Bulan Ramadan yang indah dan penuh dengan peluang untuk beramal dan berbuat kebaikan akhirnya tiba! Domino’s Pizza berbesar hati mengambil peluang dalam bulan istimewa ini dengan menawarkan kebahagiaan melalui hidangan lazat menerusi kempen, Domino’s Infaq Kasih & Piza.

Domino’s Infaq Kasih & Piza adalah sebuah kempen yang dilancarkan di seluruh negara bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk memberi impak positif dalam komuniti.

Bermula dari 12 Mac hingga 17 Jun 2024, hanya dengan membeli hidangan daripada Domino’s Pizza, rakyat Malaysia berpeluang untuk menaikkan semangat dan membantu mereka yang memerlukan.

Sama ada pelanggan ingin menyumbang kepada pertubuhan amal, anggota barisan hadapan, golongan kurang bernasib baik, atau orang tersayang, kempen ini menawarkan cara yang bermakna untuk menyebarkan kebaikan, terutamanya pada bulan Ramadan
yang mulia ini dan sambutan Hari Raya yang akan datang.

Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia berkata, “Kempen Domino’s Infaq Kasih & Piza ini adalah penting buat kami kerana ia selaras dengan nilai teras kami untuk menyumbang kembali kepada komuniti.

“Sebagai jenama yang telah lama bertapak di Malaysia, kami percaya ia menjadi tanggungjawab kami dalam memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mencipta perubahan positif dalam komuniti. Kami berharap kempen ini dapat mencetuskan kesan “domino”, di mana ia akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukannya.”

“Kempen ini memudahkan pelanggan kami untuk menyumbang menerusi proses pesanan kami yang lancar dan mudah. Dengan caj penghantaran percuma kepada mana-mana penerima sumbangan pilihan mereka, inisiatif kami membolehkan orang ramai membuat kebaikan tanpa sebarang kerumitan,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini