Setiap kali jika kita ingin membeli telefon pintar sama ada yang ditawarkan pada harga yang premium mahupun pertengahan perkara pertama yang ingin diketahui tentunya ciri kamera ditawarkan.
Selain sistem kamera yang canggih dan berkuasa, perkara kedua pula ialah aplikasi sedia bina yang ada untuk mengedit gambar yang dihasilkan agar ia benar-benar memberikan kepuasan dan menyeronokkan.
Apa yang menariknya kedua-dua ciri yang dicari ini ada pada peranti terbaharu keluaran HONOR iaitu HONOR Magic6 Pro yang kali ini hadir dengan Sistem Kamera Falcon HONOR untuk menangkap objek pantas dengan lebih jelas dan menghasilkan gambar dalam definisi ultra-tinggi.
Sistem kamera peranti ini dikuasakan dengan AI yang mempunyai pangkalan data 28 kali ganda lebih besar dari generasi sebelumnya. Sistem kamera ini lebih canggih dari generasi sebelumnya dan mampu menangkap pelbagai aktiviti bersukan seperti melompat, menari dan seni bela diri.
HONOR Magic6 Pro dilengkapi Sistem Kamera Tele-falcon 180MP hebat (f/2.6, OIS) dengan zoom optik 2.5X dan zoom digital sehingga 100X. Peranti ini mempunyai Kamera Ultra Lebar 50MP (f/2.0, EIS) dan Kamera Utama 50MP berkuasa dengan keupayaan apertur berubah (f/1.4 dan f/2.0, OIS), untuk menangkap momen pantas dengan kejelasan yang terbaik manakala lensa swafoto 50MP dengan sensor TOF 3D.
Ciri swafoto bokeh akan meningkatkan pencahayaan pada imej dan secara automatik menjadikan latar belakang kabur.
Peranti seberat 225 gram dan setebal 8.9mm ini juga memiliki rekaan luaran yang menarik apatah lagi skrin jenis kuad lengkung manakala lensa tri-kamera belakangnya dibaluti kerangka ala kulit yang lengkap dengan lampu flash.
Ciri menarik pada peranti ini tentu sekali fungsi AI Motion Sensing Capture disediakan untuk menghasilkan gambar pegun dalam gerakan yang drastik. Ciri ini juga merakam gambar pada sisi terbaik menjadikan imej itu tidak kabur tetapi cukup jelas dan terang.
Bagaimana nak menggunakan fungsi ini? Mudah sahaja. Anda hanya perlu menggunakan tripod (jika berseorangan) dan tekan butang Motion Sensing Capture On.
Lakukan aksi seperti melompat atau berlari dan fungsi ini akan terus merakam pergerakan yang anda lakukan secara automatik dengan pantas tanpa perlu menekan sebarang butang untuk mengambil foto. Lihat foto di atas. Hebat bukan!.
Inilah kelebihan sistem kamera pada HONOR Magic6 Pro yang benar-benar magis yang dikuasakan dengan beberapa sensor pintar iaitu SMA actuator (AF+OIS 2 in 1), Multi-spectrum color temperature sensor dan Flicker Sensor.
Fungsi lain pada sistem kamera ini yang sudah terbina terdiri daripada Night, Portrait, Photo, Video, Movie, Slo-mo, High resolution, Time-Lapse, Pano, Pro dan Story.
Untuk melakukan suntingan pada gambar juga mudah kerana ciri yang terbina memberikan pelbagai pilihan gaya suntingan daripada pilihan penapis (filter), teks tulisan, stiker dan rekaan frame boleh dipilih bagi menjadikan gambar anda benar-benar kreatif serta mendapat pujian rakan-rakan.
Anda bebas menggunakan kreativiti untuk melakukan suntingan pada gambar yang dirakam tanpa perlu memuat turun mana-mana aplikasi dengan mudah.
Peranti ini turut menggunakan sistem operasi MagicOS 8 berasaskan Android 14 yang hadir dengan pelbagai ciri kecerdasan buatan (AI) MagicLM terbina dalam peranti. Ini membolehkan tugasan AI dilakukan tanpa sambungan internet.
Antaramuka juga diberikan nafas baharu dengan kustomasi pada skrin kunci lebih pelbagai, dan mod paparan maklumat ketika dicas. Peranti itu juga memperoleh tangga pertama dalam pengujian peranti DXOMark dengan skor 157 markah.
Ia adalah peranti kelas perdana serta memberi penekanan kepada kecanggihan fotografi, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna berkuasa AI.
Ciri Magic Capsule dan Magic Portal
Peranti ini juga menawarkan pengalaman lebih peribadi dan intuitif kepada pengguna menerusi Magic Capsule dan Magic Portal.
Pengguna hanya perlu menyentuh pada ‘banner’ pemberitahuan di bahagian atas skrin dan peranti akan membesarkan Magic Capsule seterusnya mengakses maklumat penting tanpa perlu melayari beberapa aplikasi.
Lebih menarik, pengguna kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada penukaran aplikasi yang membosankan dengan sistem pengendalian MagicOS 8.0 yang menampilkan Magic Portal.
Ciri Magic Portal pada HONOR Magic6 Pro menampilkan AI yang memahami mesej dan tingkah laku pengguna. Ciri ini memudahkan tugas yang rumit menjadi satu langkah sahaja. Sebagai contoh, Magic Portal segera mengenali alamat dalam mesej teks dan mengarahkan pengguna ke Google Map untuk navigasi mudah.
Bagi media sosial seperti TikTok dan Facebook, Magic Portal juga memudahkan akses dan perkongsian maklumat. Pengguna boleh menghantar butiran tempahan atau carian online dengan seret yang mudah. Selain itu, Magic Portal meningkatkan pengalaman membeli-belah dengan membawa pengguna ke platform untuk mencari dan membeli barang yang diingini.