Susulan pelancaran rasminya di Malaysia pada 4 November 2026, vivo V80 yang serba baru bakal memasuki tempoh jualan pertama dari 28 November hingga 31 Disember 2026, rakyat Malaysia boleh menikmati ekspresi personaliti baru menerusi cara tersendiri “Shine as We Are”.
Menggabungkan kemasan Starwish Purple yang memukau, True 3D Stellar Design yang inovatif dan keupayaan ZEISS 100mm Center-Stage Portrait, vivo V80 menyatukan estetika yang unik dengan pengalaman fotografi potret yang dipertingkatkan.
Shine as We Are: Reka Bentuk Stellar yang Menyerlah
Menjadi tumpuan adalah Starwish Purple serba baharu, kemasan memukau yang diilhamkan oleh keindahan galaksi berbintang. Dengan kemasan Laser Holographic Lithography yang pertama seumpamanya dalam industri, vivo V80 memperkenalkan reka bentuk True 3D Stellar Design yang inovatif, mewujudkan kesan kedalaman dan pergerakan yang mempesonakan. Tidak seperti corak cetakan yang biasa, butiran kilauan yang berubah dan beralih apabila telefon ini ditimpa cahaya.
Kemasan unik ini merupakan hasil ciptaan selama dua tahun, di mana jurutera vivo meneroka lebih daripada 20 bahan istimewa dan menggunakan teknologi litografi berskala nano untuk menghasilkan 3,600 imej 4K di dalam penutup belakang.
Melengkapi penampilannya yang tersendiri, vivo V80 turut menampilkan reka bentuk Flagship One-Piece Cold-Carved Glass yang diperhalusi, menyatukan penutup belakang dan modul kamera secara lancar menjadi satu permukaan yang licin dan padu.
Menjadi Tumpuan dengan ZEISS Portrait
Potret jarak dekat yang dirakam menggunakan ciri ZEISS 100mm Center-Stage Portrait dengan kesan ZEISS Planar Style Bokeh
Selain reka bentuknya yang menonjol, vivo V80 meningkatkan fotografi potret menerusi ZEISS 100mm Center-Stage Portrait, merakam potret jarak dekat yang ekspresif dengan ZEISS Planar Style Bokeh serta tona platinum lembut berkepekatan warna rendah. Jarak fokus 100mm secara semula jadi mengeluarkan orang yang berkeliaran daripada bingkai, memastikan fokus sepenuhnya kekal pada subjek.
Bagi memperkaya lagi pengalaman penciptaan potret, vivo V80 turut dilengkapi Kamera Kreatif AI, memberi pengguna lebih banyak peluang untuk meneroka kreativiti dan menzahirkan keperibadian mereka menerusi fotografi.
Nikmati Ganjaran Jualan Pertama Eksklusif Bernilai Sehingga RM1,583
Bagi meraikan jualan pertama, vivo Malaysia menawarkan ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,583 sepanjang tempoh promosi dari 28 November hingga 31 Disember 2026.
Pengguna yang membeli vivo V80 dalam tempoh ini boleh menikmati rebat eksklusif RM100, bersama hadiah percuma vivo V selection Watch V5 bernilai RM159, sementara stok masih ada.
Ganjaran pembelian turut merangkumi perlindungan vivo Care bernilai RM556, yang terdiri daripada waranti dua tahun, perkhidmatan waranti pelbagai negara selama setahun serta perlindungan skrin dan penutup belakang selama enam bulan.
Di samping itu, pengguna boleh menikmati Google One dengan storan awan 100GB selama enam bulan tanpa bayaran, diskaun produk IoT sehingga RM200 menerusi tawaran Purchase With Purchase (PWP) dan akses Viu Premium selama tiga bulan.
Lebih Banyak Cara untuk Berjimat dengan Pilihan Pembayaran Fleksibel
Menjadikan pengalaman vivo V80 lebih berbaloi, pengguna boleh menikmati penjimatan tambahan menerusi rakan pembayaran dan program tukar beli terpilih:
- SPayLater: Diskaun RM150 dengan perbelanjaan minimum RM1,500, serta pilihan ansuran 0% selama enam bulan.
- Atome: Diskaun sehingga RM200 dengan pilihan ansuran 0% selama enam bulan.
- PayLater by Grab: Diskaun RM150 dengan perbelanjaan minimum RM1,500.
- Rebat Ansuran Bank Terpilih: Rebat tambahan RM100.
- Rebat Tukar Beli: Penjimatan tambahan sehingga RM300, tertakluk kepada syarat peranti terpilih.
vivo V80 ditawarkan dalam tiga konfigurasi storan, dengan harga bermula RM2,499 selepas rebat eksklusif:
- 24GB + 128GB: Bermula RM2,499 (Harga Runcit Disyorkan: RM2,599), dengan ansuran bermula RM104.13 sebulan selama 24 bulan.
- 24GB + 256GB: Bermula RM2,799 (Harga Runcit Disyorkan: RM2,899), dengan ansuran bermula RM116.63 sebulan selama 24 bulan.
- 24GB + 512GB: Bermula RM3,399 (Harga Runcit Disyorkan: RM3,499), dengan ansuran bermula RM141.63 sebulan selama 24 bulan.
Promosi jualan pertama vivo V80 berlangsung dari 28 November hingga 31 Disember 2026. Pengguna digalakkan melayari laman web rasmi dan saluran media sosial vivo Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini dan tawaran eksklusif jualan pertamanya.
Roadshow vivo V80 “Shine As We Are” Bakal Meriahkan Pulau Pinang dari 3 hingga 6 Disember
Seiring dengan jualan pertama vivo V80, vivo Malaysia akan membawa telefon pintar potret ZEISS ke roadshow Pulau Pinang di Sunway Carnival Mall, Main Atrium, dari 3 – 6 Disember 2026. Pengunjung boleh menikmati tiga aktiviti interaktif, tampilkan gaya terbaik anda dan dapat membawa pulang Photo Gift, dengan setiap pembelian dapat ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,583 yang ada sementara jualan pertama berlangsung.




































