Penduduk Lembah Klang kini boleh memohon produk HouzKEY Maybank Islamic
Berhad berdasarkan skim inovatif sewa beli hartanah yang diumum dan dilancarkan pada
November 2017 bermula 15 Januari 2018 lalu.

SKIM inovatif sewa beli hartanah melalui platfom digital itu membolehkan orang awam melayari laman web www.Maybank2own.com untuk senarai 21 projek hartanah dari
12 pemaju yang sedia ada dan 7 lagi pemaju dijangka akan menyertai skim ini menjelang akhir Januari.

Sebanyak 12 pemaju berkenaan adalah EcoWorld Bhd, SP Setia, Mah Sing Properties, Sime Darby Property, Gamuda Properties, UEM Sunrise, Selangor Dredging Berhad, dan Mitraland. Menerusi laman web www.Maybank2own.com, para pelanggan boleh memilih projek-projek yang sedia ada termasuk memohon terus unit dari laman web tersebut.

HouzKEY telah direka untuk menyediakan penyelesaian alternatif untuk pemilikan hartanah melalui skim inovatif yang hanya memerlukan deposit sewa tiga bulan seterusnya membolehkan pelanggan segera memasuki rumah impian mereka.

Para pelanggan diberi pilihan untuk membeli hartanah berkenaan pada harga yang dipersetujui
selepas tempoh sewaan sekurang-kurangnya satu tahun. HouzKEY merupakan skim pemilikan rumah sewa yang pertama di negara ini yang diperkenalkan sepenuhnya melalui platform digital – dengan permohonan dan penyerahan dokumen sokongan dibuat melalui atas talian.

Sebaik sahaja pemohon memilih hartanah di dalam portal dan bersetuju untuk menyewanya dibawah HouzKEY, bank akan memberikan keputusan dalam masa satu hari bekerja, seterusnya pelanggan harus membuat deposit tiga bulan jumlah sewa bulanan dalam masa tujuh hari.

Selepas perjanjian ditandatangani, hartanah tersebut akan dikunci pada harga sewa tetap selama lima tahun dan pelanggan boleh memilih untuk membeli rumah berkenaan dengan menukarkan kepada pinjaman perumahan Maybank selepas tempoh satu tahun menyewa, atau mereka boleh terus menyewa dengan kenaikan kadar sewaan sebanyak 2% setahun pada tahun ke-6 sehingga tempoh kontrak mereka berakhir.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Dato’ Mohamed Rafique Merican berkata, Maybank Islamic akan terus memberi tumpuan kepada mewujudkan penyelesaian patuh Syariah yang lebih inovatif dan membangunkan produk dan perkhidmatan yang memanfaatkan kekuatan dan kepakaran Kumpulan Maybank dalam kewangan Islam.

“Kami sentiasa mencari memperkenalkan produk yang menawarkan cadangan nilai yang lebih baik kepada pelanggan kami. HouzKEY mempromosikan kemasukan kewangan dengan menawarkan laluan alternatif kepada pemilikan rumah. Kami berbesar hati kerana ia merupakan produk pertama seumpamanya yang ditawarkan di pasaran, “katanya.

Dato’ Mohamed Rafique menambah, HouzKEY adalah salah satu inisiatif Kumpulan Maybank untuk menyelesaikan cabaran semasa untuk memiliki hartanah selaras dengan agenda negara mengenai pemilikan rumah.

HouzKEY dilancarkan pada 23 November oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani dan permohonan pada mulanya hanya dibuka untuk pekerja Maybank sebelum orang ramai boleh mengakses laman web itu.

Sehingga 15 Januari, kira-kira 13,000 telah melawat portal itu dan 2,000 daripadanya telah
menunjukkan minat terhadap produk tersebut. Hampir 70 peratus daripada mereka adalah dari kumpulan umur sasaran antara 25 dan 34 tahun.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini