Kedua-dua GLC memanfaatkan gabungan keupayaan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan Pelan Fiber Seluruh Negara

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bersama-sama membangunkan pelan pelaksanaan bagi merealisasikan Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP) oleh pihak Kerajaan.

Usahasama ini akan memanfaatkan gabungan keupayaan kedua-dua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) tersebut dari segi capaian, infrastruktur dan kepakaran. Secara khusus, sinergi berkenaan akan membolehkan struktur kos yang paling efisien, dan memacu capaian rangkaian jalur lebar fiber.

Ini adalah selari dengan aspirasi Kerajaan untuk memacu Ekonomi Digital di Malaysia, seperti yang disasarkan di bawah NFP dan projek-projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB).

Seterusnya, pelaksanaan itu dibawah TM dan TNB, sebagai dua buah institusi terkemuka di Malaysia, akan memastikan keselamatan serta menjamin infrastruktur strategik dan kritikal negara.

Cadangan rangkaian itu juga akan meneruskan penyertaan akses terbuka sedia ada oleh para pemain industri yang lain bagi mempromosikan persaingan sektor swasta dalam jalur lebar runcit.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, dan Datuk Seri Ir Azman Mohd, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB.

MoU ini tertakluk kepada perjanjian muktamad yang akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak selepas terma-terma komersil dimuktamadkan. Pengumuman selanjutnya akan dibuat kelak, mengikut kesesuaian.

Mengenai TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), Peneraju Konvergens Negara dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Berintegrasi No. 1 di Malaysia, menawarkan himpunan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh menerusi tetap (telefoni dan jalur lebar), mobiliti, kandungan, WiFi dan perkhidmatan pintar.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini