Utama Blog Halaman 284

Incredible AI, Incredible Experiences, Incredible Deals – Grab Them Now!

More Than Just a Deal! Step into the AI Era with Samsung Malaysia’s incredible smartphone promo, complete with a complimentary Galaxy Watch6!

Samsung Malaysia is offering consumers free Galaxy Watch6 44mm with the purchase of any model from their Galaxy S24 series. This exclusive offer not only underscores Samsung’s commitment to providing unparalleled quality in the tech industry but also highlights the seamless ecosystem that bridges the gap between their flagship phone and premium watch.

Galaxy Watch6 Series stands out as the ideal fitness companion, overseeing health indicators to help you stay aligned with your fitness objectives. From amplifying efficiency to elevating enjoyment, the Galaxy ecosystem streamlines and enriches every aspect of your digital existence.

In addition to that, Samsung Malaysia is also offering an enhanced trade in value of up to additional RM650, a purchase with purchase promotion for selected Galaxy Wearables and Tablets (up to RM800), and up to 45% off for Samsung Care+ and accessories.

The exclusive deal can be made either in store or online. Purchase Galaxy S24 series and get a Galaxy Watch6 44mm free! This exclusive deals worth up to RM1,849 is starting from 11 th March – 30 th April 2024.

FABER Perkenal Produk Siri Sarapan Vintaj

FABER Appliances Malaysia (FABER) yang terkenal dengan tumpuan kepada fungsi dan reka bentuk terbaru dalam rangkaian produknya, kini memperkenalkan Siri Sarapan Vintaj, yang merupakan koleksi empat peralatan dapur yang melambangkan gaya dan fungsi hasil gandingan kemudahan moden dan pesona vintaj.

Siri terbaru ini menampilkan rangkaian peralatan dapur yang terdiri daripada pembakar roti, cerek automatik, cerek jag dan blender dalam rekaan vintaj, setiap satunya dihasilkan dengan ciri yang versatil dan boleh dipercayai untuk memenuhi pelbagai keperluan kulinari.

“Di Faber, kami menitikberatkan gabungan gaya dengan kepraktisan. Siri Sarapan Vintaj disesuaikan untuk pengguna yang arif pada zaman kini. Semua peralatan ini cemerlang dalam prestasi, meningkatkan pengalaman masakan serta meremajakan ruang kediaman anda.

Diperkenalkan sempana perayaan Hari Raya, peralatan ini berfungsi sebagai peneman yang tidak ternilai memberikan fleksibiliti dan kebolehpercayaan yang tiada tandingan kepada pelanggan yang meraikan perayaan itu,” kata Chua Ah Boon, Pengarah Urusan FIMACO Sdn Bhd.

Siri Siri Sarapan Vintaj  dari Faber menampilkan reka bentuk yang abadi dengan fungsi moden. Dihiasi dengan skema warna putih vintaj, siri peralatan ini menyerlahkan keanggunan dan disempurnakan dengan kemasan rona perak untuk menonjolkan keharmonian gandingan reka bentuk vintaj dan kegunaan praktikal.

Dengan butiran berinspirasi retro dan teknologi terkini, setiap peralatan ini mencerminkan komitmen FABER terhadap gaya dan fungsi, meningkatkan daya tarikan visual dapur anda sambil memberikan prestasi yang tiada tandingan.

Dilengkapi dengan seting pembakaran yang boleh dilaraskan, pembakar roti ini memastikan roti dibakar mengikut tahap kematangan roti kegemaran anda.

Cereknya dilengkapi dengan teknologi pemanasan pantas dan reka bentuk ergonomik, memastikan ketahanan dan keselamatan untuk waktu pagi yang sibuk mahupun petang yang santai. Manakala, blender dilengkapi dengan kawalan yang mudah digunakan dan motor yang berkuasa kuat sentiasa memberikan hasil yang lunak untuk pelbagai resipi.

Early Bird Special HONOR Magic6 Pro Habis Terjual Hari Ini Lebih banyak stok tersedia semasa prapesanan

HONOR Magic6 Pro telah mencetuskan bualan hangat dalam kalangan media antarabangsa dan peminat gajet sejak pelancaran global di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024.

Selepas mengumumkan pelancaran HONOR Magic6 Pro di Malaysia pada 20 Mac ini, HONOR telah menawarkan Early Bird Special untuk pembeli mendapatkan peranti flagship ini dengan bayaran deposit RM66.

Promosi Early Bird Special telah bermula pada 11 Mac lalu dan HONOR Magic6 Pro telah menerima sambutan hangat sehingga kehabisan stok pada hari ini! Namun jangan risau, HONOR Magic6 Pro masih tersedia pada tempoh prapesanan yang akan bermula selepas pengumuman harga peranti ini pada 20 Mac.

HONOR telah memastikan stok HONOR Magic6 Pro mencukupi bagi tempoh prapesanan ini. Hadiah percuma eksklusif turut menanti pembeli yang membuat prapesanan.

Untuk maklumat terkini mengenai prapesanan HONOR Magic6 Pro, ikuti halaman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari https://bit.ly/HONORMagic6ProPR

HONOR Magic6 Pro – Discover the Magic

HONOR Magic6 Pro menjadi tumpuan di MWC 2024 dan digelar sebagai “telefon Magis” oleh media antarabangsa. Peranti ini mengetengahkan empat teknologi “Magis” yang
tercanggih iaitu Kamera Magis, Skrin Magis, Bateri Magis dan Pengalaman Magis.

HONOR Magic6 Pro merangkumi inovasi dan kecemerlangan dalam dunia telefon
pintar.

Kamera Magis

HONOR Magic6 Pro menampilkan Kamera Tele-falcon HONOR 180MP dengan zum digital 100X untuk mengambil gambar jarak jauh. Ia mempunyai HONOR AI Motion Sensing Capture yang cekap menangkap objek bergerak pantas, seterusnya memilih momen terbaik dan menghasilkan imej beresolusi tinggi dan jelas.

Peranti ini juga dilengkapi Kamera Utama 50MP dan kamera Ultra Lebar 50MP. HONOR Magic6 Pro telefon pilihan terbaik untuk sportografi, ia pasti meningkatkan kemahiran fotografi ke tahap seterusnya!

Skrin Magis

Baru-baru ini HONOR Malaysia telah memuatnaik beberapa video di halaman Facebook rasmi memaparkan ketahanan luar biasa skrin peranti yang dibuat dengan Pelindung NanoCrystal HONOR. Salah satu video menunjukkan skrin HONOR Magic6 Pro masih kukuh dan tidak tercalar selepas beberapa bilah pisau keluli dijatuhkan ke atasnya.

Manakala skrin telefon pintar pesaing pecah kesan daripada impak mata pisau keluli. Ini kerana Pelindung NanoCrystal HONOR sepuluh kali ganda lebih kuat berbanding kaca biasa.

Pelindung ini menjaminkan skrin HONOR Magic6 Pro tidak mudah rosak walaupun terjatuh. Ia juga menerima pensijilan Five Star Overall Glass Drop Resistance Ability oleh SGS dalam pelbagai senario.

Bateri Magis

HONOR Magic6 Pro dimuatkan dengan Bateri Karbon Silikon 5600mAh Generasi Kedua yang canggih dan mampu bertahan sepanjang dengan sekali cas. Ia disokong oleh pengecas pantas berwayar HONOR SuperCharge 80W dan wayarlas 66W yang mampu mencapai kuasa penuh dalam tempoh hampir 40 minit. Walaupun dalam suhu -20 °C, bateri masih berfungsi dengan baik serta boleh merakam video selama 11 minit dengan hanya tinggal 10% hayat bateri.

Pengalaman Magis

HONOR magic6 Pro beroperasi dengan MagicOS 8.0, UI terbaharu HONOR untuk Android 14. UI baharu ini didatangi AI yang boleh memahami bahasa, imej dan gerak isyarat untuk keperluan pengguna.

Bersama MagicOS 8.0, HONOR turut memperkenalkan ciri Magic Portal yang membolehkan pengguna menukar dan mengakses perkhidmatan antara aplikasi dan peranti dengan mudah.

Sementara ciri Magic Capsule membolehkan pengguna mengakses maklumat tambahan dengan pantas daripada banner pemberitahuan tanpa perlu membuka beberapa aplikasi.

Saksikan strim langsung pelancaran HONOR Magic6 Pro pada Rabu ini, jam 3 petang
di Facebook HONOR Malaysia.

Domino’s Infaq Kasih & Piza Kembali Pada Bulan Ramadan dan Syawal

Bulan Ramadan yang indah dan penuh dengan peluang untuk beramal dan berbuat kebaikan akhirnya tiba! Domino’s Pizza berbesar hati mengambil peluang dalam bulan istimewa ini dengan menawarkan kebahagiaan melalui hidangan lazat menerusi kempen, Domino’s Infaq Kasih & Piza.

Domino’s Infaq Kasih & Piza adalah sebuah kempen yang dilancarkan di seluruh negara bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk memberi impak positif dalam komuniti.

Bermula dari 12 Mac hingga 17 Jun 2024, hanya dengan membeli hidangan daripada Domino’s Pizza, rakyat Malaysia berpeluang untuk menaikkan semangat dan membantu mereka yang memerlukan.

Sama ada pelanggan ingin menyumbang kepada pertubuhan amal, anggota barisan hadapan, golongan kurang bernasib baik, atau orang tersayang, kempen ini menawarkan cara yang bermakna untuk menyebarkan kebaikan, terutamanya pada bulan Ramadan
yang mulia ini dan sambutan Hari Raya yang akan datang.

Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia berkata, “Kempen Domino’s Infaq Kasih & Piza ini adalah penting buat kami kerana ia selaras dengan nilai teras kami untuk menyumbang kembali kepada komuniti.

“Sebagai jenama yang telah lama bertapak di Malaysia, kami percaya ia menjadi tanggungjawab kami dalam memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mencipta perubahan positif dalam komuniti. Kami berharap kempen ini dapat mencetuskan kesan “domino”, di mana ia akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukannya.”

“Kempen ini memudahkan pelanggan kami untuk menyumbang menerusi proses pesanan kami yang lancar dan mudah. Dengan caj penghantaran percuma kepada mana-mana penerima sumbangan pilihan mereka, inisiatif kami membolehkan orang ramai membuat kebaikan tanpa sebarang kerumitan,” katanya.

AirAsia X jalin kerjasama dengan Tourism Kazakhstan

Dari kiri Mohd Adli Abdullah, Duta Malaysia ke Kazakhstan, Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Kairat Sadvakassov, Pengerusi Tourism Kazakhstan & Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif Capital A pada majlis menandatangani MOU

Sempena meraikan pencapaian penerbangan sulungnya ke Almaty, Kazakhstan, AirAsia X (AAX) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama-sama Tourism Kazakhstan untuk kerjasama strategik.

Memorandum Persefahaman ini merangkumi kerjasama dari segi komersial antara syarikat penerbangan ini dan lembaga pelancongan untuk mempromosikan sektor pelancongan antara Kazakhstan dan Malaysia.

Kerjasama ini juga dijangka akan menawarkan peluang perniagaan baharu, mengembangkan kempen jualan dan pemasaran serta meningkatkan ekonomi kedua-dua negara melalui industri pelancongan.

Sebagai rakan kongsi strategik, AAX bukan sahaja menghubungkan pengembara dari Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara lain ke Almaty malah menghubungkan pengembara dari Almaty ke lebih 130 destinasi lain melalui Kuala Lumpur.

Syarikat penerbangan ini juga berhasrat untuk memperluaskan sektor pelancongan Malaysia dan Kazakhstan melalui persidangan, pameran pelancongan dan aktiviti menarik lain.

Memorandum Persefahaman tersebut ditandatangani oleh Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X dan Kairat Sadvakassov, Pengerusi Tourism Kazakhstan.

Ia disaksikan oleh Mohd Adli Abdullah, Duta Besar Malaysia untuk Kazakhstan dan Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif Capital A. Turut hadir pada majlis tersebut adalah wakil-wakil dari Lapangan Terbang Almaty, Pihak Penerbangan Awam Kazakhstan dan tetamu kehormat lain.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata: “Kerjasama strategik ini merupakan lonjakan penting bagi Malaysia dan Kazakhstan. Selain meningkatkan pengalaman perjalanan untuk para pengembara, ia juga bakal memperkukuh ekonomi melalui pelancongan.

Kerjasama ini membuka lebih banyak peluang untuk para pelancong seterusnya mendorong kepada pertumbuhan kedua-dua buah negara. Tambang kami yang kompetitif menawarkan perjalanan udara berpatutan ke pelbagai destinasi dan menyumbang kepada sektor pelancongan yang membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi.

“Faktor muatan penuh pada kedua-dua penerbangan sulung kami menunjukkan permintaan kukuh untuk laluan ini dan mencerminkan keupayaan kami untuk memasuki pasaran baharu.

Ini membuka peluang pertumbuhan masa hadapan dan pengembangan di rantau ini, selain meningkatkan peluang dalam pelbagai sektor antara Malaysia dan Kazakhstan serta di seluruh Asia Tenggara. Kami berharap kerjasama ini akan menyumbang kepada perkembangan positif untuk Malaysia dan Kazakhstan pada masa hadapan.”

Kairat Sadvakassov, Pengerusi Tourism Kazakhstan berkata: “Kami berbesar hati untuk menyambut kehadiran AirAsia X ke negara kami. Kemasukan AirAsia ke negara ini amat penting kepada Kazakhstan dan Asia Tengah. Ini kerana Kazakhstan adalah pintu masuk ke Asia Tengah yang menawarkan pelbagai tarikan menarik.

“Kami berharap kerjasama dengan AAX akan menyumbang kepada sektor perdagangan, komersial, serta pertukaran budaya dan pendidikan. Kami juga percaya bahawa kerjasama antara negara akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan baharu dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi kedua-dua buah negara.

Zoo Negara Agih Bubur Lambuk Daging Rusa, Program ‘Sinar Ramadan- Kongsi Rezeki’

Zoo Negara sekali lagi berkolaborasi bersama Adabi dan juga 99 Speedmart bagi menjayakan program memasak bubur lambuk bertemakan ‘Sinar Ramadan- Kongsi Rezeki’.

Menariknya, proses menyediakan juadah bubur lambuk dan bubur jagung ini dilakukan sendiri oleh warga kerja Zoo Negara dan pihak Adabi. Chef Adabi juga turut serta dalam memperkenalkan resepi khas bagi penyediaan bubur lambuk dan mengadakan sesi demonstrasi memasak secara lansung dan berkongsi teknik-teknik memasak dengan betul.

Bagi menjayakan program ‘Sinar Ramadan- Kongsi Rezeki’, penaja utama, Adabi Sdn Bhd telah menaja sebanyak RM100,000 sempena Sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60 Zoo Negara dan 99 Speedmart pula menyumbangkan 1,200 biji telur masin bagi melengkapkan lagi hidangan bubur lambuk.

Selain bubur lambuk ayam dan daging lembu, kali ini Zoo Negara tampil dengan resepi unik dengan menyediakan hidangan bubur lambuk daging rusa.

Sebanyak 1,200 bekas bubur lambuk dan 300 bekas bubur jagung diagihkan secara berperingkat kepada seluruh kakitangan yang terlibat serta pusat tahfiz, pertubuhan kebajikan, surau dan masjid yang terletak berhampiran Zoo Negara.

HONOR Magic6 Pro – Miliki Sistem Kamera Hebat Falcon

Setiap kali jika kita ingin membeli telefon pintar sama ada yang ditawarkan pada harga yang premium mahupun pertengahan perkara pertama yang ingin diketahui tentunya ciri kamera ditawarkan.

Selain sistem kamera yang canggih dan berkuasa, perkara kedua pula ialah aplikasi sedia bina yang ada untuk mengedit gambar yang dihasilkan agar ia benar-benar memberikan kepuasan dan menyeronokkan.

Apa yang menariknya kedua-dua ciri yang dicari ini ada pada peranti terbaharu keluaran HONOR iaitu HONOR Magic6 Pro yang kali ini hadir dengan Sistem Kamera Falcon HONOR untuk menangkap objek pantas dengan lebih jelas dan menghasilkan gambar dalam definisi ultra-tinggi.

Sistem kamera peranti ini dikuasakan dengan AI yang mempunyai pangkalan data 28 kali ganda lebih besar dari generasi sebelumnya. Sistem kamera ini lebih canggih dari generasi sebelumnya dan mampu menangkap pelbagai aktiviti bersukan seperti melompat, menari dan seni bela diri.

HONOR Magic6 Pro dilengkapi Sistem Kamera Tele-falcon 180MP hebat (f/2.6, OIS) dengan zoom optik 2.5X dan zoom digital sehingga 100X. Peranti ini mempunyai Kamera Ultra Lebar 50MP (f/2.0, EIS) dan Kamera Utama 50MP berkuasa dengan keupayaan apertur berubah (f/1.4 dan f/2.0, OIS), untuk menangkap momen pantas dengan kejelasan yang terbaik manakala lensa swafoto 50MP dengan sensor TOF 3D.

Ciri swafoto bokeh akan meningkatkan pencahayaan pada imej dan secara automatik menjadikan latar belakang kabur.

Peranti seberat 225 gram dan setebal 8.9mm ini juga memiliki rekaan luaran yang menarik apatah lagi skrin jenis kuad lengkung manakala lensa tri-kamera belakangnya dibaluti kerangka ala kulit yang lengkap dengan lampu flash.

Ciri menarik pada peranti ini tentu sekali fungsi AI Motion Sensing Capture disediakan untuk menghasilkan gambar pegun dalam gerakan yang drastik. Ciri ini juga merakam gambar pada sisi terbaik menjadikan imej itu tidak kabur tetapi cukup jelas dan terang.

Bagaimana nak menggunakan fungsi ini? Mudah sahaja. Anda hanya perlu menggunakan tripod (jika berseorangan) dan tekan butang Motion Sensing Capture On.

Lakukan aksi seperti melompat atau berlari dan fungsi ini akan terus merakam pergerakan yang anda lakukan secara automatik dengan pantas tanpa perlu menekan sebarang butang untuk mengambil foto. Lihat foto di atas. Hebat bukan!.

Inilah kelebihan sistem kamera pada HONOR Magic6 Pro yang benar-benar magis yang dikuasakan dengan beberapa sensor pintar iaitu SMA actuator (AF+OIS 2 in 1), Multi-spectrum color temperature sensor dan Flicker Sensor.

Fungsi lain pada sistem kamera ini yang sudah terbina terdiri daripada Night, Portrait, Photo, Video, Movie, Slo-mo, High resolution, Time-Lapse, Pano, Pro dan Story.

Untuk melakukan suntingan pada gambar juga mudah kerana ciri yang terbina memberikan pelbagai pilihan gaya suntingan daripada pilihan penapis (filter), teks tulisan, stiker dan rekaan frame boleh dipilih bagi menjadikan gambar anda benar-benar kreatif serta mendapat pujian rakan-rakan.

Anda bebas menggunakan kreativiti untuk melakukan suntingan pada gambar yang dirakam tanpa perlu memuat turun mana-mana aplikasi dengan mudah.

Peranti ini turut menggunakan sistem operasi MagicOS 8 berasaskan Android 14 yang hadir dengan pelbagai ciri kecerdasan buatan (AI) MagicLM terbina dalam peranti. Ini membolehkan tugasan AI dilakukan tanpa sambungan internet.

Antaramuka juga diberikan nafas baharu dengan kustomasi pada skrin kunci lebih pelbagai, dan mod paparan maklumat ketika dicas. Peranti itu juga memperoleh tangga pertama dalam pengujian peranti DXOMark dengan skor 157 markah.

Ia adalah peranti kelas perdana serta memberi penekanan kepada kecanggihan fotografi, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna berkuasa AI.

Ciri Magic Capsule dan Magic Portal

Peranti ini juga menawarkan pengalaman lebih peribadi dan intuitif kepada pengguna menerusi Magic Capsule dan Magic Portal.

Pengguna hanya perlu menyentuh pada ‘banner’ pemberitahuan di bahagian atas skrin dan peranti akan membesarkan Magic Capsule seterusnya mengakses maklumat penting tanpa perlu melayari beberapa aplikasi.

Lebih menarik, pengguna kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada penukaran aplikasi yang membosankan dengan sistem pengendalian MagicOS 8.0 yang menampilkan Magic Portal.

Ciri Magic Portal pada HONOR Magic6 Pro menampilkan AI yang memahami mesej dan tingkah laku pengguna. Ciri ini memudahkan tugas yang rumit menjadi satu langkah sahaja. Sebagai contoh, Magic Portal segera mengenali alamat dalam mesej teks dan mengarahkan pengguna ke Google Map untuk navigasi mudah.

Bagi media sosial seperti TikTok dan Facebook, Magic Portal juga memudahkan akses dan perkongsian maklumat. Pengguna boleh menghantar butiran tempahan atau carian online dengan seret yang mudah. Selain itu, Magic Portal meningkatkan pengalaman membeli-belah dengan membawa pengguna ke platform untuk mencari dan membeli barang yang diingini.

MYDIN, SPayLater Galak Pembayaran Digital Untuk Membeli-belah 

MYDIN, rangkaian pemborong dan peniaga runcit Halal terbesar di Malaysia, mengumumkan berkolaborasi dengan SPayLater sebagai rakan kongsi rasmi Beli-Dulu-Bayar-Kemudian (BNPL) mereka sepanjang Kempen Hari Raya.

Dengan pelancaran kempen “Happening Raya” bermula dari 7 Mac 2024, MYDIN menjalinkan kerjasama dengan SPayLater bagi menawarkan pelanggannya pilihan kaedah pembayaran yang fleksibel serta diskaun untuk persiapan Ramadhan dan Hari Raya mereka.

Sebagai inisiatif bersama untuk meningkatkan penggunaan e-wallet dan pembayaran digital di kedai fizikal MYDIN seluruh negara, SPayLater menawarkan pelbagai kaedah pembayaran bagi pelanggan-pelanggan MYDIN. Pilihan kaedah pembayaran ini membawa fleksibiliti kepada pengguna dan memberi mereka pilihan untuk menguruskan aliran tunai individu semasa membeli barangan keperluan dan untuk persediaan Hari Raya.

Kaedah ini termasuk pilihan pembayaran baharu SPayLater “Bayar Bulan Depan, 0 Kos”, di mana pengguna boleh memilih untuk menyelesaikan pembayaran mereka pada bulan berikutnya tanpa kos  atau caj tambahan. Pilihan ansuran juga terdapat untuk pelanggan dengan pilihan tempoh pembayaran 3, 6, atau 12 bulan dengan yuran pemprosesan sebanyak 1.5%.

Sepanjang tempoh kempen, pelanggan yang membeli-belah di kedai fizikal MYDIN juga layak untuk mendapatkan diskaun RM5 apabila membuat pembelian minimum RM50 menggunakan SPayLater.*

“Musim perayaan merupakan waktu puncak pelanggan membeli- belah dan mencatatkan perbelanjaan tertinggi. Rebat kepada pelanggan adalah salah satu inisiatif untuk membawa lebih banyak kebahagiaan dan kegembiraan pada Aidilfitri ini, selaras dengan kempen MYDIN ‘Happening Raya’ kami.

“Dengan bekerjasama dengan SPayLater, kami berharap dapat membawa kegembiraan kepada persiapan Aidilfitri pelanggan dan pada masa yang sama menggalakkan lebih banyak penggunaan e-wallet. Kami berharap usaha ini dapat  harap akan memenuhi keperluan pelanggan semasa tempoh perbelanjaan puncak, serta meningkatkan kesetiaan pelanggan,” kata Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN.”

Untuk menyertai kempen dan menikmati ganjaran-ganjaran ini, pelanggan dengan akaun SPayLater yang aktif hanya perlu menyelesaikan pembelian mereka di kedai fizikal MYDIN menggunakan kaedah pembayaran SPayLater.

Balik Kampung bersama Continental Tyres dan Nikmati Touch ‘n Go E-Wallet sehingga RM200

Dengan Hari Raya semakin berdekatan, Continental Tyres Malaysia, antara perintis dan pengeluar tayar terbesar di dunia, teruja untuk meraikan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang dengan promosi istimewa untuk pelanggan yang dihargai.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tayar baharu sempena perayaan ‘balik kampung’,
Continental Tyres akan menawarkan sehingga RM200 dalam bentuk kredit Touch ‘n Go e-
wallet bagi pembelian tayar daripada jenama terpilih Continental, Dunlop & Viking di seluruh negara.

Pelanggan akan layak secara automatik untuk menikmati promosi eksklusif Hari Raya dengan mendaftar Total Confidence Plan (TCP) melalui aplikasi Conti TCP. Memandangkan tawaran istimewa ini diberikan kepada pelanggan baharu serta sedia ada sepanjang tempoh Ramadan dan Aidilfitri.

Kredit Touch ‘n Go e-wallet tersebut hanya akan diterima oleh pelanggan selepas proses pengesahan dan status penebusan.

Total Confidence Plan (TCP), suatu pelan unggul yang menawarkan jaminan tambahan serta pakej komprehensif yang membolehkan pelanggan mendapatkan penggantian tayar satu untuk satu sekiranya berlaku kerosakan tayar berpunca daripada keadaan jalan yang tidak dijangka dalam tempoh satu tahun selepas pembelian.

Pengguna Continental, Dunlop & Viking boleh mendaftar dan memfailkan tuntutan waranti pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui aplikasi Conti TCP yang tersedia di Apple App Store dan Google Play Store.

Tawaran terbaharu Continental akan tersedia dari 15 Mac hingga 30 April, dengan pembelian minimum dua (2) tayar berjenama Continental dari 15” dan ke atas, atau dua (2) tayar berjenama Dunlop & Viking dari 17” dan ke atas. Khas untuk kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 daripada mana-mana peniaga yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di Shopee dan Lazada rasmi Continental, kedai e-dagang untuk menebus kredit Touch ‘n Go e-wallet sehingga RM200.

Proton X90 Dilancarkan Secara Rasmi Di Bangladesh

Model SUV terulung PROTON, Proton X90, telah dilancarkan di Bangladesh pada 29 Februari lalu yang dirasmikan oleh Haznah Md. Hashim, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
ke Republik Rakyat Bangladesh, Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dan Romo Rouf Chowdhury, Pengarah Urusan Kumpulan, RANCON Holdings Berhad, pengedar eksklusif dan rakan kongsi perniagaan PROTON di Bangladesh.

Dua varian X90, Flagship dengan enam tempat duduk dan Premium dengan tujuh tempat duduk, ditawarkan kepada pembeli dalam pasaran eksport keempat untuk model itu dan sehingga kini, 25 unit telah didaftarkan dalam tempoh kurang daripada dua minggu selepas pelancarannya.

Bersama-sama dengan Proton X70 yang juga ditawarkan di Bangladesh dan dengan lebih banyak tempahan yang telah disahkan dalam perancangan, PROTON yakin bahawa Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pertama mereka dapat mencipta pasaran khusus sebelum operasi pemasangan tempatan (CKD) bermula akhir tahun ini.

Dr Li Chunrong berkata, PROTON yakin RANCON Holdings adalah rakan kongsi yang sempurna untuk PROTON berjaya di Bangladesh dan mereka sudahpun menubuhkan rangkaian jualan dan selepas jualan dan akan melabur untuk membina barisan pembuatan untuk memasang kenderaan Proton secara tempatan pada masa hadapan.

Selain daripada membenarkan produknya layak untuk kadar cukai yang lebih rendah, kilang baharu juga menggalakkan pembangunan pekerja tempatan mahir sambil membangkitkan ekosistem vendor melalui pemindahan teknologi.

Operasi disasarkan bermula seawal 2024, dengan piawaian pengeluaran yang ketat
dikuatkuasakan bagi memastikan output sepadan dengan kualiti kenderaan yang dibina di Tanjung Malim.

Post Menarik