Sebanyak 12 kumpulan dari pelbagai universiti dan politeknik akan bertanding pada cabaran akhir dan akan membentangkan tugasan akhir kepada barisan pakar pemasaran serta media

PROTON mengumumkan senarai 12 pasukan yang akan bersaing antara satu sama lain pada Pertandingan akhir Kepintaran yang Memberi Inspirasi atau Intelligence that Inspires Challenge, satu pertandingan pemasaran yang diambil dari slogan SUV eksekutif popular segmen C Syarikat iaitu Proton X70.

Finalists from Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang

Pertandingan yang akan berlangsung di Pusat Kecemerlangan PROTON (COE) pada 29 Julai 2019, akan menyaksikan kumpulan akhir ini bersaing dengan membentangkan kajian kes pemasaran mereka kepada panel pengadil yang terdiri daripada pengurusan kanan PROTON, pakar dari bidang pemasaran dan barisan media.

Pada peringkat akhir, semua kumpulan dikehendaki melakukan pembentangan, mencipta pelan pemasaran yang mungkin dihadapi oleh para pelajar apabila tamat pengajian dan memasuki dunia pekerjaan.

Oleh itu, ia akan menjadi ujian sebenar bukan hanya dari segi pengetahuan pemasaran dan kemahiran pembentangan malahan ujian keupayaan mereka dalam menghadapi tekanan. 12 kumpulan ini terdiri dari semua negeri di Malaysia termasuklah Malaysia Timur dengan semua kos akan ditanggung oleh PROTON untuk hadir ke Pertandingan ini.

  • Politeknik Port Dickson
  • Politeknik Kota Kinabalu
  • Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
  • Universiti Teknologi MARA, Puncak Alam
  • Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar
  • Xiamen University Malaysia
  • Universiti Tunku Abdul Rahman, Sg Long
  • Tunku Abdul Rahman University College, Kuala Lumpur
  • Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
  • Multimedia University, Melaka
  • Taylor’s University, Lakeside Campus
  • DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, Pekan

Setiap institusi bersaing akan diwakili oleh kumpulan yang terdiri daripada ketua pasukan, ahli pasukan serta seorang pengajar.

Finalists from Multimedia University, Melaka

Hadiah akan diberikan kepada pemenang termasuklah pengajar, yang telah membimbing pelajar untuk bekerja sebagai satu kumpulan dan melengkapkan hasil kerja mereka. Panel pengadil terdiri daripada dua ahli dari pengurusan kanan PROTON, tiga pakar pemasaran dari syarikat perniagaan di Malaysia serta lima ahli media.

Selain akan dinilai berdasarkan kreativiti dan kemahiran perbentangan mereka, para pengadil juga akan mempertimbangkan keaslian idea-idea yang dipersembahkan serta bagaimana mereka dapat menempuh keadaan sebenar kelak.

Ini menambah unsur yang menarik dalam pertandingan ini di mana kumpulan-kumpulan ini akan perlu mempertimbangkan praktikaliti idea mereka serta cabaran seperti perbelanjaan, tenaga kerja serta tingkah laku pelanggan.

CSR activity by participants of Swinburne University, Sarawak

“Di PROTON, kami percaya bahawa pencarian pemimpin perniagaan generasi akan datang adalah penting kerana mereka ini merupakan individu-individu yang akan membantu menguasai ekonomi Malaysia pada masa hadapan.

Kami juga ingin memberi peluang kepada graduan dari universiti-universiti Malaysia untuk mempamerkan bakat mereka di peringkat kebangsaan dan menyerlahkan kemahiran yang diajar melalui institusi-institusi ini.

Finalists from University Tuanku Abdul Rahman SG LONG

Tidak kira sama ada mereka menang atau kalah, Syarikat berharap semua peserta selepas ini akan lebih memahami mengenai apa yang diperlukan untuk menjadi cemerlang di dalam bidang pekerjaan dan semoga mereka ini juga akan menjadi peminat jenama PROTON,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini