REDMAGIC, peneraju global dalam teknologi gaming, hari ini secara rasmi mengumumkan pelancaran REDMAGIC Astra 2 Gaming Tablet di Malaysia, tablet gaming perdananya bagi tahun 2026.

Menggabungkan prestasi bertaraf perdana dengan reka bentuk kompak berukuran 9.06 inci, Astra 2 direka untuk memenuhi keperluan gamer yang mengutamakan prestasi berterusan, sistem penyejukan canggih serta pengalaman skrin penuh yang imersif dalam reka bentuk yang mudah dibawa.

Dikuasakan oleh Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan dipertingkatkan dengan cip gaming khusus REDMAGIC RedCore R4, Astra 2 hadir dengan peningkatan ketara daripada segi prestasi pemprosesan, respons paparan, pengurusan haba, ketahanan bateri dan pengoptimuman sistem.

Dilengkapi AquaCore Cooling System 2.0, REDMAGIC OS 11.5 berasaskan Android 16 serta paparan gaming OLED 2.4K (2,400 x 1,504 piksel) generasi baharu dengan kadar penyegaran 185Hz bertaraf industri — yang tertinggi pernah ditawarkan pada sebuah tablet — Astra 2 menawarkan pengalaman permainan yang lebih lancar, kadar bingkai yang lebih stabil serta prestasi tinggi yang konsisten walaupun untuk penggunaan berpanjangan.

Berbanding hanya memfokuskan kepada prestasi puncak dalam penanda aras, REDMAGIC Astra 2 dibangunkan dengan penekanan terhadap prestasi berterusan dan kestabilan untuk sesi penggunaan yang panjang.

Daripada gaming kompetitif dan hiburan kepada multitasking serta produktiviti harian, setiap aspek tablet ini telah dioptimumkan bagi mencapai keseimbangan antara kuasa prestasi, kecekapan terma, visual yang imersif dan kemudahan penggunaan harian dalam sebuah tablet perdana yang kompak.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini