Utama Blog

HONOR MagicPad 4 Kini Tersedia di Kedai Seluruh Negara; Tablet Dwi-OS Android + Linux Pertama dalam Industri

HONOR hari ini mengumumkan jualan rasmi di seluruh negara bagi HONOR MagicPad 4, tablet produktiviti paling canggih dari HONOR setakat ini. Menggabungkan reka bentuk ringan, keupayaan multitugas yang lebih maju serta pengalaman Dwi-OS Android + Linux baharu, HONOR MagicPad 4 direka untuk membantu pengguna bekerja, mencipta, belajar dan berinovasi dengan lebih efisien di mana sahaja.

Seiring dengan perubahan cara kerja jarak jauh, pembelajaran hibrid dan produktiviti berasaskan AI, pengguna kini semakin mencari peranti yang menggabungkan mobiliti dan prestasi tinggi. HONOR MagicPad 4 memenuhi keperluan ini dengan menyatukan kemudahan sebuah tablet serta fleksibiliti aliran kerja seperti komputer desktop dalam satu peranti.

Kini Ditawarkan dengan Faedah Bernilai Sehingga RM1,617 

Pelanggan boleh mendapatkan HONOR MagicPad 4 di HONOR Experience Stores seluruh negara serta melalui platform rasmi dalam talian HONOR.com, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

HONOR MagicPad 4 didatangi dalam dua konfigurasi:

  • Storan 16GB RAM + 512GB – Berharga RM3,999 dalam warna Grey. Varian premium ini datang bersama Smart Touch Keyboard, Magic Pencil 4s dan pelan Jaminan Kualiti Tanpa Risau 2 Tahun. Dengan rebat segera RM400 untuk tempoh terhad, pelanggan boleh menikmati jumlah manfaat pelancaran bernilai RM1,617, dengan harga akhir hanya RM3,599.
  • Storan 12GB RAM + 256GB– Berharga RM3,399 dan dalam warna Grey atau White, varian eksklusif dalam talian ini datang bersama Smart Keyboard, Magic Pencil 4s dan pelan Jaminan Kualiti Tanpa Risau 2 Tahun. Bergabung bersame rebat segera RM400 untuk tempoh terhad, pelanggan boleh menikmati jumlah manfaat pelancaran bernilai RM1,517, harga akhir hanya RM2,999.

Gabungan Terbaik Android dan Linux dalam Satu Peranti

HONOR MagicPad 4 memperkenalkan pengalaman tablet Dwi-OS Android + Linux pertama di dunia yang memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk bertukar antara dua sistem operasi mengikut keperluan. Mod Android menawarkan pengalaman biasa untuk produktiviti harian, komunikasi, hiburan dan penggunaan kandungan, manakala mod LinuxLab menyediakan sistem operasi Linux khusus untuk pembangunan, ujian, penggunaan AI serta aliran kerja teknikal.

LinuxLab menyokong sistem operasi Ubuntu dan Debian, dibangunkan berasaskan seni bina berbekas (containerized) yang selamat bagi membolehkan pengguna menikmati pengalaman Linux tanpa menjejaskan kestabilan dan keselamatan sistem.

Semua pakej yang dipasang serta konfigurasi sistem kekal tersedia walaupun selepas peranti dimulakan semula (reboot). Fail penting pula boleh disimpan dalam direktori khas /tablet yang boleh diakses melalui pengurusan fail Android. Bagi memastikan pengalaman yang konsisten, sesetengah fungsi sistem peringkat rendah, aplikasi pihak ketiga serta keupayaan seperti komputer desktop mungkin berbeza berbanding komputer Linux tradisional.

Membawa Deployment Ejen AI ke Produktiviti Mudah Alih

Antara keupayaan utama HONOR MagicPad 4 ialah sokongan kepada penggunaan ejen AI melalui OpenClaw dalam LinuxLab, yang membolehkan pengguna meneroka aliran kerja berasaskan AI terus dalam peranti. Seiring peningkatan peranan ejen AI dalam pendidikan, pembangunan perisian, penyelidikan dan produktiviti, pengguna boleh memanfaatkan LinuxLab untuk mengautomasikan tugasan berulang, mengurus maklumat dengan lebih sistematik serta meneroka teknologi AI baharu.

Sebagai contoh, seorang pelajar universiti boleh mengikuti kuliah dalam talian di Android sambil menggunakan LinuxLab untuk aliran kerja pembelajaran berasaskan AI seperti menyusun bahan rujukan, menjana ringkasan atau menyediakan nota ulang kaji. Pendekatan ini menjadikan keupayaan AI lebih mudah diakses dalam bentuk peranti mudah alih.

Persekitaran Linux Mudah Alih untuk Pembangunan dan Aliran Kerja Teknikal

LinuxLab dioptimumkan untuk beban kerja ringan hingga sederhana seperti pembangunan Python dan Node.js, pembangunan APK Android, penulisan skrip, automasi serta ujian perisian. Pembangun boleh mengakses Bash, alat baris arahan (command line) Linux serta aliran kerja pembangunan biasa terus pada tablet, sekali gus menjadikannya persekitaran yang fleksibel untuk pengekodan dan eksperimen.

LinuxLab turut menyokong perisian pembangunan popular seperti Visual Studio Code, Cursor dan Claude Code, membolehkan pengguna menulis, menyahpepijat dan memperhalusi projek dari mana-mana sahaja. Sama ada untuk membina aplikasi, menguji skrip automasi, mahupun meneroka idea baharu, LinuxLab mentransformasikan MagicPad 4 menjadi sebuah platform serba boleh untuk pembangunan, eksperimen, dan produktiviti teknikal.

Aplikasi Setaraf PC untuk Produktiviti dan Kreativiti Lebih Baik

Selain pembangunan, HONOR MagicPad 4 turut menawarkan pengalaman seperti computer desktop melalui kerjasama rapat dengan rakan perisian utama. HONOR bekerjasama dengan WPS Office untuk membawa aplikasi produktiviti versi PC ini ke MagicPad 4. Ini membolehkan pengguna mengurus dokumen, hamparan dan pembentangan melalui antara muka (interface) gaya desktop yang lebih intuitif serta berfungsi lebih lengkap. Aplikasi ini akan tersedia untuk pengguna pada Julai ini.

Bagi pengguna kreatif, MagicPad 4 turut menyokong CapCut Pad yang menawarkan pengalaman penyuntingan lebih maju berbanding aliran kerja mudah alih biasa. Dengan ruang kerja lebih luas, penyuntingan berasaskan timeline, kawalan berlapis serta keupayaan multitugas yang dipertingkatkan, pengguna boleh menghasilkan dan menyunting kandungan dengan lebih efisien serta profesional.

Mode PC dengan Sokongan Sehingga 20 Tetingkap

Bagi melengkapkan keupayaan produktiviti, HONOR MagicPad 4 dilengkapi Mode PC yang menawarkan antara muka seperti desktop dengan sokongan sehingga 20 tetingkap serentak. Pengguna boleh bekerja merentasi pelbagai dokumen, tab pelayar, aplikasi komunikasi dan aplikasi lain pada masa yang sama, sekali gus memudahkan pengurusan projek yang kompleks serta meningkatkan kecekapan multitugas. Digabungkan dengan pengurusan fail seperti PC, pengalaman ini membawa fleksibiliti sebuah komputer ke dalam bentuk tablet yang mudah alih.

Berkuasa Seperti PC, Ringan Seperti Tablet

Walaupun menawarkan keupayaan produktiviti yang menyeluruh, HONOR MagicPad 4 kekal sangat mudah alih. Dengan ketebalan hanya 4.8mm dan berat sekitar 852g bersama papan kekunci dan stylus dalam kotak, ia direka untuk pengguna yang memerlukan kebebasan bekerja dan berkarya di mana sahaja. Sama ada untuk pembelajaran, perjalanan kerja, kerja jarak jauh atau kolaborasi kreatif, MagicPad 4 menyesuaikan diri dengan gaya hidup moden yang fleksibel.

Kesalinghubungan Rentas Ekosistem Apple yang Lancar

Menyedari ramai pengguna kini bergantung pada pelbagai peranti dalam urusan harian, HONOR melengkapkan MagicPad 4 dengan ciri yang membolehkan aliran kerja rentas platform yang lebih lancar. Pengguna boleh melanjutkan paparan Mac secara tanpa wayar ke MagicPad 4, berkongsi fail dengan mudah antara iPhone dan MagicPad 4, serta beralih antara peranti tanpa mengganggu aliran kerja sedia ada. Keupayaan ini mewujudkan pengalaman penggunaan yang lebih terhubung dan konsisten, tanpa mengira pilihan sistem operasi pengguna.

Kamal Adli, Ernie Zakri, Azhan Rani, Sara Ali dan Hayden Wong Mulakan Perjalanan Baharu Bersama JETOUR T2

JETOUR Malaysia mencipta detik istimewa di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026) apabila personaliti terkenal tempatan, Kamal Adli, Ernie Zakri, Sara Ali dan Hayden Wong, secara rasmi menerima JETOUR T2 masing-masing dalam satu majlis penyerahan khas yang berlangsung sempena pameran tersebut.

Pelakon Azhan Rani turut serta dalam meraikan acara tersebut secara maya dengan berkongsi keterujaannya sebagai sebahagian daripada keluarga JETOUR yang semakin berkembang.

Acara tersebut turut dimeriahkan dengan sesi bertemu peminat yang memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan selebriti kegemaran mereka.

Sebagai ahli baharu keluarga JETOUR, para selebriti ini memulakan satu bab baharu yang membuka peluang untuk mereka merasai sendiri falsafah “Travel+” jenama tersebut.

Melalui setiap perjalanan, mereka dapat meneroka pengalaman baharu, mencipta kenangan yang bermakna, serta mengeratkan hubungan dengan orang di sekeliling mereka, sambil menghayati gaya hidup di mana perjalanan menjadi sumber inspirasi dan pengayaan hidup.

Bagi pelakon Kamal Adli dan Sara Ali, hubungan mereka dengan JETOUR bermula jauh lebih awal menerusi penglibatan mereka dalam filem Takluk 2: Ops Daulat, yang bakal menampilkan kenderaan JETOUR dalam filem tersebut.

Kamal Adli berkongsi bahawa pengalamannya memandu salah satu kenderaan JETOUR ketika penggambaran telah mencetuskan minatnya terhadap jenama itu.

“Pengalaman pertama saya dengan JETOUR adalah ketika penggambaran Takluk 2: Ops Daulat, apabila saya berpeluang memandu salah satu kenderaannya di lokasi penggambaran. Pengalaman itu memberikan impresi yang sangat positif dan membuatkan saya lebih mengenali jenama ini. Saya teruja untuk memulakan perjalanan baharu bersama JETOUR T2.”

Sara Ali pula berkata, “Saya sentiasa menyukai kenderaan yang mempunyai penampilan berani dan berinspirasikan pengembaraan, tetapi pada masa yang sama, keselesaan juga amat penting bagi saya.

“Saya mula mengenali JETOUR ketika penggambaran Takluk 2: Ops Daulat, apabila saya berpeluang merasai sendiri salah satu kenderaan mereka di set. Ia meninggalkan kesan yang sangat baik kepada saya, dan apabila pertama kali melihat JETOUR T2, saya terus jatuh hati dengan reka bentuknya.

“Saya teruja untuk memulakan perjalanan baharu ini dan mencipta lebih banyak kenangan istimewa bersama keluarga,” katanya.

Big Matches, Bigger Screens: Elevate Your Football Nights with Samsung’s Mid-Year TV Deals

There’s nothing quite like football season — the roar of the crowd, last-minute goals, and unforgettable moments shared with family and friends. This mid-year, Samsung is bringing the stadium experience
closer to home with exclusive offers on selected 2026 AI TV models, just in time for fans gearing up for the biggest football matches of the season.

From 1 to 30 June 2026, Malaysians can enjoy exclusive rewards when purchasing selected Samsung TVs, making it the perfect time to upgrade their home entertainment setup. Whether you’re catching every pass in ultra-smooth clarity, experiencing immersive stadium-like sound, or turning your living room into the ultimate watch party destination, Samsung’s latest AI TV lineup is designed to make every moment feel larger than life.

More Than Just a TV Upgrade
As part of the Mid-Year Football Campaign, customers can enjoy Gift With Purchase rewards worth even
more value:
 Touch ‘n Go eWallet credit worth up to RM1,300
 Slim Fit Camera worth RM499
 Customizable Bezel worth up to RM899

On top of that, customers who pair their TV purchase with selected Samsung Soundbars can receive additional Touch ‘n Go eWallet rewards of up to RM300; creating a truly immersive cinematic and football viewing experience at home.

118 Mall Bakal Menempatkan Cawangan Premium Pertama Decathlon di Malaysia

Menjelang pembukaan 118 Mall yang amat dinanti-nantikan pada tahun ini, destinasi gaya hidup yang tersergam di presint ikonik Merdeka 118 baru-baru ini telah menerima kunjungan khas delegasi Decathlon dari seluruh rantau APAC untuk melawat dan meninjau secara dekat kawasan sekitar pembangunan, termasuk mengunjungi cawangan utama jenama ini yang bakal beroperasi di pusat beli-belah
tersebut.

Rombongan ini termasuk wakil dari pasaran Decathlon di seluruh Thailand, Kemboja, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Vietnam.

Merangkumi ruang seluas 22,000 kaki persegi di Aras 2, cawangan Decathlon yang bakal dibuka ini diilhamkan sebagai projek premium yang pertama seumpamanya dan gedung legasi bagi Decathlon Malaysia, menghimpunkan elemen sukan, komuniti dan gaya hidup dalam pengalaman membeli-belah yang lebih moden, dinamik dan eksklusif.

Menampilkan identiti Malaysia yang unik, gedung ini direka dengan ruang dalaman moden berinspirasikan motif Songket, disertai dengan fasad yang diberi nafas baharu dan memberikan pengalaman membeli-belah yang premium.

Selain itu, pengunjung turut boleh menikmati perkhidmatan khusus seperti cetakan, ukiran khas, dan perkhidmatan pemasangan tali raket bagi badminton, tenis dan sukan lain.

Scam Calls Getting Out of Hand? The Galaxy S26 Now Answers Them So You Don’t Have To

We’ve all been there.
You’re makan-ing peacefully, halfway through your nasi lemak, then suddenly your phone rings. Unknown number.

You answer anyway because mana tahu it’s important.
Next thing you know:
“Hello sir, your parcel ada issue.”
“Your bank account has been suspended.”
“Congratulations, you’ve won—”
Straight away, red flag.

With scam calls and spam calls becoming more common in Malaysia, Samsung is introducing a feature on the Galaxy S26 Series that could genuinely save users a lot of headache, Call Screening.

Huawei Launches Matepad Pro Max, Headlining Its Latest Line-Up Of Smart Devices

Together with the HUAWEI nova 15 Max, WATCH KIDS X1 Series and WATCH GT Runner 2 Racing Legend Edition to deliver experiences that empower productivity, creativity and wellbeing.

Huawei Malaysia today unveiled its latest lineup of smart devices, headlined by the all-new HUAWEI MatePad Pro Max, alongside the HUAWEI nova 15 Max, HUAWEI WATCH KIDS X1 Series and HUAWEI WATCH GT Runner 2 Racing Legend Edition.

Together, the new additions reinforce Huawei’s vision of a connected ecosystem that seamlessly supports productivity, creativity, entertainment and active lifestyles across every stage of life. Together, these devices demonstrate how Huawei continues to expand its portfolio to cater to different user needs while delivering a more connected and intelligent experience across devices.

Leading the launch is the HUAWEI MatePad Pro Max, an ultra-slim flagship tablet designed to redefine mobile productivity and creativity. Built on Huawei’s innovative Cloud Falcon Architecture, the device weighs just 509g and measures only 4.7mm thin, making it the world’s thinnest and lightest tablet.

Combining portability with performance, the HUAWEI MatePad Pro Max is engineered to help users work, create and multitask more efficiently on a single device.

JETOUR Malaysia Membuka Tempahan untuk JETOUR T2 i-DM (Hibrid Plug-in) Serba Baharu di KLIMS 2026

JETOUR Malaysia kini secara rasmi membuka tempahan bagi JETOUR T2 i-DM (Intelligence Dual Mode) serba baharu, menandakan langkah terbaharu JETOUR dalam memperkukuh kehadirannya dalam landskap mobiliti elektrifikasi yang semakin berkembang di Malaysia.

SUV Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) ini membuat penampilan sulung di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026), di mana JETOUR Malaysia turut mengumumkan harga indikatif model tersebut, sekali gus memberi peluang kepada rakyat Malaysia melihat dan merasai sendiri model yang dinanti-nantikan ini sebelum pelancaran rasminya.

Kemunculan JETOUR T2 i-DM berlangsung seiring dengan peningkatan minat pengguna terhadap kenderaan hibrid dan elektrifikasi terus meningkat, sejajar dengan keperluan pemandu Malaysia yang mahukan keseimbangan antara prestasi, kepraktisan, kelestarian dan kecekapan penggunaan bahan api.

Pembukaan tempahan ini memberi pengunjung dan bakal pelanggan peluang eksklusif untuk melihat model terbaharu JETOUR dengan lebih dekat sebelum pelancaran rasminya.

Meneruskan momentum positif yang dicapai oleh JETOUR T2 sejak diperkenalkan di Malaysia pada Mac lalu, JETOUR T2 i-DM direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang ingin beralih kepada mobiliti tenaga baharu tanpa mengorbankan ketahanan, fleksibiliti dan karakter lasak yang menjadikan T2 pilihan ramai rakyat Malaysia.

JETOUR T2 i-DM dilengkapi dengan sistem hibrid khusus turbo 1.5 liter TGDI yang digandingkan dengan konfigurasi dwi-motor serta transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) tiga kelajuan, menghasilkan kuasa gabungan sebanyak 265kW dan tork maksimum 610Nm. Konfigurasi ini memberikan pecutan yang berkuasa sambil mengekalkan tahap kecekapan yang tinggi dalam pelbagai keadaan pemanduan.

Direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pemanduan, kenderaan ini menawarkan jarak perjalanan elektrik sepenuhnya melebihi 100km+ serta jarak perjalanan gabungan sehingga 1,200km, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian di kawasan bandar mahupun perjalanan jarak jauh.

Selain itu, ia turut menyokong pengecasan AC dan DC, sekali gus memberikan kemudahan serta fleksibiliti yang lebih tinggi kepada pengguna yang beralih kepada kenderaan elektrifikasi.

Di bahagian dalaman, JETOUR T2 i-DM dilengkapi rangkaian teknologi keselamatan dan keselesaan pintar termasuk sistem bantuan pemandu ADAS Tahap 2, enam beg udara SRS serta sistem pemantauan pandangan panoramik bagi meningkatkan keyakinan pemandu dalam pelbagai situasi pemanduan.

JETOUR T2 i-DM dijangka ditawarkan pada harga RM168,888 dan disokong dengan pakej pemilikan serta jaminan yang komprehensif. Tempahan kini dibuka di semua pengedar sah JETOUR di seluruh negara.

Di KLIMS 2026, pengunjung berpeluang meneroka portfolio SUV JETOUR yang semakin berkembang, diterajui oleh penampilan sulung JETOUR T2 i-DM di Malaysia serta penampilan pertama Kereta Konsep G700.

Pameran ini turut mempamerkan model T1, T2, VT9 dan Dashing, di mana pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman pemanduan bagi kesemua model tersebut melalui sesi pandu uji yang dijalankan sepanjang acara berlangsung. Selain itu, pelbagai aktiviti interaktif turut disediakan di reruai JETOUR, yang menawarkan hadiah percuma serta minuman ringan kepada pengunjung.

Lebih menarik, pelanggan yang membuat tempahan JETOUR T2 sepanjang pameran berlangsung akan menikmati rebat sebanyak RM2,000.

Sementara itu, model Dashing dan VT9 pula ditawarkan dengan rebat sehingga RM10,000 dan RM15,000 masing-masing. Tawaran eksklusif sempena KLIMS ini memberi peluang menarik kepada pengunjung untuk memiliki SUV JETOUR pada nilai yang lebih berbaloi sambil meneroka rangkaian model jenama yang semakin berkembang.

HONOR Magic V6 Tarik Perhatian Ramai Pada Hari Pertama Jualan 

Pelancaran jualan pertama HONOR Magic V6 hari ini telah menarik kehadiran ramai pelanggan ke HONOR Experience Stores di seluruh negara untuk mencuba dan membeli telefon boleh lipat flagship terbaharu jenama itu.

Pelanggan meluahkan keterujaan terhadap ketahanan perant yang mencatat rekod baharu, kapasiti bateri terbesar dalam kelasnya serta pemproses Snapdragon tahap flagship. Ramai turut menyatakan keupayaan AI multitugas yang lebih maju serta kesalinghubungan rentas platform dengan peranti Apple sebagai antara faktor utama minat mereka terhadap peranti ini.

Nikmati Pakej Hadiah PERCUMA bernilai RM2,597 termasuk HONOR Gift Musical Neck Pillow

Pelanggan kini boleh mendapatkan HONOR Magic V6 di semua HONOR Experience Stores di seluruh negara. Setiap pembelian disertakan pakej hadiah percuma bernilai RM2,597, termasuk Bantal Leher Muzikal HONOR Gift Musical Neck Pillow, Perlindungan Skrin Retak Tanpa Risau Setahun, dan pelan Jaminan Kualiti Tanpa Risau 2 Tahun.

Peranti ini juga boleh didapati melalui HONOR Malaysia Online Store, serta kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Ia turut dijual di rakan peruncit Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

HONOR Magic V6 membawa peningkatan besar berbanding generasi sebelumnya. Ia lebih tahan lasak, lebih berkuasa serta menawarkan kesalinghubungan rentas ekosistem yang lebih lancar, sambil mengekalkan reka bentuk ultra nipis hanya 8.75mm apabila dilipat. Berikut merupakan antara penambahbaikan utama untuk pengguna di Malaysia:

Ketahanan Engsel Bertaraf Tinggi

HONOR meningkatkan tahap ketahanan menerusi Engael Keluli Super dengan kekuatan tegangan 2800MPa, menjadikannya cukup kukuh untuk menarik sebuah pesawat. Engsel ini mampu bertahan sehingga 500,000 kali lipatan, iaitu sehinnga 13 tahun penggunaan harian tanpa kebimbangan.

Berbanding generasi terdahulu, peranti ini kini hadir dengan dua penarafan IP68 dan IP69, menawarkan perlindungan lebih baik terhadap habuk, air serta tekanan jet air berkuasa tinggi.

Paparan Dipertingkat & Dibina untuk Bertahan Lebih Lama

Paparan luar peranti ini diperkukuh dengan HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield yang dipertingkat, menampilkan 5,600 lapisan salutan silikon nitrida yang meningkatkan ketahanan calar, ketahanan haus dan perlindungan jatuh dengan ketara.

Sementara itu, paparan dalaman menggunakan lapisan Ultra-Tough Glass (UTG) untuk mengurangkan kesan lipatan serta meningkatkan ketahanan hentakan.

Telefon Boleh Lipat Pertama dengan Snapdragon® 8 Elite Gen 5

HONOR Magic V6 merupakan telefon boleh lipat pertama yang menggunakan Platform Mudah Alih Snapdragon® 8 Elite Gen 5. Ia direka untuk tugasan berat dengan multitugas lancar, pemprosesan AI lebih pantas serta kecekapan tinggi untuk permainan, produktiviti dan penciptaan kandungan.

Kapasiti Bateri Terbesar Dalam Telefon Pintar Boleh Lipat

HONOR Magic V6 dilengkapi Bateri Silikon Karbon HONOR 6,660mAh, menawarkan kapasiti bateri terbesar yang pernah diperkenalkan dalam telefon boleh lipat.

Ia menyokong pengecasan pantas 80W berwayar dan 66W wayarles, membolehkan pengecasan penuh dalam masa singkat. Peranti ini juga menyokong Pengecasan Berbalik Nirwayar bagi pengguna mengecas peranti serasi lain di mana-mana sahaja.

Integrasi Ekosistem Apple Lancar Pertama di Malaysia

HONOR Magic V6 menjadi penghubung terbaik antara ekosistem Android dan iOS, khususnya untuk pengguna peranti Apple.

Melalui HONOR Connect dan HONOR WorkStation, pengguna boleh menikmati fungsi rentas peranti seperti notifikasi seragam antara iPhone dan Apple Watch, pengurusan fail iCloud terus dari paparan boleh lipat serta sambungan AirPods dengan pop-up asli dan kawalan hingar. FungsI Quick Share pula membolehkan pemindahan fail antara peranti Apple dan HONOR tanpa halangan platform.

Untuk pengguna profesional dan pelajar, peranti ini juga boleh berfungsi sebagai pusat produktiviti mudah alih yang disambungkan dengan MacBook. Ia boleh digunakan sebagai skrin kedua tanpa wayar, manakala Mac Connected Files membolehkan akses dan sunting fail terus dari komputer riba.

Selain itu, fungsi One Tap Share membolehkan pemindahan fail antara telefon dan MacBook dengan satu sentuhan, termasuk fail bersaiz besar 1GB dalam kira-kira 25 saat, bagi kecekapan kerja yang lebih baik.

Tersedia di Seluruh Negara Bermula Hari Ini

HONOR Magic V6 hadir dalam empat pilihan warna premium iaitu Ferghana Red, Sunrise Gold, Ivory White dan Classic Black. Peranti ini ditawarkan dalam dua konfigurasi memori dan storan, iaitu RAM 16GB dengan ROM 512GB pada harga RM7,699, manakala RAM 16GB dengan ROM 1TB dijual pada harga RM8,899.

Untuk maklumat lanjut, layari www.honor.com/my/.

Your Life, Your Soundtrack with the Samsung Galaxy Buds4 Series

These days, life can feel non-stop. One minute we’re stuck in traffic heading to work, next thing replying emails while queuing for coffee, then suddenly it’s already midnight and we’re doomscrolling in bed wondering where the whole day went.

In all that chaos, music has quietly become the thing that helps many of us reset, focus and breathe for a while. That’s where devices like the Samsung Galaxy Buds4 and Samsung Galaxy Buds4 Pro fit naturally into everyday life.

They’re not just earbuds anymore, they become part of our daily rhythm, whether it’s during the morning commute, gym sessions, late-night walks, café work sessions or long balik kampung drives. What makes the experience feel different is how seamlessly the earbuds blend into our lifestyle.

With Active Noise Cancelling (ANC), even noisy environments suddenly feel more manageable. The chaos of LRT crowds, office chatter, noisy mamak tables or traffic outside can fade into the background, giving us a small personal space no matter where we are.

And honestly, that quiet space matters more than we realise.
Sometimes we just need a moment to focus before an important presentation. Sometimes we need music blasting during workouts to push through one more set. Other times, it’s simply putting on our earbuds after a long day and letting our favourite playlist drown out the stress for a while.

The Galaxy Buds4 series turns these small everyday moments into something more immersive and personal. The audio experience itself also adapts naturally to how we live. Whether we’re taking calls while multitasking, switching between devices, listening to podcasts while driving, or vibing to music during solo.

Perodua Perkenal Generasi Baharu EV Di KLIMS 2026

Perodua memperkenalkan babak kedua perjalanan kenderaan elektriknya (EV) di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026) yang diinspirasikan oleh generasi baharu Alpha dan Beta di negara ini.

Kereta konsep baharu yang dipamerkan Perodua dinamakan Chapter 2 atau C2 yang mewakili gaya reka bentuk berbeza, dilengkapi dengan teknologi terbaharu serta dicipta oleh pereka muda dan berbakat yang mencerminkan visi mereka terhadap masa depan EV.

“C2 adalah sebahagian daripada jalan cerita EV kami. Ia mengembangkan naratif buatan Malaysia untuk dunia, seiring dengan usaha kami menambah baik pengalaman mobiliti untuk pelanggan kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

C2 adalah kereta konsep segmen B yang dilengkapi dengan ciri bantuan pemanduan AI seperti navigasi masa sebenar, lokasi stesen pengecasan, kemas kini trafik, ciri anti-curi yang dipertingkat serta bantuan parkir kenderaan.

“Kami juga menggabungkan super app P-Circle ke dalam kereta konsep ini, jadi pelanggan boleh mendapat akses yang mudah kepada perkhidmatan yang kami tawarkan termasuklah e-wallet dan penghantaran alat ganti tulen. Kereta konsep C2 ini mewakili masa hadapan integrasi mobiliti,” katanya.

Beliau berkata, C2 juga akan menjadi asas kepada EV di masa hadapan dan teruja untuk berinteraksi dengan pelawat-pelawat di reruai Perodua serta mendapatkan maklum balas serta pandangan mereka bagi memastikan produk-produk baharu kami dapat memenuhi jangkaan pelanggan.

Katanya, C2 juga mewakili fasa baharu gaya reka bentuk Perodua yang berbeza daripada konsep EM-O terdahulu.

“Kami mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke reruai Perodua di KLIMS 2026. Gunakan kesempatan ini untuk mencuba pelbagai tarikan yang disediakan oleh syarikat kenderaan nasional ini termasuklah robot interaktif, dron serta pameran penuh aplikasi P-Circle dan tawarannya,” katanya.

Post Menarik