Minat mendalam terhadap sukan permotoran tidak hanya memberikan pengalaman menarik malah melonjakkan adrenalin seseorang apatah lagi memenangi sebuah kereta Toyota Vios SE.

JURUTEKNIK, Muhammad Haye Nafiqi Saidin, 27, muncul pengunjung bertuah apabila terpilih memenangi sebuah kereta Toyota Vios SE bernilai RM85,000 pada acara festival perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) di Medini City, Johor. Beliau telah menjawab beberapa soalan ketika acara berkenaan di MAEPS, Serdang.

“Saya selalu mengimpikan untuk memiliki sebuah Toyota Vios, tapi tak pernah terbayang pula akan memenanginya. Saya hadir dan menonton Vios Challenge sebab saya amat berminat dengan sukan permotoran dan datang bersama rakan-rakan lain, untuk menyaksikan Fattah Amin berlumba.

Muhammad Haye Nafiqi Saidin, 27, menang Toyota Vios SE

“Beberapa minggu kemudian, saya terima panggilan dari UMW Toyota Motor memaklumkan yang saya telah memenangi sebuah kereta. Saya berasa sangat gembira, tambahan pula saya akan berkahwin tak lama lagi. Sudah tentu saya akan akan menggunakan Vios ini sebagai kereta rasmi pada majlis perkahwinan kami,” katanya.

Muhammad Haye dari Selangor berkunjung ke Medini City di Johor hujung minggu lalu untuk mengikuti festival perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) dan menerima hadiah yang disampaikan oleh Naib Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama ketika acara berkenaan.

Sebuah lagi Toyota Vios SE akan berpeluang dimenangi oleh pengunjung di Medini City pada acara yang sama dan pemenang yang bertuah akan diumumkan sebaik sahaja semua penyertaan dinilai oleh auditor.

Shawn Lee celebrates number 1 after beating Fattah Amin

Dalam acara dua hari TGR di Johor baru-baru ini berjaya menarik kehadiran 17,000 pengunjung. Tidak ketinggalan diceriakan dengan kehadiran pemandu selebriti seperti Fattah Amin, Diana Danielle, Janna Nick, Shukri Yahaya, Geraldine Gan, Danny Koo, Shawn Lee dan Venice Min.

Fattah Amin celebrating his 3rd place for the Promotional Class

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini