Jenama audio terkemuka Bowers & Wilkins memperkenalkan siri warna kontemporari baharu untuk model Px8 S2, Px7 S3 dan Pi8 di Malaysia, sekali gus mengukuhkan pendekatan berteraskan reka bentuk dalam segmen audio premium dengan estetika moden dan kemasan yang diperhalusi.
Tambahan terkini ini memperkukuh identiti jenama, menjadikan peranti audio berprestasi tinggi sebagai aksesori gaya hidup yang melengkapi busana dan gaya peribadi moden.
Seiring dengan peningkatan integrasi antara teknologi dan fesyen, faktor warna menjadi elemen penting dalam pemilihan, penggayaan, dan penggunaan produk.
Pengguna kini semakin tertarik kepada tona lembut dan neutral yang bersifat timeless, versatil dan mudah dipadankan. Setiap kemasan direka untuk menyatu secara semula jadi dalam penggayaan harian — sebagai sentuhan yang melengkapkan keseluruhan gaya, meletakkan peranti audio sebagai sebahagian daripada identiti fesyen yang disengajakan dan lebih terancang.
Model unggulan Px8 S2 yang telah meraih pelbagai anugerah kini hadir dengan dua pilihan warna baharu, Pearl Blue dan Midnight Blue, sekali gus memperluas rangkaian kemasan sedia ada.
Pearl Blue menawarkan tampilan lembut dengan sentuhan bercahaya yang mudah dipadankan dengan gaya neutral, manakala Midnight Blue tampil dengan tona lebih dalam dan versatil, sesuai untuk pemakaian harian.
Fon kepala Px8 S2 ini dikuasakan oleh DSP berprestasi tinggi dengan penguat khusus, menyampaikan sambungan audio 24-bit sebenar, bersama ciri Active Noise Cancellation (ANC) dan sehingga 30 jam masa penggunaan.
Direka untuk tampil menonjol sebagai satu pernyataan gaya, Px7 S3 melengkapi busana neutral sambil menyerlahkan lagi gaya yang lebih berani. Px7 S3 hadir dalam warna Vintage Maroon, tona berani dan berjiwa fesyen yang diinspirasikan daripada kebangkitan semula warna gelap dan hangat dalam gaya kontemporari.
Dari sudut spesifikasi, peranti ini menampilkan pemacu dinamik 40mm, sambungan tanpa wayar aptX Lossless dan prestasi bateri tahan lama, memberikan pengalaman audio yang imersif dan konsisten sepanjang hari.
Melengkapkan koleksi ini, Pi8 diperkenalkan dalam warna Pale Mauve, tona lembut dan hangat yang menampilkan keanggunan yang tidak berlebihan. Kompak dan mudah digayakan, ia menyatu secara semula jadi dengan gaya minimalis sambil menyampaikan prestasi bunyi yang premium melalui audio 24-bit.
Dengan ciri penghantaran semula audio tanpa wayar melalui bekas pengecas untuk hiburan dalam penerbangan, serta keupayaan pengecasan pantas — 15 minit untuk 2 jam penggunaan — Pi8 merupakan pilihan ideal untuk mereka yang kerap bergerak.
Px8 S2 dalam warna Midnight Blue dan Pearl Blue ditawarkan pada harga RM3,299, manakala Px7 S3 dalam Vintage Maroon serta Pi8 dalam Pale Mauve berharga RM2,399. Kesemua model kini boleh didapati melalui TC Acoustic Online Store dan Sonos Concept Store @ The Starhill.






































