Zoo Negara sekali lagi berkolaborasi bersama Adabi dan juga 99 Speedmart bagi menjayakan program memasak bubur lambuk bertemakan ‘Sinar Ramadan- Kongsi Rezeki’.

Menariknya, proses menyediakan juadah bubur lambuk dan bubur jagung ini dilakukan sendiri oleh warga kerja Zoo Negara dan pihak Adabi. Chef Adabi juga turut serta dalam memperkenalkan resepi khas bagi penyediaan bubur lambuk dan mengadakan sesi demonstrasi memasak secara lansung dan berkongsi teknik-teknik memasak dengan betul.

Bagi menjayakan program ‘Sinar Ramadan- Kongsi Rezeki’, penaja utama, Adabi Sdn Bhd telah menaja sebanyak RM100,000 sempena Sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60 Zoo Negara dan 99 Speedmart pula menyumbangkan 1,200 biji telur masin bagi melengkapkan lagi hidangan bubur lambuk.

Selain bubur lambuk ayam dan daging lembu, kali ini Zoo Negara tampil dengan resepi unik dengan menyediakan hidangan bubur lambuk daging rusa.

Sebanyak 1,200 bekas bubur lambuk dan 300 bekas bubur jagung diagihkan secara berperingkat kepada seluruh kakitangan yang terlibat serta pusat tahfiz, pertubuhan kebajikan, surau dan masjid yang terletak berhampiran Zoo Negara.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini