Kolaborasi “Bungkus of Happiness” Baskin-Robbins X Tom Abang Saufi untuk hamper istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri.

PERHATIAN semua pencinta pencuci mulut! Rantaian ais krim terbesar di dunia Baskin-Robbins mengumumkan berita menarik untuk musim perayaan ini iaitu kolaborasi dengan jenama pereka tempatan terkenal Dato’ Tom Abang Saufi (TAS).

Sambutlah musim Raya ini dengan “Bungkus of Happiness” edisi terhad keluaran 3 selendang Baskin-Robbins yang direka khas dengan menggabungkan unsur-unsur moden dengan rekaan tradisional.

Kini anda boleh “bungkus” ais krim kegemaran anda dengan selendang kualiti premium TAS!

“Bungkus of Happiness” merupakan hamper istimewa yang anda boleh kongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. “Bungkus” yang dimaksudkan ialah selendang yang direka khas oleh Dato’ Tom Abang Saufi untuk kolaborasi dengan Baskin-Robbins; manakala “kebahagiaan” yang dimaksudkan tentunya ialah ais krim Baskin-Robbins yang lazat, penuh dengan nikmat manis dan kepuasaan dalam setiap suap.

Dato’ Tom Abang Saufi ialah pereka terkemuka dalam industri fesyen Malaysia dan terkenal dengan usaha beliau dalam mempromosikan budaya batik yang berwarna-warni.

Koleksi TAS tidak segan menggunakan warna-warna cerah untuk menampilkan pertembungan fesyen moden dengan budaya tradisional, sekali gus menambahkan elemen kreatif ke dalam semua rekaannya.

Antara tiga selendang yang direka untuk Baskin-Robbins ialah selendang Ketupat, selendang Ais krim dan selendang Wafel. Semua selendang diperbuat dari kain campuran sutera berkualiti tinggi.

Selendang ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah dan boleh digunakan dengan pelbagai cara, termasuklah dipakai sebagai tudung atau koleksi batik.

Edisi Terhad “Bungkus of Happiness” Hari Raya

Selendang “Bungkus of Happiness” adalah direka khas oleh Dato’ Tom Abang Saufi bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri. Selendang edisi terhad ini menggabungkan tradisi Melayu dan budaya Baskin-Robbins.

Ketupat ialah makanan tradisional Melayu dan makanan Hari Raya yang amat popular. Dato’ Tom menggunakan pelbagai warna untuk menggambarkan tenunan daun sawit.

Wafel dan ais krim sememangnya tidak boleh dipisahkan! Beliau menggunakan warna popular Baskin-Robbins untuk menonjolkan unsur dalam selendang Wafel manakala selendang Ais krim direka dengan motif ais krim manis-manis belaka.

“Bungkus of Happiness” mengandungi 10 Junior Scoop (RM115), 8 Regular Scoop (RM125) atau 4 Pints (RM145) ais krim pilihan anda bersama dengan selendang Baskin-Robbins X TAS edisi terhad.

Jangan ketinggalan peluang ini untuk membawa pulang kebahagiaan anda!
Promosi ini bermula dari 3 Jun – 31 Julai 2019 (sementara stok masih ada).

“Bungkus of Happiness” boleh didapati di semua cawangan Baskin-Robbins di Malaysia termasuklah Baskin-Robbins Premium Outlets, Premium Outlet Johor (JPO), Genting Premium Outlet (GPO), semua cawangan di KLIA, Genting, Sabah dan Sarawak.

Pelanggan juga boleh menbuat pembelian melalui Lazada. Harga yang diumumkan hanya tertakluk kepada cawangan standard sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Baskin-Robbins di www.baskinrobbins.com.my