang tersayang yang dimuat naik dengan hashtag #mytnbpayforyourlovedones. Pemenang utama bagi kempen tersebut adalah “Best Photo” dan “Most Likes” dan seramai 50 pemenang saguhati telah terpilih bagi kempen tersebut.

Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian TNB, Ir. Kamaliah Abdul Kadir (tengah) dan Pengurus Besar (Customer Experience and Marketing), Bahagian Pembahagian TNB, Noraini Shaarani (kiri) bersama pemenang Kempen TNB Autopay, Felicia Chua Soow Yong (kanan)

Menurut Ir. Kamaliah, kempen Instagram adalah disasarkan kepada pengguna yang lebih cenderung kepada pembayaran secara elektronik yang juga membolehkan pemantauan dan pembayaran bil elektrik bagi orang yang tersayang.

Untuk mengetahui senarai pemenang bagi kedua-dua kempen tersebut, sila layari www.tnb.com.my/promotions.

Pemilik Pertama Honda Civic Type R Terima Kunci

Adrian Salleh (kanan) menerima replika sebagai pemilik pertama Civic Type R dari Akkbar Danial (kiri)

Sejak tempahan Civic Type R ini dibuka pada 1 Oktober lalu, Honda Malaysia telah menerima lebih daripada 70 tempahan.

PELANGGAN setia Honda, Adrian Salleh Hashim muncul menjadi pemilik pertama model Honda terpantas dalam kategori kereta pacuan roda hadapan yang dijual pada harga RM320,000 tanpa insurans di Malaysia.

Majlis penyerahan kunci kereta itu dilakukan di Botanic Auto Mall Sdn Bhd, Klang dalam satu majlis ringkas yang disampaikan oleh Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Akkbar Danial.

Akkbar berkata, pihaknya kekal komited untuk memberikan kegembiraan buat pelanggan dengan menawarkan produk yang bernilai tinggi dan termaju dalam teknologi. Civic Type R generasi terbaru ini menonjolkan kelainan, di samping berprestasi dalam trek perlumbaan malah ia juga boleh digunakan dalam pemanduan harian di jalan raya Malaysia.

Beliau berkata, satu tinjauan terhadap pelanggan telah dilakukan sebelum pelancaran Civic Type R 2007 atau lebih dikenali sebagai FD2R, dan Adrian Salleh merupakan antara pelanggan pertama yang ditemubual bagi mendapatkan maklum balas mengenai Type R, bagi mengenalpasti permintaan dan keperluan dalam segmen pelanggan baru. Minatnya yang mendalam terhadap Type R terbukti apabila Honda Malaysia menyampaikan jentera tersebut kepadanya, sekali gus menjadi pemilik pertama yang memiliki hot hatch idaman ramai ini.

“Pada 2007, Malaysia menjadi satu-satunya negara di luar Jepun yang melancarkan FD2R. Malah Honda Malaysia berjaya menjual 420 unit FD2R antara 2007 hingga 2011. Pencapaian ini mungkin disebabkan populariti dan permintaan terhadap kereta lumba yang turut boleh dipandu di jalan raya biasa. Malah kita juga menyaksikan pertambahan bilangan peminat-peminat Honda dan juga penggemar jentera seperti Type R ini,” katanya.

Honda Civic Type R muncul jentera terpantas di litar Nurburgring, Jerman dalam kategori kereta pacuan roda hadapan dan dilancar secara rasmi pada 9 November lalu bersempena Malaysia Autoshow 2017. Model untuk pasaran Malaysia ketika ini dihasilkan di kilang Honda Swindon, United Kingdom.

Sementara itu, Adrian Salleh yang bertuah menjadi pemilik pertama Civic Type R generasi terbaru itu berkata, pelancaran Civic Type R ini membuatkannya teruja mahu mengujinya. “Saya sangat teruja dengan rekabentuk luaran yang sporty dan berani, malahan prestasinya yang sungguh berkuasa juga sangat sesuai untuk saya memandunya setiap hari. Bagi saya, ia memiliki elemen unik seperti mod 3-Way Driving iaitu COMFORT, SPORT dan +R Mode yang memberikan saya peluang melaras mod pemanduan mengikut prestasi dinamik yang berbeza dalam persekitaran pemanduan yang berlainan.”

Adrian Salleh menunjukkan jaket sebagai pemilik pertama Civic Type R

Selain menjadi rakyat Malaysia yang pertama membawa pulang hot hatch ini, Adrian turut bertuah dihadiahkan beberapa barangan termasuk cenderahati istimewa dari Honda, GoPro HERO 5 dan Honda Ultra Glass Body Coating dengan Ultra Window Coating bernilai RM5,300 sebagai penghargaan daripada Honda Malaysia.

Civic Type R generasi baru ini dijana enjin 2.0 liter VTEC Turbo K20C1, dipadankan dengan hanya kotak gear manual enam-kelajuan bersama short shifter dan LSD helical.

Setiap model ini bukan sahaja unik malah memiliki nombor siri khas yang terletak ditengah-tengah konsul sekali gus menjadi peringatan kepada ciri eksklusif Civic Type R.

Sementara itu, pemilik Botanic Auto Mall, Dato’ Mahfoz Hamid berkata, pihaknya berbangga kerana menjadi salah satu daripada 20 pengedar Honda Sport yang mengedarkan model Civic Type R ini.

Honda Civic Type R dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM320,000. Pelanggan boleh melawat mana-mana cawangan Honda 20 Sport Dealers* untuk melihat lebih dekat model itu dan membuat tempahan. Maklumat lanjut mengenai kereta itu boleh menghubungi talian bebas tol 1-800- 88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my

Jalan Pintas Rawang-Jambatan Tertinggi Di Malaysia Kini Dibuka

Jambatan ini juga akan ‘membelah awan’ di waktu pagi terutamanya selepas hujan yang akan memberikan pengalaman menarik bagi pengguna.

JALAN Pintas Rawang atau Rawang Bypass sepanjang 9 kilometer yang sudah dibuka kepada umum pada 29 November lalu adalah pembinaan struktur tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2 meter.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pembinaan mengambil masa yang lama untuk siap disebabkan reka bentuk yang terpaksa diubah bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar di kawasan Taman Warisan Negeri Selangor. Jalan Pintas Rawang itu dijangka dapat memanfaatkan kira-kira 30,000 pengguna setiap hari.

Katanya, jajaran baru itu bakal mengurangkan kesesakan jalan raya dan memendekkan masa perjalanan pengguna dari Serendah ke Selayang, terutamanya pada waktu puncak.
“Jika sebelum ini pengguna mengambil masa sehingga dua jam pada waktu puncak, kini mereka hanya memerlukan kurang daripada 30 minit untuk ke destinasi sama.
“Ia dijangka memanfaatkan kira-kira 30,000 pengguna setiap hari dan dapat mengurangkan 50 peratus kesesakan jalan raya sedia ada,” katanya ketika berucap merasmikan Jalan Pintas Rawang, baru-baru ini. Projek Jalan Pintas Rawang yang bernilai RM628 juta itu mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November lalu.

“Projek pembinaan yang melalui Taman Warisan Selangor itu melibatkan kawasan hutan yang telah dikurangkan daripada 65 hektar ke 24 hektar. Ia bagi memastikan kawasan rezab hutan kekal terpelihara terutamanya spesies haiwan hutan yang kian pupus,” kata Fadillah.
Katanya, keunikan Jalan Pintas Rawang ini ialah pembinaan struktur tiang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2 meter dari aras tanah.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Seri Dr Roslan Md Taha berkata, projek itu melibatkan jajaran baru dua lorong dua hala dan struktur bertingkat 2.7km serta menaik taraf Jalan Persekutuan sepanjang 12.5km.

Kaedah terbaru pembinaan turut diperkenalkan dalam projek pembinaan ini seperti penggunaan geogrid, ‘hand dug cassio‘ dan ‘precast interlocking slab’ untuk perlindungan sungai serta perangkap lodak bagi mengawal kelodak pasir daripada memasuki sungai yang dapat membantu mengekalkan keadaan alam sekitar. Dengan penggunaan teknologi pembinaan itu dapat mengekalkan keindahan Hutan Lipur Kanching dan menggalakkan industri pelancongan. -Bernama

Post Menarik