Maxis dan aquaria KLCC berkolaborasi melancarkan pengalaman realiti terimbuh 5G dengan kehidupan marin.

MAXIS melancarkan pengalaman realiti terimbuh (AR) pertama Malaysia melalui kehidupan marin dengan kolaborasi akuarium terbesar di Malaysia, aquariaKLCC.

Untuk beberapa bulan akan datang ini, pengunjung boleh meneroka dasar laut sambil mengalami manfaat teknologi 5G untuk pengalaman yang lebih imersif dalam meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan laut.

Kes gunaan aquariaKLCC adalah sebahagian daripada Projek Demonstrasi 5G Malaysia yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini dalam usaha untuk memudah, membangun dan memupuk kes gunaan 5G dalam persekitaran hidup terkawal.

Al-Ishsal Ishak, Pengerusi MCMC turut hadir pada pelancaran tersebut.

“5G adalah rangkaian yang bakal mengupaya penyelesaian pintar masa depan, dan mengubah cara kita berkomunikasi dan mengalami sesuatu perkara secara dramatik. Walaupun masih dalam peringkat eksperimentasi, kami amat teruja dengan potensi teknologi baru tersebut.

“Melalui pengalaman ini, kami berharap dapat meningkatkan kefahaman tentang teknologi 5G melalui pendidikan yang seronok dan mendalam,” kata Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi dan Informasi, Maxis.

“Sebagai akuarium terbesar di Malaysia, kami memberi pengunjung sebuah pengalaman penerokaan kepelbagaian biosfera tempatan dan luar negara. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Maxis untuk membawa pengalaman realiti terimbuh (AR) pertama di Malaysia.

“Kami berharap, dengan pengalaman ini, para pengunjung tertarik dengan impak teknologi dan kepentingan menjaga kebersihan laut,” kata Dato’ Simon Foong, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Aquawalk Sdn Bhd.

Maxis tetap komited untuk memberikan inovasi 5G terbaik yang mampu memberi manfaat kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia. Pada masa yang sama, Maxis melancarkan beberapa demonstrasi lain di seluruh negara.

Pameran di aquariaKLCC akan menjadi demo kes gunaan 5G ketiga, berikutan pameran Putrajaya pada bulan April dan IDEC di Kuching pada bulan Julai 2019. Lebih banyak kes gunaan dijangka akan dilancarkan termasuklah di Langkawi dan Gamuda Cove.