Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) is hosting a one-weekend only “Volkswagen Pre-loved Weekend Deals” at participating dealers on the 20th and 21st July from 11am till 5pm.
ON offer with great savings and deals during this weekend are a range of pre-owned Volkswagen models with low mileage and in perfect condition.
Customers will be spoilt for choice as there will be various models and variants on sales with irresistible prices from as low as RM39,990.
The participating dealers are listed below:
Dealership
State
Volkswagen Juru
Penang
Volkswagen Penang
Penang
Volkswagen Ipoh
Perak
Volkswagen Puchong
Selangor
Volkswagen Glenmarie
Selangor
Volkswagen Klang
Selangor
Volkswagen Semenyih
Selangor
Volkswagen Gombak
Kuala Lumpur
Volkswagen Sg Besi
Kuala Lumpur
Volkswagen Seremban
Seremban
Volkswagen Batu Pahat
Johor Bahru
Volkswagen Permas Jaya
Johor Bahru
Volkswagen Tebrau
Johor Bahru
Volkswagen Skudai
Johor Bahru
Ongoing Aftersales Promotions
Shock Absorbers
Existing owners can enjoy a complimentary check at Volkswagen service centres, while those who are due for an absorber change will receive additional 20% discount off the retail price. This discount is applicable on genuine Volkswagen shock absorbers and coil springs.
Tyres
As part of the ongoing tyre promotion which has been extended till the end of the year, enjoy low high-quality durable tyres from as low as RM184 and get additional benefits such as free installation, alignment and balancing depending on the different tyre packages.
Battery
Those in need of a battery change will receive 20% discount off new batteries starting from RM365 (depending on model), under the ongoing battery promotion, which has also been extended till the end of the year.
All Volkswagen cars come with 3 years free maintenance, 5 years unlimited mileage warranty and 5 years roadside assistance. For more information, visit a Volkswagen dealership or www.volkswagen.com.my .
Lebih 1,000 cawan teh telah dijual kepada peminat Tealive di Brunei pada hari Isnin
JENAMA teh gaya hidup terulung di Malaysia Tealive kini melebarkan sayap mereka ke Bandar Seri Begawan apabila outlet pertamanya di negara Brunei Darussalam dibuka kepada para peminat teh pada hari Ahad lalu (7 Julai).
Brunei Early Birds Await Opening
Sehubungan dengan itu, dua buah lagi outlet Tealive akan dibuka di negara tersebut
menjelang akhir tahun ini.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd Bryan Loo mengucapkan
jutaan terima kasih beliau kepada para peminat Tealive di Brunei yang telah hadir ke acara
pembukaan outletnya yang pertama di pusat membeli-belah Aman Hills pada Ahad lalu dan
menyifatkan sambutan yang diterima dari para pelanggan di Brunei sebagai sungguh
memberangsangkan.
“Jika sambutan yang diterima pada Ahad lalu adalah memberangsangkan, pastinya
sambutan yang diterima pada Isnin adalah lebih hangat kerana jualan kami telah meningkat dengan mendadak, mencapai lebih daripada 1,000 cawan teh pada hari pertama kami mula beroperasi sepenuhnya.
“Kami amat bersyukur dengan sambutan yang duberikan oleh para pelanggan di Brunei dan pada masa yang sama, kami juga amat berbangga kerana sebagai sebuah jenama yang berasal dari Malaysia, kami telah berjaya menunaikan keperluan para peminat teh di sini,” katanya.
“Tealive adalah sebuah jenama pppular buat rakyat Malaysia dan outlet kami yang terletak
di Miri, Sarawak, mencatatkan prestasi terbaik semenjak ia mula beroperasi pada tahun
2017.
“Populariti ini telah sedikit sebanyak membantu meningkatkan kesedaran jenama Tealive di
kalangan para penggemar teh di Brunei. Justeru, pembukaan outlet di Brunei adalah sesuatu yang kami jangkakan.
“Dengan penerimaan yang sangat memberangsangkan daripada pasaran Brunei, kami
bercadang untuk membuka dua buah lagi outlet menerusi kerjasama bersama pemegang
francais kami di sana.
“Sejujurnya, jumlah outlet kami kini telah mencecah 300 buah di rantau ini dan kami berniat untuk terus mengembangkan sayap kami di bulan-bulan mendatang,” Loo menambah.
Tealive telah mengembangkan perniagaannya ke China, Vietnam, Australia, dan United
Kingdom dan kini, Brunei. Justeru, jenama tersebut kini boleh berbangga sebagai sebuah
“jenama kelahiran Malaysia yang dicipta untuk mmeberi kepuasan kepada seluruh dunia”.
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil pelbagai inisiatif dalam memperkukuhkan kerjasama dengan pemain industri.
UMT bekerjasama erat dengan RHB Islamic Bank Berhad melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mempromosikan kempen kelestarian alam sekitar marin “OCEAN HOPE”.
Kempen OCEAN HOPE pada awalnya digerakkan oleh Kelab Akademik Program Sarjana Muda Sains Biologi Marin (Kelab Marina), Universiti Malaysia Terengganu bermula dengan penganjuran bengkel dan forum “Waste Management for Ocean Hope Workshop 2018” yang telah disokong kuat oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UMT.
Profesor Dato` Dr Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT dalam ucapannya berkata, UMT merasakan inilah masa yang terbaik untuk melonjakkan projek OCEAN HOPE ke peringkat yang lebih serius berikutan respon positif daripada orang awam.
“UMT mengucapkan ribuan terima kasih kepada RHB Bank Islamic Berhad atas komitmen mereka untuk menjadi rakan strategik utama dalam menjayakan projek OCEAN HOPE,” katanya.
Pengarah Urusan, RHB Islamic Bank Berhad, Dato’ Adissadikin Ali menegaskan kerjasama itu menguatkan lagi penyampaian kesedaran kempen.
“Melalui kerjasama antara UMT dan RHB Islamic ini, kita dapat memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk meningkatkan kesedaran dan menyampaikan kepentingan penyelidikan dalam pemuliharaan ekosistem marin serta alam sekitar, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals – SDG), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)”.
Katanya, kerjasama unik antara RHB Islamic dan UMT mendorong kesan yang lebih besar untuk SDG14 PBB untuk Life Below Water juga merupakan segmen kurang diwakili dari kalangan korporat berbanding dengan semua SDG lain di Malaysia.
Sementara itu, Dr. Maizah Mohd Abdullah yang juga bertindak selaku Penyelaras Projek OCEAN HOPE berharap agar bengkel itu dapat memberi penjelasan terperinci serta kaedah terbaik untuk mengurus dan mengurangkan sisa sampah yang dihasilkan dalam kehidupan seharian.
“Masyarakat juga diterangkan bagaimana sistem pengurusan sampah yang tidak diuruskan dengan sempurna akan memberi kesan kepada lautan”.
Projek OCEAN HOPE dikatakan sesuai dengan dengan tahap pendidikan golongan sasar dan dilaksanakan secara interaktif.
Kempen ocean hope turut mendapat perhatian dan sokongan daripada saintis pelbagai institusi, kumpulan penyelidikan dan pusat pengajian dari UMT.
Majlis yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan UMT itu menyaksikan Profesor Dato` Dr Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT dan Pengarah Urusan RHB Islamic Bank Berhad, Dato’ Adissadikin Ali menandatangani dokumen perjanjian bagi mewakili agensi masing-masing.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ahmad Zaini Sofian, Pengarah Perhubungan Perniagaan, RHB Islamic Bank Berhad, Prof Madya Dr Marinah Mohd Ariffin, Dekan Pusat Pengajian Sains Marin & Sekitaran selaku saksi bagi pemeteraian MoU tersebut serta pegawai-pegawai Kanan UMT.
Kolaborasi “Bungkus of Happiness” Baskin-Robbins X Tom Abang Saufi untuk hamper istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri.
PERHATIAN semua pencinta pencuci mulut! Rantaian ais krim terbesar di dunia Baskin-Robbins mengumumkan berita menarik untuk musim perayaan ini iaitu kolaborasi dengan jenama pereka tempatan terkenal Dato’ Tom Abang Saufi (TAS).
Sambutlah musim Raya ini dengan “Bungkus of Happiness” edisi terhad keluaran 3 selendang Baskin-Robbins yang direka khas dengan menggabungkan unsur-unsur moden dengan rekaan tradisional.
Kini anda boleh “bungkus” ais krim kegemaran anda dengan selendang kualiti premium TAS!
“Bungkus of Happiness” merupakan hamper istimewa yang anda boleh kongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. “Bungkus” yang dimaksudkan ialah selendang yang direka khas oleh Dato’ Tom Abang Saufi untuk kolaborasi dengan Baskin-Robbins; manakala “kebahagiaan” yang dimaksudkan tentunya ialah ais krim Baskin-Robbins yang lazat, penuh dengan nikmat manis dan kepuasaan dalam setiap suap.
Dato’ Tom Abang Saufi ialah pereka terkemuka dalam industri fesyen Malaysia dan terkenal dengan usaha beliau dalam mempromosikan budaya batik yang berwarna-warni.
Koleksi TAS tidak segan menggunakan warna-warna cerah untuk menampilkan pertembungan fesyen moden dengan budaya tradisional, sekali gus menambahkan elemen kreatif ke dalam semua rekaannya.
Antara tiga selendang yang direka untuk Baskin-Robbins ialah selendang Ketupat, selendang Ais krim dan selendang Wafel. Semua selendang diperbuat dari kain campuran sutera berkualiti tinggi.
Selendang ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah dan boleh digunakan dengan pelbagai cara, termasuklah dipakai sebagai tudung atau koleksi batik.
Edisi Terhad “Bungkus of Happiness” Hari Raya
Selendang “Bungkus of Happiness” adalah direka khas oleh Dato’ Tom Abang Saufi bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri. Selendang edisi terhad ini menggabungkan tradisi Melayu dan budaya Baskin-Robbins.
Ketupat ialah makanan tradisional Melayu dan makanan Hari Raya yang amat popular. Dato’ Tom menggunakan pelbagai warna untuk menggambarkan tenunan daun sawit.
Wafel dan ais krim sememangnya tidak boleh dipisahkan! Beliau menggunakan warna popular Baskin-Robbins untuk menonjolkan unsur dalam selendang Wafel manakala selendang Ais krim direka dengan motif ais krim manis-manis belaka.
“Bungkus of Happiness” mengandungi 10 Junior Scoop (RM115), 8 Regular Scoop (RM125) atau 4 Pints (RM145) ais krim pilihan anda bersama dengan selendang Baskin-Robbins X TAS edisi terhad.
Jangan ketinggalan peluang ini untuk membawa pulang kebahagiaan anda!
Promosi ini bermula dari 3 Jun – 31 Julai 2019 (sementara stok masih ada).
“Bungkus of Happiness” boleh didapati di semua cawangan Baskin-Robbins di Malaysia termasuklah Baskin-Robbins Premium Outlets, Premium Outlet Johor (JPO), Genting Premium Outlet (GPO), semua cawangan di KLIA, Genting, Sabah dan Sarawak.
Pelanggan juga boleh menbuat pembelian melalui Lazada. Harga yang diumumkan hanya tertakluk kepada cawangan standard sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Baskin-Robbins di www.baskinrobbins.com.my
Satu kerjasama Universiti-Industri bagi melahirkan graduan tersedia industri, pacu industri penternakan ayam negara
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MoA) bersama QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) menerusi syarikat perniagaan huluannya, Ayamas Integrated Poultry Sdn Bhd (AIPI).
KERJASAMA itu bagi melancarkan program akademik 2u2i pertama bagi industri penternakan ayam melalui program pengajian Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan.
MoA berkenaan telah ditandatangani oleh Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan Kumpulan QSR Brands dan Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Naib Canselor UniSZA.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘Work-Based Learning’ atau pembelajaran berasaskan kerja, mod pengajian 2u2i menggabungkan pembelajaran akademik dan latihan industri.
Kerjasama strategik ini memberi peluang kepada para pelajar di dalam program Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan untuk memperolehi pembelajaran secara ‘experiential’ menerusi latihan industri bersama AIPI di ladang ayam pedaging Ayamas Mantin untuk tempoh selama setahun, selepas tiga tahun pengajian akademik.
“Kerjasama ini adalah selaras dengan visi dan misi kami bagi melahirkan graduan berkualiti, dan pada hari ini, kami menumpukan usaha bagi memantapkan industri penternakan ayam – selain bakal turut meningkatkan kebolehpasaran graduan,” kata Prof Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Naib Canselor UniSZA.
QSR Brands merupakan satu-satunya pengendali restoran bersepadu vertikal, yang beroperasi dari ladang ke meja makan (Farm to Fork) di Malaysia.
Perniagaan restoran terkemukanya di sokong oleh operasi huluan yang melibatkan penternakan ayam bersepadu dan segmen operasi sampingan yang membekalkan sumber ayam dan produk makanan lain yang berkualiti, selamat dan terjamin ke semua restoran kendaliannya.
AIPI merupakan syarikat yang bertanggungjawab mengedali kilang ‘feedmill’, penetasan, pembiakan dan ladang ayam pedaging.
QSR Brands komited di dalam melahirkan graduan tersedia industri dan telah menghasilkan sebuah kurikulum industri untuk mendedahkan para pelajar dengan pembelajaran secara ‘experiential’, dilengkapi latihan secara holistik di ladang pembiakan, penetasan, ayam pedaging serta pendedahan mengenai operasi penyembelihan halal dan produksi daripada kilang pemprosesan ayam.
“Sebagai pengendali rangkaian restoran terbesar di rantau ini, kami perlu memainkan peranan bagi memacu transformasi dengan menggilap bakat dan tenaga kerja masa hadapan serta menyerlahkan potensi penuh mereka, dengan menyediakan pembelajaran secara ‘experiential’.
Kerjasama strategik ini akan memberi nilai tambah kepada industri penternakan
ayam secara keseluruhan – kerana apabila pelajar-pelajar ini menamatkan pengajian, semua ciri-ciri yang diperlukan oleh industri sudah tersedia,” kata Mohamed Azahari.
Perodua telah meningkatkan sasaran jualannya untuk tahun ini kepada
235,000 unit, iaitu peningkatan sebanyak 4,000 unit daripada sasaran 231,000 unit yang diumumkan Januari lalu.
PADA tahun 2018, Perodua menjual 227,243 kenderaan yang mana merupakan pencapaian jualan tahunan tertinggi dalam sejarahnya.
Bagi separuh pertama 2019, Perodua menjual kira-kira 121,800 kenderaan – peningkatan 4% daripada 117,100 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lepas disokong oleh permintaan memberangsangkan untuk semua modelnya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, dari Januari hingga Jun 2019, 190,765 tempahan telah diterima, iaitu peningkatan lebih 3% daripada 184,949 tempahan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
“Peningkatan permintaan bagi kenderaan kami dalam tempoh enam bulan pertama 2019 telah memberi kesan positif terhadap ekosistem automotif secara keseluruhan, dengan pembelian komponen berjumlah RM2.7 bilion dalam tempoh ini,” katanya.
“Berdasarkan ramalan kami untuk separuh kedua tahun ini, kami menjangkakan perbelanjaan sebanyak RM5.4 bilion untuk membeli komponen untuk keseluruhan 2019.
“Kami telah mencapai satu tahap di mana kami berusaha keras untuk membina jenama kami di luar negara secara berperingkat dan berterusan. Walau bagaimanapun, usaha ini memerlukan masa yang panjang.
“Kami berharap agar kami dapat membanggakan rakyat Malaysia,” katanya.
Zainal Abidin berkata, Perodua juga bekerjasama dengan Daihatsu Motor
Company Jepun untuk membangunkan lagi pembekal komponen tempatannya dan meneroka pasaran di luar Malaysia, dan ini merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk membina industri sokongan automotif Malaysia.
Mengenai ramalan untuk separuh kedua 2019, Zainal berkata, “Bank Negara telah mengurangkan kadar overnight policy (OPR), yang mana membantu meningkatkan perbelanjaan pengguna.”
“Perkembangan ini baik untuk industri, tetapi harus diingatkan bahawa tahun lepas terdapat insentif yang besar untuk membeli kenderaan, dengan adanya cuti cukai yang diumumkan selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14.
“Mengikut angka dalaman kami, industri telah mengatasi jangkaan pada separuh pertama tahun ini – jumlah jualan kenderaan (TIV) meningkat 2.4% kepada 296,800 unit,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa insentif cuti cukai telah memberi kesan sementara kepada pasaran di mana syarikat automotif dan pengguna mengambil kesempatan daripadanya.
“Dengan ini, kami percaya bahawa separuh kedua tahun ini tidak akan sehebat tahun lepas. Momentum pada separuh pertama mungkin menurun menjelang separuh kedua tahun ini,” katanya.
Tertakluk kepada laporan rasmi Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Perodua menjangkakan TIV 2019 kekal pada 600,000 unit.
Kerjasama ini akan membawa pengalaman permainan eSukan terbaik dengan akses kepada telefon pintar gaming yang terbaik, rangkaian terbaik (No. 1 4G + Fiber), dan ganjaran dalam permainan
ASIA Tenggara mempunyai komuniti eSukan yang paling pesat berkembang di dunia, dan di Malaysia sahaja, wujud sebuah komuniti eSukan yang mencecah sehingga berjuta-juta ahli.
Tiada keraguan lagi bahawa eSukan di negara ini berpotensi untuk berkembang menjadi satu kuasa yang tidak dapat ditandingi. Ini kerana di dalam Bajet 2019, sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untuk menyokong perkembangan sektor ini.
Selain itu, eSukan akan diiktiraf sebagai sebuah sukan berpingat dalam Sukan SEA pada bulan November ini. Terdapat juga pemain yang telah menjadikan eSukan sebagai kerjaya utama mereka.
Hari ini, Maxis berbangga untuk menjadi sebahagian daripada pemain aktif dalam perkembangan eSukan di Malaysia melalui sebuah kerjasama dengan Team Secret, sebuah pasukan profesional eSukan terkemuka di seluruh dunia dan pasukan Dota 2 No. 1 di seluruh dunia.
Maxis telah mengumumkan bahawa mereka merupakan penaja Malaysia pertama untuk pasukan PUBG Mobile Team Secret, yang mana semua ahli pasukannya berasal dari Malaysia, untuk membantu memperkembangkan eSukan di Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab eSukan yang terunggul di Asia.
“Kami berbangga untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini kerana ia melambangkan kekuatan kita dalam merealisasikan potensi dan keupayaan manusia dan teknologi dengan cara yang sangat unik,” kata Tai Kam Leong, Ketua Pegawai Jenama & Pemasaran Maxis.
Dengan kerjasama ini, para pemain dan peminat di Malaysia boleh menikmati beberapa tawaran menarik daripada Maxis untuk pengalaman gaming eSukan yang terunggul pada rangkaian No.1 4G dan fiber, termasuk telefon pintar gaming yang terbaik dengan Maxis Zerolution, serta pembelian dalam permainan melalui Bil Pengendali bagi pelanggan Hotlink, Maxis dan ookyo.
“Kami berharap untuk membangunkan PUBG Mobile Team Secret bersama-sama, seterusnya berusaha mencapai matlamat untuk memupuk budaya positif iaitu kunci utama kejayaan dalam eSukan yang berasaskan pasukan,” kata John Yao, Ketua Pegawai Eksekutif Team Secret.
Melalui kolaborasi ini, Maxis dan Team Secret juga akan membangunkan penciptaan kandungan permainan eksklusif bersama PUBG Mobile Team Secret sepanjang tahun untuk memberi inspirasi dan menaiktaraf pemain Malaysia sehingga ke pentas dunia.
Untuk merasmikan kerjasama ini, Maxis dan Team Secret telah menganjurkan majlis pelancaran bersama di Battle Arena @ Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya hari ini. Semasa pelancaran itu, pasukan PUBG Mobile Team Secret mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan bersama peminat mereka, yang juga disiarkan di Facebook Live supaya seluruh negara dapat menonton perlawanan tersebut.
Pasukan PUBG Mobile Team Secret merupakan satu-satunya pasukan Malaysia yang layak ke Kejohanan Global Spring Terbuka (PMCO) 2019 di Berlin, Jerman.
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) welcomed 405 Beetle cars from across the country at the Beetle, An Iconic Gathering, held at Putrajaya.
THE celebration kicked-off early in the morning with a convoy of 138 Beetle cars making their way through the streets of Kuala Lumpur before heading to Putrajaya to join the Gathering.
The parade comprised of Beetle cars of all colours, uniquely customised to reflect the personalities of their owners.
Erik Winter, Managing Director of VPCM expressed his heartfelt appreciation to the Beetle owners who had come from as far north as Perlis and from Johor Bahru for coming together.
“It was an emotional moment for us to see the rows and rows of colourful air-cooled and water-cooled Beetle cars and I believe all those who were present today shared this sentiment.”
“This is a car that has united people across all walks of life, and they all gathered in Putrajaya over one common passion – the Beetle.
The sense of kinship was apparent everywhere, and we are grateful to all owners, and especially to our Beetle car clubs and classic Volkswagen communities for making the event a success.”
Out of the hundreds of Bugs present, three Beetle cars stood out from the crowd and were awarded “Best in Show”, while one Beetle car, which garnered the most popular vote on social media won “Most Liked Car”.
The winners of the “Best in Show” cars were Fairul Irwan, Raja Gopal and Thavanesan A/L Selvaratnam, while Siti Aishah Ismail’s Instagram posting of her Bug earned the “Most Liked Car” title.
On display at the event was the Collector’s Edition Beetle, launched in Malaysia just one day after the last Beetle rolled out from the production line at Volkswagen’s Puebla factory.
It comes decked out with a list of accessories worth up to RM12,000, including a rear spoiler, decorative film, chrome exhaust tips, aluminium sports pedals, scuff plates, VW Tint and an emblem marking its production run.
Priced at RM164,390 only 75 units are available, and all 75 owners will receive an official Collector’s Edition certificate of ownership.
The Iconic Gathering attracted visitors who spent the day celebrating the legacy of the Beetle, and enjoying performances by local acts, delicious food from popular food trucks, shopping at the Beetle car boot sales, test driving other popular Volkswagen models, and other fun activities for the family.
Dalam tempoh lima tahun lalu, jualan kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) di peringkat global telah meningkat sebanyak 23 kali ganda dengan 37 peratus pengguna di Asia Tenggara kini mula menimbangkan untuk membeli EV sebagai kereta mereka pada masa akan datang.
NISSAN telah menjalankan satu kajian berkenaan “Masa Depan Kereta Elektrik di Asia Tenggara” yang dikendalikan oleh Frost & Sullivan, telah menunjukkan bahawa satu pertiga daripada pengguna di Asia Tenggara terbuka membeli kenderaan elektrik tetapi wujud keraguan memilikinya.
“Di seluruh rantau ini, kita sentiasa mendengar orang ramai sukakan idea EV. Namun, ramai yang mungkin tidak faham bagaimana EV boleh memenuhi keperluan dan asas penggunaan kenderaan mereka.
Sebagai pengeluar automotif pertama di dunia yang menghasilkan kenderaan elektrik dengan kepakaran lebih 70 tahun dalam teknologi automotif ini, kami mahu membantu meningkatkan kesedaran mengenai perkara ini,” kata Naib Presiden Kanan Serantau Nissan Asia & Oceania, Yutaka Sanada.
Persoalan dan mitos paling biasa yang diajukan mengenai EV adalah berkaitan pengecasan, jarak, pemanduan dan pemilikan. Hari ini, Nissan dan ETCM akan berkongsi maklumat mengenai EV.
1. Mengecas sebuah EV
Terdapat 3 pilihan mengecas untuk EV; Pengecas Outlet Standard yang memerlukan masa mengecas lebih 13 jam, Wall Box Charger lebih pantas berbanding pengecasan soket biasa dan CHAdeMO Quick Chargers.
Biarpun begitu, Nissan LEAF serba baharu menawarkan cara pengecasan mudah untuk kegunaan harian:
a) Nissan LEAF serba baharu hadir dengan 6.6kW Wall Box Charger yang mengambil masa kira-kira 7 jam untuk kereta dicas penuh. Ini merupakan pilihan terbaik untuk pemilik EV kerana mereka boleh memasang plag dan mengecasnya sepanjang malam apabila pulang ke rumah. Kira-kira 80-90% pemilik Nissan LEAF gemar mengecas pada waktu malam.
b) Untuk mode pengecasan lebih cepat, pengecas pantas 50kW CHAdeMO mampu mengecas penuh Nissan LEAF serba baharu dalam masa 60 minit. Ia biasanya disediakan di kawasan yang mudah diakses seperti kawasan pejabat dan tempat rehat di lebuh raya.
Pengecas pantas CHAdeMO boleh digunakan secara percuma di ABB Subang, Nichicon di Bangi serta kawasan rawat dan rehat Ayer Keroh (arah selatan).
Sebagai tambahan, pengecas kenderaan elektrik adalah kalis cuaca dan direka khas untuk melindungi kenderaan serta manusia daripada renjatan elektrik. Ini bermakna mengecas Nissan LEAF boleh dilakukan dengan selamat walaupun dalam hujan.
2. Jarak EV
Jarak perjalanan merupakan satu lagi kebimbangan mereka yang ingin memiliki sebuah EV kerana takut kehabisan bateri. Tetapi, terima kasih kepada kemajuan teknologi, jarak median kenderaan elektrik telah meningkat sebanyak 56 peratus. Bukan itu sahaja, kebanyakan pemandu di Asia Tenggara bergerak kurang dari 80km sehari.
Jarak itu boleh dicapai dengan mudah menerusi satu kali caj pada kebanyakan EV pada hari ini. Memenuhi keperluan perjalanan harian atau ke kawasan luar bandar di Malaysia sememangnya penting.
Justeru, Nissan LEAF serba baharu dengan bateri 40kWh lithium-ion baharu mampu menawarkan jarak perjalanan purata sejauh 311km berdasarkan kepada mode ujian Kitaran Pemanduan Eropah yang Baru (NEDC).
3. Pengalaman Memandu Sebuah EV
Selain jarak pemanduan, timbul salah anggapan mengenai jurang prestasi di antara EV dan kenderaan biasa. Di samping wujud kebimbangan EV tidak dapat memecut dengan sewajarnya.
Jadi, bagaimana rasanya memandu sebuah EV? Kenderaan elektrik generasi baru sebenarnya lebih mengujakan, selamat, bersih dan seronok dipandu berbanding kereta konvensional!
Kenderaan dengan enjin 2.0L secara purata mampu menawarkan kuasa maksimum 150PS dan tork 200Nm. Sedangkan Nissan LEAF dengan rangkaian kuasa-e baharu berupaya mencapai kelajuan 0-100km/j dalam masa 7.9 saat bersama pecutan maksimum lebih 150km/j.
Malah, pek bateri Nissan LEAF diletakkan di bahagian tengah badan kereta untuk titik graviti lebih rendah yang membolehkan pengendalian mantap dan kestabilan ketika dipandu laju di selekoh.
3 Ways to Charge an EV
Untuk pengalaman pemanduan yang lebih sporty dan mengujakan di laluan bengkang-bengkok, Nissan LEAF serba baharu turut dilengkapi teknologi e-Pedal yang pertama di dunia. Ia membolehkan pemandu memecut, memperlahan dan memberhentikan kenderaan secara intuitif menggunakan satu pedal sahaja.
E-Pedal membantu mengurangkan keperluan pergerakan dari satu ke satu pedal, seterusnya membuatkan pemanduan lebih mudah dan mengujakan.
Nissan LEAF serba baharu juga jauh lebih senyap berbanding kereta konvensional, sekali gus memberi pengalaman bergerak dalam keadaan lebih tenang kepada pemandu dan penumpang. Tanpa paip eksoz, Nissan LEAF tidak mengeluarkan sebarang emisi, Nissan LEAF juga memberi inspirasi kepada pemandu untuk memikirkan tentang manfaat yang boleh ditawarkan oleh EV, terutama dalam pengurangan pencemaran udara dan bunyi.
Keselamatan merupakan satu lagi ciri yang membolehkan Nissan LEAF serba baharu memperoleh penarafan 5 bintang oleh JNCAP 5 (Program Penilaian Kenderaan Baharu Jepun).
Nissan LEAF dibina bersama teknologi Safety Shield yang sentiasa menjaga anda dengan cara memantau, memberi maklum balas serta membantu memastikan keselamatan anda dan penumpang. Ia merangkumi:
Intelligent Forward Collision Warning (FCW)
Intelligent Forward Emergency Braking (FEB)
Intelligent Around View Monitor (I-AVM) with Moving Object Detection (I-MOD)
Intelligent Driver Alertness (I-DA)
Intelligent Ride Control
Intelligent Trace Control
Hill Start Assist
Anti-Lock Braking System (ABS) with Brake Assist (BA)
Vehicle Dynamic Control
Electronic Braking Distribution
Nissan LEAF juga dilengkapi dengan 6 beg udara SRS
4. Memiliki sebuah EV
Kereta yang dikuasakan oleh bateri mengurangkan perbelanjaan ke atas bahan api dan penyelenggaraan Dengan jumlah komponen bergerak yang lebih kurang pada EV, pemilik boleh berjimat dari segi kos penyelenggaraan 6 dan bahan api.
Kebanyakan pemandu di Asia Tenggara bergerak kurang 80km sehari. Memandu Nissan LEAF serba baharu dengan bateri 40kWh, ia hanya menelan belanja RM20.64 7 untuk setiap caj penuh. Jadi, kos untuk setiap kilometer adalah sangat rendah iaitu RM0.07.
Kos penyelenggaraan dan servis juga boleh dikira rendah untuk EV kerana Nissan LEAF hanya memerlukan perkhidmatan penyelenggaraan untuk setaip 20,000km, justeru mengurangkan kesulitan dan pemilik boleh meluangkan lebih banyak masa untuk sendiri.
EV mempunyai ruang yang sama seperti kereta biasa
Ramai pengguna percaya bahawa EV mempunyai ruang dalaman yang terhad. Namun begitu, EV pada hari ini menawarkan kenderaan penuh kuasa yang direka khas untuk pemandu moden. Tanpa paip ekzos, ia mempunyai lebih banyak ruang kosong berbanding kenderaan konvensional.
Sebagai contoh, Nissan LEAF serba baharu mempunyai ruang seluas 435 liter di bahagian belakang. Ini bersamaan dengan meletak sebuah tab mandian yang penuh dengan barang-barang dan masih mempunyai ruang kosong.
Bukan itu sahaja, Nissan LEAF boleh menempatkan sehingga lima orang dewasa dengan selesa.
Pemilik EVs memacu kelestarian pada masa depan
Salah satu manfaat utama EV kepada pengguna moden ialah kenderaan tersebut tidak mengeluarkan sebarang emisi ke atmosfera dan lebih mesra alam. Pencemaran udara menjadi kebimbangan utama dalam kalangan pengguna di Asia Pasifik dengan 85% penduduk sangat bimbang dengan isu ini.
Justeru, kenderaan elektrik sifar emisi dan operasi maya yang senyap nyata dapat menawarkan penyelesaian kepada pemilik dalam membantu menambah baik kehidupan di kawasan urban pada masa akan datang.
Sehingga kini, jualan Nissan LEAF serba baharu sudah melepasi 400,000 unit di seluruh dunia dan angka itu dilihat terus meningkat dengan pantas. Nissan LEAF serba baharu telahpun dilancarkan di rantau Asia dan Ocenia, Korea Selatan, Thailand, Hong Kong, Australia serta Singapura. Malaysia dijangka melancarkan EV tersebut pada hujung bulan ini.
Sebanyak 12 kumpulan dari pelbagai universiti dan politeknik akan bertanding pada cabaran akhir dan akan membentangkan tugasan akhir kepada barisan pakar pemasaran serta media
PROTON mengumumkan senarai 12 pasukan yang akan bersaing antara satu sama lain pada Pertandingan akhir Kepintaran yang Memberi Inspirasi atau Intelligence that Inspires Challenge, satu pertandingan pemasaran yang diambil dari slogan SUV eksekutif popular segmen C Syarikat iaitu Proton X70.
Finalists from Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
Pertandingan yang akan berlangsung di Pusat Kecemerlangan PROTON (COE) pada 29 Julai 2019, akan menyaksikan kumpulan akhir ini bersaing dengan membentangkan kajian kes pemasaran mereka kepada panel pengadil yang terdiri daripada pengurusan kanan PROTON, pakar dari bidang pemasaran dan barisan media.
Pada peringkat akhir, semua kumpulan dikehendaki melakukan pembentangan, mencipta pelan pemasaran yang mungkin dihadapi oleh para pelajar apabila tamat pengajian dan memasuki dunia pekerjaan.
Oleh itu, ia akan menjadi ujian sebenar bukan hanya dari segi pengetahuan pemasaran dan kemahiran pembentangan malahan ujian keupayaan mereka dalam menghadapi tekanan. 12 kumpulan ini terdiri dari semua negeri di Malaysia termasuklah Malaysia Timur dengan semua kos akan ditanggung oleh PROTON untuk hadir ke Pertandingan ini.
Politeknik Port Dickson
Politeknik Kota Kinabalu
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Universiti Teknologi MARA, Puncak Alam
Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar
Xiamen University Malaysia
Universiti Tunku Abdul Rahman, Sg Long
Tunku Abdul Rahman University College, Kuala Lumpur
Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
Multimedia University, Melaka
Taylor’s University, Lakeside Campus
DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, Pekan
Setiap institusi bersaing akan diwakili oleh kumpulan yang terdiri daripada ketua pasukan, ahli pasukan serta seorang pengajar.
Finalists from Multimedia University, Melaka
Hadiah akan diberikan kepada pemenang termasuklah pengajar, yang telah membimbing pelajar untuk bekerja sebagai satu kumpulan dan melengkapkan hasil kerja mereka. Panel pengadil terdiri daripada dua ahli dari pengurusan kanan PROTON, tiga pakar pemasaran dari syarikat perniagaan di Malaysia serta lima ahli media.
Selain akan dinilai berdasarkan kreativiti dan kemahiran perbentangan mereka, para pengadil juga akan mempertimbangkan keaslian idea-idea yang dipersembahkan serta bagaimana mereka dapat menempuh keadaan sebenar kelak.
Ini menambah unsur yang menarik dalam pertandingan ini di mana kumpulan-kumpulan ini akan perlu mempertimbangkan praktikaliti idea mereka serta cabaran seperti perbelanjaan, tenaga kerja serta tingkah laku pelanggan.
CSR activity by participants of Swinburne University, Sarawak
“Di PROTON, kami percaya bahawa pencarian pemimpin perniagaan generasi akan datang adalah penting kerana mereka ini merupakan individu-individu yang akan membantu menguasai ekonomi Malaysia pada masa hadapan.
Kami juga ingin memberi peluang kepada graduan dari universiti-universiti Malaysia untuk mempamerkan bakat mereka di peringkat kebangsaan dan menyerlahkan kemahiran yang diajar melalui institusi-institusi ini.
Finalists from University Tuanku Abdul Rahman SG LONG
Tidak kira sama ada mereka menang atau kalah, Syarikat berharap semua peserta selepas ini akan lebih memahami mengenai apa yang diperlukan untuk menjadi cemerlang di dalam bidang pekerjaan dan semoga mereka ini juga akan menjadi peminat jenama PROTON,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.