Utama Blog Halaman 793

F&N Perkukuh Tawaran E-Dagang Menerusi Gedung Induk Dalam Talian

F&N tawarkan kemudahan, capaian dan nilai lebih tinggi menerusi laman web dan aplikasi mudah alihnya sendiri di Malaysia.

Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) telah memperkukuh kedudukannya dalam dunia e-dagang dengan pelancaran gedung induk dalam talian F&N Life yang menawarkan tahap kemudahan, capaian dan nilai lebih tinggi kepada pengguna Malaysia.

Pelancaran tapak e-dagang sulung F&N akan menyediakan platform yang memudahkan lagi pengguna memesan produk F&N secara pukal dan pada harga berpatutan, yang dihantar terus ke rumah mereka, terutamanya pada musim perayaan dan majlis istimewa.

Selain daripada memenuhi keperluan pengguna yang suka membeli-belah pada bila-bila masa di hujung jari mereka, F&N Life juga akan memuatkan maklumat produk dan nilai khasiat pemakanan, resipi dan program kesetiaan untuk menambah baik pengalaman beli-belah pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB, Lim Yew Hoe berkata, “Dalam tempoh beberapa tahun lepas, kami telah berganding bahu dengan beberapa platform beli-belah dalam talian lain untuk mencapai segmen pasaran dan pengguna baharu, dan membina komuniti pengguna setia dalam talian.

Menyedari potensi besar e-dagang dan peluang untuk memacu pertumbuhan perniagaan
jangka panjang, kami bersedia untuk melonjakkan perniagaan e-dagang kami ke peringkat yang seterusnya.

Untuk meraikan pelancaran F&N Life, pengguna akan menerima potongan lima peratus daripada semua pembelian yang dibuat dari tapak e-dagang atau aplikasi mudah alih dan menikmati perkhidmatan penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia sepanjang Januari dan Februari tahun ini.

Di samping itu, F&NHB bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan e-Dompet terbesar di Malaysia, Touch ‘n Go eWallet, untuk memberikan pulangan tunai sekali sebanyak RM5 bagi setiap RM50 yang dibelanjakan dari 9 Januari hingga 29 Februari 2020.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong, berkata Tahun Baru Cina ialah satu perayaan besar yang penting dan inilah cara terbaik untuk meraikan usaha syarikat seperti F&NHB untuk terus menembusi dunia digital, iaitu dengan menawarkan tahap kemudahan dan penjimatan lebih tinggi menerusi e-Dompet No.1 Malaysia.

“Kami berbangga untuk bekerjasama dengan salah satu jenama tertua dan paling terkenal
Malaysia. Tidak kira tua atau muda, saya tidak kenal seorang pun yang tidak tahu tentang produk-produk utama F&N.

Selain daripada produk umum F&N, pengguna juga boleh membeli tawaran F&N yang baru
dilancarkan, menerusi F&N Life seperti minuman jus oren Sunkist; minuman jus campuran perisa epal lemon Sunkist; air minuman klasik dan air berkarbonat sifar gula perisa lemon dan limau gedang F&N Ice Mountain; dan tiub Picit TEAPOT dengan perisa pandan dan gula Melaka.

Aplikasi mudah alih F&N Life boleh didapati di Google Play Store dan juga Apple App Store atau layari www.fnlife.com.my untuk maklumat lanjut.

Rolls-Royce Motor Cars Catat Jualan Tertinggi Dalam Sejarah 116 Tahun

Rolls-Royce Motor Cars telah mencapai rekod jualan tahunan bersejarah pada 2019 dengan prestasi global yang tiada bandingannya dalam sejarah 116 tahun syarikat.

Jumlah kereta sebanyak 5,152 telah dihantar kepada pelanggan di lebih daripada 50 negara serata dunia, peningkatan sebanyak 25% berbanding rekod tertinggi terdahulu
yang dicapai pada 2018.

Torsten Müller-Ötvös, Chief Executive Officer, Rolls-Royce Motor Cars

Dengan hasil bersejarah ini, Rolls-Royce terus memberikan sumbangan yang bermakna kepada prestasi keseluruhan pemegang sahamnya, BMW Group.

Torsten Müller-Ötvös, CEO, Rolls-Royce Motor Cars, berkata: “Prestasi ini ialah magnitud yang berbeza sama sekali berbanding dengan mana-mana kejayaan jualan tahun-tahun sebelumnya.

Permintaan yang tinggi untuk Cullinan SUV di serata dunia menghasilkan pencapaian
ini dan dijangka lebih stabil pada 2020. Ini ialah bukti terbaik tentang kualiti dan integriti produk kami, kepercayaan dan keghairahan pelanggan kami dan, yang paling penting, kemahiran, dedikasi dan kesungguhan pasukan kami yang luar biasa di Ibu Pejabat di Goodwood dan seluruh dunia serta rangkaian pengedar global yang berdedikasi.”

Jualan meningkat di semua rantau sepanjang tahun, berdasarkan permintaan pelanggan yang tinggi untuk kesemua model Rolls-Royce. Syarikat melaporkan pertumbuhan jualan yang signifikan dalam setiap satu pasaran global utamanya.

Amerika Utara mengekalkan status tertingginya (lebih kurang satu pertiga daripada jualan global) diikuti oleh China dan Eropah (termasuk UK). Negara-negara individu yang mencapai rekod hasil jualan termasuk Rusia, Jepun, Australia, Qatar dan Korea.

Pada 2019, kenderaan Rolls-Royce dijual di lebih daripada 50 negara serata dunia melalui 135 pengedar dalam rangkaian pengedar global.

Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada pertumbuhan lestari jangka panjang, Rolls-Royce mengumumkan dua pengedar baharu sepanjang 2019 – Rolls-Royce Motor Cars Brisbane dan Rolls-Royce Motor Cars Shanghai Pudong.

Perkembangan pengedar flagship baharu Rolls-Royce Motor Cars di Berkeley Street, London – dua kali ganda lebih daripada saiz lokasi sebelumnya – sedang dijalankan dan bakal dilancarkan pada 2020.

Phantom mengekalkan kedudukan sahnya sebagai produk terunggul syarikat, dengan
Dawn dan Wraith terus mendominasi sektor masing-masing; terdapat permintaan yang kuat terhadap ketiga-tiga model ini sepanjang tahun.

Cullinan, SUV baharu berjaya menterjemahkan pujian media dan sanjungan orang ramai pada 2018 kepada jumlah tempahan awal yang tertinggi dan peningkatan jualan pascapelancaran (post-launch) yang paling cepat dalam sejarah mana-mana model Rolls-Royce.

Pada November 2019, jenama ini telah melengkapkan famili Black Badge dengan penambahan Cullinan Black Badge bersama varian Ghost, Dawn dan Wraith; kesemuanya merupakan model yang sangat diminati oleh pelanggan yang mencari-cari ekspresi yang lebih individu dan berani dalam jenama Rolls-Royce.

Tahun 2019 menandakan pengakhiran produksi Ghost selepas kejayaannya yang kritikal dan komersial yang lancar selama 11 tahun. Sejak pelancarannya di Frankfurt Motor Show
pada 2009, Ghost telah memantapkan dirinya sebagai klasik moden yang tiada tandingan.

Model Rolls-Royce yang paling popular pada era Goodwood, Ghost telah menarik tumpuan kumpulan pelanggan baharu iaitu para usahawan yang lebih muda terhadap jenama Rolls-Royce.

Satu versi wheelbase yang dipanjangkan telah diperkenalkan pada 2011 dan Ghost Series II yang dikemaskinikan dilancarkan di Geneva pada 2014. Ghost terakhir generasi semasa meninggalkan talian produksi pada akhir 2019.

Pengganti Ghost, yang bakal dilancarkan pada 2020 selepas pembangunan selama lima tahun. Dengan ketersediaan pasaran daripada suku keempat, pengganti ini bakal meningkatkan nama Ghost, dan syarikat, ke tahap kesempurnaan dan cita-cita dalam
reka bentuk, kejuruteraan, bahan dan dinamik pemanduan yang baharu.

WIN a HUAWEI MateBook D 15 By ‘Like, Share & Comment’ Social Contest

Thanks to our amazing fans, we’ve had a great 2019 but 2020 is set to bigger and better!

To kickstart the year, HUAWEI is giving back to the fans with a ‘Like, Share & Comment’ social contest on their official Facebook Page following the announcement of HUAWEI MateBook D 15.

The product will officially go on sale on Saturday, 18 January 2020 at an irresistible price of RM2,499 only! The social contest has garnered more than 1,200 likes, 800 comments and 890 shares, and it’s expected to grow rapidly until the social contest ends on Sunday, 12 January 2020.

The HUAWEI MateBook D 15 boasts aesthetic designs, innovative technologies and cutting-
edge intelligent experiences thanks to its 15.6-inch Ultra-slim FullView display, multi screen
collaboration, innovative fingerprint unlocks and recessed camera. These features are
packaged in an affordable price to help build a better intelligent world for students and young professionals in hopes of better accessibility to latest technologies.

Here is how to win a brand-new HUAWEI Matebook D 15 through HUAWEI’s ‘Like, Share and Win’ social contest with these simple steps:

1. Follow HUAWEI on their Official Facebook Page
2. Like & Share the post, and make sure your profile is set as public
3. Tell us why you want to win the latest HUAWEI MateBook D 15
4. Tag three of your friends & include #HUAWEIMateBookD15 in the comment section of the post

The lucky winner will be announced on Monday, 13 January 2020; terms and conditions
applied.

Transcend Boundaries with the Stylish FullView Display

Equipped with a 15.6-inch, 1080p FHD IPS FullView display, the HUAWEI MateBook D 15
delivers a fully immersive experience. The top and side bezels are only 5.3mm thick, resulting in an 87 per cent screen to body ratio – the highest yet on a HUAWEI MateBook D product.

It allows users to have more access to contents on one page rather than scrolling down the page.

It also helps deliver better productivity when it comes to referring materials and making
comparisons for various documents. This ultimately enhances overall viewing pleasure.

But as with all laptops, the screen can only be so big – and figuring out how to utilise that limited space to its fullest extent has always been the objective of Huawei’s engineers. On the HUAWEI MateBook, HUAWEI has removed the webcam from the bezel and integrated it into the keyboard.

The recessed camera lets HUAWEI further cut down on the bezel size and provides better privacy. Finally, HUAWEI chose a high-strength aluminium alloy for the chassis, allowing it to improve the durability of the PC with no compromises on the screen-to-body ratio.

Lighter, Thinner and Prettier

The HUAWEI MateBook D Series is designed for young consumers. Its aesthetics reflect the
characteristics of its target audience –, the curvy, streamlined design endows it with a stylish and unique aesthetic identity. Compared to the rounded design of its predecessors, the new HUAWEI MateBook D Series has a bolder and sleeker design.

The enhancements made to the small details – such as the thinner bezels and recessed camera – allow HUAWEI to further shrink the form factor of the laptops, further improving their portability.

HUAWEI’s designers and engineers designed a 15.6-inch laptop that is not only the lightest in the industry, but also features a display that has 87 per cent screen-to-body ratio in a chassis with dimensions of only 357.8mm 229.9mm x 16.9mm.

Smart Connection Made Easy with Multi-Screen Collaboration and One Tap Share

People have been using smartphone and laptop interchangeably, and sometimes even together so that one can complement and synergise with the other. It’s made possible now with One Tap Share where the revolutionary file transfer solution lets user instantly transfer files from smartphones and PC (and vice versa) through a custom channel.

It is the perfect solution to the age-old problem with file transfers between PCs and Android devices.

With Multi-screen Collaboration, users can establish a seamless connection between two
systems by tapping the smartphone against PC. Peripherals such as mouse and keyboards can be used to control smartphones.

Users can work on both devices directly on the PC. Not to mention MateBooks can get access to the rich Android app ecosystem (for videos, news and productivity apps).

Higher Security Measures Means More Privacy Secured

HUAWEI MateBook is the first Windows PC to feature a fingerprint sensor for user login. Many users want a device that boots up quickly, as it would allow them to get back to work in a moment’s notice. Like its predecessors, the HUAWEI MateBook D is also equipped with the fingerprint scanner.

It is integrated into the power button, so users can power on their device while simultaneously having their identity authenticated.

As mentioned above, the recessed camera is one-of-a-kind and helps users to secure more
privacy without exposing their face via the webcam hacking. It also helps resolve the custom issue where most users will cover their conventional webcam with a sticker to secure their privacy.

Pricing and Availability

The HUAWEI MateBook D15 will retail at RM2,499 starting 18 January 2020. It is available in Mystic Silver with the following standard configuration of 8GB of RAM, 256GB SSD and 1TB HDD.

It also offers 3 USB ports (1x USB 3.0 and 2x USB 2.0), a 3.5mm headset jack, and a
HDMI port. For more information, please visit https://shop.huawei.com/my/product/huawei-matebook-d-15.

Penerbangan Terus AirAsia Dari Pulau Pinang Ke Chengdu, China

Para pelancong yang terbang dari pintu masuk utara Malaysia, Pulau Pinang, kini boleh menikmati pilihan destinasi baharu dengan AirAsia ke Chengdu, ibu kota Wilayah Sichuan, China.

Penerbangan terus baharu ini beroperasi sebanyak tiga kali seminggu bermula pada 8 Mac 2020 dan akan menjadi laluan udara eksklusif yang menghubungkan Pulau Mutiara ke Wilayah Sichuan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata: “Kami teruja untuk mengumumkan laluan baharu pertama pada tahun ini, sempena mengalu-alukan Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Tahun Melawat Pulau Pinang 2020. Pulau Pinang adalah salah satu hab terbesar kami di Semenanjung Malaysia dan kami telah menerbangkan seramai lebih daripada 2.4 juta tetamu pada tahun lepas.

Ini adalah laluan pertama kami dari Pulau Pinang ke Tanah Besar China dan kami berharap rangkaian tambahan ini akan terus meningkatkan kedatangan pelancong ke Pulau Pinang dan di sebaliknya.”

Bagi meraikan laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua untuk ahli dari Pulau Pinang ke Chengdu bermula daripada RM99*, yang tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini sehingga 19 Januari 2020, untuk perjalanan antara 8 dan 28 Mac 2020.

Nikmati penerbangan pergi dan balik dengan penginapan hotel 3 hari 2 malam serendah RM332** bagi setiap orang melalui SNAP di airasia.com.

Terkenal sebagai ‘rumah’ kepada panda gergasi, Chengdu adalah sebuah bandar yang berkembang pesat dengan pelbagai aktiviti menarik. Selain pemandangan semula jadi,  ia juga kaya dengan warisan kebudayaan dan tempat-tempat bersejarah, dan beberapa tarikan lain yang harus dikunjungi termasuk Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Giant Panda Chengdu, Jinli Ancient Street, Leshan Giant Buddha dan Biara Wenshu.

Dinamakan oleh UNESCO sebagai “Kota Gastronomi”, pelbagai hidangan Cina yang popular seperti Tauhu Mapo dan Ayam Kung Pao berasal dari rantau ini. Pelancong juga boleh bersantai sambil menikmati teh beraroma di rumah teh tempatan.

Chengdu juga merupakan pintu masuk ke wilayah barat China, termasuk Tibet di mana ibu kotanya, Lhasa adalah rumah kepada pusat sejarah Buddhisme Tibet dan Istana Potala yang terkenal; serta Tapak Warisan Dunia Unesco Jiuzhaigou, salah satu pemandangan yang indah di China.

Selain dari Chengdu, AirAsia kini terbang ke 12 destinasi dari hab Pulau Pinang seperti Bangkok, Bandar Ho Chi Minh, Surabaya, Jakarta, Medan, Singapura, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Langkawi, Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk ahli AirAsia BIG sahaja. Tambang termasuk semua untuk bukan ahli bermula daripada RM104 untuk perjalanan sehala termasuk cukai.

**Harga yang tertera untuk pengiklanan adalah bagi setiap orang dengan bilik berkembar dan termasuk tambang penerbangan pergi balik dan penginapan hotel selama 3 hari, 2 malam yang mungkin berbeza mengikut tarikh dan ketersediaan. Terdapat juga sekatan tambahan seperti penginapan yang minimum, tarikh sekatan, ketersediaan bilik dan pembelian awal yang mungkin dikenakan.

screenshot-docs.google.com-2020.01.10-13_25_17.png

Masjid Ke-6 NGO Antarabangsa Akan Beroperasi Februari 2020

Pembinaan masjid Kg Thamer, Kemboja yang menelan kos US$120,000 (RM500,000) yang dibina secara gotong-royong dijangka beroperasi Februari depan.

Pengerusi NGO Antarabangsa/Yayasan Seaweed Malaysia, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, masjid ke-6 yang mengambil masa selama lapan bulan dibina mengikut pelan yang dibantu oleh seorang jurutera berpengalaman serta lima tukang yang mahir bagi memastikan projek itu berjalan mengikut perancangan.

Beliau berkata, keluasan masjid itu ialah 8.093.71 meter persegi yang boleh menampung sehingga 800 jemaah pada satu-satu masa dan mempunyai kemudahan seperti tandas wanita dan lelaki, tempat wuduk dan lain-lain kemudahan termasuk padang permainan kanak-kanak dihadapan.

“Pada masa depan kita akan membina Sekolah Tadika Islam bergantung kepada sumbangan yang kita terima kelak,” katanya ketika meninjau projek pembinaan masjid itu baru-baru ini.

Mustapha berkata, pihaknya kagum dengan semangat dan kerjasama penduduk kampung dalam pembinaan masjid itu.

“Semangat ini haruslah dipupuk dan diterap kepada generasi muda agar ianya dapat memperkukuhkan semangat setiakawan dan perpaduan kepada semua kaum di Kemboja.

“Imej Islam harus ditunjukkan yang terbaik agar dapat dijadikan contoh kepada orang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung, Scten Meen berkata, penduduk kampung amat bersyukur dan berterima kasih diatas pengorbanan Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican kerana usaha murni ini.

“Beliau sanggup bersusah payah datang ke kampung ini semata-mata mahu membina masjid dan melihat pendidikan anak-anak muda Islam dan ekonomi umat Islam disini,” katanya.

Katanya, Mustapha seorang yang kreatif dan mempunyai pengalaman luas dalam hal pentadbiran serta hubungan antarabangsa.

Beliau berkata, penduduk kampung bertuah kerana kehadiran Mustapha telah mengubahkan cara mereka berfikir, bekerja dan pengetahuan ke arah yang ke hadapan.

“Ini pemimpin hebat selaku Pengerusi NGO Antarabangsa yang disegani dan harus diteladani oleh semua pihak,” katanya ketika berucap dihadapan 200 penduduk kampung berkenaan.

Sementara itu, Mustapha dalam lawatannya ke Kg Tersat, Kg Sempadan Kemboja Vietnam berkata, buat masa ini NGO Antarabangsa kekurangan dana untuk membina sebuah lagi masjid berikutan keadaan surau berkenaan yang terlalu uzur dan perlu dirobohkan.

“Ini memandangkan kayu dinding dan lantai semua sudah reput menyebabkan semua penduduk tidak lagi menunaikan solat di surau berkenaan.

“Kg Tersat mempunyai hampir 200 keluarga Islam dan kedudukannya hanya 5 kilometer dari sempadan Vietnam dengan kebanyakan penduduknya mengambil upah pelbagai pekerjaan bagi menyara kehidupan,” katanya.

Mustapha berharap sesiapa yang bermurah hati boleh menderma bagi menjadikan sebuah masjid dengan kos US$120,000 (RM500,000) bagi menjadikan sebuah masjid batu yang kukuh.

 

Enjoy Prosperous Deals This Chinese New Year With Naza Automotive Group

Citroen

To usher in the auspicious Year of the Rat this Chinese New Year, Naza Automotive Group is offering irresistible golden deals for its cars and bikes so customers can travel back home in pure enjoyment!

Naza Kia Malaysia, the official distributor of Kia vehicles in Malaysia, is spreading some good fortune with their ‘More Ong, More Huat’ Chinese New Year campaign.

KIA

Owners of any Kia vehicle registered from 7 th January until 29 th February 2020 is entitled to participate and stand a chance to win exclusive prizes including the grand prize of a Kia Picanto!

Apart from that, Naza Kia Malaysia will be giving out eight petrol vouchers worth RM1,000 monthly while another eight weekly winners will score Touch N Go cards worth RM200. Naza Kia Malaysia is also offering a 5-year warranty with unlimited mileage for all Kia models, 2 years complimentary lubricant service and access to Sky Lounge by NAZA during this festive period.

Naza Euro Motors, the official distributor for Citroën in Malaysia, is running the ‘Citroën Prosperity Drive’ campaign from now until 29th February 2020, where customers who purchase the uniquely-designed Citroën C3 Aircross SUV retailing at RM115,888.00 will receive an ‘Ang Pau’ worth RM8,888 and 3 Years Free Service!

Citroen

The Citroën C3 Aircross is completed with modern day technological enhancements that emphasise passenger comfort and safety, which makes it the perfect vehicle for your journey home this Chinese New Year.

Nasim Sdn Bhd, the official distributor of Peugeot vehicles in Malaysia, is also offering 3 Years Free Service which includes parts and labour charges with every purchase of a Peugeot vehicle.

This festive season, Naza Motor Trading is offering special prices on selected luxury models with their ‘888 Prosperity CNY Deals’ campaign. Visit Naza Automall, Petaling Jaya from today until 24th January 2020 and check out the models on offer such as the Mercedes-Benz CLA180, Mercedes-Benz C200, Mercedes-Benz GLA180, Toyota Vellfire, Toyota Alphard, Toyota Estima and Toyota Harrier.

Celebrate the start of the new lunar year with a new ride. Travel comfortably in style this festive season and make your journey back home a memorable one!

Peugeot Launches The New Peugeot 2008 SUV In France

Since 5 th January 2020, the new Peugeot 2008 SUV in its thermal and electric versions has been present in all the showrooms of Peugeot dealerships in France.

On this occasion, an ambitious launch program has been devised by the brand with a lion’s share of attention: television, billboards, magazines and newspapers, cinema, internet.

After nearly 1,200,000 vehicles sold in its previous version, this new generation of Peugeot 2008 asserts itself with a particularly powerful and distinctive style.

Ultra-technological, it adopts the whole new generation of the immersive Peugeot i -Cockpit® 3D, equipment and driving aids at the level of the best know-how of Peugeot.

From its launch, the new SUV Peugeot 2008 has a multi-energy offer: electric, petrol and diesel offering customers freedom of choice while retaining the extraordinarily stimulating and efficient sensations.

The new SUV Peugeot 2008 is the first Peugeot electric SUV that gives access to a new
universe of sensations. 100% electric, the driver will benefit from a high level of brilliance, in total silence and in absence of vibrations.

This pleasure is accompanied by the freedom to drive around town even in Green Zones with restricted traffic.

The new SUV Peugeot e-2008 does not have a specific silhouette but will be identifiable by a few details: a sparkling dichroic Lion, whose reflections alternate between green and blue depending on the angle of view, a specific ‘e’ monogram on the front wings and tailgate, an elegant body-coloured grille with horizontal lamp pods, exclusive Alcantara© “Greval Grey” seat upholstery on the new SUV Peugeot e-2008 GT and finally, the on-board experience is completed by a display specific to the electric version in the 3D handset as well as in the touch screen.

Hidangan Terbaru KFC White BBQ Crunch

KFC Malaysia membawa semangat pembaharuan sempena kedatangan tahun baru ini dan menjemput para pelanggan untuk mencuba sebuah hidangan yang unik buat pertama kalinya, iaitu KFC White BBQ Crunch!

Ciptaan ini memberi kelainan kepada hidangan barbeku biasa dengan sentuhan baharu menerusi sos BBQ berwarna putih.

Dibawakan khas buat masa terhad, hidangan bersama sos White BBQ ini memberi keenakan yang berbeza, berbanding sos barbeku berwarna merah atau coklat yang lebih dikenali ramai.

Ianya menampilkan kelazatan perisa barbeku salai yang digemari ramai tetapi di dalam versi sos BBQ berwarna putih yang pastinya menambat selera. Sos White BBQ ini dicurah ke atas ayam goreng KFC Hot & Spicy yang disaluti dengan sos merah istimewa, menghasilkan gabungan rasa salai, manis, masam, dan pedas di dalam satu gigitan rangup.

“KFC White BBQ Crunch merupakan olahan unik kepada ayam goreng KFC kegemaran ramai dan dicipta khas untuk sambutan perayaan kali ini.

Dengan salutan Hot Sauce ke atas ayam goreng Hot & Spicy, dilengkapi dengan sos Smoky White BBQ, hidangan ini menjanjikan sebuah pengalaman makan yang mengasyikkan dan tidak harus anda lepaskan!” kata Angelina Villanueva, Ketua Pegawai Pemasaran, KFC Malaysia.

Kemeriahan tahun baru ini juga diwarnai dengan hidangan KFC bucket istimewa sempena
sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba. KFC Celebration Bucket kembali bagi musim
perayaan ini, bersama sampingan udang empuk keemasan – KFC Shrimp Poppers.

“Hidangan KFC Bucket telah membawa pelbagai kenangan manis di meja makan buat
pelbagai generasi di Malaysia. Kami berharap KFC Celebration Bucket bersama hidangan
udang rangup KFC Shrimp Poppers terbaharu ini akan memberi lebih kemeriahan kepada
sambutan perayaan anda.” katanya.

KFC White BBQ Crunch boleh didapati dalam set kombo 2 ketul atau 3 ketul ayam bersama
hidangan sampingan dan minuman, atau Box Meal yang dilengkapi dengan Zinger Burger.

Manakala, KFC Shrimp Poppers didatangkan bersama Celebration Bucket dan boleh dinikmati di dalam bentuk a la carte dengan harga bermula daripada RM5.90.

KFC White BBQ Crunch dan KFC Celebration Bucket dengan Shrimp Poppers hanya boleh
didapati buat masa yang terhad. Jadi singgah ke restoran KFC berhampiran anda hari ini,
atau pilih kemudahan ‘self-collect’, mahupun khidmat penghantaran dengan memesan
menerusi aplikasi KFC atau KFC.com.my!

Pizza Hut Perkenal Sweet & Sour Cheesy Bites Sempena Tahun Baru Cina

Perayaan Tahun Baru Cina sememangnya disambut meriah dengan tradisinya yang tersendiri, di mana generasi tua dan muda sama-sama berkumpul bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tahun ini, Pizza Hut telah memberi nafas baru kepada tradisi ini dengan mengolah hidangan klasik ayam masam manis dalam bentuk Piza Cheesy Bites terkenalnya, yang pasti memberi lebih kemeriahan pada perayaan kali ini.

“Pizza Hut ingin menyemarakkan lagi tradisi bagi menarik golongan muda dan tua untuk
menjalin semula hubungan erat sambil bergembira bersama-sama meraikan perayaan Tahun Baru Cina ini.

“Kami percaya apabila keriangan diwujudkan, semua akan lebih bersemangat di dalam memeriahkan tradisi dan menikmati suasana perayaan dengan lebih bermakna bersama keluarga,” kata Jean Ler, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.

Piza terbaru Sweet & Sour Cheesy Bites memberi sentuhan unik kepada hidangan oriental
terkenal ayam masam manis, di dalam bentuk piza kegemaran ramai iaitu Cheesy Bites.

Kelainan ini pasti memberikan keriangan kepada tradisi jamuan makan besar perayaan Tahun Baru Cina sekali gus meraikan tradisi bermakna ini dengan menampilkan ramuan-ramuan lazat, istimewa bagi menyambut kedatangan tahun baharu ini.

Piza Sweet & Sour Cheesy Bites kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut dan juga
melalui khidmat penghantaran di seluruh Malaysia bermula hari ini sehingga 20 Februari 2020 sementara stok masih ada.

Nikmati keenakan piza Sweet & Sour Cheesy Bites pada harga bermula RM41.90 untuk
hidangan ala carte, manakala hidangan kombo juga tersedia untuk kedua-dua khidmat
penghantaran, bawa pulang dan juga makan di restoran.

Volkswagen Passat 2020 Tampil Lebih Elegan : Harga Jualan Bermula RM187,990

Passat baharu tampil dengan profil hadapan dan belakang, serta rekaan lampu signatur yang baru.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan Passat 2.0TSI Elegance baharu di Malaysia, hanya empat bulan selepas ia diperkenalkan di pasaran Jerman pada September lalu.

Passat baharu tampil dengan rekaan luaran dan dalaman serba baharu, aspek ketersambungan yang telah ditambah baik dan signatur lampu yang dikemas kini.

Passat diperkenalkan pada acara Geneva Motor Show. Sama seperti model-model sebelumnya, ia pantas mandapat perhatian dalam segmen kenderaan keluarga/eksekutif.

Passat baharu dikuasakan oleh enjin 2.0TSI yang telah dipertingkatkan. Sedan ini menjadi model pacuan roda hadapan pertama Volkswagen di Malaysia yang menggunakan kotak gear tujuh kelajuan klac basah berkembar (DSG).

Penambahbaikan utama lain termasuklah lampu hadapan dan belakang baharu serta sistem infohibur yang lengkap bersama ciri App-Connect.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa Passat merupakan ikon yang tersendiri dan menjadi pilihan dalam kalangan eksekutif di seluruh dunia.

“Dengan lebih 30 juta unit berjaya dijual hingga ke hari ini, ia berada di kedudukan kedua selepas model ikonik Golf yang merupakan model paling berjaya pernah dihasilkan oleh Volkswagen.

“Passat baharu bukan sahaja menampilkan kemas kini teknikal, malah rekaan semula sepenuhnya pada bahagian luaran dan dalaman. Selain ketersambungan lebih baik dan signatur lampu yang telah dikemas kini.

“Semua penambahbaikan ini dibuat tanpa berkompromi dari segi prestasi. Kami percaya inilah yang dimahukan oleh pelanggan yang semakin bijak menilai,” katanya.

Sudah memasuki generasi kelapan, Passat mula diperkenalkan di Malaysia pada 2006. Pemasangan tempatan bermula pada tahun 2011 di Pekan, hasil kerjasama di antara Volkswagen AG dan DRB-Hicom. Hari ini, Passat merupakan salah satu model Volkswagen yang paling berjaya.

Enjin dan Prestasi

Di bawah hud, Passat baharu dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI yang dipadankan dengan kotak gear klac basah direct shift 7-kelajuan (DSG) baharu dan telah ditambah baik. Ia mampu menjana kuasa yang mengagumkan sehingga 190PS dan dan tork 320Nm.

Menjanjikan gabungan terbaik di antara prestasi dan penjimatan, Passat baharu menawarkan penggunaan bahan api sekitar 6.5l/100 km, berdasarkan kepada data pemanduan dalam dunia sebenar seperti yang dijelaskan oleh WLTP (Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Selari Dunia).

Ketersambungan 

Passat baharu menawarkan ketersambungan pintar di hujung jari anda. Digital Cockpit bersaiz 11.7” baharu dan telah ditambah baik menawarkan kejelasan yang luar biasa, terima kasih kepada paparan warna transistor filem nipis (TFT) beresolusi tinggi yang sama seperti telefon pintar premium.

Ia menawarkan pelbagai fungsi, selain memaparkan grafik 2D dan 3D untuk tujuan navigasi serta media. Enam pandangan skrin boleh ubah pula menawarkan aspek personalisasi ke satu tahap baru dengan lebih 30 pilihan kombinasi.

Sistem infohibur jelas mengagumkan – skrin sentuh bersaiz 9.2 inci itu kini lebih mudah dioperasi dengan kawalan suara, gestur dan skrin pandangan yang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.

Ciri AppConnect tanpa wayar dengan Apple CarPlay turut ditawarkan pada Passat buat pertama kalinya di Malaysia.

Ciri-ciri lain termasuklah rangkaian pilihan ketersambungan yang luas menerusi skrin paparan sentuh kapasitif, tiga port USB-C beriluminasi dan ketersambungan Bluetooth untuk penstriman audio dan peranti mudah alih.

Luaran

Dengan penampilan yang lebih mantap dan dinamik, Passat baharu merupakan hasil penambahbaikan ke atas satu konsep reka bentuk yang telah terbukti.

Rekaan baru profil hadapan dan belakang membezakan Passat baharu dengan model terdahulu. Perbezaan lain termasuklah perkataan “Passat” yang dilekatkan pada bahagian belakang dan rim aloi “Liverpool” bersaiz 18 inci yang menarik.

Karekter Passat diserlahkan lagi dengan lampu signatur yang telah direka semula – sistem lampu utama LED sepenuhnya, lampu isyarat membelok berturutan di hadapan dan belakang dan rekaan lampu belakang – melengkapkan lagi penampilan keseluruhan model terlaris di seluruh dunia ini.

Ruang kabin

Ruang dalaman Passat baharu menyenangkan pandangan mata dengan pelbagai material baru dan elemen reka bentuk menarik yang mencipta ambien lebih mewah serta bergaya. Antara aspek yang telah dinaik taraf ialah kemasan pintu rekaan baru, 30 pilihan warna lampu ambien dan stereng multi fungsi dibalut kulit.

Stereng itu dilengkapi butang multi fungsi yang ergonomik untuk kemudahan dan ketersambungan dengan satu sentuhan butang sahaja.

Keselesaan sememangnya satu keutamaan, jadi tempat duduk Passat baharu dibalut dengan kulit lembut dan 12 talaan secara elektrik bersama sistem pendingin hawa Climatronic 3-zon untuk semua penumpang. Ciri baru yang turut dipasang ialah pelindung cahaya matahari cermin belakang kuasa.

But seluas 586 liter memberikan cukup ruang kepada pemandu dan penumpang untuk meletak bagasi mereka.

Keselamatan

Keselamatan merupakan aspek penting pada semua kenderaan Volkswagen. Jadi, ciri baharu yang ada pada Passat ialah Side Assist dengan Rear Cross Traffic Alert, lengkap bersama jarak pengesanan 18 darjah sehingga 50 meter.

Ketika memandu, Sistem Pemantauan Titik Buta pada Passat baharu memastikan kereta sentiasa berada dalam laluannya, dengan jarak pengesanan mencecah 70 meter.

Ciri kemudahan yang turut ditambah ialah Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dengan alat pengesan bersepadu pada keempat-empat unit tayar. TPMS berfungsi memantau bacaan tekaan setiap tayar berdasarkan kepada kehendak pengguna.

Ciri-ciri keselamatan yang lain termasuklah Electronic Stability Control (ESC), Sietem Brek Anti-Kunci (ABS) and Brake Assist (BA), Intelligent Crash Response System (ICRS), Hill-hold Control, Automatic Post-Collision Braking System dan Proactive Passenger Protection System.

Warna dan varian

Passat Elegance baharu didatangkan enam warna dan dua kemasan. Warna-warna metalik terdiri daripada warna biru (Aquamarine Blue), kelabu (Manganese Grey), perak (Reflex Silver) dan coklat (Tamarind Brown). Sementara warna dengan efek mutiara ialah hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White) yang baru. Warna-warna Mutiara ini boleh didapati tanpa sebarang penambahan harga.

Harga jualan tanpa insurans : RM187,990

Post Menarik