Kerjasama ini akan membawa pengalaman permainan eSukan terbaik dengan akses kepada telefon pintar gaming yang terbaik, rangkaian terbaik (No. 1 4G + Fiber), dan ganjaran dalam permainan

ASIA Tenggara mempunyai komuniti eSukan yang paling pesat berkembang di dunia, dan di Malaysia sahaja, wujud sebuah komuniti eSukan yang mencecah sehingga berjuta-juta ahli.

Tiada keraguan lagi bahawa eSukan di negara ini berpotensi untuk berkembang menjadi satu kuasa yang tidak dapat ditandingi. Ini kerana di dalam Bajet 2019, sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untuk menyokong perkembangan sektor ini.

Selain itu, eSukan akan diiktiraf sebagai sebuah sukan berpingat dalam Sukan SEA pada bulan November ini. Terdapat juga pemain yang telah menjadikan eSukan sebagai kerjaya utama mereka.

Hari ini, Maxis berbangga untuk menjadi sebahagian daripada pemain aktif dalam perkembangan eSukan di Malaysia melalui sebuah kerjasama dengan Team Secret, sebuah pasukan profesional eSukan terkemuka di seluruh dunia dan pasukan Dota 2 No. 1 di seluruh dunia.

Maxis telah mengumumkan bahawa mereka merupakan penaja Malaysia pertama untuk pasukan PUBG Mobile Team Secret, yang mana semua ahli pasukannya berasal dari Malaysia, untuk membantu memperkembangkan eSukan di Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab eSukan yang terunggul di Asia.

“Kami berbangga untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini kerana ia melambangkan kekuatan kita dalam merealisasikan potensi dan keupayaan manusia dan teknologi dengan cara yang sangat unik,” kata Tai Kam Leong, Ketua Pegawai Jenama & Pemasaran Maxis.

Dengan kerjasama ini, para pemain dan peminat di Malaysia boleh menikmati beberapa tawaran menarik daripada Maxis untuk pengalaman gaming eSukan yang terunggul pada rangkaian No.1 4G dan fiber, termasuk telefon pintar gaming yang terbaik dengan Maxis Zerolution, serta pembelian dalam permainan melalui Bil Pengendali bagi pelanggan Hotlink, Maxis dan ookyo.

“Kami berharap untuk membangunkan PUBG Mobile Team Secret bersama-sama, seterusnya berusaha mencapai matlamat untuk memupuk budaya positif iaitu kunci utama kejayaan dalam eSukan yang berasaskan pasukan,” kata John Yao, Ketua Pegawai Eksekutif Team Secret.

Melalui kolaborasi ini, Maxis dan Team Secret juga akan membangunkan penciptaan kandungan permainan eksklusif bersama PUBG Mobile Team Secret sepanjang tahun untuk memberi inspirasi dan menaiktaraf pemain Malaysia sehingga ke pentas dunia.

Untuk merasmikan kerjasama ini, Maxis dan Team Secret telah menganjurkan majlis pelancaran bersama di Battle Arena @ Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya hari ini. Semasa pelancaran itu, pasukan PUBG Mobile Team Secret mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan bersama peminat mereka, yang juga disiarkan di Facebook Live supaya seluruh negara dapat menonton perlawanan tersebut.

Pasukan PUBG Mobile Team Secret merupakan satu-satunya pasukan Malaysia yang layak ke Kejohanan Global Spring Terbuka (PMCO) 2019 di Berlin, Jerman.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini