Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar dari Barisan Nasional (BN), Rizam Ismail dilantik sebagai Ketua Pembangkang Selangor yang baharu berkuat kuasa semalam.
PERKARA itu diumumkan speaker dewan negeri, Ng Suee Lim sebelum memulakan Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor ke-14 di sini.
“Saya telah menerima surat daripada BN Selangor pada 27 Jun 2018 untuk mencalonkan seorang Ketua Pembangkang Selangor iaitu Adun Sungai Air Tawar.
“Dewan Negeri Selangor penggal ke-14 ini telah meneliti pelantikan ketua pembangkang adalah daripada BN dan dengan ini saya memasyhurkan Rizam Ismail, sebagai Ketua Pembangkang Selangor,” katanya.
Ng berkata semua Adun di negeri ini diharap dapat menerima pelantikan itu selain mahu ketua pembangkang baharu menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Dewan Undangan Negeri Selangor sebelum ini tidak mempunyai ketua pembangkang susulan Adun Sungai Burong dari BN, Datuk Mohd Shamsudin Lias melepaskan jawatan itu pada 8 Dis 2014.
Mohd Shamsuddin meletakkan jawatan itu kerana enggan dilantik sebagai Pengerusi Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor. –Media UMNO
AirAsia meraikan 20 juta ahli BIG di seluruh dunia, yang menandakan kejayaan besar buat Program Kesetiaan BIG.
PROGRAM kesetiaan tersebut kini menerima 500,000 pendaftaran setiap bulan, dan lima negara yang mempunyai jumlah ahli terbesar adalah Malaysia (3.6 juta ahli), China (2.3 juta), Thailand (2.1 juta), Indonesia (1.4 juta) dan India (1.1 juta).
Sempena meraikan kejayaan ini, AirAsia BIG Loyalty menawarkan sejumlah 20 juta Mata Ganjaran BIG untuk ahli yang paling aktif bermula 1 September hingga 30 November 2018 sebagai sebahagian daripada peraduan #WeAre20MilBIG.
Ahli BIG yang mengumpul, menebus dan menukar mata ganjaran terbanyak dalam tempoh ini akan berpeluang untuk memenangi 20,000 Mata Ganjaran BIG setiap minggu, 50,000 Mata Ganjaran BIG setiap bulan dan hadiah utama berupa 200,000 Mata Ganjaran BIG pada akhir bulan ketiga.
Ahli-ahli AirAsia BIG boleh mengambil bahagian dengan mengumpul Mata Ganjaran BIG daripada penerbangan terpilih AirAsia, BigPay atau di lebih 160 rakan niaga di 6 pasaran utama di Asia Pasifik, atau dengan menukar mata ganjaran dari bank dan rakan kongsi kami yang lain.
Para ahli juga boleh menebus penerbangan AirAsia, penginapan hotel dan aktiviti pelancongan yang menarik untuk meningkatkan peluang mereka untuk menang. Maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh didapati di airasiabig.com.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat) Aireen Omar berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap seorang ahli kami atas sokongan berterusan mereka.
Kami tidak dapat melakar kejayaan ini tanpa anda. Kejayaan ini adalah sebahagian besar daripada rancangan digital kami untuk syarikat penerbangan ini, selain memberikan para ahli lebih banyak peluang untuk menggunakan Mata Ganjaran BIG mereka.
Seterusnya, kami berharap untuk menjadikan Mata Ganjaran BIG ini sebagai mata wang pilihan dalam ekosistem Kumpulan AirAsia dan rangkaian rakan kongsi kami di seluruh rantau ini.”
Dilancarkan pada bulan November 2011, Program Kesetiaan AirAsia BIG membolehkan ahli-ahlinya untuk menikmati tambang penerbangan terendah di seluruh rangkaian AirAsia.
Mata Ganjaran ini juga boleh digunakan untuk menebus tempat duduk menjadikannya setara dengan wang tunai untuk membayar sebahagian daripada tambang tersebut. Keistimewaan untuk para ahli juga termasuklah akses 24-jam lebih awal bagi tempahan untuk semua jualan dalam talian AirAsia dan jualan bulanan sehingga 90 peratus untuk penebusan penerbangan.
Pada tahun lepas, AirAsia BIG Loyalty telah melancarkan Program Freedom Flyer pertama di dunia yang bertujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan pengalaman mengumpul Mata Ganjaran BIG berdasarkan kekerapan penerbangan mereka – lebih banyak tetamu terbang dengan AirAsia, lebih cepat mereka dapat mengumpul Mata Ganjaran BIG, tanpa mengira nilai yang dibelanjakan untuk tambang.
Program Kesetiaan AirAsia BIG turut memenangi pelbagai anugerah, termasuklah Penggunaan Teknologi Terbaik di Anugerah Kesetiaan 2018 untuk Program Freedom Flyer dan Anugerah Emas untuk Program Kesetiaan Terbaik (Perjalanan / Perhotelan) di Anugerah Kesetiaan dan Perhubungan 2018.
Persatuan Pengedar Perodua (PDA) dan Kelab Vendor Perodua (KVP) menyambut baik Struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang baharu kerana ianya dapat membantu mengurangkan harga kenderaan Perodua.
Struktur SST, yang mengenakan kadar cukai sebanyak 10% untuk jualan dan 6% untuk perkhidmatan, hanya dilaksanakan sekali sahaja di permulaan rantaian perniagaan.
Musa Zahidin Tan Sri Ahmad Zaidee, President, Perodua Vendors’ Club
“Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana menerangkan kepada kami bagaimana struktur cukai baharu ini dilaksanakan. Berdasarkan struktur cukai baharu ini, kos keseluruhan kenderaan dapat dikurangkan sebanyak 1% hingga 3% (berbanding harga di bawah 6% GST),” kata Presiden Kelab Vendor Perodua, Musa Zahidin Tan Sri Ahmad Zaidee.
Semalam (3hb September 2018), Perodua mengumumkan bahawa harga kenderaannya telah dikurangkan antara 1% dan 3% untuk kebanyakan modelnya berbanding senarai harga di bawah era Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6%.
“Kepada Perodua, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana telah membuat pesanan komponen dan alat ganti kenderaan yang besar, sekali gus mengekalkan ekosistem automotif Malaysia,” kata Musa.
Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Perodua menjual 140,900 unit antara Januari dan Julai 2018, peningkatan sebanyak 18.8% daripada 118,600 kenderaan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Musa berharap kerajaan akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan di dalam ekosistem automotif Malaysia, bermula dari pembekal auto, pengeluar peralatan asli sehingga para pengedar sah untuk sebarang dasar yang dibuat pada masa akan datang.
Khairul Nizam Ayob, President, Perodua Dealers’ Association
Sementara itu, Presiden PDA, Khairul Nizam Ayob berkata: “Terima kasih kepada Perodua dan kerajaan kerana menyokong kami. Pengurangan harga di antara 1% dan 3% berbanding harga semasa era GST akan menjadikan industri lebih kompetitif.”
“Kami akan bekerja keras untuk memberi khidmat yang terbaik kepada para pelanggan dan kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga Perodua,” katanya.
“Kepada para pelanggan yang dihargai, sila kunjungi pusat jualan dan pusat servis Perodua di seluruh negara untuk mengetahui lebih lanjut tentang harga baharu kenderaan kami. Penasihat jualan dan servis kami yang sah amat berbesar hati untuk melayani anda,” katanya.
Kempen Tempat Duduk Percuma** AirAsia kini kembali dengan 5 juta tempat duduk promosi!
TAMBANG tempat duduk promosi termasuk semua untuk ahli bermula daripada RM15* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik, termasuk Kuantan, Johor, Langkawi, Silangit – Danau Toba, Phu Quoc, Hua Hin, Phuket dan banyak lagi.
Ahli AirAsia BIG boleh menikmati akses lebih awal untuk promosi ini bermula 2 September 2018 (0001h GMT +8) hingga 9 September 2018 (2400 GMT +8). Tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk tempoh perjalanan antara 18 Februari 2019 dan 26 November 2019.
Para ahli yang terbang dengan AirAsia X pula boleh menikmati tambang tempat duduk promosi termasuk semua untuk ahli daripada serendah RM159* dari Kuala Lumpur ke Bali, Jeju, Seoul, Osaka, Amritsar, Sydney, Melbourne dan Hawaii.
Ahli juga boleh terbang dengan lebih selesa dengan menempah tempat duduk Premium Flatbed dari Kuala Lumpur ke Bali, Jeju, Busan, Jaipur dan Sapporo bermula dari RM399*.
Tetamu yang bukan ahli boleh menempah tempat duduk promosi bermula dari RM20* dari 3 September (0001h GMT +8) hingga 9 September 2018 (2400 GMT +8).
Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata, “Kami berbesar hati untuk menawarkan 5 juta tempat duduk promosi sekali lagi untuk membolehkan semua orang terbang ke lebih daripada 130 destinasi dalam rangkaian AirAsia dan AirAsia X.
Ahli AirAsia BIG pula akan menikmati lebih banyak faedah, termasuklah diskaun segera, apabila mereka menempah penerbangan di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia. Untuk mendaftar sebagai ahli AirAsia BIG secara percuma, layari airasia.com dan klik ‘Daftar’.”
Mulakan percutian dengan menempah tempat duduk bersama keluarga dan rakan dengan pilihan ‘Pick A Seat’. Semua tempahan pilihan tempat duduk yang dibuat dalam tempoh kempen ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus.
Nikmati penerbangan penuh faedah apabila anda membuat pra-tempahan Pek Nilai yang disertakan dengan 20kg bagasi berdaftar, hidangan percuma oleh Santan, pilihan tempat duduk biasa, dan insurans perlindungan perjalanan oleh Tune Protect yang merangkumi Jaminan 1 Jam Tepat Masa dan perlindungan Kelewatan Bagasi.
Selain itu, pengguna BigPay juga boleh menikmati caj pemprosesan dengan kadar sifar, diskaun untuk pra-tempahan bagi hidangan dalam penerbangan dan bagasi daftar masuk apabila mereka membayar menggunakan kad BigPay.
Rakan aktiviti perjalanan AirAsia, Vidi turut menawarkan promosi eksklusif berupa diskaun sebanyak 15 peratus dengan kod promosi FREESEATS15 untuk semua aktiviti yang ditempah di vidi.co.
**Tempat duduk percuma khas untuk Ahli BIG sahaja. Tempat duduk terhad dan mungkin tidak tersedia untuk semua penerbangan, semua destinasi, cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu. Tempat duduk percuma tidak termasuk caj bahan api dan cukai lapangan terbang. Yuran kemudahan akan dikenakan untuk semua pembayaran yang dibuat melalui kad kredit, kad debit atau kad caj.
*Tertakluk pada terma dan syarat pengangkutan kami yang lain.
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) announced the revised prices of all Volkswagen models with the implementation of the Sales and Service Tax (SST) on the 1 st of September 2018. With the exception of CBU models, the new prices of Volkswagen cars are now lower than previous prices with 6% GST.
Additionally, the VPCM Price Protection Scheme (PPS) is still applicable for all models registered by the 15 th of November 2018 and while stocks last.
Tax Holiday Continues
Since the introduction of the PPS, VPCM has seen a rise in demand for Volkswagen models. While VPCM is doing its best to meet the demand, stocks are very limited and customers are urged to not delay placing their bookings
Below is a comparison on prices of the locally assembled models and total savings under the PPS:
Erik Winter, Managing Director of VPCM said, “In line with the Government’s initiative, we are very pleased that the new tax structure has allowed us to be more competitive with our prices.
With the new tax structure, the reduction of Volkswagen prices ranges from 1.5% (for the
Tiguan Comfortline) to 2.6% (for the Vento Highline) compared against the previous tax structure with GST. We believe that the new prices, as well as our recently-introduced Price Protection Scheme makes owning a Volkswagen even more attractive to Malaysians.”
“As for aftersales service, the prices are determined by the service tax rate, and customers can download the revised service pricing guide on the Volkswagen website,” he added.
All Volkswagen models come with 3-years free maintenance, 5-years manufacturer’s warranty and 5-years roadside assistance. For more information, visit www.volkswagen.com.my
Proton catat peningkatan jualan tiga bulan berturut-turut manakala Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan diserap untuk semua model pada September.
PENINGKATAN jualan seperti yang dicatatkan pada bulan-bulan lalu diteruskan pada Ogos 2018 apabila Proton sekali lagi memperoleh jualan bulanan tertinggi bagi tahun 2018 untuk tiga bulan berturut-turut.
Jualan meningkat sebanyak 11.7% berbanding Julai, menjadikan Ogos sebagai bulan jualan tertinggi untuk kereta-kereta Proton sejak 36 bulan yang lalu. Secara keseluruhannya, sebanyak 9,501 unit kereta telah dijual, di mana ini bukan sahaja pencapaian terbaharu bagi tahun ini, tetapi merupakan volum jualan terbanyak sejak Julai 2015.
Ramalan pegangan pasaran meningkat dengan Saga dan Persona terus mendominasi keseluruhan jualan selaras dengan pertumbuhan volum jualan, ia menunjukkan peningkatan pegangan pasaran selama tiga bulan berturut-turut.
Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) sebanyak 15.4% dijangkakan bagi bulan Ogos, meskipun peratusan sebenar akan diumumkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Sama seperti 7 bulan sebelum ini, Proton Saga dan Persona kekal menjadi model pilihan pembeli apabila kedua-dua model ini kekal mendominasi jualan Syarikat.
Saga menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan dan memecah rekod jualan sebanyak 4,000 unit dengan pendaftaran sebanyak 4,174. Manakala, Proton Persona hampir mencapai jualan 3,000 unit dengan pendaftaran sebanyak 2,957 unit bagi Ogos.
“Ogos telah memperlihatkan pertumbuhan jualan sebanyak tiga kali berturut-turut untuk PROTON di mana Syarikat sekali lagi mencapai volum yang tinggi bagi tahun ini.
Pertumbuhan ini sedikit sebanyak didorong oleh GST yang berkadar sifar sebelum pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), serta kempen pemasaran yang giat dijalankan bagi mengingatkan rakyat Malaysia untuk mengambil kesempatan bersempena dengan pembelian tanpa cukai ini.
Jumlah jualan yang tinggi ini menunjukkan peningkatan keyakinan orang ramai terhadap jenama kami kerana ramai yang masih memilih PROTON berdasarkan pakej menarik yang ditawarkan kepada mereka.
Pelan pemulihan kami berjalan seperti yang dirancangkan, kini menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan mereka kekal memilih jenama kami dengan memberikan servis pelanggan yang terbaik,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.
SST akan diserap oleh PROTON untuk semua model bagi September
Pelaksanaan SST telah mendatangkan kesan kepada pasaran automotif Malaysia di mana pembeli kereta telah berpusu-pusu untuk membuat pembelian sebelum cukai tersebut dilaksanakan.
Sebelum ini PROTON menyatakan bahawa terdapat perubahan harga apabila SST dilaksanakan, tetapi, buat masa ini perubahan tersebut tidak akan memberi kesan terhadap pembeli-pembeli kereta Proton. Ini kerana PROTON akan menyerap kos SST untuk semua model Proton bagi memastikan pembeli masih dapat membeli dengan harga tanpa cukai.
Tun Dr Mahathir Mohamed and Mr Li Shu Fu, Chairman of Geely
“Sementara PROTON menunggu maklumat lanjut mengenai pelaksanaan SST, Syarikat akan menyerap kos SST tersebut untuk semua model untuk memberi peluang kepada pembeli untuk membeli kereta. Ini memberikan manfaat kepada mereka semasa tempoh transaksi serta membantu PROTON mengekalkan momentum jualan.”
“Disamping kos SST yang diserap untuk semua jenis model pada September ini, PROTON juga menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada bulan ini dengan memberikan tawaran hebat pada model-model terpilihnya.
Diskaun antara RM500 sehingga RM1,000 akan ditawarkan bagi Saga, Iriz dan Persona, serta Proton Ertiga Xtra yang baharu sahaja dilancarkan, di mana model tersebut menampilkan tempat duduk baharu berwarna gelap serta unit utama berskrin sentuh, dengan penjimatan sebanyak RM2,000 daripada harga asal,” ujar Abdul Rashid.
Honda Malaysia today announced the new pricing of its models following the recent announcement by the Government of Malaysia on the Sales and Service Tax (SST) implementation effective 1st September 2018.
HONDA new pricing is inclusive of 10% Sales Tax which was implemented on motor vehicles.
Honda’s Completely Knocked Down (CKD) models namely Jazz, BR-V, City, Civic, CR-V and Accord will be priced ranging from RM70,242 to RM169,398*. Prices of its Completely Built Unit (CBU) models such as the Odyssey and Civic Type R will be priced at RM258,896 and RM330,002* respectively.
The new SST establishment will have its rate set at 10% for sales and 6% for services. Honda Malaysia’s after-sales services will be subjected to a 6% service tax for maintenance labour charge.
Honda Malaysia Managing Director and Chief Executive Officer Toichi Ishiyama said, “With the new SST legislation taking effect on 1st September 2018, Honda Malaysia have adjusted the prices for Honda models and after-sales services accordingly.
We remain committed to providing the Joy of Buying to our customers with quality products and unique advanced features and technology”.
Honda Malaysia has also recently announced a ‘Joy of Buying’ campaign in conjunction with the Malaysia Independence Day and Honda’s 70th Anniversary celebration. The campaign which runs from 1st September 2018 to 31st October 2018 aims to reward lucky Honda customers who submit the most creative slogans with 7 Honda City, 17 Sony Blu-ray Home Cinema System and 277 official Honda merchandise.
Customers can visit any of Honda’s 96 authorized dealers nationwide or call Honda’s Toll Free number at 1-800-88-2020 or log on to www.honda.com.my for more information.
*Price in Peninsular Malaysia effective 1 September 2018
Prices are subject to change without prior notice
Selaras dengan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerajaan mulai 1 September 2018, Perodua telah mengeluarkan senarai harga baharu untuk semua kenderaannya, antara 1-3% lebih rendah (untuk model tertentu sahaja) berbanding era 6% Barangan dan Cukai Perkhidmatan (GST).
PENGARAH Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin berkata, berdasarkan struktur cukai baharu, hampir semua model Perodua berharga lebih rendah berbanding sebelum 1 Jun 2018.
Bezza GXtra_Front Exterior
Pada 1 Jun 2018, kerajaan telah merombak kadar cukai GST dari 6% ke kadar sifar, membuka ‘cuti cukai’ selama 3 bulan kepada rakyat Malaysia dan membawa kepada peningkatan permintaan kenderaan dalam tempoh tersebut.
Pada bulan Julai, Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa SST, yang menggantikan GST, akan ditetapkan pada kadar 10% untuk jualan dan 6% untuk perkhidmatan.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya kepada 3.3 juta pelanggan yang dihargai yang telah memilih Perodua sebagai jenama pilihan mereka.
“Mengenai servis penyelenggaraan serta alat ganti Perodua, kami akan terus menawarkan harga kompetitif kepada para pelanggan kami. Kami amat menghargai sokongan padu yang telah ditunjukkan oleh orang ramai terhadap produk dan perkhidmatan kami, dan akan terus memperbaiki diri untuk pelanggan kami,” kata Dr Zahari.
“Sila kunjungi mana-mana cawangan jualan dan perkhidmatan kami di seluruh negara dan bercakap dengan penasihat jualan dan perkhidmatan kami yang sah untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan,” tambahnya.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berharap kerajaan tidak akan menjual aset milik Petronas kepada syarikat Petron seperti yang dilaporkan oleh media Jepun Nikkei sebelum ini.
MOHAMAD berkata demikian ketika merujuk kepada perkembangan terbaru iaitu perlantikan syarikat minyak Filipina, Petron sebagai pembekal bahan api kepada kerajaan dan Petronas diminta untuk membayar 50% lebih dividen sebanyak RM24 bilion kepada kerajaan tahun ini.
“Sepanjang 10 tahun lalu di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), kita tidak menjarah wang Petronas dan kami tidak memaksa Petronas untuk membiayai projek yang tidak ada kaitan dengan industrinya sebagaimana dilakukan pada masa lalu,
“Ini kerana kita mahu Petronas menjadi salah satu syarikat terbesar dunia dan bersiap sedia apabila rizab minyak dan gas Malaysia berkurangan.
“Ekoran langkah itu, aset dan baki tunai Petronas telah meningkat berkali ganda bagi tempoh 10 tahun lalu. Hari ini, Petronas memiliki baki tunai RM174 bilion bagi perancangan pembangunan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Baru-baru ini, Nikkei memetik kenyataan Presiden syarikat Petron Ramon Ang sebagai berkata syarikat itu bersedia untuk membeli aset-aset milik Petronas di Malaysia apabila kerajaan Malaysia mula menswastakan Petronas dan aset-aset lain negara di atas alasan untuk mengurangkan hutang kerajaan RM1 trilion yang merupakan angka rekaan sendiri.
Digital revamp with personalised member portal, ability to directly accrue and redeem KrisFlyer miles, and integrated e-visa applications.
SINCE its merger with Tigerair Singapore a year ago, Scoot has not only expanded rapidly in terms of fleet and network, it has also invested heavily in taking on new digital innovations and developing products that better meet new travel trends, provide better value for its customers, and enhance the overall travel experience.
Scoot introduced its first-ever member portal, Scoot Insider, which offers member-only benefits and an improved experience on the FlyScoot website. These include a Welcome discount voucher, faster bookings, member-exclusive and first-dibs on promotions, and more!
Scoot Insiders have the ability to save key and frequently-used details for themselves and their travel companions, and these details will be pre-populated during future bookings, saving time and effort.
They can also view upcoming and past trips at a glance, manage existing bookings and store credit card details for faster payments.
Scoot Insiders are also subscribed to an exclusive newsletter on the latest happenings at Scoot and upcoming promotions, so they will never miss out on a good deal.
For a start, Insiders will receive a 15% off Welcome Voucher upon successful registration, and a 15% off Birthday Voucher every year to celebrate their special day! Insiders with a KrisFlyer (the Singapore Airlines Group’s frequent flyer programme) account can sync both accounts and unlock the benefits of earning and using KrisFlyer miles.
Currently the Scoot Insider portal, which has approximately 230,000 members, is available in Malaysia, Singapore, Germany, Greece, Hong Kong, Korea, Indonesia, Thailand, China, Taiwan, Japan, and Vietnam.
KrisFlyer members can now directly earn a mile for every dollar spent on fares and selected add-ons, such as baggage and meals, when booking their Scoot flights on the FlyScoot website. KrisFlyer miles can also be redeemed on Scoot fares, taxes and selected add-ons.
Upon login on the FlyScoot website, KrisFlyer profiles will be pre-populated for flight bookings and users can view upcoming and past trips at a glance, manage existing bookings and store credit card details for faster payments. By end 2018, members will have the option to subscribe to the Scoot Insider newsletter for exclusive promotions, deals and news.
• Earning Miles
o KrisFlyer members earn one KrisFlyer mile per Singapore dollar spent on fares and selected add-ons on Scoot-only itineraries; or
o earn up to 25% of actual mileage flown on the Scoot sector when travelling on mixed itineraries (e.g. Scoot-Singapore Airlines/SilkAir interline flights, codeshares, etc.), depending on the ticket fare class.
• Redeeming Miles
o Members can redeem their KrisFlyer miles on fares, taxes and selected add-ons or mix their miles with cash.
This step forward in Scoot’s partnership with KrisFlyer signifies greater value for existing KrisFlyer members as they now have an additional option to redeem miles, from as low as 1,050 miles. What’s more, KrisFlyer members also get regular access to exclusive Scoot travel deals.
An electronic visa (e-visa) application platform has been integrated within the FlyScoot website to dynamically offer within the flight booking process, depending on customers’ nationality and booked destinations, any applicable e-visas and their costs.
Customers can then apply for the e-visas on the spot, or any time after they make their booking. This saves travellers the hassle of having to identify whether they require a visa, and provides a streamlined, user-friendly option to conveniently take care of their travel requirements.
Powered by online visa provider Oevisa, the service features a simple application form, fast approval typically within one to three business days, easy visa retrieval and dedicated 24-hour support on email, Live Chat, Whatsapp, WeChat, and Facebook Messenger.
Scoot’s e-visa application service has successfully processed almost 20,000 e-visas to date, most of which are for travel to Australia.
It currently facilitates applications for e-visas to Australia, India, Malaysia, United States and Vietnam, and more e-visa types such as the Australian e600 Visitor Visa and other destinations will be progressively added. By end-2018, applicants will be able to choose expedited options for faster e-visa processing during their flight booking, and even apply for urgent e-visas during Web Check-in.
Current e-Visas available:
• Australia: Electronic Travel Authority (ETA) visa
• India: e-Tourist Visa, e-Business Visa & e-Medical Visa
• Malaysia: single-entry eVISA
• United States: ESTA
• Vietnam: Tourist eVisa
From enjoying inflight connectivity onboard selected Scoot flights, guests can now travel seamlessly across the Scoot network and stay connected without the hassle of switching out their SIM card.
Guests with flight bookings made through the FlyScoot website or the Scoot mobile app can obtain a complimentary Flexiroam X Microchip with 1GB of data that can be used in 64 Scoot destinations.
Attaching the microchip on top of the existing SIM card allows customers to switch between their existing network and Flexiroam’s and top up as needed to enjoy data in Flexiroam’s over 100 destinations.
By end-2018, existing Flexiroam users will also be able to exchange Flexiroam X data for inflight Wi-Fi data sessions on selected Scoot flights operated on Boeing 787 Dreamliners, allowing them greater ease when transitioning from air to ground.
Scoot is the low-cost arm of the Singapore Airlines Group. Scoot took to the skies in June 2012 and merged with Tigerair Singapore in July 2017, retaining the Scoot brand and positioning it well for a new chapter of growth.
Scoot has carried over fifty million guests and now operates a fleet of 18 state of the art, widebody Boeing 787 Dreamliners and 26 young and modern Airbus A320 family aircraft, with two more Boeing 787 Dreamliners and 39 Airbus A320neo aircraft on order.
Scoot’s network presently encompasses 66 destinations across 18 countries and territories.