Majestic Gen terus mengukuhkan pencapaian pembangunan Gen Starz Residences apabila projek bernilai RM269 juta di Jalan Klang Lama itu berjaya mencapai tahap tertinggi struktur bangunan (topping-out), sekali gus menandakan kemajuan penting dalam pelaksanaan pembinaannya.
Merangkumi 360 unit pangsapuri perkhidmatan pegangan bebas berkepadatan rendah, projek itu turut mencatatkan jualan penuh 100 peratus, menunjukkan sambutan menggalakkan terhadap lokasi strategik, susun atur kediaman praktikal serta reka
bentuk fleksibel yang memenuhi keperluan pemilik rumah moden.
“Pencapaian jualan penuh 100 peratus merupakan petunjuk positif terhadap penerimaan Gen Starz Residences serta nilai yang ingin kami tawarkan melalui pembangunan ini.
“Daripada lokasi strategik dan ruang kediaman yang fleksibel hinggalah kemudahan yang dirancang dengan teliti, setiap aspek pembangunan ini diberi perhatian bagi memenuhi keperluan pemilik kediaman bandar yang semakin berkembang,” kata Wong Yik Fong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majestic Gen.
“Pencapaian peringkat topping-out ini menandakan satu lagi langkah penting dalam merealisasikan visi tersebut. Melihat pembangunan ini semakin menampakkan bentuknya merupakan satu perkembangan yang amat memberangsangkan, hasil usaha bersama semua pihak yang terlibat serta sokongan daripada para pembeli,”
Mengambil inspirasi daripada kepelbagaian warisan dan hubungan komuniti yang mencorakkan Jalan Klang Lama, Gen Starz tampil dengan konsep Chroma-Vista yang menggabungkan permainan warna menyerlah, pemandangan terbuka serta elemen seni bina linear yang mencerminkan jaringan hubungan dan karakter kejiranan yang menjadi nadi kawasan berkenaan.
Nama ‘Starz’ pula melambangkan visi Majestic Gen untuk menyediakan sebuah ruang kehidupan yang membolehkan setiap penghuni menyerlah dan berkembang mengikut aspirasi tersendiri.





































