Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) memenangi anugerah Malaysia Deal of the Year 2017 oleh Islamic Finance News (“IFN”) bagi projek pembiayaannya kepada CMC Group Sdn Bhd (“CMC”).
PERKARA itu telah diumumkan oleh IFN pada 17 Januari 2017 di bawah anugerah IFN Deal of the Year 2017, yang dihakimi oleh panel bebas pakar-pakar industri.
IFN merupakan penerbitan tersohor yang menumpukan kepada industri pasaran modal dengan liputan luas mengenai pasaran pembiayaan Islam global. Majlis Makan Malam Anugerah IFN ini telah diadakan di Hotel Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur.
Pada tahun 2017, Bank Islam menjadi bank penaja Platform Akaun Pelaburan (IAP) bagi
membiayai sebahagian daripada projek integrasi telekomunikasi CMC untuk Ho Chi Minh
City Urban Railway System (Line 1) bernilai RM23 juta di Vietnam.
Urus niaga tersebut merupakan produk kedua Akaun Pelaburan Terhad yang ditawarkan oleh Bank Islam di bawah IAP sejak dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia (“BNM”) pada tahun 2016.
Pada tahun 2015, Bank Islam merupakan salah sebuah bank Islam pengasas yang
membentuk konsortium yang melancarkan IAP. Ianya sama seperti platform teknologi
kewangan seperti pendanaan awam (crowd-funding) dan platform pembiayaan perangkai
padan (peer-to-peer).
Walau bagaimanapun, faktor perbezaan utama IAP ialah peranan pengantaraan yang dimainkan oleh institusi-institusi kewangan Islam termasuk menyaring usaha-usaha yang berdaya maju, menjalankan usaha-usaha wajar terhadap prospek usaha niaga, menyediakan pendedahan mengenai dasar usaha niaga dan profil pulangan risiko mereka, menjalankan pemantauan berterusan mengenai prestasi usaha niaga dan memastikan tadbir urus yang betul untuk melindungi kepentingan pelabur.
Mengenai transaksi CMC, CMC menggunakan IAP sebagai alternatif untuk mendapatkan pembiayaan dan mendapatkan akses kepada pelbagai pelabur manakala para pelabur pula mendapat pendedahan kewangan yang spesifik kepada projek utama CMC di Vietnam.
Khairul Kamarudin, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam berkata “Kami merasa
bangga memenangi anugerah Malaysia Deal of the Year daripada IFN. Anugerah ini
merupakan pengiktirafan kepada usaha Bank Islam dalam melaksanakan inovasi
perbankan Islam digital.
Di samping itu, senarai usaha niaga berdaya maju di bawah IAP akan menberikan sokongan kepada pertumbuhan berterusan sektor Industri Kecil dan Sederhana (“IKS”) yang berpotensi mewujudkan kesan gandaan positif lebih besar kepada ekonomi.
Penglibatan kami dalam usaha niaga ini adalah selari dengan aspirasi kami sebagai Pengantara Berasaskan Nilai (“VBI”) yang merupakan satu cara untuk menyumbang kepada pertumbuhan progresif persekitaran bandar sambil menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran alam sekitar.
Perjalanan IAP kami berada di peringkat permulaan dan kami berharap untuk membangunkan lebih banyak lagi penyelesaian teknologi kewangan, khusus bagi segmen runcit dan IKS, yang
mengoptimumkan sumber, meningkatkan kecekapan dan pengalaman pelanggan serta
terus memainkan peranan yang penting sebagai Pengantara Berasaskan Nilai.”
UMW Toyota Motor Sdn Bhd yang mula mengimport dan memasarkan model Toyota Alphard dan Toyota Vellfire pada 2014, menerima permintaan menggalakkan daripada pelanggan yang inginkan sebuah MPV mewah buatan Jepun.
SETAKAT ini, lebih daripada 3,000 unit model-model berkenaan telah terjual melalui bilik pameran sah Toyota di seluruh negara, menyumbang kepada 50% daripada pasaran MPV premium tempatan.
Selain dikenali kerana kelebihan nilai dengan penawaran kelengkapan yang ada, Alphard dan Vellfire yang dijual oleh pengedar sah Toyota juga datang dengan jaminan pengeluar selama lima tahun dan sokongan lepas jualan secara menyeluruh.
Bagi model tahun 2018, kedua-dua model berkenaan menerima peningkatan dan penambahbaikan bagi memberi lebih nilai kepada pelanggan. Spesifikasi terkini termasuk enjin serta transmisi yang baru hanya boleh didapati daripada pengedar rasmi Toyota sahaja.
Toyota Alphard Baru
Seperti sebelumnya, Alphard ditawarkan dalam dua varian iaitu Alphard 3.5 Executive Lounge yang menawarkan tahap kemasan Premium Luxury dan Alphard 3.5 yang menawarkan tahap kemasan Advanced Luxury. Kedua-dua varian kini dilengkapi enjin baru 2GR-FKS 3.5 liter V6 yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan kawalan elektronik.
Enjin baru yang lebih berkuasa ini dilengkapi sistem suntikan D-4S yang memberikan penyaluran minyak optimum dalam setiap keadaan. Sistem ini menggunakan penyuntik tekanan tinggi dan tekanan rendah untuk memenuhi keperluan pembakaran di dalam keseluruhan julat kelajuan enjin.
Sistem Variable Valve Timing-intelligent Wide (VVT-iW) membekalkan tork tinggi, dari julat rpm paling rendah hingga yang paling tinggi. Ia menggabungkan kitaran Atkinson untuk meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api dan kitaran Otto untuk kelebihan kuasa.
Beberapa ciri kejuruteraan lain seperti sistem Auto Stop & Start turut memberikan lebih penjimatan minyak. Sistem ringkas ini boleh diaktifkan oleh pemandu pada bila-bila masa; ia akan mematikan enjin sekiranya kenderaan berada dalam keadaan pegun yang lama. Ini mengurangkan pembaziran bahan api dan pembebasan sisa bakar.
Ia akan kekal aktif selagi pemandu meletakkan kaki pada brek. Sebaik brek dilepaskan, enjin akan hidup semula secara automatik dengan lancar.
Penampilan menonjol Alphard diserlahkan dengan konsep “Bravely Magnificent” dan bagi model terbaru ini, imej dinamik dan formalnya menerima sentuhan baru. Bahagian tengah gril kini lebih ke hadapan, memberi penekanan terhadap struktur tiga-dimensi pada rekaan melintang dari logonya ke bahagian lampu dan garis bahu, memberikan penampilan lebih dinamik disamping menyerlahkan ketelitian yang diberikan terhadap model ini.
Pada bahagian sisi, rekaan lampu utama projektor yang digunakan turut menyumbang kepada rupa baru ini. Unit lampu bahagian bawah menampilkan pencahayaan panduan sementara lampu isyarat pula kini didatangkan dengan ciri cahaya berturutan (sequential).
Dari bahagian belakang, Alphard memiliki imej yang lebar dan kuat, disumbangkan oleh kemasan melintang yang dilanjutkan pada bahagian atas lampu. Lampu tiga-dimensi bentuk L disusun dibawahnya, menerbitkan kesan seperti ia disepadukan dengan kemasan berkenaan serta memberikan imej kedudukan kenderaan yang lebih rendah.
Alphard 2018 menggunakan rim aluminium aloi 18-inci dengan rekaan dan penggayaan baru yang lebih sporty. Pelanggan boleh memilih daripada lima warna luaran berbeza, yang terdiri dari satu warna baru — Graphite Metallic. Empat warna sedia ada yang ditawarkan ialah Luxury White Pearl CS, Burning Black CS, White Pearl CS dan hitam.
Bahagian dalamnya turut menerima sentuhan kemewahan yang lebih pelbagai. Material berkualiti digunakan serta pemasangan teliti menjadi taruhan. Sebagai contoh, bahagian perehat lengannya kini menggunakan material kulit sintetik dengan jahitan untuk memberikan rasa sentuhan yang lebih eksklusif. Ia menggantikan material plastik lembut yang digunakan bagi model tahun 2017.
Bagi varian Alphard 3.5 Executive Lounge, kawasan dengan kemasan jahitan silang kini lebih luas di tempat duduk belakang. Rekaannya juga telah diubah kepada tema menegak untuk nampak lebih moden.
Kemasan pada perahan lengan di tempat duduk barisan kedua juga telah diubah agar lebih sepadan dengan kemasan ruang kabin secara keseluruhannya agar tampil lebih berkualiti. Ruang dalaman bagi varian Executive Lounge dilengkapi dengan material kulit campuran sementara Alphard 3.5 menggunakan material kulit berkualiti tinggi. Kemasan corak kayu yang digunakan juga menerima pembaharuan agar lebih segar dengan imej baru.
Seperti yang dijangkakan pada sebuah MPV mewah, tempat duduknya menawarkan keselesaan optimum dengan operasi kuasa elektrik di barisan pertama dan kedua. Untuk memberikan lebih keselesaan, ia kini dilengkapi dengan ciri pendingin hawa (bagi Alphard Executive Lounge) yang menyalurkan udara dingin dari bahagian kusyen dan penyandar. Varian Executive Lounge dilengkapi dengan kerusi VIP saiz besar, manakala Alphard 3.5 hadir dengan kerusi Kapten; kedua-duanya dengan perehat kaki untuk keselesaan perjalanan jauh.
Lagi tambahan ciri-ciri baru bagi model tahun 2018 ini ialah pad pengecas tanpa wayar bagi peranti dengan sistem Qi, serta Digital Full Display Mirror yang memberikan pandangan yang lebih luas dan jelas. Selain pantulan permukaan biasa, cermin berteknologi tinggi ini turut memaparkan imej dari kamera yang terletak di belakang kenderaan. Dengan ini, penglihatan yang lebih jelas diperoleh, tanpa mengira keadaan cuaca semasa atau siang-malam.
Aspek keselamatan adalah penting untuk Toyota. Untuk itu, sistem perlindungan penumpang tertinggi disediakan bagi Alphard. Tahun ini, antara ciri baru yang melengkapi model berkenaan ialah Blind Spot Monitoring System untuk memaklumkan pemandu sekiranya ada kenderaan di titik buta melalui paparan ikon pada cermin sisinya.
Satu lagi ciri baru ialah Rear Cross Traffic Alert (RCTA), yang akan banyak membantu pemandu untuk memerhati keadaan di belakang dan sisi kenderaan ketika ingin keluar dari tempat letak kenderaan secara mengundur. Sensor digunakan untuk mengesan pergerakan kenderaan lain dan sekiranya ada, sistem amaran akan berbunyi dan berupaya untuk memberhentikan kenderaan bagi mengelak perlanggaran.
Bagi yang memerlukan bantuan ketika ingin meletak kenderaan, ciri Panoramic View Monitor (PVM) turut ditawarkan sebagai pilihan bagi Alphard. Melalui empat kamera yang terletak disekeliling kenderaan, sistem ini akan memberikan pemandangan persekitaran dan panduan kepada pemandu untuk masuk ke ruang parkir.
Toyota Vellfire Baru
Seperti Alphard baru, Vellfire juga menerima perubahan kosmetik yang menyerlahkan identiti uniknya. Model baru ini menampilkan reka bentuk tiga-dimensi bahagian hadapan, lebih menonjol serta menyerlahkan kesatuan yang ada termasuk dengan bahagian badannya.
Ini memberikan rekaan yang lebih dinamik dari bahagian depan ke belakang, serta menjadikan bahagian bawah badan MPV ini tampak lebih kukuh. Ia juga dipasangkan dengan rim aluminium aloi 18-inci rekaan baru.
Bagi memadankan rekaan kubik pada bahagian hadapan Vellfire, bahagian atas lampu utamanya menggunakan dua projektor petak. Ditambah dengan perincian biru yang ada, ia mewujudkan imej “teknologi maju” yang menarik. Lampu isyaratnya juga beroperasi dengan ciri cahaya berturutan.
Di belakang, bahagian atas serta bawah lampu didatangkan dengan kemasan melintang yang membuatkannya seolah-olah terbahagi kepada dua bahagian; ia merupakan kesinambungan rekaan dari lampu utama bahagian depan. Lampu isyarat LED ini juga akan menyala secara berturutan.
Seperti Alphard 2018, peningkatan bahagian dalamannya termasuk kemasan perincian dengan rekaan baru. Susunan tempat duduk barisan kedua dan ketiga masih sama, dengan kerusi Kapten individu di barisan kedua.
Tempat duduk dengan material kulit ini dinaiktaraf untuk memberikan lebih keselesaan, lengkap dengan pendingin hawa pada kusyen dan penyandar kerusi. Bahagian penyandar serta perehat kaki juga boleh dilaraskan dengan kuasa elektrik.
Untuk kemudahan penumpang, bukan sekadar slot USB yang disediakan malah pad pengecas tanpa wayar juga ada. Ciri ini menggunakan kuasa tanpa wayar dengan piawaian Wireless Power Consortium (WPC) dan boleh mengecas mana-mana telefon bimbit yang serasi.
Ciri Digital Full Display Mirror yang memberikan pandangan yang lebih luas dan jelas juga menjadi tambahan terbaru. Selain pantulan permukaan biasa, cermin berteknologi tinggi ini turut memaparkan imej dari kamera yang terletak di belakang kenderaan. Dengan ini, penglihatan yang lebih jelas diperolehi, tanpa mengira keadaan semasa atau ketika pemanduan siang dan malam.
Bagi aspek keselamatan, Vellfire turut menerima peningkatan yang sama. Ciri seperti sistem Blind Spot Monitoring misalnya akan memberi amaran kepada pemandu sekiranya terdapat kenderaan lain pada titik buta. Ikon khas akan muncul pada cermin sisi untuk memaklumkan pemandu bagi mengelak perlanggaran yang mungkin berlaku.
Satu lagi ciri, Rear Cross Traffic (RCTA) turut ditambah pada Vellfire. Sistem ini membantu pemandu untuk memantau dengan memaparkan situasi persekitaran ketika mereka ingin mengeluarkan kenderaan dari tempat parkir secara mengundur. Sensor akan mengesan pergerakan kenderaan lain dari satu jarak, dan sekiranya ada, amaran akan berbunyi dan ia berupaya untuk memberhentikan kenderaan bagi mengelak perlanggaran.
Seperti juga pada Alphard, bagi pemandu yang memerlukan bantuan ketika ingin meletak kenderaan, ciri Panoramic View Monitor (PVM) turut ditawarkan sebagai pilihan. Melalui empat kamera yang terletak disekeliling kenderaan, sistem ini akan memberikan pemandangan persekitaran dan panduan kepada pemandu untuk masuk ke ruang parkir yang sempit.
KLIA emerged as winners in the ‘Overall’ and the ‘Over 20 Million Passengers’ categories beating five other shortlisted airports.
MALAYSIA Airports’ significant contribution to the growth of the Malaysian aviation industry were further acknowledged when it received the prestigious Routes Asia 2018 Marketing Awards for the Overall category as well as the ‘Over 20 Million Passengers’ category beating other hubs in the region.
The awards were presented during the Gala Dinner in conjunction with Route Development Forum Asia 2018 (Routes Asia) in Brisbane.
The annual Routes Asia Marketing Awards are widely regarded as the most valuable awards in the route development and aviation industry as the awards are voted and judged by the airline network planning community.
They recognised the outstanding marketing services that have supported the launch of new air routes or the development of existing services.
In 2017, nine new airlines flew to Kuala Lumpur and 25 new routes were launched. Overall passenger traffic grew by more than 11.2% to 58.6 million and recorded an additional of 30,535 commercial aircraft movements, making up the total to 386,054 movements.
Datuk Badlisham Ghazali, managing director of Malaysia Airports said, “I am overjoyed that KLIA has been picked as the overall winner in the highly regarded regional heat of Routes Asia 2018 Marketing Awards via a competitive voting and judging process. This is on top of KLIA emerging as the winner in the ‘Over 20 Million Passengers’ category beating five other shortlisted airports”.
Malaysia Airports has been innovative in creating its airline marketing strategy to promote the desired destinations. Last year, Malaysia Airports collaborated with Tourism Malaysia and created a ‘Joint International Tourism Development Programme’. This programme will see the airport and tourism body match the investments made by the airlines, trade and business partners, in marketing campaigns that drive inbound tourism.
“Malaysia Airports also undertook several missions to Europe, ASEAN, South Asia, India and China to meet up with over 30 airlines at their headquarters to market KLIA as a fast-growing hub. Looking back, I would say we have been well rewarded for our efforts, which saw us launched 25 new routes and nine new passenger airlines for KLIA in 2017,” added Badlisham.
The double recognition displayed a remarkable growth achieved by KLIA through its collaborative approach and outstanding marketing efforts. This will further encourage Malaysia Airports to continue working harder this year and come up with more innovative programmes that foster closer ties with its partners and stakeholders. As the overall winner, KLIA will be automatically shortlisted for the World Routes Marketing Awards in Guangzhou, September this year.
Pengeluar tayar terkemuka mengukuhkan portfolio di Malaysia melalui pelancaran lima saiz baharu bagi tayar dwi-jenamanya
APOLLO Tyres mengumumkan tawaran terbaharunya, iaitu lima saiz tayar baharu bagi rangkaian dwi-jenamanya yang dikenali sebagai Apollo-Manchester United. Tawaran baharu ini meneguhkan lagi komitmen Apollo Tyres terhadap rakyat Malaysia dengan memperluaskan rangkaian tayar rekaan khas yang bermutu tinggi ini bagi semua peminat bola sepak di tanah air.
Pengenalan pelbagai saiz baharu tayar ini sebenarnya didorong oleh peningkatan permintaan terhadap rekaan dwi-jenama ini di kalangan peminat Manchester United di Malaysia serta rantau di sekitarnya. Maka untuk merealisasikan permintaan mereka, rangkaian tayar Apollo-Manchester United kini boleh didapati dalam beberapa saiz berikut:
195 55 R15
205 55 R16
215 55 R17
245 45 R18
265 65 R17
Dan saiz sedia ada, 195 65 R15
Ketua Kumpulan, Rantau ASEAN & Timur Tengah, Apollo Tyres Ltd, Shubhro Ghosh berkata, lima saiz baharu ini dihasilkan berikutan kejayaan varian 15” pertama kami yang dilancarkan sekitar tiga tahun yang lepas.
Dari kiri ke kanan: David May, pemain pertahanan tengah dan kanan Manchester United (1988-2006), Denis Irwin, pemain pertahanan Manchester United (1983-2004), dan Dwight Yorke, pemain penyerang Manchester United (1998–2002) menurunkan tandatangan pada barangan jualan Apollo Tyres Malaysia.
Pemasaran unik (USP) tawaran baharu ini terus berpaksikan keyakinan Apollo dalam mencapai tahap keselamatan tertinggi melalui rekaan yang mampu menghasilkan prestasi serta kawalan yang terbaik.”
“Melalui rangkaian tayar ini, pemandu bukan sahaja dapat mengalami pemanduan yang lebih senyap serta kawalan yang amat berkesan di permukaan yang kering dan basah, malah mereka juga boleh menayangkan logo Manchester United yang terpamer di sisi tayar mereka,” tambah Ghosh.
Selari dengan pelancaran tayar dwi-jenama terbaharu ini, Apollo Tyres akan meneruskan program Jaminan Tanpa Syarat (UCW) bagi semua jenis tayar bagi kenderaan penumpang . Jaminan tanpa syarat selama setahun (12 bulan) ini merupakan tambahan kepada lima tahun jaminan pengilang yang disediakan secara standard oleh syarikat.
Ia merangkumi semua jenis kerosakan pada tayar, misalnya kerosakan tayar yang tidak disengajakan atau kerosakan akibat terlanggar objek keras, sekali gus memberikan pemandu ketenangan minda apabila mereka memandu dengan tayar Apollo baharu.
Mengulas mengenai tawaran UCW, Ghosh berkata, “Pengguna di Malaysia sangat penting bagi pihak kami. Semenjak memulakan operasi di Malaysia pada tahun 2016, kami telah membina rangkaian pengedaran yang kukuh di seluruh Malaysia.
Usaha ini membolehkan rakan-rakan perniagaan kami menghantar tayar kami sehingga ke pintu rumah pelanggan kami. Seiring dengan program pemasaran yang besar untuk tahun ini, kami yakin Jaminan Tanpa Syarat 1 tahun ini akan membolehkan Apollo Tyres memberikan jaminan mutu kepada pelanggan kami, sekaligus meningkatkan keyakinan mereka terhadap jenama kami.”
Rangkaian tayar Apollo-Manchester United dengan saiz baharu boleh didapati melalui wakil-wakil penjual yang sah di seluruh negara.
Siti Aafiyah menjadi pilihan nama anak pasangan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Siti, 39, yang kini popular dengan lagu baru ‘Comel Pipi Merah’ berkata, nama itu dipilih bersempena doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, Al Abbas.
“Nama anak ini saya dapat ketika menunaikan umrah tahun lalu. Sepanjang di sana, saya sering mendengar doa berkenaan. Malah maksud Aafiyah juga merangkumi yang baik-baik saja.
“Sepanjang hamil, saya sering mendapat kiriman doa ini yang menyebut nama Aafiyah. Jadi, saya dan suami sepakat memilih nama ini,” katanya.
Sementara itu, suami Siti, Khalid, 59, berkata, pemilihan nama anak mereka lebih ringkas, indah dan mudah diingati dalam setiap doa.
“Pilihan nama anak berdasarkan satu doa Rasulullah SAW yang mengajar bapa saudaranya. Apabila Abbas bertanya apakah doa terbaik dibaca, Rasulullah SAW berikan ayat berkenaan.
“Dalam doa itu ada perkataan ‘Afiyah yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, untuk sihat, kita berada dalam ‘afiyah, untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam ‘afiyah, untuk hidup, kita berada dalam ‘afiyah dan untuk anak-anak dilindungi, kita berada dalam ‘afiyah.
“Daripada situ saya menamakan anak saya. Dalam masa sama nama ini ringkas dan mudah diingati. Malah dalam setiap doa kita menyebut nama ini,” katanya.
Bersempena hari ketujuh kelahiran anak pasangan itu, Siti turut mengadakan majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah di kediamannya yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakrim, malam tadi.
Majlis itu turut boleh ditonton secara langsung yang disiarkan menerusi akaun Youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Siaran langsung selama sejam lebih itu mendapat lebih 17,000 tontonan dalam tempoh sejam.
Sebelum itu, pada sebelah petangnya, Siti berkongsi wajah anak perempuannya di laman Facebook dan Instagram.
Video berdurasi 57 saat yang memaparkan wajah anak Siti itu ditonton lebih sejuta kali dalam tempoh tiga jam.
Siti selamat bersalin bayi seberat 3.55 kg secara pembedahan, Isnin lalu dan ketika itu Siti dan suami menggunakan nama sementara iaitu Fatimah Az-Zahra. Gambar dan video dari instagram CTDK
KFC Malaysia melangkah setapak lagi ke hadapan menerusi ciptaan burger hebat terbaru – KFC Zinger Cheezilla.
PRODUK unik ini dibawakan khas untuk para pelanggan bagi menjanjikan pengalaman makan yang benar – benar memuaskan.
Burger gergasi KFC Zinger Cheezilla ini menampilkan kepingan keju mozarela yang disusun
bersama filet ayam Zinger Hot & Spicy kegemaran ramai dengan limpahan sos keju mayo KFC.
Ia pasti membebaskan diri dan selera sesiapa sahaja dengan kenikmatannya.
“Burger Zinger kami sememangnya sudah terkenal apatah lagi dalam kalangan penggemar
KFC. Kini kami membawakan satu ciptaan burger yang tidak pernah diperkenalkan sebelum
ini.
Zinger Cheezilla dibawakan khas buat mereka yang menginginkan burger luar biasa yang dipenuhi sensasi keju dalam setiap gigitan,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan KFC
Malaysia.
“Di samping mengekalkan ciri utama KFC iaitu ayam goreng, kami berinovasi dari masa ke
semasa supaya dapat membawakan yang terbaik menerusi menu kami. Zinger Cheezilla
adalah sebuah lagi inovasi burger yang amat kami nanti-nantikan.
Burger ini hanya boleh didapati dalam masa terhad sahaja. Jadi, jangan lupa untuk mencubanya sebelum terlambat!” katanya.
KFC Zinger Cheezilla boleh didapati secara a la carte bermula daripada RM13.50. Pelanggan
juga boleh memilih hidangan lengkap dengan kombo KFC Zinger Cheezilla yang ihidangkan
bersama KFC Crispier Fries serta Pepsi baharu, daripada RM16.90.
Dapatkan KFC Zinger Cheezilla di setiap restoran KFC di seluruh Malaysia dan KFC Delivery
bermula dari 22 Mac 2018, sementara stok masih ada. Lari ke cawangan KFC berdekatan
dan bebaskan selera raksasamu! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my
AirAsia mengumumkan pelantikan pemain lagenda Brazil, Roberto Carlos sebagai duta global terbaharu. Pengumuman itu telah dibuat di Aloft Kuala Lumpur Sentral dan dihadiri oleh Ketua Pengawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dan juga Ketua Pengawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan AirAsia X,Tan Sri Tony Fernandes, berkata, “Tiada siapa yang memiliki semangat yang berani untuk menggapai cita-cita seperti Roberto Carlos.
Dari bermain di jalanan kota Garça dan membuat keputusan untuk menjadi pemain bola sepak profesional pada umur 12 tahun, ke peristiwa sepakan percuma yang menakjubkan menentang Perancis dan juga memenangi Piala Dunia, beliau telah menunjukkan bahawa apabila beliau inginkan sesuatu, beliau akan usaha sedaya upaya untuk mencapainya.
Kami amat berbangga untuk mempunyai seorang pejuang dalam barisan duta juara
dunia kami.”
Duta global AirAsia, Roberto Carlos berkata, “Di Brazil, kami berkata, ‘Kami lebih menghargai nilai bola sepak kerana kesengsaraan yang telah kami alami.’ Ini menunjukkan bahawa anda boleh berjaya tidak kira latar belakang anda selagi anda percaya pada diri sendiri dan juga bekerja keras.
Saya juga sangat teruja untuk mewakili satu jenama seperti AirAsia, yang sentiasa berusaha untuk menjadikan impian menjadi kenyataan.”
Diberi gelaran “The Bullet Man” kerana sepakan percumanya yang padu, Roberto Carlos telah mewakili Brazil dalam tiga kejohanan Piala Dunia FIFA, dan beliau juga sebahagian daripada pasukan yang memenangi Piala Dunia 2002 yang berlangsung di Korea Selatan dan Jepun.
Di peringkat kelab, beliau bermain untuk Real Madrid dan telah memenangi empat piala kejohanan La Liga Sepanyol serta Liga Juara Juara UEFA sebanyak tiga kali pada 1989, 2000 dan 2002.
Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
Pengedar kenderaan premium itu menawarkan hadiah jam tangan Tag Heuer F1 Chronograph bernilai lebih RM5,000 bagi setiap pembelian kereta BMW di Ingress Auto Puchong untuk masa terhad bermula hari ini hingga esok (25 Mac 2018).
INGRESS Auto, wakil pengedar kenderaan BMW milik Bumiputera sepenuhnya di negara ini memperkenalkan model terbaru BMW X2 yang tampil dengan reka bentuk baru lebih sporty dan dilengkapi pelbagai ciri teknologi terkini.
Promosi khas selama dua hari bermula hari ini hingga esok juga membolehkan pengunjung membeli barangan eksklusif BMW dengan tawaran diskaun sebanyak 25 peratus dan promosi kadar pembiayaan yang menarik sempena pelancaran model baru BMW X2 yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jerman.
Bagaimanapun, tawaran ini bergantung kepada terma dan syarat dan hanya ditawarkan untuk tempoh dari 24 hingga 25 Mac ini di cawangan Ingress Auto Puchong sahaja.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web www.ingressauto.com.my atau Facebook www.facebook.com/ingressauto
Ingress Auto ketika ini beroperasi menerusi dua cawangan iaitu di Puchong dan Damansara dilengkapi ciri 4S iaitu jualan, servis, alat ganti dan baik pulih badan kenderaan. Syarikat itu turut menjadi pengedar bagi model kenderaan MINI.
Ketua Jualan Ingress Auto Puchong, Zaidi Hazral Abdul Hadi (kanan)
Sementara itu, Ketua Jualan Ingress Auto Puchong, Zaidi Hazral Abdul Hadi berkata, Ingress Auto secara keseluruhannya menyasarkan jualan kira-kira 30 unit bagi model BMW X2 pada tahun ini.
Beliau berkata, pihaknya percaya model BMW X2 menawarkan satu pengalaman pemanduan yang berbeza bukan sahaja revolusi reka bentuk serba baru yang mengabungkan ciri sebuah coupe sporty dan ‘DNA’ kenderaan X yang dihasilkan BMW seperti X1, X3, X4, X5 dan X6.
“Kami mensasarkan jualan keseluruhan akan meningkat kepada 320 unit pada tahun ini disumbangkan oleh jualan model terbaru BMW termasuk beberapa model baru yang akan diperkenalkan pada tahun ini,” katanya ketika ditemui pada majlis prebiu model terbaru BMW X2 yang dilancarkan di Ingress Auto Puchong, hari ini.
Ingress Auto Puchong mengadakan majlis prebiu dan penerangan teknikal kepada pelanggan sepanjang kempen pengenalan model itu yang bermula hari ini sehingga Ahad ini. Kempen yang sama turut diadakan di cawangan Ingress Auto Damansara.
Ingress Auto pada tahun lalu merekodkan jualan keseluruhan sebanyak 1,505 unit pelbagai model BMW yang didorong menerusi pengenalan model BMW jenis hibrid.
Syarikat itu juga merancang mengadakan Program BMW Advance Driving Performance kepada pelanggan yang membabitkan sesi pandu uji pelbagai model BMW meliputi laluan bandar dan lasak pada pertengahan tahun ini.
BMW X2 adalah jentera terbaru dalam portfolio pengeluar kenderaan premium ini bagi segmen Sports Activity Coupes. BMW X2 dicipta khas untuk mentransformasikan segmen kenderaan Kompak Premium dengan kesemua model terbaru BMW yang sporty, dinamik dan mempunyai reka bentuk urban.
Model itu diperkenalkan melalui variasi BMW X2 sDrive20i M Sport. Jentera ini mempunyai prestasi yang cukup memberangsangkan hasil daripada enjin TwinPower Turbo, teknologi powertrain yang canggih.
Jentera BMW X2 dikuasakan oleh enjin petrol dua liter, BMW TwinPower Turbo 4-silinder (teknologi ini telah mengarap pelbagai anugerah) yang menggabungkan twin-scroll turbocaj dengan Valvetronic, dua VANOS dan High Precision Injection; kenderaan ini dapat mencapai kelajuan maksima setinggi 227km/j.
Secara keseluruhan, sistem ini menjana kuasa 192hp dan tork sebanyak 280Nm dan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 7.7 saat. Jentera ini juga turut disertakan dengan transmisi 7-kelajuan dwi-klac Steptronic Sport.
BMW X2 didatangkan dengan warna-warna yang baru seperti Galvanic Gold Metallic, Misano Blue Metallic dan Sunset Orange Metallic, manakala ruangan dalaman jentera ini yang serba hitam dipadankan dengan sulaman kelabu.
Pengunjung mencuba BMW X2 yang baru dilancarkan di Ingress Auto Puchong
Model ini juga boleh didapati dalam warna Black Sapphire Metallic dengan ruangan dalaman berwarna Magma Red yang dikontraskan dengan sulaman berwarna kelabu.
Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun oleh BMW Group Malaysia, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar BMW) BMW X2 sDrive 20i M Sport ialah RM320, 800.
KFC Malaysia melabuhkan tirai kempen inisiatif tanggungjawab korporat, Add Hope KFC bagi 2017 dengan catatan dana tertinggi dalam tempoh 11 tahun penganjurannya dengan kutipan berjumlah RM4.2 juta.
PERKARA itu diumumkan oleh Yang Berhormat Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Berhad (QSR Brands), pada kemuncak acara Add Hope KFC yang berlangsung di Dataran Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya, baru-baru ini.
Hadir bercemar duli iaitu Penaung Diraja Add Hope Malaysia, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor. Turut serta menghulurkan sokongan adalah Yang Mulia Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam.
Dato’ Kamaruzzaman dalam ucapannya berkata: “Program ini merupakan satu perjalanan jangka panjang. Justeru, ia menuntut kerjasama semua pihak untuk sama-sama mencipta perubahan.
Ucapan terima kasih sahaja tidak cukup untuk menyatakan penghargaan kepada kemurahan hati rakyat Malaysia ini. Kerana sumbangan anda, kami dapat menyalurkan sumbangan.
Marilah kita sama-sama meneruskan perjuangan bersama KFC Malaysia dan meningkatkan lagi inisiatif ini ke tahap lebih besar pada tahun-tahun akan datang untuk menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.”
Inisiatif tahunan ini mula mengumpul dana sejak dilancarkan pada Jun 2017. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, dana dikumpul melalui penjualan set hidangan Add Hope KFC, platform derma atas talian, serta tabung derma yang ditempatkan di semua restoran KFC.
Sebagai satu usaha berterusan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai masalah kebuluran dan kemiskinan dunia, larian amal ‘Add Hope Run – Stop Hunger’ turut dianjurkan bersempena penutupan kempen untuk tahun tersebut.
Bersesuaian dengan tema ‘Empowering Juniors, Inspiring Change’, acara ini bermatlamat menyemai nilai murni dan memberi kesedaran awal kepada golongan muda.
Larian yang dianjurkan buat julung kali ini menyaksikan lebih 2,500 peserta muda melangkah bersama KFC Malaysia sekaligus menjadi penggerak muda bagi misi kemasyarakatan ini.
“Kami percaya bahawa generasi muda memainkan peranan penting di dalam masyarakat ke arah membentuk dunia yang lebih baik. Oleh itu, sebagai ibu bapa dan penjaga, kita harus menyemai nilai-nilai murni serta memberi pendidikan dan pendedahan awal supaya generasi seterusnya lebih prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik terutama isu kemanusiaan termasuk kebuluran.
Dan pada hari ini, kami mengambil pendekatan untuk mengajak golongan cilik ini untuk turut serta meningkatkan kesedaran terhadap usaha ini,” kata Dato’ Kamaruzzaman lagi.
Hadir sama, Datuk Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan QSR Brands, Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif KFC Malaysia, Madelene Sachi, wakil KFC Asia, Carlos Melendez, wakil United Nations World Food Programme, serta jurucakap kempen, Scha Alyahya.
Jemputan khas yang hadir adalah wakil badan bukan kerajaan (NGO), penghuni rumah kebajikan, barisan pengurusan KFC Malaysia serta diserikan oleh persembahan daripada selebriti tempatan.
QSR Brands adalah syarikat Kumpulan Johor Corporation yang menguruskan operasi lebih 750 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja serta menyajikan ayam goreng KFC yang halal.
Sebahagian besar hasil kutipan bakal disalurkan ke seluruh Malaysia melalui kerjasama erat KFC bersama pelbagai badan bukan kerajaan dan organisasi tempatan kepada golongan miskin tegar, gelandangan dan mereka yang kurang berkemampuan secara lebih efektif. Sebahagian lagi kutipan akan disalurkan kepada Program Makanan Sedunia PBB untuk membantu individu kurang bernasib baik serata dunia akibat kebuluran.
Naza Premira Sdn Bhd, official distributor of the Vespa brand in Malaysia launched the 2018 Vespa GTS Super 300 at Sunken Garden, MyTown Shopping Mall, Kuala Lumpur.
THE Vespa brand is an expression of unique and distinctive lifestyle as its scooters are designed for those who appreciate the true meaning of life. With the brand interpretation “Not for Everyone”, the new 2018 Vespa GTS Super 300 is the epitome of the Vespa brand’s values; Style, Comfort, Safety and Sturdiness, and is unrivalled in today’s scooter market.
Vespa GTS Super 300 Launch
The new 2018 Vespa GTS Super reinterprets a new sporty classic design from the legendary Vespa collection and is said to be the premium Italian brand’s most dynamic vehicle yet, exuding both power and style. It blends not just sportiness and performance but also has its distinctive character which emphasises its sporty and youthful nature which makes it the perfect companion for the modern and stylish Malaysian urbanites.
Powered by a liquid-cooled 300cc Quasar engine, the latest Vespa scooter is unrivalled in the market with a maximum power of 21.2 HP at 7,750 rpm and maximum torque of 22 Nm at just 5,000 rpm. The single cylinder powerful engine ensures quick throttle response and brilliant performance, suitable for manoeuvring through the big-city traffic.
With safety as a priority, the new 2018 Vespa GTS Super 300 comes standard with Antilock Braking System (ABS) on both its front and rear wheels for optimal wheel control in all atmospheric conditions which is perfect for the tropical Malaysian weather.
Partnered with its Anti Slip Regulation (ASR) feature which enhances vehicle control, the rider can seamlessly manoeuvre through traffic with a peace of mind.
While preserving the character and distinct traits of a classic Vespa, the exclusive 2018 Vespa GTS dons a new lighting system with LED technology in its front lights, perfectly integrated into the turning indicator to give its front shield a clean and stylish finish.
2018 Vespa GTS Super 300 riders can also enjoy the added convenience features that come with the exclusive 300cc variant such as the electric remote operating system on its saddle, bike finder feature, LCD dashboard screen and a USB port which enables easy charging of smartphones and other electronic devices.
As for advance security, the premium stylish scooter comes with a standard anti-theft immobiliser which locks the engine unit control functionality upon the removal of the ignition key.
Vespa fans can now enjoy the exclusive powerful and stylish Vespa GTS Super 300 at a competitive price of only RM25,000 and is available in four colours; Monte Bianco (White), Verde Speranza (Green), Grigio Titianio (Black) and Giallo Gelosia (Yellow) at your nearest authorised Vespa showrooms.
During the Vespa GTS Super 300 launch event, Dato’ Samson Anand George, Group CEO, Automotive Group, Naza Corporation Holdings, also relayed the Naza Group’s plans for the future in the automotive sector.
“Naza is a progressive and performance based organisation that evolves and embraces change. We are at a phase where we are reviewing and rationalising our two wheel and four wheel divisions to ensure they are in line with the strategy and direction of the Group,” he said.
2018 Vespa GTS 300 Super – Technical Specifications
ENGINE
Type : 4-valve, 4-stroke, single cylinder, Quasar engine
Displacement : 278.3cc
Bore x Stroke : 75 mm x 63 mm
Max Power at crankshaft : 21.2 HP (15.6 kW) at 7,750 rpm
Max Torque : 22 Nm at 5,000 rpm
Fuel system : P.I. injection (Port injected)
Ignition : Electronic with variable advance
Cooling system : Liquid
Lubrication : Wet sump
Gearbox : Twist-and-go CVT with torque server
Clutch : Automatic centrifugal dry clutch
VEHICLE
Bearing structure : Sheet metal with welded reinforcements
Front suspension : Single arm suspension with coil spring and hydraulic shock absorber
Rear suspension : Double hydraulic shock absorbers with adjustable preload with 4 settings
Braking system : Two-channel ABS system/ ASR
Front/Rear Brakes : Hydraulically operated 220 mm stainless steel disc