Nur Sajat Kamaruzzaman enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memerlukan masa minimum sebulan bagi menentukan identiti dan jantina sebenarnya.

USAHAWAN popular itu dilaporkan berkata, cukup-cukuplah mengaibkannya sehingga tular kerana dia juga perlu menjaga hati ibu bapanya.

“Cukup-cukuplah mengheret dan mengaibkan nama saya. “Kasihanilah keluarga saya yang terpaksa menanggung malu akibat isu ini. Kalau anda berada di tempat saya, pasti anda juga tidak mahu perkara ini terus diperdebat dan menjadi isu besar.

“Saya masih ada ibu bapa yang punya hati dan perasaan,” katanya lagi.

Sajat mengakui kesal apabila kisah peribadinya menjadi perhatian masyarakat sedangkan niatnya hanya untuk berniaga.

Terdahulu JAKIM dalam kenyataan petang Jumaat lalu, menyatakan memerlukan masa paling minimum sebulan bagi menentukan identiti dan jantina sebenar usahawan kosmetik itu.

Perkara itu dimaklumkan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof menerusi laman sosial Facebook (FB) Jakim.

Dr Mohd Izwan berkata, proses tersebut mengambil masa yang panjang kerana melibatkan banyak pihak.

“Proses ini akan mengambil masa yang panjang kerana melibatkan banyak pihak. Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum,” katanya.

Mohd Izwan juga menjelaskan, Jakim bersetuju terhadap beberapa proses yang perlu dilalui Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi.

“Keputusan hanya akan diumumkan selepas segala proses itu selesai dan disahkan oleh sekumpulan panel Pakar Kajian Syariah yang diurusetiakan Jakim,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Izwan berkata, Jakim menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan sebuah video yang menuduh pihak Jakim menelefon seorang individu dan memaklumkan jantina Sajat.

“Kami juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan di dalam sebuah video yang menuduh pihak Jakim ada menelefon seorang individu dan memaklumkan jantina Sajat,” tegasnya.

Terdahulu, Jakim menemui jalan penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar Sajat selepas mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik itu di Wisma Nur Sajat di Shah Alam, Selasa lalu.

Difahamkan, pihak Jakim mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran cemuhan dan kecaman yang diberikan kepada usahawan kosmetik itu berhubung isu identitinya. Gambar dari Instagram NurSajat

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini