Jenama pilihan tempatan, Bean Here! Coffee & Pastries (Bean Here!) kini dibuka di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh bagi menawarkan pengalaman kafe berkualiti kepada warga kampus dan komuniti sekitarnya.

Pembukaan cawangan Bean Here! di KPTM ini mencerminkan usaha berterusan pemiliknya, Silver Lifestyle Sdn Bhd (Silver Lifestyle), anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) untuk memperkasa jenama tempatan yang semakin relevan dalam landskap pengguna semasa serta mendekati golongan belia yang merupakan penyumbang terbesar segmen perbelanjaan berasaskan gaya hidup.

Sejak memulakan operasi pada tahun 2020, Silver Lifestyle secara konsisten menggunakan pendekatan perniagaan yang dinamik dan adaptif terhadap keperluan pasaran. Ia merangkumi pembaharuan menu secara berkala serta penyesuaian format operasi mengikut lokasi dan profail pelanggan.

Bermula di Perak Techno Trade Centre (PTTC), jenama ini menerima sambutan positif daripada komuniti setempat, sekali gus membina asas yang kukuh untuk perluasan operasi secara lebih tersusun.

Kini, Bean Here! beroperasi melalui tiga model utama iaitu Kiosk Uber Concept, Café Swanky Bar dan Kiosk Petite yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan pasaran yang pelbagai.

Kehadirannya di lokasi seperti PTTC, Hotel Casuarina@Meru dan Bulatan Sultan Azlan Shah, dan kini di KPTM membuktikan keupayaan jenama ini menyesuaikan penawaran mengikut persekitaran, merangkumi komuniti bandar, sektor hospitaliti dan institusi pendidikan tinggi.

Pengarah Silver Lifestyle, Nur Ismail Mohammed berkata, strategi pengukuhan dan perluasan jenama Bean Here! dirangka bagi mempertingkatkan kecekapan operasi serta menyokong pertumbuhan jangka panjang.

“Ia memberi tumpuan kepada perlindungan pelaburan sedia ada, pelaburan strategik serta pengurusan kewangan yang lebih efisien, di samping memanfaatkan potensi pasaran bagi menyokong perkembangan secara mampan,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini