Susulan daripada sesi pra-tonton Toyota Harrier serba baru yang berlangsung di Malaysia Auto Show 2017 November tahun lalu, UMW Toyota Motor telah menerima banyak tempahan bagi model yang buat pertama kalinya dijual secara rasmi di Malaysia.

UNIT bagi kumpulan pertama kini sudah mula diserahkan kepada pelanggan yang membuat tempahan awal  dengan harga bagi model berkenaan yang bermula dari RM238,000 di Semenanjung Malaysia.

“Kami sangat teruja dengan maklum balas yang diterima bagi pengenalan Toyota Harrier serba baru ini di Malaysia. Memandangkan model generasi sebelumnya hanya untuk pasaran domestik Jepun sahaja, kami tidak dapat menjualnya secara rasmi ketika itu. Bagaimanapun, Toyota Motor Corporation telah mengambil keputusan untuk menawarkannya bagi pasaran di luar Jepun dan untuk itu, Malaysia antara negara yang terawal menjualnya secara rasmi,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Toyota Harrier datang dengan jaminan lima-tahun dan tanpa had perbatuan. Ini termasuk kesediaan stok bagi alat ganti tulen untuk model generasi terbaru yang dijual ini.

Penampilan model generasi terbaru Toyota Harrier memiliki gril yang disudutkan untuk tujuan aerodinamik dengan lencana helang khas yang digunakan bagi memberi penekanan terhadap imej agresif dan elegan yang dibawa.

Lampu utama, lampu nyalaan siang (DRL), lampu selekoh, lampu kabus serta lampu belakang semuanya menggunakan LED. Lampu isyarat di depan menggunakan paparan berturutan (sequential display) untuk lebih memudahkan makluman hasrat pemandu sebelum membelok atau menukar lorong.

Harrier 2.0T yang diimport sepenuhnya ini dilengkapi enjin 2.0 liter dengan pengecas turbo. Dua versi ditawarkan iaitu Harrier 2.0T Premium dan Harrier 2.0T Luxury yang hadir dengan kelengkapan tambahan. Terdapat empat pilihan warna semuanya.

Model ini menggunakan enjin petrol 8AR-FTS dengan pengecas turbo pusaran berkembar (twin scroll). Enjin ini turut menggunakan penyuntik minyak terus D-4ST dan sistem VVT-iW (Variable Valve Timing-intelligent Wide).

Engine

Pemilik Toyota Harrier serba baru ini turut dilindungi oleh pakej Toyota Safety Sense (TSS), sebuah set sistem keselamatan aktif yang julung kalinya ditawarkan pada model kenderaan Toyota di negara ini. Ia terdiri daripada Sistem Pra-Perlanggaran, Kawalan Kruise Adaptif, Sistem Penetap Laluan, Amaran Penukar Laluan dan Sistem Lampu Tinggi Adaptif.

Ciri-ciri keselamatan lain yang turut disertakan ialah seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TC), Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC), Lampu Isyarat Kecemasan (yang menyalakan lampu kecemasan sebagai amaran dalam situasi brek secara mengejut), Brek Parkir Elektronik + Brek Pegun Auto serta sensor parkir dengan kamera undur.

Air Bag System

Sebagai tambahan, tujuh beg udara SRS ada untuk melindungi penumpang di depan, disokong juga dengan beg udara sisi serta beg udara tirai yang akan melindungi bahagian tingkap di sisi (depan dan belakang) ketika berlakunya perlanggaran di bahagian tepi. Turut disediakan ialah beg udara lutut yang terletak di bahagian bawah kolum stereng untuk melindungi lutut pemandu sekiranya berlaku perlanggaran secara berdepan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Toyota Harrier serba baru, layari laman web Toyota di toyota.com.my.

On-the-Road Price (RM) – Individual Private
RegionTOYOTA HARRIER 2.0T PREMIUM (RM)TOYOTA HARRIER 2.0T LUXURY (RM)
Peninsular Malaysia238,000.00259,900.00
Sabah240,640.40262,540.40
Sarawak240,640.40262,540.40
Langkawi149,692.11162,076.71
Labuan151,253.81163,638.41

 

On-the-Road Price (RM) – Company Private
RegionTOYOTA HARRIER 2.0T PREMIUM (RM)TOYOTA HARRIER 2.0T LUXURY (RM)
Peninsular Malaysia238,200.00260,100.00
Sabah240,640.40262,540.40
Sarawak240,640.40262,540.40
Langkawi149,892.11162,276.71
Labuan151,253.81163,638.41

*Harga atas jalan raya termasuk GST tanpa insurans

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini