Utama Blog Halaman 792

Pos Laju SendParcel Kini Tawar Perkhidmatan Antarabangsa Ke Lebih 200 Negara

Kadar berpatutan dan ciri-ciri perkhidmatan yang memudahkan, disokong oleh rangkaian pos terbesar Pos Malaysia

Pos Laju SendParcel, platform penghantaran dalam talian milik Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), kini menawarkan penghantaran antarabangsa ke lebih daripada 200 negara di seluruh dunia, menghubungkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan eDagang tempatan dengan pasaran luar negara.

Disokong oleh rangkaian pos terbesar daripada Pos Malaysia, perkhidmatan Express Mail Service (EMS) dan International Air Parcel memudahkan pelanggan untuk menghantar dari mana – mana sahaja di Malaysia ke negara-negara seperti China, Jepun, Korea Selatan, United Kingdom, Amerika Syarikat dan destinasi – destinasi lain di rantau ini dan serata dunia*.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Syed Md Najib berkata, “Pos Malaysia berhasrat untuk menjadi pusat eDagang di Malaysia dan bagi mencapai aspirasi ini, adalah penting bagi kami untuk memantapkan model perniagaan syarikat agar dapat memenuhi permintaan yang tinggi daripada sektor eDagang di peringkat global.”

“Dengan meningkatkan capaian antarabangsa melalui Pos Laju SendParcel yang menawarkan kadar berpatutuan, perniagaan-perniagaan milik Malaysia dapat berhubung terus dengan pelanggan antarabangsa dan mengembangkan sayap perniagaan ke luar negara.

“Sebagai penyedia perkhidmatan pos negara, kami kekal komited untuk menyediakan perkhidmatan rentas sempadan yang terbaik dan membuka peluang baharu bagi para pelanggan kami,” katanya.

Selain menyediakan kadar berpatutan, perkhidmatan EMS menawarkan khidmat penghantaran cepat untuk bungkusan sehingga 30kg, manakala International Air Parcel pula menawarkan perkhidmatan penghantaran ekonomi dengan jangka masa penghantaran biasa.

Kedua-dua perkhidmatan menawarkan pengambilan percuma, penghantaran dari pintu ke pintu, jejak & kesan dan bukti penghantaran.

Kedua-dua perkhidmatan ini boleh didapati secara dalam talian di sendparcel.poslaju.com.my dan di semua Pejabat Pos Laju dan Pejabat Pos seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan penghantaran antarabangsa Pos Laju SendParcel, layari sendparcel.poslaju.com.my atau hubungi pusat panggilan khidmat pelanggan kami di 1-300-300-300.

Pos Laju SendParcel adalah sebuah platform dalam talian yang menyediakan perkhidmatan penghantaran mudah kepada individu dan pelanggan komersial.

Pos Laju SendParcel adalah sebahagian daripada usaha berterusan Pos Malaysia untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menawarkan kemudahan dalam menguruskan penghantaran pukal pada harga terbaik, sebut harga segera, perkhidmatan pengambilan percuma dan nota penghantaran yang dijana secara automatik termasuk kemudahan pelaporan dan pengesanan penghantaran.

Untuk menggunakan SendParcel, pelanggan hanya dikehendaki membuka akaun dan memilih salah satu daripada 8 pakej tambah nilai yang menyediakan kadar menarik dan pelbagai manfaat di sendparcel.poslaju.com.my.

Ketahui perihal perkhidmatan, aktiviti dan perkembangan Pos Malaysia di pos.com.my, Facebook (facebook.com/PosMalaysiaBerhad) dan Instagram (instagram.com/pos4you).

*Senarai penuh kadar, destinasi, anggaran jangka masa penghantaran dan terma & syarat boleh dirujuk di sendparcel.poslaju.com.my.

Secret Recipe Wins 6 Awards At Star Outstanding Business Awards

Secret Recipe Holdings Sdn. Bhd., Malaysia’s leading casual dining restaurant, receives six remarkable awards in the above RM25mil turnover tier at Star Outstanding Business Awards (SOBA).

SOBA held its Gala Night event at The Majestic Hotel where more than 950 guests from different organisations gathered to witness the recognition of the country’s best local businesses.

Secret Recipe was awarded two Silver Awards for Best Innovation and Best in CSR, Gold Award for Best Green Initiative and three Platinum Awards for Best in Marketing, Best Brand and SOBA 2019’s most prominent award – the Malaysian Business of the Year.

SOBA 2019 is organised by Star Media Group Bhd (SMG) and is endorsed by the International Trade and Industry Ministry, supported by Bursa Malaysia and audited by BDO Malaysia.

SOBA recognises the significant contribution of local businesses towards the growth of the country, community and overall economy by honouring the country’s top non-public listed companies across different sectors and categories.

Brunei Muncul Pasaran Pertama Eksport Model Proton Dipertingkatkan

Proton Iriz, Saga dan Persona versi terkini dipamerkan oleh PAD Motors di Brunei

Selepas pelancaran Proton X70 pada Julai tahun lalu, Pad Motors Sdn Bhd, pengedar Proton di Brunei mencatat satu lagi kejayaan melalui pelancaran Proton Iriz, Saga dan
Persona versi terkini pada 10 Januari lalu.

Majlis tersebut dihadiri oleh para pelanggan, penggiat sosial dan pihak-pihak berkaitan akan diikuti dengan program jelajah mulai 28 Januari.

Selepas peningkatan jualan yang cemerlang pada 2019 iaitu sebanyak 55.7% dan berjaya menamatkan 2019 di kedudukan kedua dalam jadual jualan, Proton akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi jualannya pada tahun ini termasuk jualan eksport.

Dengan matlamat jangka panjang syarikat untuk menjadi jenama paling laris di Malaysia dan nombor tiga di ASEAN menjelang 2027, penting bagi Proton untuk mengutamakan jualan eksport dalam perancangan jangka panjangnya itu.

“Pasaran eksport akan memainkan peranan penting dalam kenaikan jualan tahunan dan ketika ini syarikat menaik taraf model Iriz, Persona, Exora dan Saga tahun lepas, kami melakukannya dengan turut mengambil kira keperluan pasaran di luar negara.

“Ia adalah permulaan yang baik untuk 2020 tetapi dari semasa ke semasa, kami akan terus mencari peluang untuk mengeksport kereta kami ke lebih banyak negara,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Selain daripada model yang dikemas kini itu, syarikat akan berusaha untuk mengembangkan jualan Proton X70.

“Dengan memasarkan Proton X70 di pasaran luar adalah penting bagi pertumbuhan jualan pada masa akan datang, terutamanya di negara-negara ASEAN yang berdekatan.

Ia akan menerajui pengenalan model Proton generasi akan datang yang kini sedang dibangunkan bersama Geely sekali gus akan mendekatkan jenama dengan pelanggan di pasaran-pasaran tersebut,” katanya.

Kasut Skechers Pada Harga Bawah RM199 Di aL-ikhsaN Sports

Peruncit barangan sukan terbesar di Malaysia, aL-ikhsaN Sports Sdn Bhd memperkenalkan koleksi eksklusif kasut Skechers pada harga dibawah RM199 di semua cawangannya.

aL-ikhsaN yang sedia terkenal sebagai pengedar barangan sukan pada harga mampu milik dengan produk sukan berkualiti, koleksi eksklusif Skechers ini ditawarkan pada harga mampu milik agar seluruh rakyat Malaysia mampu memiliki sepasang kasut itu bagi menjalani gaya kehidupan yang sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif aL-ikhsaN Sports, Vach Pillutla berkata, sebagai peruncit nombor satu di Malaysia dengan lebih 15 juta peminat sukan, sudah menjadi tanggungjawab syarikat menjadikan barangan sukan mampu milik kepada semua.

“Inisiatif untuk membawa masuk koleksi eksklusif dibawah harga RM199 adalah selari dengan hasrat kami menerusi kerjasama dengan jenama global utama untuk menawarkan produk berkualiti pada harga berpatutan,” katanya pada majlis pelancaran koleksi kasut Skechers di cawangan aL-ikhsaN The Curve, Damansara, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, aL-ikhsaN dan Skechers memperkenalkan koleksi Januari yang menawarkan dua variasi kasut sukan untuk lelaki dan wanita dengan tujuh variasi untuk wanita pada harga RM199 ke bawah.

Secara keseluruhan, sebanyak 28 pelbagai jenis gaya kasut dan warna ditawarkan dalam koleksi terbaru Skechers ini.

Sementara itu, Naib Presiden Skechers Asia Tenggara, Zann Lee berkata, kerjasama dengan aL-ikhsaN bermula pada Mei 2018 menerusi 20 cawangan dan meningkat kepada 60 pada akhir tahun lalu.

Beliau berkata, pada tahun lalu, syarikat mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 350 peratus menerusi kerjasama dengan aL-ikhsaN Sports dengan jualan lebih 30,000 pasang kasut.

“Kami mensasarkan untuk mengembangkan jumlah cawangan jualan kasut ini kepada lebih 100 pintu pada tahun ini dan kesemua koleksi eksklusif Skechers boleh didapati di seluruh cawangan aL-ikhsaN Sports di Semenanjung Malaysia.

Enigma Group Led Consortium Applies For Digital Full Bank License

The consortium led by Enigma Group today announced that it has applied for a Digital Full Bank license in Singapore.

THE co-applicants include Singapore-based companies, Qrypt Technologies, 2359 Media and Blockchain Worx, along with UK-based Enigma Global Holdings which has agreed to acquire an existing challenger bank to propel both growth and profitability.

 

The proposed digital bank will focus on the underbanked small and medium-sized enterprises (SMEs) sector as well as the fast-evolving digital workforce.

According to a study conducted by Google, Temasek and Bain & Company, over 70% of the adult population in South East Asia is either ‘underbanked’ or ‘unbanked’.

Additionally, about 80% of the surveyed SMEs say ‘they need to borrow but lack access to
affordable credit’. However, the region has a high smartphone penetration rate, thus putting digital banks in a sweet spot to gain market share in this large and fast-expanding underbanked segment.

The group will leverage deep expertise across financial services, experience from its multiple existing licensed financial services operations in Europe, along with emerging technologies to create truly next-generation financial products for the target segments.

It will also focus on delivering exceptional digital customer experience that’s fast becoming the norm for virtual banks globally.

Chairman Enigma Global Holdings, Samuel Heng

Chairman Enigma Global Holdings, Samuel Heng, said “The ability to combine our capabilities to create a sustainable and profitable digital banking business is at
the core of our strategy,” he said.

“Furthermore, the experience from our financial services operations and footprint in Europe will help us leverage leading-edge technology and best practices from similar mature markets to address digital banking needs back home in Singapore too.”

“We have assembled a consortium that includes firms led by seasoned executives and have a breadth of expertise that spans financial services, technology operations and digital transformation” added Malcolm Tan, Founder of Qrypt Technologies and the Gravitas Group.

“Singapore is a world leader and is famous for being at the forefront of technical advancement for its citizens and as a working environment. And this group, along with their respective partner networks, can create a truly comprehensive, robust and resilient
digital financial services ecosystem in Singapore.”

The Singapore-based Enigma Group has recently signed up to acquire ownership of a UK based challenger-bank together with its various group companies. It is separately also involved in a Swiss Wealth Management business.

The consortium has submitted an application to the Monetary Authority of Singapore for a Digital Full Bank license that would allow it to provide a range of financial services and take deposits from retail and non-retail customers.

Celcom Jalin Kerjasama Dengan Xperanti IOT

Celcom Axiata mengumumkan kerjasamanya dengan Xperanti IoT, pembekal rangkaian berlesen Internet of Things (IoT) pertama di Malaysia, untuk memanfaatkan keupayaan teknologi Sigfox 0G bagi aplikasi IoT.

Kedua-dua syarikat merancang untuk bekerjasama dalam penerokaan komprehensif bagi
mengenal pasti kes-kes penggunaan dan mengkomersialkan penyelesaian IoT yang
memanfaatkan teknologi Sigfox bersama rangkaian Celcom, sekaligus mempercepatkan
penggunaan IoT di Malaysia.

Azlan Zainal Abidin, Chief Enterprise Business Officer of Celcom Axiata Berhad

Teknologi Sigfox menghantar data jalur lebar yang rendah dan muatan informasi yang kecil.

Teknologi ini mampu mengesan dan memantau aset tidak berkuasa seperti treler, kontena,
binatang ternakan dan alam sekitar khususnya, dengan kos dan tenaga yang lebih rendah.

Teknologi Sigfox, rangkaian kawasan luas kuasa rendah (LPWAN) direka untuk melengkapkan protokol jalur lebar yang sedia ada; seperti 4G dan 5G, untuk penyelesaian
inovatif dan berkuasa IoT tertumpu di kawasan bandar pintar, pertanian dan pengangkutan.

Azlan Zainal Abidin, Ketua Pengawai Perniagaan Perusahaan Celcom Axiata Berhad berkata, kerjasama ini membuktikan komitmen penuh Celcom dalam meneraju pelan negara ke arah penerapan IoT sebagai persediaan menuju Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), seterusnya menyokong pembangunan ekosistem digital negara.

“Selaras dengan misi Celcom untuk memacu dan mempercepatkan pelaksanaan IoT di Malaysia, kerjasama kami dengan Xperanti IoT, sekaligus menjadikan Celcom sebagai penyedia rangkaian IoT yang paling komprehensif di negara ini, serta mewujudkan kesedaran positif mengenai manfaat teknologi, yang mendidik syarikat perniagaan tentang
kerumitan awal pelaburan dan pengurusan.

“Kami menjangkakan sejumlah besar peranti yang akan digunakan pada masa hadapan
(satu billion peranti IoT disambungkan ke rangkaian global Sigfox pada tahun 2023), maka
kerjasama yang dijalinkan dengan Celcom adalah penting untuk kami fahami dan
manfaatkan prestasi serta mematangkan pelbagai jenis penyelesaian penyambungan untuk
kes penggunaan perindustrian IoT, demi kepentingan pasaran dan negara.

Vicks Kanagasingam, Chief Executive Officer of Xperanti

“Kami telah menyaksikan syarikat perniagaan yang mengguna pakai penyelesaian Sigfox IoT dapat mengurangkan kos operasi sebanyak 30 % dan meningkatkan produktiviti sehingga 10% dalam tempoh dua tahun,“ kata Ketua Pegawai Eksekutif Xperanti, Vicks Kanagasingam.

“Xperanti sentiasa mendukung pertumbuhan syarikat peniagaan tempatan di negara ini.
Kami mengalakkan mereka untuk menguna pakai penyelesaian industri IoT yang praktikal,
berskala dan manpan bagi bersaing dengan syarikat-syarikat besar, dengan matlamat untuk mempercepatkan penerimaan Industri 4.0 di negara ini, serta merapatkan jurang digital dengan melaksanakan penyelesaian IoT berasaskan komuniti,” katanya.

Xperanti adalah pengendali Sigfox eksklusif di Malaysia. Sigfox adalah perintis rangkaian 0G dan penyedia perkhidmatan IoT yang terkemuka di dunia dengan liputan global di lebih
daripada 65 buah negara.

Syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur ini memulakan persediaan penggunaan IoT sejak tahun lepas dan telah mencapai liputan 85 peratus seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Xperanti akan terus menumpukan penyebaran rangkaian untuk mencapai liputan >95 % menjelang 2020 bagi menyokong penggunaan Industri 4.0 di Malaysia.

Sinergi strategik daripada perkongsian ini bakal menyaksikan Celcom dan Xperanti terus meneroka dan menginovasi teknologi IoT untuk manfaat syarikat perniagaan, agensi kerajaan dan komuniti di Malaysia.

Proton Raih Kejayaan Cemerlang Sepanjang 2019

Proton X70 dinobat kereta terbaik keseluruhan di Anugerah Cars of the Year Malaysia ke-18

PROTON terus mendapat pengiktirafan melalui barisan produknya apabila Proton X70 dinobat sebagai pemenang kategori Kereta Crossover Pertengahan & SUV 5-Kerusi serta Kereta Terbaik Keseluruhan 2019 dalam Anugerah Cars of the Year Malaysia ke-18.

Model terkini, Proton Saga turut membawa pulang anugerah bagi kategori Sedan & Hatchback Aras Mula manakala Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, dianugerahkan sebagai Tokoh Automotif 2019.

Anugerah Kereta Terbaik yang diraih Proton X70 bagi 2019 merupakan kemenangan pertama bagi sebuah kereta Proton untuk anugerah yang berprestij seperti itu.

“Proton X70 adalah model yang telah mengembalikan semula kebanggaan dan keyakinan syarikat sebagai pengeluar kereta nasional di Negara ini.

From left – Dr Li Chunrong (CEO of PROTON), En Yohan Mokhtar (VP of Operation Management Division of PROTON), Dato’ Radzaif Mohamed (DCEO of PROTON), Mr Cheng Seng Fook (Director, Sales & Marketing of PROTON).

Model ini juga telah menarik semula perhatian pelanggan untuk berkunjung ke pusat-pusat pameran Proton dan model yang kami pandu uji adalah berkualiti tinggi.

“Kami menjangkakan kualiti yang lebih baik atau setaraf apabila ia dihasilkan di Tanjung Malim,” kata Chips Yap, Juri Kanan bagi kategori Kereta Terbaik Malaysia.

Proton Saga versi terbaharu sejak model itu dilancarkan pada 6 Ogos 2019, sehingga kini, lebih 42,000 tempahan diterima dan pada dua bulan terakhir 2019, model tersebut menjadi sedan segmen A terlaris di Malaysia.

Dr Li Chunrong, CEO of PROTON

Dr Li Chunrong merupakan CEO ketiga Proton diiktiraf sebagai Tokoh Automotif 2019. Beliau memulakan perkhidmatan secara rasmi di PROTON pada 1 Oktober 2017 dan sejak itu, beliau telah mengemudi syarikat dan membawa perubahan yang luar biasa kepada Proton.

Antara pencapaian yang dicatatkan ialah jualan yang meningkat sebanyak 55.7% pada tahun 2019 iaitu sebanyak 100,821 unit, serta turut berjaya membuka 120 pusat 3S/4S di seluruh negara, menjadikan syarikat jenama auto yang mempunyai pusat 3S/4S terbanyak di Malaysia.

Realme 5i Quad Kamera, Bateri 5000mAh Pada Harga Mampu Milik RM599

Anda sedang mencari telefon pintar terbaharu pada harga mampu milik, ini mungkin boleh menjadi pilihan, realme 5i yang dilancarkan di pasaran hari ini.

Realme Malaysia bukan sahaja melancarkan telefon pintar, realme 5i malah turut memperkenalkan realme Buds Air yang menjadi peranti terkini sesuai dengan gaya hidup golongan muda masa kini.

Pengurus Jenama realme Malaysia, Tiffany Teh berkata, tahun ini adalah tahun yang menjanjikan sesuatu yang menarik dan realme akan terus membawa lebih banyak produk berinovasi kepada rakyat Malaysia.

“Hari ini, kita melancarkan telefon pintar terbaharu dalam keluarga realme 5 siri iaitu realme 5i Quad Camera Battery Hero dan buat pertama kalinya aksesori iaitu fon telinga realme Buds Air tanpa wayar yang menawarkan pengalaman baru kepada pemakainya,” katanya pada majlis pelancaran produk berkenaan di Subang Jaya, hari ini.

realme Buds Air

Buat pertama kalinya realme telah menawarkan produk tanpa wayar realme Buds Air. Dilengkapi dengan cip Custom R1 dan sambungan Bluetooth 5.0, ia mampu menjanjikan pengalaman audio terbaik dan juga sambungan pantas yang lebih stabil.

Buds Air juga dilengkapi pengecas tanpa wayar berkuasa 10W yang hadir dengan port USB-C, dan ketahanan bateri sehingga 17 jam.

Selain ciri penuh inovasi itu, peranti ini turut dilengkapi sokongan dwi mirofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation, yang menjanjikan tahap kejelasan suara walaupun dalam persekitaran bising.

 

Selain itu ia juga hadir dengan kawalan sentuhan dan juga ciri pembantu digital daripada Google Assistant.

realme 5i

Dikuasakan dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 665 (11nm), realme 5i turut dijana dengan bateri berkapasiti 5000mAh yang boleh dicas menggunakannya kabel microUSB berkuasa 10W.

Daripada segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 6.5-inci, dijana cip Snapdragon 665, memori 4GB RAM dan storan 64GB.

Paling menarik ialah kamera Quad iaitu empat kamera belakang gabungan resolusi 12MP + 2MP (depth) + 2MP (makro) + 8MP (ultra-lebar). Untuk swafoto, ia menyertakan kamera hadapan 8-megapixel.

Ketika ini realme 5i ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Aqua Blue dan Green Forest, realme 5i ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu 4GB + 64GB.

Realme 5i ditawarkan pada harga RM599, dan bakal dijual bermula 18 Januari 2020 secara luar-talian, dan secara atas-talian bermula 28 Januari 2020.

12,000 Visitors At Café Malaysia 2020 – A Testament To Malaysia’s Robust Coffee Culture

Champion of the Malaysia Barista Championship 2020 Koay Zizheng

Malaysia 12,000 visitors gathered over three days at the sixth edition of the Café Malaysia series in celebration of the country’s longest-running international coffee show which was officially opened on 9 January 2020 at the Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC).

The Café Malaysia series, a yearly event which celebrates Malaysia’s dynamic coffee culture
and industry, is the country’s largest gathering of industry players, café owners, professional baristas and latte artists.

Champion of the Malaysia Brewers Cup Championship 2020, Regine Wai Yee Beng

The event showcases the latest supplies and products, an array of coffee beans and tea leaves from around the globe, equipment, machinery, accessories and technology, all under one roof.

The comprehensive one-stop platform is also a focal point of business opportunities as industry players get to network with another to explore opportunities in the fast-growing regional and international coffee businesses.

Café Malaysia 2020 attracted coffee and tea trade professionals, congress delegates, baristas, café owners, coffee and tea suppliers, equipment distributors, members of the
Malaysia Café Owners Alliance from across East and West Malaysia, and members of the
public.

The show hosted over 100 brands and companies hailing from more than 20 countries
including Malaysia on a gross exhibition area spanning across 6,000sqm.

This year, the show continued to honour and acknowledge Malaysia’s top talents of baristas
and latte art virtuosos as it hosted three internationally-sanctioned coffee championships at the national level – the Malaysia Barista Championship (MBC) 2020, the Malaysia Brewers Cup (MBrC) 2020, and the Malaysia Latte Art Championship (MLAC) 2020.

The following were crowned as champions today:
1. Keith Koay Zizheng (One Half Coffee) – Malaysia Barista Championship (MBC) 2020
2. Regine Wai Yee Beng (Page 2 Café) – Malaysia Brewers Cup (MBrC) 2020
3. Nicky Voon Pei Xin (103 Coffee Workshop) – Malaysia Latte Art Championship
(MLAC) 2020

Winners from each competition clinched the ultimate honour to represent Malaysia at the
international championships which will be held overseas later this year.

Champion of the Malaysia Latte Art Championship 2020 Ms Nicky Voon Pei Xin

The show also hosted visitors who are keen to acquire knowledge on topics pertaining to
managing a café and how to brew the best cuppa at the Café Malaysia 2020 Seminar.

The knowledge-sharing session featured café and coffee experts who presented insights on
various topics such as ‘Maximizing and Capitalizing Your Milk for Customers’, ‘The Importance of Having a Good Sound System’, ‘Origami Coffee Dripper’, ‘Philosophy of Coffee Brewing and Brewing Method by Tetsu Kasuya, World Brewer Champion (2016)’, and ‘Green Coffee Buying: Guideline for Specialty & Micro-lot Selection and Purchasing.’

Cafe Malaysia 2020 was organised by CEMS Conference & Exhibition (M) Sdn Bhd, and
hosted by the Malaysia Specialty Coffee Association (MSCA) and the Café Owners Alliance
Malaysia. MSCA is a member of the ASEAN Coffee Federation (ACF).

The show was also endorsed by the Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE).

Memperkenalkan BMW X1 sDrive20i M Sport Dan BMW 320i Sport Terbaharu

BMW Malaysia, pengeluar kenderaan premium membuka tirai tahun 2020 dengan dua jentera baharu dalam portfolio barisan kenderaannya yang dipasang di dalam negara.

BMW Malaysia telah merungkaikan BMW X1 sDrive20i M Sport dan BMW 320i Sport yang terbaharu.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, pada tahun 2019, lebih 2,500 unit model BMW 3 Series berjaya diserahkan. Kejayaan ini terus memperkasakan kedudukan kami sebagai peneraju segmen sedan sport premium di Malaysia.

Model-model BMW X tersebut juga telah mencatat rekod penyerahan tertinggi di peringkat domestik pada tahun lalu, melakar lebih daripada 43% kenderaan dalam portfolio BMW yang diserahkan pada tahun 2019.

“Dengan catatan yang memberangsangkan ini, kami yakin bahawa tahun 2020 akan mempersembahkan lebih banyak peluang bagi model-model jentera kami yang terulung dalam kelas kenderaan seumpamanya untuk berkembang bersama industri automotif tanah air,” katanya.

BMW X1 sDrive20i M Sport Terbaharu

BMW X1 sDrive20i M Sport terbaharu kini memancarkan pesona yang lebih menyerlah di atas jalan raya. Komponen gril ‘kidney’ dengan dua bahagian berkembar kini disatukan di tengah.

Bampar hadapan yang diperbaharui dengan lampu kabus LED berintegrasi serta salur masuk udara yang lebih besar juga memberikan jentera SAV baharu ini sebuah penampilan yang lebih dinamik. Komponen tiub dalam lampu hadapan LED berbentuk heksagon, menonjolkan lagi perwatakan moden BMW X1 sDrive20i M Sport.

“Lights Package” juga merangkumi “Welcome Light Carpet”. Apabila pintu kenderaan ini dibuka, sumber cahaya LED di cermin luar yang bersebelahan dengan tempat duduk pemandu akan memancarkan karakter “X1” ke atas lantai dalam dua tona warna.

Lampu belakang LED jentera ini juga menampilkan reka bentuk baharu, dengan bar LED tunggal menyerlahkan corak bentuk L dari sisi ke sisi.

Jarak kelegaan tanah diturunkan sebanyak sepuluh milimeter (kini 1,588 mm) menerusi
Suspensi M Sport. Trim “BMW Individual High-gloss Shadow Line” dan Pakej Aerodinamik M menambah efisiensi dan kelasakan SAV ini. Ia turut diserlahkan melalui paip ekzos kanan dan kiri, yang kini bersaiz lebih besar daripada ukuran 70 milimeter kepada 90 milimeter.

SAV terbaharu ini juga menampilkan set roda aloi ringan M 18 inci dengan Penggayaan ‘Double-spoke’ 570 M Dwiwarna.

Penguasaan BMW X1 sDrive20i M Sport ialah melalui enjin petrol empat silinder 2.0 liter, digandingkan dengan transmisi Steptronic Sport Dwi-Klac 7 Kelajuan. Jentera ini mampu mencapai kelajuan tertinggi mencecah 224 km/j.

Output maksimumnya bersamaan dengan 192 kk (kuasa kuda) pada paras 5,000 – 6,000 rpm, dan puncak torknya ialah 280 Nm pada paras 1,350 – 4,600 rpm. BMW X1 sDrive20i M Sport mampu memecut dari kelajuan 0-100 km/j dalam masa 7.6 saat.

SAV baharu ini menggunakan bahan api gabungan berjumlah 6.5 liter bagi setiap 100 km, dan emisi karbon gabungan berjumlah 149 g/km.

Di dalam, BMW X1 sDrive20i M Sport terbaharu mengenakan kemasan trim interior yang menawan dalam warna Aluminium, diperhalusi dengan sorotan kemasan trim dalam Krom Mutiara.

Elemen sentral infotainment jentera ini ialah skrin sentuh 8.8” sistem navigasi yang terletak di tengah papan pemuka (dashboard). Ia boleh digunakan untuk mengawal fungsi-fungsi hiburan dan navigasi, dengan kawalan suara serta Pengawal iDrive (iDrive Controller) di konsol sentral yang disediakan sebagai kaedah input alternatif.

Perkhidmatan BMW ConnectedDrive juga hadir bersama SAV alaf baharu ini. Kluster instrumen dengan teknologi panel hitam serta lingkaran krom yang mengelilingi paparan meter laju dan kaunter ligat (rev) menawarkan visual yang menawan di sebalik perwatakan sporty jentera ini.

Di samping itu, kompartmen bagasi BMW X1 sDrive20i M Sport kekal sebagai muatan
yang terbesar dalam segmen premium, dengan kapasiti maksimum berjumlah 1,550
liter.

BMW X1 sDrive20i M Sport terbaharu ditawarkan menerusi empat warna yang anggun,
Biru (Misano Blue), Hitam (Black Sapphire), Putih (Alpine White) dan Kelabu (Mineral
Grey), yang digandingkan dengan upholsteri premium “Black Leather Dakota”. BMW X1
sDrive20i M Sport terbaharu akan disediakan di ruang pameran sehenti serta di semua
wakil pengedar BMW bertauliah di seluruh negara mulai 13 Januari 2020.
BMW 320i Sport Terbaharu.

Varian terbaharu yang paling dinanti-nantikan dalam portfolio BMW 3 Series, BMW 320i
Sport membawakan ekspresi menonjol yang melambangkan sedan sport terlaris di
dunia, ia hadir bersama lampu kabus LED dan (Air Curtains) yang diintegrasikan
dengan salur masuk udara luar, serta dimuatkan ke dalam komponen apron hadapan
dengan penggayaan horizontal berbentuk T.

Reka bentuk ini asalnya dibangunkan oleh Jawatankuasa Penasihat Aeronautik Kebangsaan (NACA) bagi komponen salur masuk udara dalam enjin jet, lalu ia menjadi sebahagian daripada kereta lumba klasik.

Varian ini dilengkapi dengan set roda aloi ringan 18 inci dalam Penggayaan V-Spoke 780 Dwiwarna. Para pemilik boleh mengharapkan sebuah jentera yang lebih ringan dan tegar kerana jumlah beratnya telah dikurangkan lagi sebanyak 30 kg (berat tanpa muatan berjumlah 1,460 kg) lanjutan daripada penggunaan rangka jentera yang serba ringan.

BMW 320i Sport didatangkan dengan enjin petrol TwinPower Turbo 2.0 liter, dipadankan dengan transmisi Steptronic Sport 8 Kelajuan. Sedan sport ini mampu mencapai kelajuan tertinggi mencecah 235 km/j, dengan output maksimum berjumlah 184 kk pada paras 5,000 – 6,500 rpm dan puncak tork berjumlah 300 Nm pada paras 1,350 – 4,000 rpm.

Daya pecutan dari kelajuan 0-100 km/j jentera ini dalam masa 7.1 saat sahaja. BMW 320i Sport terbaharu hanya mengguna pakai bahan api berjumlah 6.3 liter bagi setiap 100 km, dan mennjana emisi CO 2 berjumlah 144 g/km.

Ruang kabin jentera ini hadir dengan penyaman udara automatik tiga zon, kemasan trim
interior dalam Aluminium ‘Mesheffect’, lengkap dengan Stereng sport berkulit eksklusif
yang menyumbang kepada kualiti pemanduan yang mengujakan.

Sedan sport premium ini turut dilengkapi dengan BMW Live Cockpit Plus – iaitu sebuah
kluster instrumen analog dengan paparan bersaiz 5.7 inci berserta paparan kawalan
sesentuh 8.8 inci.

Julung kali dalam segmennya, BMW 320i Sport terbaharu didatangkan dengan inovasi
dan kefungsian yang tercanggih seperti Bantuan Mengundur (Reversing Assistant), ia
menawarkan kemudahan pemanduan separa-autonomi ketika mengundur di laluan
yang sempit, berserta Kamera Pandang Belakang yang kini dilengkapi sebagai standard.

Ciri-ciri kefungsian ini dikuasakan oleh Sistem Operasi BMW 6 yang juga menguasakan Kunci Digital BMW (BMW Digital Key) bagi mewujudkan tahap sekuriti dan pengurusan yang bertaraf tinggi.

Kunci Digital BMW menggunakan teknologi Komunikasi Medan Berhampiran (NFC) yang membolehkan BMW 320i Sport terbaharu mengunci dan menyahkunci serta menghidupkan enjin menerusi telefon bimbit yang bersesuaian, ia tidak memerlukan kunci fizikal dan merupakan satu lagi teknologi bertaraf tinggi yang pertama kali diperkenalkan dalam industri automotif premium Malaysia.

Turut memperkayakan pengalaman pemilikan premium yang ditawarkan, BMW ConnectedDrive melengkapi pemilik dengan Panggilan Kecemasan Pintar dan Teleservices yang bertindak balas secara automatik jika berlaku kemalangan, lalu mendapatkan bantuan dengan segera bagi pihak pemandu serta penumpang.

BMW 320i Sport ditawarkan menerusi lima warna, Biru (Mediterranean Blue), Hitam (Black Sapphire), Putih (Alpine White), Kelabu (Mineral Grey) dan Jingga (Sunset Orange), dipadankan dengan upholsteri premium “Black Leather Vernasca”.

BMW 320i Sport terbaharu akan disediakan di ruang pameran sehenti serta di semua wakil
pengedar BMW bertauliah seluruh negara mulai 10 Januari 2020.

Pemilik jentera BMW X1 sDrive20i M Sport dan BMW 320i Sport terbaharu ini juga dapat merasai pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia yang meliputi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Dalam Talian BMW

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan penawaran BMW Malaysia bagi Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW) BMW X1 sDrive20i M Sport dan BMW 320i Sport yang terbaharu ialah:

BMW X1 sDrive20i M Sport Terbaharu RM233,800.00
BMW 320i Sport Terbaharu RM243,800.00

Post Menarik