Utama Blog Halaman 1018

AIG Malaysia Launched #AIGJagaYou, A Customer-Centric Nationwide Campaign

AIGJagaYou Campaign_Visual

Campaign aims to demystify general insurance and help Malaysians understand the importance of insurance protection.

AIG Malaysia launched #AIGJagaYou, a customer-centric nationwide campaign that is expected to reach out and appeal to the Malaysian community. The campaign exemplifies AIG’s commitment to of doing things differently, especially in demystifying general insurance among Malaysians and helping them understand the importance of insurance protection.

The word “jaga” is derived from Bahasa Malaysia, which simply means to take care of. #AIGJagaYou kicks off with a partnership with Community Policing Malaysia that strives to promote a safer community through close cooperation with the police. The non-profit organization consists of ordinary citizens, retired police officers and everyone who cares and who are concerned for the safety of society.

AIG Malaysia’s contribution of RM12,000 is expected to aid the organization’s efforts in policing activities, including collaborating with them on several of their future initiatives. This collaboration will be followed by a series of educational videos on #AIGJagaYou into the market, including a social media campaign to provide greater appeal to the AIG brand and reach out to customers with a more local look and feel.

AIG Malaysia’s Chief Executive Officer Antony Lee described the campaign as a game changer for the brand in Malaysia in reaching out and appealing to Malaysians through simple messaging and objectives.

“AIG is your Jaga who is always here for you. We want to be there for our customers and help them to live the life they want, by providing a fresh Malaysian perspective on insurance,” he added. The Jaga campaign was first conceived in August 2016 to provide a stronger proposition for AIG Travel Insurance in the market.

Besides creating top of the mind conversations about AIG Travel Insurance, it was also to drive conversions for travel insurance purchases online. Jaga was perceived as being always there for you wherever you are in the world, complementing AIG’s worldwide 24/7 Travel Assistance to address any uncertainties throughout your journey.

Back then, the video garnered 2 million video views on YouTube and Facebook. For more information of AIG’s products and services, visit www.aig.my

Perodua Tweckbot Vehicle Inspection Service Makes A Comeback For Christmas

As the New Year approaches, Perodua is offering a free 50-point check as part of its Tweckbot programme to ensure that holiday-goers’ Perodua vehicles are in the best possible condition for long journeys.

THE Perodua Tweckbot is a mobile vehicle service team which inspects Perodua vehicles at selected locations during festive seasons. This is the fourth Perodua Tweckbot programme held this year, with close to 5,000 vehicles checked since the programme began in 2011.

The team will be stationed at the Giant Hypermarket in Kota Damansara this weekend (15-17 December, 10am-5pm), to provide a free 50-point safety check to all Perodua vehicles this festive season and school holidays.

“The Perodua Tweckbot represents our commitment to customers in providing them with the very best in terms of products and services. It is also one of our Road Safety Campaign initiatives,” Perodua President and Chief Executive Officer Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh said.

“At Perodua, You Matter Most, and we want to ensure that during this festive period and school holidays, your Perodua vehicles are in the best possible shape for the long journeys you and your loved ones may take,” added Datuk (Dr) Aminar.

The 50-point inspection comprises engine, transmission, coolant (coolant level, fan and temperature), brake (fluid and pad wear), power steering, clutch, tyre, suspension and electrical (battery, lights and water) checks, with each inspection taking 10-15 minutes.

Additionally, a 20% discount on parts and accessories will be given to all vehicles that return to Perodua service branches and dealers (terms and conditions apply). The Perodua Tweckbot started as a Twitter-based service (Twitter + check + robot) offering free inspections at specified times and locations. Tweckbot gradually expanded into other mediums such as Facebook and traditional media to reach out to more Perodua owners.

“We hope our customers will take advantage of the Tweckbot service to ensure their vehicles’ safety and roadworthiness. We would like to wish a very Merry Christmas to all who celebrate, happy holidays and a Happy New Year,” said Datuk (Dr) Aminar.

Pengedar Proton Kongsi Pengalaman Bersama Geely

Delegates at GRI

PROTON membawa para pengedar terbaiknya melawat Geely di China baru-baru ini dalam usaha untuk berkongsi pengalaman pengedar Geely mengendalikan cawangan mereka di Shanghai. Lawatan melibatkan seramai 28 pemilik pusat jualan dan perkhidmatan PROTON, disertai oleh pegawai PROTON dan seorang wakil dari institusi kewangan.

Baru-baru ini, PROTON telah menggesa pengedar dan pengendali pusat perkhidmatan untuk menaik taraf kemudahan mereka sebagai persediaan untuk model baharu Proton yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan. Lawatan tersebut telah memperkenalkan kepada mereka seorang pengedar Geely di Shanghai dan bagi yang lain, ini merupakan lawatan pertama mereka ke China di mana seorang pengedar kereta benar-benar telah membuka pintu kepada rakyat Malaysia untuk mempelajari dan mengkaji operasi harian mereka.

Geely Showroom

Pengedar-pengedar dari PROTON amat kagum dengan kejayaan Geely di negaranya.
Ryan Lai, pengarah LHM One Stop, sebuah cawangan PROTON 4S di Nilai berkata, dia amat tertarik dengan tahap perkhidmatan pelanggan di cawangan Geely. “Pusat perkhidmatan tersebut mempunyai ruangan menunggu yang menyerupai hotel bertaraf 5 bintang! Kebiasaannya, suasana sebegitu hanya dapat dirasai oleh pemilik kereta premium di Eropah, akan tetapi, Geely menawarkannya kepada pelanggan mereka,” kata Ryan.

Pengedar-pengedar tersebut turut dijemput untuk memandu uji model Geely Boyue yang bakal diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi. “Pada awalnya saya agak ragu-ragu tetapi apabila saya mula duduk di dalam Boyue, saya tahu ini adalah kenderaan yang terbaik untuk imej baharu PROTON,” jelas Ryan.

Pandangannya turut dikongsi oleh Susan Leong dari Hoi Keen Service di Kuantan. Hoi Keen mengendalikan pusat servis serta pusat membaiki dan mengecat PROTON. “Ia mempunyai reka bentuk dalaman yang mewah dan terasa sangat premium bagi segmennya,” kata Susan.

Waiting Lounge

Seorang veteran dalam industri, Dato’ Shamshudin dari Pantai Bharu yang mempunyai sebuah pusat PROTON 4S di Jalan Meru menyatakan keyakinannya terhadap PROTON dan Geely. “Kerjasama itu ada dan Boyue pasti akan memberi kesan yang besar di Malaysia,” kata Shamshudin.

Para pengedar juga berpeluang melawat ke Institut Penyelidikan Geely dan telah dipertonton dengan teknologi semasa dan pelbagai reka bentuk pada masa hadapan. Shamshudin, Ryan dan Susan turut mengumumkan secara terbuka bahawa syarikat mereka akan membuat pelaburan berjuta ringgit bagi memperluaskan cawangan PROTON mereka.
“Lawatan ini benar-benar membuka mata kepada apa yang bakal dicapai oleh PROTON pada masa akan datang. “Kami akan melabur untuk jenama PROTON kerana kami telah melihat masa depan PROTON,” kata Ryan.

Susan, Dato Shamshudin and Ryan

Mengenai PROTON

PROTON Holdings Berhad kini dimiliki oleh DRB-HICOM Berhad sebanyak 50.1% dan sebanyak 49.9% lagi oleh Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. Ditubuhkan pada tahun 1983, ia adalah satu-satunya pengeluar kereta OEM sepenuhnya yang lengkap dengan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Asia Tenggara dan telah ditubuhkan dengan tiga objektif dasar kebangsaan utama iaitu untuk menerajui pembangunan industri pembuatan komponen, untuk memperoleh dan meningkatkan teknologi serta kemahiran industri dalam industri pembuatan automotif dan untuk mengukuhkan daya saing
antarabangsa serta keupayaan perindustrian di Malaysia.

Pada 1985 telah menjadi tahun bermakna dalam sejarah Malaysia apabila kereta kebangsaan negara pertama, Proton Saga dilancarkan untuk rakyat Malaysia. Sejak itu, PROTON telah menawarkan pelbagai kenderaan empat pintu yang versatil dan boleh dipercayai untuk kegunaan keluarga seperti Saga dan Persona, sedan eksekutif yang bergaya seperti Prevé, sedan eksekutif segmen-D yang elegan seperti Perdana serta kenderaan pelbagai guna yang luas dan mampu milik seperti Exora dan Ertiga. Turut ditawarkan ialah model hatchback berprestasi tinggi seperti Suprima S, model kompak dengan reka bentuk ‘berani’ dan penuh gaya seperti Iriz yang lengkap dengan ciri keselamatan dan merupakan model mampu milik yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP. Untuk makluman lanjut, layari https://www.proton.com.

First Southern Region AMG Performance Center By NZ Wheels

NZ Wheels upgrades its Johor Bahru Autohaus to the latest Mercedes-Benz standards and corporate identity.

  • NZ Wheels Johor Bahru features the first southern region AMG Performance Center in conjunction with its Autohaus upgrade.
  • The refurbishment includes an update to the latest Mercedes-Benz Presentation System (MPS II) and Corporate Identity (CI).
  • Recognising the demand from passionate owners of Mercedes-AMG automobiles, the AMG Performance Centre offers a dedicated area to experience Mercedes-AMG vehicles.
  • Mercedes-Benz Malaysia continues to ramp up efforts in delivering the Best Customer Experience by enhancing its touchpoints throughout its entire network.

MERCEDES-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) together with authorised dealer NZ Wheels, continue to strengthen their partnership with the unveiling of the completely refurbished Mercedes-Benz NZ Wheels Johor Bahru Autohaus (Mercedes-Benz NZ Wheels JB Autohaus). The upgrade also premiers the launch of an AMG Performance Centre, a first of-its-kind in the southern region.

(from left) NZ Wheels Sdn Bhd, Vice President I, Thoo Ai Wen; Naza Automotive Group, Group CEO, Dato’ Samson Anand George; Mercedes-Benz Malaysia, Sales & Marketing SEA II, Vice President, Mark Raine; and Mercedes-Benz Malaysia, Network Development SEA II, Senior Manager, JC Yap.

“We are delighted to continue to upgrade and professionalise our retail touchpoints throughout our entire retail network to the benefit of our customers, as a direct result of the synergy between Mercedes-Benz Malaysia and our committed dealer partners. Driven by a common passion of bringing the best products and after-sales experiences to customers,
Mercedes-Benz Malaysia together with our partner, NZ Wheels, celebrates yet another milestone with this newly refurbished Autohaus in Johor Bahru, complete with an AMG Performance Centre. Now, more of our southern region customers can be assured of the best products, best service and best customer experience,” said Mercedes-Benz Malaysia President and CEO, Dr Claus Weidner.

With a total built-up of 18,692.40 sq. ft., the Mercedes-Benz NZ Wheels JB Autohaus is able to display 11 showroom vehicles, and is managed by 32 personnel across sales, technical services and spare parts functions. A 3S centre, the Autohaus presently has 12 work bays, capable of servicing up to 500 vehicles per month to cope with the increasing need for premium customer service and experience.

NZ Wheels Sdn Bhd, Group Chief Executive Officer, Automotive Group, Dato’ Samson Anand George, said, “The launch today represents our on-going commitment to provide exceptional ownership experience with a distinct approach to automotive retailing. Together with Mercedes-Benz Malaysia, we will continue to deliver the Mercedes-Benz brand of premium experience to our customers nationwide alongside a growing coverage of Mercedes-
AMG Performance Centers.”

(from left) Mercedes-Benz Malaysia, Network Development SEA II, Senior Manager, JC Yap; Mercedes-Benz Malaysia, Sales & Marketing SEA II, Vice President, Mark Raine; Naza Automotive Group, Group CEO, Dato’ Samson Anand George; and NZ Wheels Sdn Bhd, Vice President I, Thoo Ai Wen.

With a total upgrading cost of RM6 million, Mercedes-Benz NZ Wheels JB Autohaus is now compliant with the Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II), the global Autohaus benchmark of customer experience, complete with the new Mercedes-Benz Corporate Identity (CI). The Mercedes-Benz NZ Wheels Johor Bahru Autohaus is one of six authorised dealer groups catering to the southern region. Mercedes-Benz NZ Wheels JB Autohaus is complemented with Service Differentiation – a menu of customised and personalised services for customer convenience and tailored after-sales services depending on customers’ lifestyle which include pickup/drop-off of customers’ vehicles, after-hours drop-off and fast-lane service. The Mercedes-Benz NZ Wheels JB Autohaus is also equipped with a private Star Lounge for a discrete and exclusive atmosphere.

For customers’ convenience under the same roof, financial services from Mercedes-Benz Services Malaysia and official Mercedes-Benz accessories and merchandise are also available.

Pengguna Jalan Raya Di Selangor Boleh Guna Waze Untuk Laporkan Jalan Berlubang

Laporkan lubang-lubang jalan dengan Waze untuk pemanduan lebih lancar. Kira-kira 19,000 lubang jalan ditampal pada tahun ini.

UNTUK memastikan pemanduan yang lebih lancar di Selangor sepanjang musim cuti sekolah ini, para pengguna jalan raya digalakkan untuk memanfaatkan kerjasama di antara Waze dan Kerajaan Negeri Selangor agar masalah lubang-lubang jalan dapat ditangani dengan lebih cekap dan pantas.

Ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk melaporkan lubang-lubang jalan di Selangor dengan selamat melalui Waze.

  1. Apabila anda melihat sebuah lubang di jalan, minta penumpang anda mengetik dan menekan ikon Laporan

  1. Tiga jenis pilihan laporan akan dipaparkan apabila anda menekan ikon Laporan.

  2. Sambil menekan ikon Laporan, gerakkan ibu jari anda untuk memilih Bahaya

           

  1. Dalam menu Bahaya, pilih bahaya di jalan

  2. Kemudian, pilih Lubang

 

      

6. Ketik Hantar untuk berkongsi laporan tersebut.

7. Tunggu Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor untuk memperbaiki lubang jalan tersebut dalam tempoh 5 hari.

8. Nikmati pemanduan yang lebih lancar selepas lubang tersebut ditampal.

Pengurus Negara bagi Waze Malaysia, Edward Ling berkata dengan inisiatif ini, para pemandu di Selangor dapat melaporkan lubang-lubang jalan terus kepada pihak-pihak berkuasa dengan mudah dan cekap, dan lubang-lubang tersebut dapat ditampal secepat mungkin.

“Waze sentiasa mengambil berat tentang komuniti kami. Anggota-anggota komunitiIah yang sentiasa berkongsi data trafik masa nyata dan makluman lain yang berkaitan bagi membantu memastikan perjalanan yang lebih lancar. Kami berharap badan-badan kerajaan akan menerima pakai dan bekerjasama dengan Waze melalui program pertukaran data yang percuma ini,” katanya.

Menurut Unit Penghantaran Smart Selangor (SSDU), inisiatif ini meliputi kesemua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, iaitu: Petaling Jaya (MBPJ), Shah Alam (MBSA), Hulu Selangor (MDHS), Kuala Langat (MDKL), Kuala Selangor (MDKS), Sabak Bernam (MDSB), Ampang Jaya (MPAJ), Kajang (MPKJ), Klang (MPK), Selayang (MPS), Sepang (MPSepang) dan Subang Jaya (MPSJ). Walau bagaimanapun, beberapa jalan raya di Selangor merupakan milik persendirian atau diurus oleh Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah / Tanah, atau Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia secara berasingan.

Timbalan Pengarah SSDU, Dr Fahmi Ngah berkata, bagi tempoh dari Januari hingga November tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menerima lebih daripada 19,000 laporan melalui para pengguna Waze dan telah menampal hampir kesemua lubang-lubang jalan di jalan raya yang dikendali oleh pihak berkuasa tempatan. “Kerjasama di antara kerajaan dan rakyat ini telah menunjukkan kesan yang nyata, dan kami berharap rakyat Selangor akan terus membantu kerajaan dalam mengesan lubang jalan melalui apl Waze.”

Muat turun apl Waze sekarang dan jadikan pemanduan di Selangor lebih selamat dan lancar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.waze.com.

Mengenai Waze

Waze merupakan perintis navigasi sosial yang memanfaatkan teknologi mudah alih dan komuniti global yang ghairah untuk mentakrifkan semula jangkaan terhadap peta pada hari ini. Dalam skala global, Waze digunakan oleh kebanyakan pemandu setiap hari untuk tujuan lalu lintas dan menjimatkan masa serta wang. Aplikasi ini sentiasa mencadangkan laluan yang paling cepat berdasarkan pemanduan masa nyata dan data daripada berjuta-juta pengguna. Dari pengarahan semula ke makluman harga gas rendah serta tawaran relevan daripada jenama kegemaran anda, Waze merupakan aplikasi pemanduan yang terlengkap di pasaran. Untuk memuat turun aplikasi Waze yang percuma bagi iOS atau Android, lawati https://www.waze.com.

Renault Captur Versi Facelift Bakal Diperkenalkan Di Pasaran Tidak Lama Lagi-Spyshots

Renault Captur yang kini sudah menjengah usia empat tahun dalam pasaran global dilihat bakal memperkenalkan versi facelift dengan sentuhan yang lebih segar.

MODEL itu ditemui oleh peminat Prebiu.com yang mengirimkan beberapa keping gambar eksklusif ketika kenderaan model crossover segmen B itu sedang menjalani ujian pandu uji di sebuah kawasan rehat di lebuh raya Utara-Selatan baru-baru ini.

Melihat kepada contoh model yang diperkenalkan di pasaran luar negara, model itu dijangka diberikan sentuhan baru di bahagian depannya menerusi grilnya diberikan rekaan semula dengan elemen palang krom pada logonya. Lampu utama LED Pure Vision juga diberikan sebagai pilihan. Lampu kabus LED dalam bentuk C pula terletak pada bahagian sudut bamparnya. Pendekatan reka bentuk pencahayaan ini turut dilanjutkan ke bahagian belakang menerusi lampu belakang dengan lampu panduan LED.

Selain itu, skid plate pada bahagian depan dan belakang juga diberi kemasan baru. Bagi pilihan warna, Renault Captur facelift ini diberikan dua warna baru, Atacama Orange dan Ocean Blue, serta warna bumbung baru Platinum Grey bagi versi dwi-tona.

Ruang dalaman pula, pemilik boleh pilih daripada enam warna yang ditawarkan; Ivory, Ocean Blue, Caramel, Red, Satin Chrome dan Patina Chrome. Sebagai tambahan, ruang luaran hadir dalam lima pilihan warna; Ivory, Oceam Blue, Cappuccino, Red dan Atacama Orange.

Bagi spesifikasi peringkat ketiga ke atas, bumbung kaca panoramik disertakan, sekali dengan rim 17 inci dan dua rim 18 inci aloi rekaan baru. Bagaimanapun, tiada apa-apa perubahan pada enjin dan transmisi dan ia masih menggunakan tiga pilihan enjin terdahulu.

Tiga pilihan enjin iaitu enjin TCe 898 cc turbo tiga-silinder petrol (90 hp/135 Nm), enjin 1.2 liter TCe 120 turbo empat-silinder (116 hp/190 Nm) seperti yang ada di Malaysia dan enjin 1.5 liter dCi 90 empat-silinder turbodiesel (90 hp/220 Nm). Bagi transmisi, pilihan yang ada ialah manual lima-kelajuan dan kotak gear Efficient Dual Clutch (EDC) enam-kelajuan.

Demand For All-New Perodua Myvi Exceeds 20,000 Plus 4,500 Units Delivered

THE demand for the All-New Perodua Myvi reached a new milestone today as over 20,000 cars were booked just within a month from its open for booking day and so far, Perodua has delivered 4,500 of the amount.

“The focus now is to ensure delivery of the All-New Perodua Myvi within an acceptable time frame. We thank the public for choosing the Myvi as the car of choice,” said Perodua Sales Sdn Bhd Managing Director, YBhg Dato’ Dr Zahari Husin.

Dato’ Dr Zahari added that other Perodua models also received good demand, particularly with the offers presented by Malaysia’s Most Preferred Compact Automotive brand.

For December, Perodua is offering an exclusive offer for Axia, Bezza and Alza (for selected variant only) with a rebate of up to RM 2,000.

Perodua also encourages its customers through its ‘Jom Singgah’ campaign to visit authorised Perodua showrooms and service centres nationwide and enjoy a fun-filled day with special promotions and great offers. This campaign runs from 8-10 December.

“Please speak with our authorised sales and service advisors about the many deals in store for you as they would have the latest and correct information about our offering. Please get an opportunity to test drive our all-new Myvi 1.5 and 1.3 and feel the experience,” Dato’ Dr. Zahari said.

Perodua has sold 184,707 vehicles in the first 11 months of 2017, a jump of 1.2% from 182,485 sold in the same period last year. Perodua has 181 sales and 214 service centres nationwide.

“For those travelling during the school holidays, we wish you a safe journey and for our customers, please come and visit our service centres to ensure your vehicles are in the best condition for a long drive,” Dato’ Dr Zahari said.

Yayasan Canselor Universiti Tenaga Nasional (YCU) Kumpul Dana RM600,000

YAYASAN Canselor Universiti Tenaga Nasional (YCU) berjaya mengumpulkan RM600,000 dalam majlis makan malam ‘UNITEN – Endowment Fundraising Dinner 2017′ di Hotel Berjaya Times Square, baru-baru ini, bagi membantu pelajar dalam pengajian mereka melalui biasiswa dan sokongan kewangan.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku syarikat induk turut menyerahkan sumbangan bernilai RM160,000 kepada YCU.  Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin (dua kiri) kepada Naib Canselor, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Dato’ Prof Dr Ir Kamal Nasharuddin Mustapha.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disaksikan oleh Pengerusi TNB yang juga Pro Canselor UNITEN, Tan Sri Leo Moggie (empat, kiri); Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir Azman Mohd  (tiga, kiri); Pengarah Pejabat Pengurusan Stakeholders UNITEN, Prof Madya Dr Mohd Ezanee Rusli (kiri sekali) dan Pengarah Yayasan Canselor UNITEN, Mohamad Ishak Mohamad Ibrahim (kanan sekali).

Turut hadir,  Pengerusi UEM Group Berhad yang juga Pro Canselor UNITEN, Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali dan  Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dr Noor Azizi Ismail.

Yayasan Peneraju Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

Pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Record menerusi penyertaan peserta paling ramai dalam pertandingan kerusi muzikal yang disertai oleh 1,647 peserta.

YAYASAN Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), sebuah unit di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, sekali lagi menganjurkan acara tahunan Karnival Yayasan Peneraju yang mengumpulkan lebih 2,000 penerima faedah Yayasan Peneraju dari program Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Peneraju Profesional dengan sokongan rakan program, penyumbang dana serta kakitangan Yayasan Peneraju. Setakat ini, Yayasan Peneraju mempunyai lebih daripada 17,000 penerima faedah sejak penubuhannya pada tahun 2012.

Raja Azura Raja Mahayuddin, Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju berkata, setiap tahun Karnival Yayasan Peneraju mengumpulkan ribuan penerima faedah daripada pelbagai latar belakang dan program seawal usia 11 sehingga 40 tahun untuk bertemu, berinteraksi serta belajar daripada satu sama lain menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Penganjuran karnival pada tahun ini sangat istimewa kerana Yayasan Peneraju turut melakar sejarah tersendiri apabila karnival ini turut mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Record menerusi penyertaan peserta paling ramai dalam pertandingan kerusi muzikal yang disertai oleh 1,647 peserta.

“Pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records merupakan satu penghargaan yang amat bermakna buat semua pihak yang telah bekerja kuat dalam menjayakan karnival ini. Saya percaya pengiktirafan ini akan membakar semangat kami untuk terus berusaha membangun dan melahirkan bakat-bakat bumiputera yang sentiasa ingin bersaing dan mencipta kejayaan di peringkat tertinggi sama ada di dalam negara atau di persada dunia,” kata Raja Azura.

Karnival Yayasan Peneraju 2017 yang bertemakan FI•ES•TAR17 (Food, Ideas, Entertainment, Scholars Talents & ARts) merupakan program tahunan yang dianjurkan pihak Yayasan bertujuan memupuk semangat setiakawan dan kekeluargaan di kalangan para penerima faedah di samping menggalakkan interaksi dan mengeratkan hubungan di antara penerima-penerima faedah. Ini penting kerana sebagai sebahagian daripada keluarga besar Yayasan Peneraju, kami ingin memastikan rangkaian yang utuh demi menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada agenda Bumiputera dan pembangunan negara sementara mereka masih dalam tajaan, mahupun sesudahnya.

Pelbagai aktiviti menarik diatur sepanjang karnival selama sehari ini. Antaranya pertandingan mencungkil bakat iaitu mini HipSTAR, pertandingan futsal, bengkel kemahiran seni dan sukaneka. Ke semua program ini dijalankan secara santai supaya para peserta tidak merasa bosan di samping dapat menarik minat peserta untuk mengambil bahagian secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Apa yang menariknya, walaupun karnival ini dianjurkan oleh Yayasan Peneraju, tetapi semua perancangan, pengurusan serta pemilihan aktiviti turut dikendalikan oleh para penerima faedah. Pendekatan seperti ini dilihat mampu meningkatkan keyakinan diri, membentuk semangat kerja berpasukan dan menyerlahkan ciri-ciri kepimpinan yang ada pada para penerima faedah yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia.

Tahun ini, sepertimana penganjuran karnival sebelum ini, Yayasan Peneraju turut menerapkan elemen Tanggungjawab Sosial (CSR) dengan konsep ‘berhibur sambil beramal’ dalam aktiviti yang dijalankan. Antaranya, sebahagian daripada hadiah kemenangan berbentuk wang tunai yang dimenangi oleh peserta akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan yang dipilih sendiri oleh penerima faedah. Selain itu, sebagai tanda keprihatinan terhadap komuniti usahawan kecil, Yayasan Peneraju turut mempelawa para peniaga pasar malam untuk menyediakan makanan kepada para peserta. Secara keseluruhannya, nilai CSR yang dikumpul pada karnival tahun ini mencecah RM60,000.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Karnival Yayasan Peneraju 2017 termasuk syarikat Ekuinas yang telah berbesar hati menaja minuman CoolBlog yang sedang tular sekarang kepada para peserta,” kata Raja Azura.

Penerjun Bungy Berkumpul Untuk ‘Crazy Jump Day’ di Menara Macau

MENARA Macau baru-baru ini menganjurkan acara tahunan ‘Crazy Jump Day’ ketujuh, bersama syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia dan dikelolakan oleh syarikat sukan lasak terkemuka dunia, AJ Hackett.

Bertemakan “Destinasi AirAsia”, acara terjunan bungy berkostum itu telah disertai 23 peserta dari seluruh Asia Pasifik yang membuat terjunan dari Menara Macau, yang merupakan terjunan dari bangunan komersial tertinggi di dunia pada paras 233 meter oleh AJ Hackett.

Para peserta dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan China telah terpilih oleh AirAsia dan AJ Hackett untuk membuat terjunan melalui pertandingan di media sosial yang dianjurkan sebulan sebelum ‘Crazy Jump Day.’ Mereka dipilih berdasarkan kreativiti, gaya penceritaan dan kostum yang mengikut tema, diinspirasikan oleh rangkaian meluas AirAsia melebihi 130 destinasi.

Acara tersebut dirasmikan oleh Alan John Hackett, Ketua Pegawai Eksekutif AJ Hackett; Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X Malaysia; Adam Lichtenstein, Pengurus Serantau AJ Hackett International dan Pengurus Besar AJ Hackett Menara Macau; Celia Lao, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Hong Kong dan Macao; Simon Chan, Presiden Lembaga Penerbangan Awam, Macao; Cecilia Tse, Timbalan Pengarah Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao; Eric Fong, Pengarah Jabatan Pemasaran CAM Macau International Airport Co Ltd; Matthew Mok Ketua Pegawai Komersial AirAsia BIG Loyalty; Francis Lam, Pengurus Eksekutif Menara Macau; Alcuin Li, Pengarah Bahagian Perdagangan, TurboJET dan Rutger Verschuren, Naib Presiden Bahagian Operasi Macao bagi Artyzen Hospitality Group Limited dan Pengurus Besar Grand Lapa Macau.

Selepas empat jam aksi terjunan bungy dilakukan, Ernesto Humberto Trevino Amezcua dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kostum Terbaik kerana kreativitinya yang tersendiri. Beliau yang berasal dari Mexico dan kini tinggal di China juga telah memenangi Anugerah Terjunan Terbaik kerana gaya dan rakaman terjunannya yang menarik.

Amezcua menerima sepasang tiket penerbangan AirAsia ke Auckland, New Zealand, peluang untuk dua orang mengalami terjunan bungy dan dakian dari jambatan di sana oleh AJ Hackett serta 50,000 Mata AirAsia BIG. Beliau juga menerima tiket penerbangan AirAsia ke Singapura, peluang untuk mengalami terjunan bungy bagi seorang oleh AJ Hackett Sentosa, Giant Swing, dan Vertical Skywalk selain 20,000 Mata AirAsia BIG.

Pemenang tempat kedua Kostum Terbaik Nicholas Andrew Webber dari Australia menerima tiket penerbangan AirAsia ke Singapura, peluang untuk mengalami terjunan bungy bagi seorang oleh AJ Hackett Sentosa, Giant Swing dan Vertical Skywalk selain 20,000 Mata AirAsia BIG, sementara pemenang tempat ketiga John Paul Esguerra Fernandes dari Filipina menerima 20,000 Mata BIG AirAsia.

Pengadil terdiri daripada Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X Malaysia; Adam Lichtenstein, Pengurus Serantau AJ Hackett International dan Pengurus Besar AJ Hackett Menara Macau; Matthew Mok, Ketua Perkongsian Perniagaan Kumpulan AirAsia; Victor Kaw, Ketua Pegawai Komersial AirAsia BIG serta Francis Lam, Pengurus Eksekutif Macau Tower Convention and Entertainment.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Hong Kong dan Macao, Celia Lao berkata, “Ianya sangat menakjubkan untuk melihat semua peserta mengenakan kostum bertemakan destinasi AirAsia dari dan ke Macau, sama ada melalui penerbangan terus atau Fly-Thru melalui salah satu hab transit utama kami. Inovasi dan kreativiti mereka untuk menonjolkan keunikan kostum yang dikenakan adalah bukti semangat pengembaraan dan penerokaan yang kami harapkan daripada para peminat kembara dan penerjun bungy.”

Ketua Pegawai Eksekutif AJ Hackett, Alan John Hackett berkata, “Saya berbesar hati dan teruja melihat kostum para peserta tahun ini. Saya juga amat kagum dengan kerjasama AirAsia untuk acara tahun ini dan saya ingin berterima kasih kepada mereka kerana menerbangkan semua pengembara yang berani ini ke Macao dan memberikan peluang kepada mereka untuk melakukan terjunan dari Menara Macau dengan kami. Kami harap acara ‘Crazy Jump Day’ ini membawa nilai yang besar kepada Macao, Macau Tower dan rakan niaga kami, dan kami berharap dapat menganjurkan lebih banyak acara yang berjaya pada masa akan datang.”

Acara ‘Crazy Jump Day’ 2017 di Menara Macau dianjurkan oleh AirAsia dan dikelolakan oleh AJ Hackett, bagi menarik lebih ramai pelawat ke Macao dan Menara Macau untuk mengalami keseronokan terjunan bungy komersial tertinggi di dunia dan SkyWalk.

AirAsia kini beroperasi dengan penerbangan terus dari Macao ke Kuala Lumpur (14 penerbangan seminggu), Johor Bahru (7 penerbangan), Bangkok (28 penerbangan), Chiang Mai (7 penerbangan), Pattaya (4 penerbangan), Jakarta (4 penerbangan) dan Manila (5 penerbangan), selain perkhidmatan Fly-Thru melalui Kuala Lumpur dan Bangkok ke hampir 40 destinasi di seluruh Asia Pasifik.

Hadiah ‘Crazy Jump Day’ 2017

Kostum Terbaik
Pemenang
● 2 x penerbangan pergi balik dari mana-mana destinasi AirAsia ke Auckland, New Zealand
● 2 x kombo aktiviti AJ Hackett di AJ Hackett Auckland
● 50,000 Mata AirAsia BIG

Tempat Kedua
● 1 x penerbangan pergi balik dari mana-mana destinasi AirAsia ke Singapura
● 1 x kombo aktiviti AJ Hackett di AJ Hackett Sentosa
● 20,000 Mata AirAsia BIG

Tempat Ketiga
● 20,000 Mata AirAsia BIG

Penerjun Terbaik
● 1 x penerbangan pergi balik dari mana-mana destinasi AirAsia ke Singapura
● 1 x kombo aktiviti AJ Hackett di AJ Hackett Sentosa
● 20,000 Mata AirAsia BIG

Cabutan Bertuah (4 pemenang)
● 2 x penerbangan pergi balik dari Macao ke Bangkok
● 1 x pakej bungy penuh di AJ Hackett Menara Macau
● 1 x penginapan di Grand Lapa Hotel, Macao
● 10,000 Mata AirAsia BIG

Post Menarik