Lebih 1,000 cawan teh telah dijual kepada peminat Tealive di Brunei pada hari Isnin

JENAMA teh gaya hidup terulung di Malaysia Tealive kini melebarkan sayap mereka ke Bandar Seri Begawan apabila outlet pertamanya di negara Brunei Darussalam dibuka kepada para peminat teh pada hari Ahad lalu (7 Julai).

Brunei Early Birds Await Opening

Sehubungan dengan itu, dua buah lagi outlet Tealive akan dibuka di negara tersebut
menjelang akhir tahun ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd Bryan Loo mengucapkan
jutaan terima kasih beliau kepada para peminat Tealive di Brunei yang telah hadir ke acara
pembukaan outletnya yang pertama di pusat membeli-belah Aman Hills pada Ahad lalu dan
menyifatkan sambutan yang diterima dari para pelanggan di Brunei sebagai sungguh
memberangsangkan.

“Jika sambutan yang diterima pada Ahad lalu adalah memberangsangkan, pastinya
sambutan yang diterima pada Isnin adalah lebih hangat kerana jualan kami telah meningkat dengan mendadak, mencapai lebih daripada 1,000 cawan teh pada hari pertama kami mula beroperasi sepenuhnya.

“Kami amat bersyukur dengan sambutan yang duberikan oleh para pelanggan di Brunei dan pada masa yang sama, kami juga amat berbangga kerana sebagai sebuah jenama yang berasal dari Malaysia, kami telah berjaya menunaikan keperluan para peminat teh di sini,” katanya.

“Tealive adalah sebuah jenama pppular buat rakyat Malaysia dan outlet kami yang terletak
di Miri, Sarawak, mencatatkan prestasi terbaik semenjak ia mula beroperasi pada tahun
2017.

“Populariti ini telah sedikit sebanyak membantu meningkatkan kesedaran jenama Tealive di
kalangan para penggemar teh di Brunei. Justeru, pembukaan outlet di Brunei adalah sesuatu yang kami jangkakan.

“Dengan penerimaan yang sangat memberangsangkan daripada pasaran Brunei, kami
bercadang untuk membuka dua buah lagi outlet menerusi kerjasama bersama pemegang
francais kami di sana.

“Sejujurnya, jumlah outlet kami kini telah mencecah 300 buah di rantau ini dan kami berniat untuk terus mengembangkan sayap kami di bulan-bulan mendatang,” Loo menambah.

Tealive telah mengembangkan perniagaannya ke China, Vietnam, Australia, dan United
Kingdom dan kini, Brunei. Justeru, jenama tersebut kini boleh berbangga sebagai sebuah
“jenama kelahiran Malaysia yang dicipta untuk mmeberi kepuasan kepada seluruh dunia”.