Utama Blog Halaman 791

Celcom Dan Maxis Berjaya Uji 5G Melalui Perkongsian Rangkaian Akses Radio

Berjaya menguji 5G Multi Operator Core Network (MOCN), menunjukkan kemampuan dan kebolehlaksanaan perkongsian infrastruktur 5G

Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Maxis Berhad (Maxis) berjaya menjalankan percubaan 5G
Multi Operator Core Network (MOCN) pertama di Asia Tenggara dengan mencapai kelajuan
puncak melebihi 1.1Gbps dalam persekitaran luar di tapak percubaan Langkawi, Kedah.

Percubaan itu telah dijalankan pada Disember 2019 di tapak 5G Maxis di Seaview Hotel, Kuah dan tapak 5G Celcom di The Westin Langkawi Resort & Spa.

Percubaan ini membolehkan kedua-dua pengguna Celcom dan Maxis di lokasi tersebut untuk mengakses rangkaian 5G yang dihoskan oleh kedua-dua syarikat seolah-olah mereka berada di rangkaian asal mereka sendiri.

MOCN merupakan mekanisme Perkongsian Rangkaian Radio (RAN) yang membolehkan dua
rangkaian teras berlainan untuk berkongsi RAN yang sama.

Dengan menggunakan MOCN, Celcom dan Maxis dapat meluaskan liputan 5G di tapak sedia-ada dengan lebih cepat, seterusnya menunjukkan kebolehlaksanaan perkongsian infrastruktur 5G apabila spektrum diperuntukkan untuk kegunaan komersil kelak.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen kedua-dua syarikat telekomunikasi dalam
merealisasikan pengalaman yang lancar dalam perkongsian aktif infrastruktur 5G.

Pengajaran ini akan memberi manfaat dan melengkapi cita-cita 5G Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekaligus komitmen kami dalam melaksanakan inovasi terbaik kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia.

 

Ia juga menunjukkan keupayaan pelaksanaan serta ketangkasan kedua-dua pihak dalam
menyahut kemajuan teknologi untuk pembangunan ekosistem digital negara. Celcom dan Maxis juga akan menjalankan percubaan perkongsian aktif RAN menggunakan rangkaian 5G Standalone (5G SA) pada Q1 2020 akan datang.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom: “Pencapaian yang memuaskan bagi tahap awal percubaan 5G MOCN kami ini menunjukkan daya maju untuk kos yang lebih efisien dalam penggunaan 5G di Malaysia.

“Selaras dengan pengumuman spektrum oleh SKMM untuk 5G, kami bertekad untuk bekerjasama bagi prosedur terbaik untuk membina rangkaian 5G berkos rendah sambil mengelakkan duplikasi infrastruktur di samping terus menambahbaik rangkaian 4G.

“Ini akan memberi pengguna dan perniagaan pengalaman 5G yang lebih bernilai. Kerjasama dan inovasi antara perniagaan dengan teknologi 5G merupakan faktor kejayaan utama dalam pembangunan ekosistem digital negara dalam era IR 4.0.”

Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis: “Kami amat gembira dengan keputusan percubaan ini dan akan terus meningkatkan usaha kami dalam menyegerakan pelan pelaksanaan 5G.

“Kami amat teruja untuk menuai faedah perkongsian rangkaian yang membolehkan lebih banyak pelaburan untuk perkhidmatan demi pelanggan. 5G akan memainkan peranan penting dalam menyediakan platform teknologi untuk perniagaan yang lebih cekap dan inovatif, justeru membantu pembinaan ekonomi digital yang lebih berdaya saing.”

Percubaan yang berjaya ini menyusul dari Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah
ditandatangani antara Celcom dan Maxis pada 25 November 2019 untuk menerokai
perkongsian aktif 5G RAN pertama di Malaysia.

LG To Accelerate B2B Innovation With Microsoft

LG and Microsoft - MoU

LG Powers Automotive Infotainment and Building Management Systems with Microsoft Azure Cloud and AI Technologies

LG Electronics (LG) is working with Microsoft to build its automotive infotainment systems, building management systems and other business-to-business collaborations.

LG and Microsoft – MoU

As announced at CES 2020, LG will leverage Microsoft Azure and AI services to accelerate the digital transformation of LG’s B2B business growth engines.

A year ago, LG started its collaboration with Microsoft to enhance and further grow LG’s
autonomous vehicle and infotainment system business. LG will expand the scope of new
projects beyond the automotive sector and further into the commercial space.

LG plans to enhance its management systems to enable its Building Energy Control (BECON) system to manage and control HVAC (heating, ventilation, and air conditioning)
systems more efficiently using Azure.

While extending its BECON system around the world with Microsoft’s support, the company will develop the next version of BECON with Azure data and hybrid cloud + AI services.

The integration with Azure will further enhance LG’s in-vehicle infotainment solution. This
builds on the powerful combination of LG’s webOS Auto and the Microsoft Connected Vehicle Platform for the next generation of connected vehicles.

For the next version of webOS Auto, LG will provide various additional HMI (human machine interface) experiences, especially in the in-vehicle entertainment and work efficiency areas.

LG’s infotainment systems will integrate virtual personal assistant technologies from LG
with the Microsoft virtual assistant solution accelerator and automakers’ own personal assistants to enhance their brand experiences and provide various connected services to
end users.

This innovative HMI software platform is designed to advance the monetization of new digital services.

“Microsoft brings complementary technologies and synergy to advance LG’s B2B solutions,” said Dr. Lee Sang-yong, senior vice president and head of Automotive & Business Solutions Center at LG Electronics.

“Our work with Microsoft will help drive competitiveness and the digital transformation for LG’s B2B areas, which represent the growth engine for the future.”

“Microsoft empowers mobility companies to digitally transform and identify new business
opportunities,” said Sanjay Ravi, general manager of Automotive Industry at Microsoft Corp.

“LG is fostering innovation and providing their customers with new value-added services by building its own digital capabilities and data-driven culture.”

Iklan Tahun Baru Cina AirAsia Sentuh Tradisi Lama

AirAsia hari ini melancarkan iklan Tahun Baru Cina bagi meraikan perayaan tersebut, menyentuh tradisi lama – tarian singa, sebuah elemen penting dalam perayaan Tahun Baru Cina yang dipercayai mampu membawa kebaikan dan menjauhkan keburukan.

Video berdurasi 3 minit itu dikonsepkan oleh pasukan penjenamaan AirAsia, menggambarkan keterujaan seorang kanak-kanak pulang ke kampung neneknya untuk musim cuti perayaan.

Video The Boy and The Lion dilihat melalui imaginasi kanak-kanak sebagai seorang juruterbang muda, mencari singa di awan biru.

Dia kemudian sedar dan kembali ke realiti dalam sebuah pesawat AirAsia, menuju ke kampung halamannya. Kisah itu diteruskan tatkala dia menyelami setiap aspek tradisi Tahun Baru Cina; daripada pentingnya adat makan besar kepada maknanya menerima angpao daripada bapanya – memberinya nasib yang diperlukan untuk mencari si sini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Di AirAsia, kami ingin menggalakkan tetamu kami untuk memulakan dekad baharu dengan keterujaan dan keajaiban seperti kanak-kanak, membuka pintu kepada berkat pengembaraan dan kegembiraan yang berganda untuk tahun baru.

Ketua Kumpulan Penjenamaan, Kumpulan AirAsia Rudy Khaw berkata, “Bagi seorang kanak-kanak, setiap perjalanan merupakan pengembaraan yang besar. Di AirAsia, itulah begitulah cara kami melihat perjalanan. Ianya bukan sekadar perjalanan, tetapi sebuah pengembaraan yang menanti untuk diterokai.

Melalui perjalanan kami menemui tujuan, meneroka pengalaman baharu, mengeratkan perhubungan dengan orang yang kita sayangi dan membuat hubungan baharu.”

Klik sini untuk menonton The Boy and The Lion.

Ditulis oleh pasukan penjenamaan AirAsia, iklan tersebut menjemput penonton untuk sama-sama menikmati pengembaraan dengan tambang promosi termasuk semua untuk ahli AirAsia BIG dari serendah RM18* tersedia untuk tempahan di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dari 13 Januari 2020 (0001h GMT +8) to 19 Januari 2020 (2359 GMT +8) sah untuk perjalanan antara 1 September 2020 – 2 Mac 2021.

Nikmati penjimatan 10% untuk pembelian bagasi daftar masuk sebanyak 25kg dan ke atas dan 10% untuk Pick A Seat apabila anda pra-tempah bersama penerbangan anda**.

Tetamu juga boleh menikmati penjimatan 20% untuk semua aktiviti (hanya untuk 1,000 transaksi pertama) dan 5% untuk tempahan hotel dengan kod promo DOUBLE2020; beli 2 atau lebih dengan 30% penjimatan untuk pembelian bebas cukai dan 2,020 mata ganjaran BIG di ourshop.com; serta pakej 3H2M (flight + hotel) dari serendah RM138.

Sambutan diteruskan dengan hidangan dalam penerbangan istimewa Santan Stew Tomato dengan Telur dan Ikan dan Nasi bersama Tart Nanas dari RM12 pada penerbangan AK, D7 dan QZ terpilih dari sekarang sehingga 31 Mac 2020.

* Tambang keseluruhan termasuk cukai dan yuran.

** Tidak termasuk untuk AirAsia Japan (kod penerbangan DJ)

Golden 2020 Night Run At Palace Of The Golden Horses

Group photo with Tan Sri Lee Kim Yew and Puan Sri Tan Bee Hong

Mines Wellness City Palace of the Golden Horses is in collaboration with the organiser Golden Fivers Global to host Golden 2020 Night Run here in Palace of the Golden Horses and surrounding areas of Mines Wellness City.

Golden Fivers Global is a private organisation founded in 2018 by a visionary young
woman, Rabiatul Adawiyyah Izzaddin.

Flagging off 10KM Runners

They are specialised in event planning and management involving sports, team building and charity events. Previously, they had organised the event Ultimate Reds Battle Fun Run in February 2019, held in Dataran Kemerdekaan Shah Alam and attended by more than 4000 participants consisting of the combination between fans of Liverpool and fans of Manchester United.

Palace of the Golden Horses, being a property that excels for more than 20 years with the beautiful landscape encompassed with nature within a 150-acre lake is providing the concept of urban wellness retreat to the guests and hosting this event is parallel to the direction of the hotel’s initiatives.

In addition, Palace of the Golden Horses is moving towards promoting the healthy balance lifestyle to the public and hosting this event is also in conjunction with Visit Malaysia 2020 (VM2020) programme. Expected crowd of 700 participants took part in this event and ran together for the excitement of Golden 2020 Night Run.

Palace of the Golden Horses and the whole management were glad to receive the presence of several guests of honour which were Tan Sri Lee Kim Yew, Founder and Executive Chairman, Country Heights Holdings Berhad and Dato Dr Ammar A. Ghapar, Senior Director, Domestic & Events Tourism Malaysia.

Categories for the fun run varies from 3KM, 5KM and 10KM. In addition, the 10KM race was divided into 4 divisions; Men Open, Women Open Men Veteran and Women Veteran.

All participants received a t-shirt, participation medal, drawstring bag and a chance to win a lucky draw prize. The starting point of the marathon track was from West Garden, Palace of the Golden Horses and passing through Mines Waterfront Business Park, The Mines Shopping Mall and the golf course of Mines Resort Golf Club located inside Mines Wellness City.

“The main objective for Golden 2020 Night Run is to provide space and time to the public to exercise and have fun together with friends and family while promoting and instilling the sportsmanship attribute in all Malaysians,” said Isaac Raj, General Manager of Palace of the Golden Horses.

Among the sponsors for Golden 2020 Night Run are Malindo Air, GHHS Healthcare, Vitalcare Sdn Bhd, Solano Smart Furniture Sdn Bhd, Enrico’s Sdn Bhd, Tourism Malaysia, 100PLUS, BZMonkey, One XOX Sdn Bhd, Mekar Subur Resources Sdn Bhd, Beauté Library and Red Army Malaysia.

They had given their full support in order to make this event successful. Some of the proceeds for the ticket sale will be donated to Dyslexia and Down Syndrome’s Association.

BMW Group Malaysia Sedia Tawaran Menarik Sempena Tahun Baru Cina

BMW Group Malaysia menyambut Tahun Baharu Cina dengan tawaran-tawaran menarik, rebat tunai dan solusi pembiayaan yang meliputi pelbagai model BMW serta MINI di kesemua wakil pengedar bertauliah seluruh negara.

Mulai hari ini sehingga 31 Mac 2020, pemilik BMW baharu dapat menikmati faedah pembiayaan menarik yang berkadar 1.38% bagi model-model seperti BMW 330i M Sport, BMW 530e M Sport, BMW 530i M Sport, BMW 520i Luxury, BMW 740Le xDrive LCI, BMW 630i GT, BMW X1 sDrive20i, BMW X3 xDrive30i Luxury dan BMW X3 xDrive30i M Sport.

Sepanjang tempoh ini, pemilik baharu BMW 330i M Sport juga akan diberikan liputan Program Perlindungan Terunggul BMW (BMW Ultimate Protection Programme) untuk tempoh setahun secara percuma – pelan insurans yang pertama seumpamanya yang menawarkan liputan perlindungan ke atas pemilik dan jentera BMW mereka.

Para pemilik model-model lain yang dinyatakan di atas juga dapat menikmati tawaran yang sama, dengan manfaat tambahan berupa liputan percuma Insurans Komprehensif BMW (BMW Comprehensive Insurance) selama setahun.

Di samping itu, mana-mana pembelian BMW 530e M Sport atau BMW 740Le xDrive LCI yang dibuat mulai hari ini sehingga 31 Mac 2020 akan membolehkan para pemilik pulang dengan BMW i Wallbox berserta kad BMW ChargeNow secara percuma untuk menguasakan jentera elektrik baharu mereka.

MINI Malaysia turut serta dengan tawaran musim perayaan mereka sendiri sempena Tahun Baharu Cina ini.

Mulai hari ini sehingga 31 Mac 2020, pemilik MINI baharu dapat menikmati pembiayaan
ansuran bulanan bermula daripada RM2,388 sebulan dan rebat tunai di antara RM8,000 hingga RM22,000 bagi model-model MINI terpilih.

Tambahan lagi, jemputan eksklusif ke MINI Track Driving Experience yang dinanti-nantikan juga akan diberikan kepada 20 pemilik MINI 3 Door atau MINI 5 Door yang pertama sepanjang kempen tersebut berlangsung.

Smart StrawR Bantu Bersihkan Ruang Yang Sukar Dicapai

Pernahkah anda melalui pengalaman apabila perlu mencapai sesetengah ruang yang sempit semata-mata untuk membersihkannya biarpun pergerakan agak terbatas?

Walaupun ia sukar, namun anda tetap perlu melakukannya bagi memastikan ia bersih dan bebas kotoran ataupun anda mungkin pernah mengalami kesukaran setiap kali membersihkan bahagian dalam bonet kereta apabila muncung penyembur tertanggal hingga menyebabkan bahannya terkena di bahagian lain.

Di sinilah produk WD-40® Pelbagai Guna dengan Smart Straw® dapat membantu anda. Produk dalam tin ini menyediakan dua kaedah penyemburan dan mempunyai muncung kekal yang tidak akan tertanggal ketika anda melakukan kerja pembersihan.

Cara penggunaannya amat mudah sekali dan anda hanya perlu membuka muncung terbabit untuk melakukan semburan ke arah kawasan yang sukar dicapai.

Fungsi muncung itu membenarkan ia disembur dari jarak tertentu dan mengelakkan bahan semburan terkena tangan atau pakaian dan kemudiannya muncung itu boleh dilipat ke bawah untuk kaedah semburan biasa atau untuk disimpan.

Jika anda mencuba produk WD-40® Pelbagai Guna dengan Smart Straw® ini, anda akan dapati bahawa ciri terbaik yang ada ialah muncung terbabit sentiasa ketat dan tidak tertanggal.

Anda tidak akan berdepan masalah lagi apabila perlu mencari-cari muncung alat semburan yang hilang.

Bagi produk ini sendiri, ia sememangnya terkenal dengan keupayaan melindungi bahagian logam daripada berkarat dan reput, melonggarkan bahagian yang ketat dan memberi kelembapan serta melicinkan bahagian berkenaan.

Hype Motorsports Hotel Port Dickson-First In Asia With Motorsports Concept

Strategically located along the famous beach of Teluk Kemang, Port Dickson, HYPE Motorsports Hotel is an iconic beach resort filled with hype and trendy motorsports setting best suited for families, couples and groups for their leisure or business in Port Dickson.

The resort is located next door to Dataran Teluk Kemang, Batu 8, Port Dickson, Negeri Sembilan.

The resort is merely 45 minutes away from KL International Airport and Sepang International Circuit.

From KL city centre, it’s one and half hour away from the resort and is easily accessed through main highways and federal roads.

HYPE Motorsports Hotel Port Dickson offers 64 uniquely designed motorsports guest rooms and facilities to cater for worldwide motorsports enthusiasts, business and leisure travelers.

With its motorsports resort concept, HYPE Motorsports Hotel Port Dickson will be the first choice for those seeking unique, modern and hype atmosphere to suit your interests.

The resort features unique motorsports artwork and design for its building facade, room interior, food and beverage outlets and the public area.

Get a FREE bike or car wash for room guests and diners whenever you revved into the resort with terms and conditions applies.

For reservations, kindly contact :
or email to : [email protected]

Ferrari Museums Welcome Over 600,000 Visitors In 2019

The Ferrari Museums set a new record in 2019, attracting more than 600,000 visitors, a 12% increase on the previous year.

Both venues experienced strong growth with visitor numbers to the Museo Enzo Ferrari in Modena jumping in 2019 to over 200,000, whilst the Ferrari Museum in Maranello saw attendances rise to in excess of 400,000 in the same period.

The success of the single ticket for access to both museums – sales of which increased by more than 50% in 2019 compared to the previous year – demonstrates the excellent public response to the increasingly specialist nature of these two structures.

Indeed, the museum in Modena celebrates the figure of the founder, along with the most elegant, exclusive Ferrari Gran Turismo engines and cars, while the museum in Maranello provides visitors with an experience that allows them to discover the history of the Group, of Scuderia Ferrari in Formula 1 and of the most iconic track and road cars that have written the history of the Prancing Horse, and continue to do so today.

In line with its different specialist visitor routes, the Maranello Museum’s first exhibition of the new year will be “Ferrari at 24 Heures du Mans”, which, from January 15, celebrates 70 years of Ferrari victories at the 24 Hours of Le Mans.

The new show also flanks the current exhibitions: “90 Anni”, an homage to the Scuderia Ferrari’s history, and “Hypercars”, which features the limited edition special series that have been most influenced by Ferrari’s signature track-to-road technology transfers.

ROG Phone II Strix Edition Builds On Innovative Gamer-Centric Design

After the announcement of ASUS & ROG amazing innovations in CES 2020, locally – we’re pleased to announced the arrival of ROG Phone II Strix Edition, that’s the official naming in Malaysia!

ROG Phone II Strix edition builds on the innovative gamer-centric design of the 1st gen ROG Phone and current gen ROG Phone II, offering performance to an epic level with Qualcomm Snapdragon 855 Plus Mobile Platform, clocked at up to 2.96GHz.

Graphics are provided by Adreno 640 GPU running at up to 675MHz, and the uprated GameCool II 3D vapor-chamber cooling system sustains full-speed performance for even longer.

ROG Phone II Strix edition features the world’s first 120Hz/1ms AMOLED 10-bit HDR 6.59-inch display, which offers a world-beating Delta-E <1 color accuracy and unrivaled touch response for a truly extraordinary visual experience.

Non-stop marathon gaming is provided by the monster 6000mAh battery and the innovative side-charging design, combined with a 30W ROG HyperCharge power adapter for safe, ultrafast direct charging.

ROG Phone II Strix edition is designed from the ground up for fully immersive gaming, with its unique landscape-oriented design incorporating upgraded AirTrigger II ultrasonic sensors, Dual Surrounding Vibration technology, and powerful front-facing stereo speakers. Brand-new accessories include the TwinView Dock II for immersive dual-screen gaming, and the multi-configuration ROG Kunai Gamepad for the ultimate console-like gaming experience.

Celcom Tambah Baik Teknologi 5G Bagi Operasi Di Pelabuhan Langkawi

Perjalanan penyelesaian keamanan dan keselamatan Bandar Pintar 5G Celcom Axiata Berhad diteruskan dengan pelaksanaan kawalan sempadan digital 5G di Pelabuhan Langkawi.

Kolaborasi dengan pihak berkuasa Pelabuhan Langkawi, Dermaga Tanjung Lembung, menunjukkan bagaimana penggunaan teknologi 5G berjaya meningkatkan urusan seharian
operasi pelabuhan.

Kawalan sempadan digital 5G Celcom memaparkan pemandangan digital landskap Pelabuhan Langkawi dengan menggunakan video panorama 360 ° UHD 4K di kawasan tersebut.

Kamera tersebut memanfaatkan keupayaan 5G kependaman rendah dan data berkelajuan tinggi. Kamera tersebut juga dipasangkan dengan Kecerdasan Buatan (Artifical Intelligent (AI)) dan perisian analitik video, membolehkan kawalan parameter keselamatan diperluaskan ke seluruh pelabuhan.

Selain itu, fungsi kamera tersebut boleh mempertingkatkan keselamatan tinggi secara digital di sepanjang sempadan pantai hingga ke pelabuhan untuk mencegah penyeludupan dan pencurian, pengimejan terma digunakan bagi memantau kawasan dan barangan yang mudah terbakar serta mengenal pasti kargo terbiar yang melebihi had masa termasuk yang sudah berlepas dari pelabuhan, selain dapat meminimumkan potensi kebocoran pendapatan perusahaan.

Teknologi 5G dijangka akan memberikan keterhubungan menyeluruh dan pengalaman berbeza kepada pengguna dan syarikat perniagaan. Sehubungan itu, rangkaian 5G Celcom di Langkawi yang berteknologi 5G New Radio dan bercirikan spektrum C-band, Massive Multiple-Input dan Multiple Output (MIMO 64T64R) menerusi teknologi Peralatan Premis Pelanggan (CPE) 5G.

Demonstrasi kawalan sempadan digital 5G Celcom disaksikan oleh Ketua Pegawai, Pembangunan Industri Digital dan Pengkomersialan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gerard Lim, bersama Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, dan Muhd Nasir Abdul Aziz, Pengurus Besar Dermaga Tanjung Lembung di Pelabuhan Langkawi.

Idham Nawawi berkata, Celcom teruja untuk meneruskan penerokaan teknologi 5G dengan pihak berkuasa di Pelabuhan Langkawi; satu lagi pemain industri yang akan mendapat manfaat teknologi 5G, seterusnya menerajui pembangunan dan penggunaan 5G merentasi pelbagai industri di Malaysia.

“Berikutan kejayaan pelaksanaan penyelesaian keamanan dan keselamatan Bandar Pintar dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi(IPD) dan Majlis Perbandaran Langkawi (MPLBP), kolaborasi seterusnya dengan pihak Dermaga Tanjung Lembung di Langkawi menggunakan teknologi 5G, akan membolehkan urusan operasi yang lebih baik dan efisiyen untuk kemudahan pihak berkuasa pelabuhan.

“Pelaksanaan kawalan sempadan digital 5G Celcom berjaya menambah baik sistem pengawasan keselamatan untuk memastikan pihak berkuasa menjalankan operasi harian dengan lebih lancar, serta mengubah dan mewujudkan pelbagai peluang baru yang akan memberi faedah kepada rakyat dan negara.

“Kami akan terus meneroka lebih banyak kes penggunaan 5G yang dapat dimanfaatkan
oleh syarikat perniagaan, pihak berkuasa, sektor swasta dan awam, oleh itu, kami mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai industri untuk meneroka serta menginovasi teknologi dan perkhidmatan 5G,” katanya.

Post Menarik