Utama Blog Halaman 989

Abadikan Cinta Bersama AirAsia X

Raikan cinta bersama AirAsia X dengan tawaran tambang untuk terbang berdua selama seminggu ke Bali, Jaipur, Jeju, Taipei, Seoul, Osaka, Hokkaido dan Hawaii dari RM288* sehala termasuk cukai, tersedia untuk tempahan dari sekarang hingga 18 Februari 2018 di airasia.com, perjalanan serta-merta sehingga 31 Julai 2018.

KETUA Kumpulan Komersial AirAsia X, Barry Klipp berkata, “ Kami memilih beberapa laluan
paling popular untuk promosi sepanjang Hari Valentine dan Tahun Baru Cina untuk mengucapkan terima kasih kepada tetamu kami atas sokongan mereka.

Pilihlah dari istana merah jambu romantik di Jaipur, keajaiban musim sejuk bersalji di Jeju atau di pantai Waikiki terkena yang terletak di Honolulu. Dengan tambang termasuk semua dari serendah RM288* untuk dua orang tetamu dan tambahan penjimatan sebanyak 50 peratus Pilihan Tempat Duduk, ini pastinya salah satu promosi terbaik kami, sesuai untuk percutian romantis atau bulan madu kedua.

Sepanjang tempoh promosi ini, tambang promosi untuk dua orang tetamu bagi tempahan yang sama ke Bali (hanya kod penerbangan AK dan D7) adalah dari serendah RM288* sehala, Jaipur dari RM388* sehala, Jeju dari RM588* sehala, Taipei dari RM638* sehala, Seoul dari RM727*, Osaka dari RM868* sehala, Hokkaido dari RM888* sehala dan Hawaii dari RM1,988* sehala.

Fakta Menarik

  • Tambang untuk terbang berdua ke destinasi terpilih dari RM288** sehala termasuk cukai
  • Diskaun sebanyak 50% untuk pilihan tempat duduk agar berada di sebelah orang tersayang dalam pesawat
  • Tempah mulai sekarang sehingga 18 Februari untuk perjalanan serta-merta
    sehingga 31 Julai 2018

Sempena Hari Valentine dan sambutan Tahun Baru Cina, para tetamu yang berlepas dari klia2 serta para tetamu dalam penerbangan terpilih pada 14 Februari 2018 bakal menerima pelbagai kejutan manis di lapangan terbang dan dalam pesawat memandangkan AirAsia X memberi hadiah biskut, barangan niaga sebagai tanda cinta serta aktiviti menyeronokkan untuk menghiburkan mereka.

Disamping itu, semasa tempoh promosi ini, 500 ahli Program Kesetiaan BIG pertama yang menebus penerbangan untuk dua orang atau lebih dengan menggunakan Aplikasi Program Kesetiaan BIG akan berpeluang menerima rebat sebanyak 1,000 mata ganjaran BIG. Tertakluk kepada terma dan syarat.

ROKKIshop.com, portal bebas cukai atas talian syarikat penerbangan ini juga menawarkan diskaun sehingga 83%** bagi produk bebas cukai daripada barang wangian, barang kemas, jam tangan dan banyak lagi. Para tetamu juga boleh memberi kejutan istimewa buat yang tersayang dengan membeli hadiah melalui pra-tempahan produk bebas cukai di www.ROKKIshop.com sehingga 48 jam sebelum menaiki pesawat untuk penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) atau sehingga 72 jam untuk penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7).

Barang-barang yang dibeli akan dihantar ke tempat duduk tetamu semasa penerbangan untuk keselesaan mereka, sesuai untuk kejutan Hari Valentine. Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

SGB MY Perkenal Transformer Aluminium Di Malaysia

Ketika ini sebahagian besar produk ini digunakan oleh syarikat utiliti dan transformer buatan Malaysia ini dieksport ke Australia, sub-benua India, Asia Barat dan sebahagian Eropah.

SGB MY Sdn Bhd (SGB MY) dalam penampilan pertama kali bagi Transformer Aluminium di Malaysia dijangka menyumbang kepada pertumbuhan tambahan yang ketara kepada pendapatan semasanya menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan SGB MY Sdn Bhd, Franz Hierz berkata, syarikat menjangkakan konduktor Transformer Aluminium Oval itu dapat diterima secara meluas di negara lain di rantau ini, sub-benua India, Australia dan Asia Barat.

1,000 KVA Elliptical ALU Transformer Winding

“Aluminium telah digunakan bagi menggantikan tembaga, yang mana menawarkan pelanggan dengan pilihan alternatif berikutan kelebihannya menawarkan kos yang lebih signifikan berbanding tembaga.

“Transformer Aluminium Oval ini memberi impak besar kepada pasaran Eropah dan kini sudah bersedia untuk membuat penampilan sulungnya yang memberangsangkan di Malaysia dan rantau Asia,” katanya ketika berucap semasa pengenalan Transformer Aluminium Oval pada Persidangan Memperkasa Kecekapan Tenaga di Petaling Jaya, semalam.

Perkongsian maklumat oleh Pengerusi SEWA, Govt. of UAE, Dr Rashid Alleem

Persidangan itu dihadiri lebih daripada 250 peserta dari syarikat utiliti tempatan dan luar negara, minyak dan gas, EPC dan pelanggan swasta. Dua penceramah utama dari Jerman, Achim Huebner sebagai E.ON Global Category Lead Transformer dan Dr Jan Declercq, Pengurus R&D Kumpulan SGB-SMIT, berkongsi kejayaan penggunaan Transformer Aluminium Oval di beberapa negara di Eropah dan juga di Amerika Syarikat (AS) semasa persidangan itu.

H.E. Dr. Rashid Alleem, Pengerusi Sharjah Electricity & Water Authority (SEWA) dari Kerajaan UAE, turut dijemput untuk berkongsi pengalaman pihak berkuasa kerajaan dalam pemulihan SEWA.

(Dari kiri ke kanan) Pelancaran oleh Pengarah SGB MY Sdn Bhd, Dato’ Hisham, Dr Rashid Alleem, Jan Oelscher dan Franz Hierz di sini, semalam

Beliau berkata, tembaga dan aluminium telah digunakan sebagai konduktor elektrik dan mempunyai sejarah yang panjang penggunaannya sebagai gulungan konduktor untuk transformer.

“Gulungan aluminium terbukti dan dipercayai dengan prestasinya yang setara dengan tembaga, tetapi beratnya kurang daripada tembaga menjadikan aluminium sangat sesuai untuk penggunaan khusus menjadikan Transformer Aluminium Oval dipasang di grid,” kata Hierz.

SGB MY Sdn Bhd, ditubuhkan pada 1994 dan berpangkalan di Nilai, Negeri Sembilan, kini mengeluar dan menjalankan pengedaran minyak, resin balang serta transformer kuasa.
Syarikat induknya, SGB-SMIT Group, berjaya menghasilkan beribu-ribu transformer dengan lilitan aluminium dan unit-unit ini telah berada dalam rangkaian pasaran selama bertahun-tahun.

Setiap tahun, loji di Nilai mempunyai keupayaan untuk menghasilkan kira-kira 2,400 pengagihan minyak dan transformer yang dipasang pada dengan kapasiti 50 – 5,000 Kva seunit, 60 transformer kuasa sehingga 40 MVA dan 72.5 Kv seunit, 1,800 transformer resin balang dengan kapasiti daripada 150 – 6,300 kVA dan sehingga 36kV seunit dan 300 pencawang padat sehingga 3,000kVA seunit.

“Kilang kami di Malaysia juga menawarkan perkhidmatan selepas jualan, antaranya seperti pembaikan, pengubahsuaian dan baik pulih di seluruh Malaysia serta pasaran eksport Malaysia.

Dari kiri ke kanan, Jan Oelscher, CEO of SGB-SMIT Group, Dr Rashid Alleem, Pengerusi Sharjah Electricity and Water Authority of United Arab Emirates dan Pengarah Urusan SGB MY Sdn Bhd, Franz Hierz

“Produk SGB MY dijual kepada syarikat utiliti, EPC, kontraktor di Malaysia dan juga di pasaran eksport meliputi Asia, AS, Asia Barat dan sebahagian Eropah,” katanya.

Hari ini, Kumpulan SGB-SMIT telah menjadi pengilang transformer bersaiz sederhana di Eropah dan mempunyai banyak kilang pembuatan di Regensburg, Jerman; Neumark/Sachsen, Jerman; Nijmegen, Belanda; Louisville/OH, AS dan Sibiu Romania dan Nilai, Malaysia.

Ia mempunyai lebih daripada 100 tahun pengalaman, telah menghasilkan sejumlah besar transformer dan beroperasi dari sembilan tapak di lima negara dengan lebih daripada 2,500 pekerja. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.sgb-smit.com.

Pelan Pasca Bayar Celcom Kini Lebih Hebat

Tiada bandingan bagi Pelan Pascabayar yang memberikan anda pelbagai keistimewaan gaya hidup dan tawaran ini adalah yang pertama seumpamanya dalam pasaran.

PELANGGAN Celcom FIRST™ kini boleh menikmati pengalaman percutian yang hebat dengan tiket penerbangan pergi balik PERCUMA ke mana-mana destinasi negara ASEAN.

Pelanggan FIRST™ akan mendapat pelbagai pilihan daripada menonton filem kegemaran mereka di panggung, atau menaiki GrabCar, atau menikmati hidangan dan minuman di restoran kegemaran mereka, semuanya PERCUMA setiap bulan! Mereka juga boleh memilih untuk mendapat diskaun atau rebat ketika membeli-belah secara atas talian atau melalui aplikasi mudah alih.

Celcom terus meletakkan pengalaman pelanggan sebagai keutamaan, bukan hanya dengan keistimewaan, malah memberikan pengalaman ganjaran gaya hidup dengan hanya menjadi pelanggan Celcom FIRST™.

Mulai hari ini, para pengguna yang melanggan FIRST™ Platinum pada RM148 (60GB) atau FIRST™ Platinum Plus pada RM188 (100GB) selama 12 bulan akan menikmati keistimewaan-keistimewaan baru secara automatik seperti:

  • Perayauan Data PERCUMA dan panggilan dan sistem pesanan ringkas (SMS) tanpa had ke sembilan negara ASEAN (FIRST™ Platinum Plus)
  • Data Perayauan PERCUMA ke sembilan negara ASEAN (FIRST™ Platinum)
  • AnydayGB™ PERCUMA
  • Akses Premium Iflix dan Yonder Music tanpa had secara PERCUMA
  • Keistimewaan Gaya Hidup:
  1. Keistimewaan untuk sekali sahaja – Satu tiket penerbangan pergi balik ke destinasi dalam negara ASEAN.

ATAU

  1. Keistimewaan bulanan – Gabungan antara dua keistimewaan gaya hidup setiap bulan yang ditawarkan oleh mana-mana rakan niaga Celcom.

Celcom juga menawarkan keistimewaan gaya hidup untuk para pengguna yang melanggan selama 12 bulan dengan FIRST™ Gold pada RM80 (20GB), FIRST™ Gold Plus pada RM98 (40GB) atau FIRST™ Gold Supreme™ pada RM128 (50GB), di mana mereka akan menikmati keistimewaan berikut secara automatik :

  • AnydayGB™ PERCUMA
  • Akses Premium Iflix dan Yonder Music tanpa had secara PERCUMA
  • Keistimewaan Gaya Hidup:
  1. Keistimewaan untuk sekali sahaja – Satu tiket penerbangan pergi balik ke destinasi dalam Malaysia.

ATAU

  1. Keistimewaan bulanan – Salah satu keistimewaan gaya hidup setiap bulan yang ditawarkan oleh mana-mana rakan niaga Celcom.

Pelanggan Celcom FIRST™ boleh mengakses akaun melalui Aplikasi MyCelcom Postpaid dan memilih “Lifestyle Privileges” daripada pilihan “My Services” untuk menyemak keistimewaan yang boleh ditebus. Arahan dan kod penebusan akan diberi kepada pelanggan berdasarkan keistimewaan yang dipilih.

Pelanggan baru dan sedia ada Celcom boleh menikmati keistimewaan ini dengan hanya berkunjung ke mana-mana cawangan Blue Cube atau Celcom Certified Partners berdekatan dan melanggan pelan Celcom FIRST™ selama 12 bulan tanpa caj tambahan!

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad, Azwan Khan Osman Khan berkata, pelanggan Celcom FIRST™ bukan hanya dapat menikmati data, bahkan turut menikmati pelbagai keistimewaan gaya hidup yang memuaskan.

“Kami ingin sentiasa memastikan pelanggan kami memperolehi pengalaman yang terbaik daripada Celcom, tanpa mengira sama ada melalui ruang digital atau aktiviti gaya hidup harian mereka. Tiada yang lebih hebat daripada memiliki pelan yang turut memberi manfaat dan ganjaran tambahan bersesuaian dengan kehendak anda,” katanya lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.celcom.com.my.

Qatar Airways Now Fly To Penang, Malaysia

Qatar Airways’ Inaugural Flight To Penang, Malaysia Touches Down At Penang International Airport

PENANG- Qatar Airways’ first non-stop flight to Penang touched down recently at Penang International Airport, inaugurating the award-winning airline’s second destination in Malaysia, as it continues its robust expansion plans throughout Southeast Asia.

Qatar Airways flight QR 850, operated by a Boeing 787 Dreamliner, departed Hamad International Airport on Tuesday at 02:30 and arrived at Penang International Airport at 14:30 on 6 February 2018.

The delegation was led by Qatar Airways Chief Commercial Officer, Ehab Amin, and was accompanied by His Excellency, Ahmad Fadil Shamsuddin, the Malaysian Ambassador to the State of Qatar.

The VIP delegation was greeted in Penang by His Excellency Essa Mohamed Al-Mannai, Qatari Ambassador to Malaysia; His Excellency Lim Guan Eng, Chief Minister of Penang; Datuk Badlisham Ghazali, Managing Director, Malaysia Airports Holdings Berhad and Ooi Chok Yan, CEO of Penang Global Tourism.

Qatar Airways Group Chief Executive, His Excellency Akbar Al Baker, said: “We are delighted to launch direct flights to Penang, a long-anticipated addition to our global route network. Our Kuala Lumpur service started in 2001, and it has since grown to a triple-daily direct non-stop service to and from Doha. We are tremendously pleased to now be able to offer our passengers another exciting destination to experience in this beautiful country.

“The addition of Penang to our global network comes as part of our continued expansion plans throughout Eastern Asia, as we have recently launched direct services to Thailand’s Chiang Mai and Pattaya, as well as adding additional services to Krabi, Ho Chi Minh City and
Hanoi.”

His Excellency Lim Guan Eng, Chief Minister of Penang, said: “We offer a UNESCO World Heritage city that is captivating in not only our cultural diversity and religious harmony but also in offering our natural beauty and world class tourism products. Let your senses be invaded by sights, sounds and smells that will entice you to come back for more.”

Managing Director of Malaysia Airports, Datuk Badlisham Ghazali, said: “With the current triple-daily frequencies to KLIA catering to the many passengers travelling to destinations in North America and Europe, we believe that the same demand for these destinations from Penang is growing rapidly. As one of the busiest airports in Malaysia, Penang International Airport recorded 7 million passenger movements last year.

“It is without doubt that the airport is the hub for northern Malaysia, bearing potential for increased connectivity. Having worked together for the past 17 years, we take pleasure in welcoming Qatar Airways, which will be another great addition to the existing international airlines at Penang International Airport.

With this new route, Qatar Airways will be the first Middle Eastern carrier to offer non-stop flight service from Doha to Penang, a city well known for being a UNESCO World Heritage City. The long haul flight to Penang will also bring a great expansion in tourism opportunities in Malaysia. We definitely look forward to creating many more memorable moments with Qatar Airways.”

At a press conference held at the Shangri-La Rasa Sayang shortly after the inaugural flight arrival, Qatar Airways Chief Commercial Officer, Ehab Amin, announced the Penang route will be boosted to a four-times-weekly frequency effective 1 July 2018.

Qatar Airways will fly three times a week to Penang with its state-of-the-art Boeing 787 Dreamliner, which features 22 seats in Business Class and 232 seats in Economy Class, with spacious cabins and specially-designed interiors.

From ornate temples to tropical gardens, the sights and sounds of Penang reflect the city’s rich cultural heritage. Holidaymakers and business travellers alike will be enchanted by the country’s magnificent scenery.

Penang, known as the gourmet capital of Malaysia, offers a host of culinary delights to please the palate. Penang is also the most frequented destination for retirees and hosts the largest medical tourism industry in Malaysia.

The award-winning airline first launched service to Malaysia in December 2001, and currently operates a triple-daily service to Kuala Lumpur, the Malaysian capital.

Qatar Airways seamlessly connects passengers from Malaysia to more than 150 destinations across six continents via its award-winning Hamad International Airport. As part of its continued expansion plans, the airline also recently launched services to Chiang Mai, Thailand and St. Petersburg, Russia, and plans a host of exciting route launches for 2018, including Thessaloniki, Greece; Canberra, Australia and Cardiff, United Kingdom, to name just a few.

The national carrier of the State of Qatar is one of the world’s fastest-growing airlines operating a modern fleet of more than 200 aircraft flying to business and leisure destinations across six continents.

The award-winning airline has received a number of accolades recently, including ‘Airline of the Year’ by the prestigious 2017 Skytrax World Airline Awards, held at the Paris Air Show. This is the fourth time that Qatar Airways has been given this global recognition. In addition to being voted ‘World’s Best Airline’ by travellers from around the world, Qatar’s national carrier also won a raft of other major awards at the ceremony, including ‘Best Middle East Airline,’ ‘World’s Best Business Class’ and ‘World’s Best First Class Airline Lounge.’

Flight Schedule

Tuesday, Thursday and Saturday

Doha (DOH) to Penang (PEN) QR850 departs: 02:30 arrives 14:30
Penang (PEN) to Doha (DOH) QR851 departs: 20:30 arrives 23:20

Proton Clarifies Statement Made By Pekema

PROTON would like to respond to the article entitled, Pengedar Bumiputera Proton
Tertekan that was published on 11 February 2018 by Utusan Malaysia.

We would firstly like to thank PEKEMA and its members for highlighting issues faced by its members as it gives the Company an opportunity to address the challenges faced by its dealer network.

The search for a Foreign Strategic Partner Addressing the article specifically, PROTON acknowledge the tough challenges it faced over the preceding years. Since 2000 a decline in market share and sales volume had affected the ability of the Company to finance its research and development activities, which led to falling behind its competitors in terms of technology and product competitiveness.

It also indirectly affected investments in developing the network, staff and manufacturing abilities of the Company. In its efforts to address the decline, PROTON tried various approaches ranging from platform sharing with other brands to developing its own engines and transmissions to reduce dependence on imported parts.

While these actions brought about positive results, none were able to arrest the continuing decline in sales and market share that were apparent both in Malaysia as well as in foreign markets. Therefore, the need for a Foreign Strategic Partner quickly became more apparent if PROTON wanted to stage a recovery to its former position at the head of the Malaysian automotive market.

It would also help in our aspirations to grow the brand both locally and abroad, which is a key thrust for the future business plans of the Company. Following an exhaustive search that had taken a considerable amount of time, Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely) was identified as the most appropriate foreign strategic partner.

Due to their global reach, aggressive business strategy and the ownership of other automotive brands, most notably Volvo Cars, it would allow for the sharing of technologies and quick expansion of the brand that would put PROTON back at the forefront of the automotive industry.

The steps taken to engineering a turnaround. It was decided that the recovery of PROTON in Malaysia would encompass a number of areas. Among the areas involved would be an improvement of the dealership network, the introduction of a new model range over the next few years and an increase in customer satisfaction via an improved sales and service experience.

Logo PROTON

The improvements to the dealership network would be in line with the practice of other brands in Malaysia, where the majority of their dealers sell from 3S/4S outlets. Of the PROTON outlets currently in the nationwide network, about 70% are 1S facilities where the dealers only sell vehicles without offering any after sales servicing. This is a far higher
representation of such dealers than other popular brands, which limits the ability of PROTON to offer a premium customer experience.

Due to the lack of 3S/4S outlets, PROTON’s Sales Satisfaction Index (SSI) and Customer Satisfaction Index (CSI) scores have suffered as compared to other automotive players. With a plan in place to increase the number of such outlets, it is expected that both SSI and CSI scores will grow along with a corresponding increase in sales.

These new outlets will go hand-in-hand with the launching of an all-new range of PROTON models that will be developed with infusion of advanced technology. These initiatives will push PROTON further, introducing new groups of customers to the brand who may have been considering competitor products previously.

Addressing statements brought up by PEKEMA

Relating specifically to the statements brought up by PEKEMA, PROTON would like to address these statements in order to explain the development of its business model.

-With regards to the lack of time given to dealers to upgrade their 1S outlets to 3S/4S outlets, dealers are encouraged to upgrade their outlets over a period stretching from 2018-2020. The target for 2018 is to substantially increase the number of 3S outlets located nationwide, which will enhance overall customer experience with the introduction of our new models beginning 2018. Currently the 3S/4S dealerships nationwide, is equivalent to only
30% of our total dealerships.

PROTON recognizes that a substantial sum of money needs to be spent by the dealers on this exercise. Therefore, we introduced a special scheme that offers upfront support to assist dealers in upgrading to brand new premises. Additionally, these dealers will enjoy extra margins on cars sold for up to three years.

– In the past, our dealers enjoyed a 4% margin based on a monthly volume of 40 units agreed with PROTON to qualify for their sales incentives. We have now revised the scheme by lowering the threshold to encourage overall business growth for dealers. This scheme is in line with current challenges faced by dealers and PROTON will continue to monitor the situation to ensure business growth is achievable.

In addition, PROTON also provides quarterly incentive scheme throughout the year, where dealers can earn extra income by exceeding their sales targets. PROTON also provides state incentive support for on-ground activities by dealers.

– The industry practice in Malaysia is for automotive companies to demand cash before delivery or to provide dealers with up to 14 days of credit terms. Considering the competitive situation faced by its dealers, PROTON extends this period for up to 60 days with certain terms and conditions.

This is a special effort offered by PROTON in order to help facilitate dealers to manage their cash flow as they strive to conclude sales. By doing so, dealers will have additional time to move their current stocks without worrying about their accounts being blocked.

– The Payment After Registration (PAR) system is not practiced by other automotive companies in Malaysia. PROTON has decided to end the scheme in order to ease the Company’s tight financial situation. Currently, PROTON finances a total of RM650 million a year for its dealers. If we continue to practice PAR, the amount payable to PROTON by the dealers will grow resulting in a negative effect on our cash flow.

– In order to promote sales to corporate fleet customers, PROTON extends special packages to interested corporate customers, associations, organizations and institutions, subject to certain terms and conditions. Dealers are encouraged to focus on retail sales as corporate fleet sales make up a very small share, which accounts for less than 5% in total Proton car sales in 2017.

– With reference to the issue of unhealthy competition between dealers, we wish to reiterate that the new margin and incentive schemes referred to in item 2 above is also meant to prevent disorderly marketing amongst the dealers.

PROTON is also guided by the laws and regulations of the country such as the Anti-Competition Act.

– Upon the signing of the strategic partnership agreement, PROTON established a 10-year business plan focusing on key elements comprising products, operations and sales growth. Detailed studies have been carried out leading to a comprehensive product strategy for the introduction of new models over the next five years.

Due to the infusion of advanced technology, expertise and capital of our partner, we are confident that PROTON is on the path towards a turnaround and sustainable growth.

– The new SUV, which will be launched by end of the year, will be positioned as a technological landmark of PROTON. As it will be positioned as PROTON’s premium model, the sales and servicing experience will be carefully managed to exceed customer expectations.

PROTON’s 3S/4S outlets will manage the sales of the SUV exclusively. However, 1S outlets will still be allowed to sell the SUV via the 3S/4S outlet closest to their location. Ultimately all dealers will have the opportunity to sell new models as long as all requirements are met.

It is recognized that PROTON and its networks of dealers have come a long way. Therefore, PROTON reiterates its intention is to prosper instead of to burden the dealers. The journey is long-haul; it is a must for PROTON, dealers and business partners to first excite and serve the market the best we can.

In conclusion, PROTON hopes and aspires to grow the business with its dealers, creating confidence in the public and enhancing brand perception with renewed customer
experience. Moving forward, the business model of PROTON must focus on market requirements that are sustainable in the long-term.

Kamera X-A5 Fujifilm Sasar Peminat Swafoto

Pertumbuhan permintaan dua angka dorong Fujifilm Malaysia lancarkan rangkaian X Series baharu

FUJIFILM Malaysia menetapkan sasaran untuk memperluas bahagian pasaran rangkaian kamera X Series tanpa cerminnya dengan merebut dan memanfaatkan peluang dalam pertumbuhan permintaan dua angka daripada peminat fotografi Gen Y.

Golongan muda generasi ini mahu mengambil gambar yang menyeronokkan, versatil dan bermutu tinggi dengan kamera mereka, untuk mengabadikan dan berkongsi saat-saat indah dan aktiviti kegemaran dengan mudah dalam rangkaian sosial mereka.

Kamera X-A5 bergaya serba baharu Fujifilm, lanjutan daripada model X-A3 ialah kamera digital tanpa cermin yang paling kecil dan ringan dalam rangkaian X Series. Menggabungkan sensor 24.2 megapiksel baharu dan teknologi penghasilan semula warna tersendiri X Series, kamera X-A5 menawarkan pelbagai ciri baharu, termasuk kanta zoom yang baru dicipta, rakaman filem 4K, skrin sentuh dan teknologi gandingan terkini Bluetooth® untuk pemindahan imej serta-merta.

Kamera X-A5 menampilkan reka bentuk retro yang tidak ditelan zaman, dengan ciri-ciri kontemporari yang pasti menarik perhatian apabila pengguna mula berswafoto atau mengambil gambar sesuatu yang dekat di hati mereka.

Kamera ini menjadi teman sejati generasi swafoto yang muda lagi bergaya, terutamanya kaum wanita yang sentiasa mencari pengalaman fotografi dan swafoto terbaik dalam dunia digital hari ini yang pantas berubah.

“Siri X-A5 terbaru Fujifilm memenuhi dan menjangkau keperluan dan pilihan peminat fotografi yang mendambakan keseronokan dan juga jurugambar profesional yang mengidamkan kamera yang canggih, mudah dikendalikan, ringan, serba guna, padat dan boleh mengambil imej bermutu tinggi,” Kata Pengarah Urusan Fujifilm Malaysia, Yoshitaka Nakamura.

“Produk terbaharu kami ialah kamera yang paling sesuai dan bergaya bagi mereka yang gemar mengembara dan suka mengambil gambar tempat-tempat eksotik dan keindahan pemandangan saujana, selain golongan muda bergaya yang sentiasa mencari aktiviti menyeronokkan dan suka menampilkan gaya hidup menarik mereka di akaun media sosial,” katanya.

Apabila digabungkan dengan kanta baharu boleh lipat FUJINON XC15-45mm F3.5-5.6 OIS PZ, kamera X-A5 hanya seberat 496g, menjadikannya kombinasi kamera-kanta zoom paling ringan dalam X Series. Ia jauh lebih ringan dan padat berbanding kamera refleks kanta tunggal digital (DSLR) tetapi tetap mampu mengambil gambar bermutu tinggi.

Kamera ini lebih sempurna daripada telefon pintar kerana dilengkapi dengan pelbagai turas kreatif dan sambungan tanpa wayar untuk membolehkan pengguna mengambil, menambah baik dan memuat naik gambar mereka ke media sosial dalam masa beberapa saat.

Ia mempunyai sensor berkuasa 24.2MP APS-C yang dilengkapi dengan sistem autofokus pengesanan fasa, dan enjin pemprosesan imej serba baharu dengan kelajuan pemprosesan 1.5 kali lebih pantas daripada model terdahulunya.

Digabungkan dengan kualiti imej luar biasa terkenal Fujifilm serta teknologi penghasilan semula warna hak miliknya, X-A5 direka cipta untuk gambar potret serba canggih dan sangat sesuai bagi golongan millennial yang ingin menghasilkan swafoto yang sempurna.

Kamera X-A5 dilengkapi dengan monitor LCD belakang besar yang boleh berputar 180 darjah. Apabila panel diputarkan 180 darjah, Tombol Arahan Belakang bertukar secara automatik kepada fungsi Zoom dan Pelepasan Pengatup untuk memastikan swafoto dapat diambil tanpa sebarang kesilapan.

Putaran 180-darjah monitor LCD belakang juga mengaktifkan fungsi Mata AF secara automatik untuk menghasilkan potret diri bermutu tinggi dengan fokus tajam pada mata subjek. Mod Penambahbaikan Potret yang sememangnya popular membolehkan pengguna memaparkan warna kulit yang lebih cantik.

Ciri ini telah ditambah baik dengan antara muka pengguna baharu. Pengguna boleh memilih daripada tiga peringkat penambahbaikan warna kulit menerusi operasi skrin sentuh untuk potret diri yang mudah, semula jadi dan lebih menawan.

X-A5 menawarkan 11 pilihan Mod Simulasi Filem unik Fujifilm, memudahkan usaha menambah baik karya seni dengan penghasilan semula iras warna mirip filem. Kamera juga menyediakan 17 pilihan Turas Lanjutan termasuk ciri baharu “Hilangkan Kabus” dan “Seni HDR”.

Monitor LCD belakang menggunakan antara muka grafik (GUI) panel sentuhan baharu, memudahkan operasi panel sentuh mengikut gerak hati menggunakan hujung jari supaya anda boleh menyemak kesan Turas Lanjutan dan Simulasi Filem untuk meningkatkan kemudahan penggunaan.

Tombol Pelarasan Pendedahan kini telah meluaskan julatnya daripada ±3EV kepada ±5EV untuk meningkatkan kebebasan pengguna menyerlahkan karya fotografi masing-masing.

Selain daripada itu, X-A5 menyediakan fungsi Video HD Kelajuan tinggi, membolehkan pengguna merakamkan video HD pada kelajuan empat kali ganda untuk paparan gerak perlahan.

Mod Berbilang Fokus menyusun imej berkualiti 4K secara automatik, sambil mengubah kedalaman penetapan medan yang diperlukan dengan pintar. Fungsi Ledakan 4K yang merakamkan 15 gambar sesaat dalam kualiti imej 4K turut disediakan. Keupayaan video 4K baru ini dan fungsi yang sedia ada membolehkan tahap kreativiti lebih tinggi dipersembahkan dalam karya seni.

Teknologi Tenaga Rendah Bluetooth® diterapkan ke dalam X-A5 untuk pemindahan gambar pegun dan video yang pantas, mudah dan automatik kepada telefon pintar dan tablet yang digandingkan dengannya, menggunakan aplikasi peranti pintar “FUJIFILM Camera Remote”.

Kamera ini juga serasi dengan pencetak Instax SP-3 FUJIFILM, yang membolehkan pengguna menikmati keseronokan mencetak dan berkongsi imej dengan jauh lebih mudah.

Kamera X-A5 menggunakan reka bentuk menjimatkan tenaga yang membolehkannya mengambil lebih banyak gambar setiap pengecasan berbanding kamera lain yang setarafnya. Pengguna boleh merakamkan sehingga 450 gambar setiap kali bateri dicas, menjadikan kamera ini sesuai untuk dibawa melancong dan mengambil gambar dalam perjalanan, sepanjang hari.

Memandangkan rakyat Malaysia bakal menyambut ketibaan Tahun Baru Cina, pelancaran X-A5 memang tepat pada masanya kerana golongan yang muda dan bergaya kini boleh menonjolkan ciri-ciri canggih kamera apabila merakamkan gambar-gambar menarik semasa bertemu sanak-saudara dan sahabat-handai di kampung.

Kaki foto dan pengembara muda juga boleh memanfaatkan ciri-ciri inovatif kamera yang membolehkan mereka merakamkan imej berkualiti tinggi apabila mereka memulakan pengembaraan baharu dan menyertai aktiviti baharu atau melawat tempat-tempat yang belum pernah dikunjungi pada musim perayaan ini.

Fujifilm X-A5 disediakan dalam warna perak, coklat dan merah jambu, pada harga runcit RM3,288, dan dilengkapi FUJINON XC15-45mm F3.5-5.6 OIS PZ.

Nakamura berkata, Fujifilm ingin mengambil kesempatan daripada permintaan semakin meningkat bagi kamera tanpa cermin, yang meningkat 24 peratus berbanding tahun lepas. Nisbah permintaan kamera tanpa cermin berbanding DSLR adalah kira-kira 58:42, yang menunjukkan peningkatan ketara dalam permintaan kamera tanpa cermin.

“Kami meramalkan X-A5 terbaharu kami akan meneruskan trend pertumbuhan ini kerana kamera tanpa cermin akan terus mendapat perhatian generasi swafoto masa kini yang arif memilih dan mahu merakamkan imej yang lebih profesional dan bermutu tanpa membawa kamera DSLR yang berat. Pada satu masa dulu, perkara yang diutamakan ialah kesenangan tetapi sekarang kualiti amat penting,” tambahnya.

Fujifilm beriltizam untuk menjadikan fotografi lebih menyeronokkan dan menghiburkan bagi para pelanggannya dan Syarikat bukan sahaja menggalakkan mereka menyerlahkan kreativiti masing-masing dengan mengambil gambar dan berkongsi detik istimewa di media sosial tetapi juga mendorong pengguna untuk mencetak gambar mereka dan menikmati keseronokan mencetak foto yang mengabadikan kenangan indah mereka.

Oleh yang demikian, selain daripada menyediakan rangkaian kamera digital yang terkini, Fujifilm turut menyediakan penyelesaian percetakan menerusi rangkaian Wonder Photo Shop untuk terus menjana permintaan bagi percetakan foto.

Nakamura berkata, Fujifilm telah melihat pertumbuhan 250 peratus dalam percetakan foto di Wonder Photo Shop sejak dilancarkan pada November 2016, dengan purata 400 cetakan sehari dan mencatatkan pertumbuhan 2.5 kali dalam perolehan jualan, dengan purata 200 unit kamera gambar pegun serta-merta Instax dijual setiap bulan.

“Ini membuktikan bahawa kaki foto, terutamanya generasi lebih muda, memandang serius percetakan foto kerana mereka mula menaruh minat untuk menghasilkan cetakan foto dan menjadikannya karya peribadi,” katanya.

Pameran foto sulung Fujifilm di negara ini, iaitu Pameran Foto “Shoot. Print. Share” membuktikan trend ini kerana ia berjaya mempamerkan 5,000 cetakan foto di pusat beli-belah Sunway Pyramid, mengatasi sasaran awal 3,000 penyertaan.

Di majlis pelancaran tersebut, Fujifilm turut mengumumkan pelantikan atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi sebagai duta swafoto X-A5 rasmi Syarikat. Farah kemudian naik ke pentas untuk berkongsi pengalaman peribadinya menggunakan kamera X-A5.

Fujifilm Malaysia juga telah melantik 20 tokoh sosial berpengaruh sebagai sebahagian daripada usahanya untuk berhubung dengan golongan millennial dari seluruh Malaysia dan mendorong mereka untuk menikmati pengalaman swafoto dan fotografi terbaik dengan kamera X-A5 baharu ini.

Untuk maklumat lanjut tentang X-A5 baharu, sila layari https://fujifilm.my/product/x-a5/

Esperance Motors – Pengedar Baru Mitsubishi Motors Di Sungai Buloh

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini membuka Pusat 3S (jualan, servis & alat ganti) di daerah Sungai Buloh, Selangor.

PUSAT 3S yang dikendalikan oleh Esperance Motors ini terletak di Lot 26, Jalan LGSB 1/2, Pusat Komersial LGSB, Off Jalan Hospital, Sungai Buloh.

“Esperance Motors baru saja menjadi rakan kongsi perniagaan Mitsubishi Motors dan ini merupakan pusat 3S pertama kelolaan mereka. Kami yakin syarikat ini mampu mengembangkan lagi perkongsian pasaran untuk jenama Mitsubishi di Lembah Klang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

Pengedar Prinsipal Esperance Motors, Alex Sim berkata, pihaknya merancang untuk membuka bilik pameran Mitsubishi yang kedua pada suka kedua tahun ini dan bakal menjadi cawangan utama yang terletak di Rawang.

“Pusat 3S tersebut dijangka beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun ini dan menjadi fasiliti terbesar dengan enam petak penyelenggaraan. Malah kami juga akan menyediakan lebih banyak perkhidmatan seperti baikpulih kenderaan yang kemalangan dan juga tuntutan insurans.”

Buat masa ini, MMM telah mempunyai 55 bilik pameran, dengan 48 daripadanya ada Pusat 3S dan 54 cawangan servis di seluruh negara. Manakala untuk Malaysia Timur sahaja, MMM memiliki 14 bilik pameran iaitu enam di Sarawak dan lapan di Sabah.

Sime Darby Tawar Rebat Menarik Sempena Tahun Baru Cina

Siphonia @ Chemara Hills

Sime Darby Property lancar promosi ‘Yin Xiin Xhun’ sempena Tahun Baru Cina. Rebat istimewa bersama ganjaran pencadang untuk hartanah terpilih.

SIME Darby Property melancarkan promosi istimewa bagi para pelanggan sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini. Bertemakan ‘Yin Xiin Xhun’ yang membawa maksud sambutan permulaan musim bunga dan permulaan baharu, promosi Tahun Baru Cina Sime Darby Property ini menyediakan rebat sehingga 8%* bagi pembelian hartanah terpilih, pemilikan kediaman yang mudah, fi tempahan serendah RM5,000* dan ganjaran pencadang
sehingga RM38,000* melalui program “refer & earn”. Promosi istimewa ini bermula
dari sekarang sehingga 31 Mac 2018.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata,
“Penawaran promosi istimewa kepada semua pelanggan kami sempena Tahun Baru
Cina ini bertemakan “Yin Xiin Xhun”, tanda ucapan daripada kami agar masa depan
yang cemerlang menjadi milik semua.

Casira 1 facade

Kesemua pembangunan Sime Darby Property adalah unik dan direka untuk disesuaikan dengan gaya hidup yang berbeza, kemudahan dan julat harga yang pelbagai bagi memenuhi keperluan dan jangkaan para pelanggan yang bervariasi. Kami berharap promosi ini, yang meliputi lebih daripada 1,500 unit kediaman di perbandaran-perbandaran kami, dapat membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada para pelanggan kami sepanjang tempoh
perayaan ini, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berhasrat untuk memiliki rumah
pertama.”

Hartanah yang disediakan untuk para pelanggan sepanjang promosi ini terletak di
perbandaran-perbandaran Sime Darby Property di Bukit Jelutong, City of Elmina, Ara Damansara, ALYA Kuala Lumpur, Bandar Bukit Raja, KL East, Melawati, Putra Heights, dan Saujana Impian, termasuk yang berada di luar Lembah Klang seperti Bandar Universiti Pagoh, Bandar Ainsdale, Chemara Hills, Nilai Impian and Planters’ Haven.

Rimbun Sanctuary, sebuah pembangunan seluas 5.42 ekar menyediakan pilihan apartment dan rumah bandar yang sesuai bagi pembeli rumah pertama seperti individu yang belum berkahwin atau mereka yang berkeluarga kecil, serta pesara atau mereka yang inginkan ruang peribadi yang lebih kecil dan eksklusif, dengan pengawasan 24 jam dan kemudahan yang tersedia. Rimbun Sanctuary terletak bersebelahan rizab hutan dan dipertingkatkan dengan ciri-ciri keselamatan 3 peringkat.

Rimbun Sanctuary – Living room

Ia adalah sebuah santuari kehidupan moden yang terlindung dari kesibukan bandar. Elmina Valley fasa 3 terletak di gerbang utama ke City of Elmina, sebuah perbandaran bertema seluas 5,000 ekar. Kedudukannya di dataran tinggi lembah Elmina bersebelahan dengan sungai Elmina, ia direka dengan jalan berkonsep “cul-de-sac” bagi persekitaran yang selamat dan mesra pejalan kaki. Kediaman Elmina Valley fasa 3 dilengkapi dengan ciri-ciri kelestarian dan kesejahteraan, seperti penggunaan rockwool, bahan penebat untuk keselesaan terma dan menyediakan suhu dalaman yang nyaman.

Kediaman teres dua tingkat Casira 1 di Bandar Bukit Raja (BBR), sebuah perbandaran
bersepadu dan lestari di Klang, menyediakan pendekatan yang moden. Casira 1 direka bukan hanya untuk mencetus kekaguman, tetapi meyediakan fungsi yang praktikal seperti jendela yang luas yang memberikan pemandangan luar yang mengagumkan dan pengudaraan yang terbaik.

SERINI Melawati

SERINI Melawati merupakan pangsapuri tertinggi di Melawati, memaparkan dua menara 38 tingkat yang menyediakan pemandangan terbaik dan terletak kurang dari 1km dari pusat beli-belah Melawati Mall. SERINI Melawati lebih daripada sekadar kediaman; ia merupakan lanjutan gaya hidup urban moden dan kontemporari dikelilingi kehijauan yang indah di sekitar Melawati, sebuah perbandaran 900 ekar yang terletak kurang daripada 15km dari KLCC.

Kediaman Superlink Siphonia di Chemara Hills, pembangunan puncak bukit eksklusif seluas 43.68 ekar yang terletak di Seremban, direka untuk mewujudkan ruang kediaman yang luas untuk memaksimumkan pencahayaan semulajadi. Siphonia 2 pula adalah komuniti kediaman eksklusif rumah Superlink bersebelahan taman pusat Chemara Hills, yang terletak berdekatan dengan kemudahan komersial.

Siphonia @ Chemara Hills

Perbandaran-perbandaran Sime Darby Property menawarkan lebih daripada sekadar kediaman. Kesemua perbandaran dibina untuk melengkapkan gaya hidup yang pelbagai serta menyediakan lokasi, reka bentuk, perancangan perbandaran, inovasi, keselamatan yang terbaik dan akses kepada lebuh raya utama, persekitaran semula jadi dan pelbagai kemudahan.

“Matlamat kami di Sime Darby Property adalah untuk menjadi pemaju yang prihatin terhadap keperluan dan jangkaan para pelanggan kami, kerana mereka adalah keutamaan dan fokus kami. Oleh itu, kami berusaha untuk menyediakan para pelanggan dengan bukan hanya kediaman, tetapi juga pembangunan komuniti dan kawasan kejiranan yang kondusif serta kediaman yang dekat di hati,”

Amrin berkata, Perbandaran Sime Darby Property yang terpilih akan menjadi lokasi Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, di mana angpau edisi terhad Sime Darby Property akan diberikan
kepada para tetamu. Selain itu, 500 pelanggan pertama yang membeli mana-mana hartanah Sime Darby Property sepanjang tempoh Tahun Baru Cina ini akan menerima Kotak Hadiah edisi terhad Sime Darby Property, yang disediakan khas sempena perayaan ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut promosi dan rumah terbuka Tahun Baru Cina
Sime Darby Property, hubungi 1800-88-1118 atau layari facebook.com/SimeDarbyProperty.
Perkembangan perihal aktiviti dan pembangunan Sime Darby Property boleh didapati
melalui simedarbyproperty.com, Facebook (facebook.com/SimeDarbyProperty),
Instagram (instagram.com/SimeDarbyProperty) dan Aplikasi Mudah Alih Sime Darby
Property (boleh dimuat turun di App Store dan Google Play).

Proton Catat 2.1% Peningkatan Pasaran Untuk Januari 2018

Proton mencatatkan jualan 4,783 unit kereta pada Januari 2018 dengan jumlah unjuran pegangan pasaran 10.9%, peningkatan daripada 8.8% pegangan pasaran pada bulan sebelumnya, walaupun mencatatkan jualan lebih rendah daripada 4,802 unit pada Disember 2017.

MODEL Saga, Persona dan Exora merupakan model paling popular, merangkumi 80% daripada jumlah jualan kereta Proton untuk Januari 2018.

“Sebagai kereta dengan harga yang paling berpatutan dan memberikan nilai hebat bagi segmennya, Saga tetap menjadi pilihan paling popular di kalangan pelanggan Proton, melibatkan sebanyak 41% daripada keseluruhan jualan kereta Proton.

Sememangnya, Saga telah memperkayakan kehidupan lebih daripada 1.7 juta keluarga Malaysia sejak pengeluaran pertamanya. Ia telah menerima banyak pengiktirafan seperti anugerah ‘Value for Money Car’ pada 2016 dan ‘Compact Sedan of the Year’ pada 2017,” kata Abdul Rashid Musa, Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran, PROTON.

“Proton Saga yang terkini merupakan Saga dari generasi ketiga yang telah banyak melalui peningkatan, pembaharuan dan penambahbaikan. Ia mempunyai kabin yang lebih senyap kerana tahap bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH) yang telah diperbaiki, dengan reka bentuk yang lebih bergaya, lebih praktikal, tahan lasak dan memberikan pelanggan
nilai yang lebih berbaloi untuk ciri-ciri keselamatan yang mantap, serta keselesaan di dalam kereta.

Dari harga serendah RM35,590.29, atau hanya RM390 sebulan (tanpa insurans), ianya mampu dimiliki kebanyakan rakyat Malaysia,” tambah Rashid.

Bersempena Sambutan Tahun Baru Cina, PROTON menawarkan ganjaran kepada para pelanggannya dengan diskaun-diskaun* hebat untuk semua model Proton, sehingga RM500* untuk Exora, sehingga RM1,000* untuk Saga, sehingga RM1,000* untuk Persona, sehingga RM5,000* untuk Iriz, dan sehingga RM13,888* untuk Perdana.

Para pelanggan juga boleh mengunjungi mana-mana pusat servis PROTON yang diiktiraf untuk pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma** sebelum memulakan perjalanan jauh.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi PROTON Customer Care di 1800 888 398 atau e-mel kepada kami di [email protected]. Pelanggan juga boleh melawat www.proton.com atau halaman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang tersedia melalui Google Play dan Apple App Store.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Diskaun berbeza mengikut model. Promosi sah sehingga 28 Februari 2018.
**Tertakluk kepada terma dan syarat. Promosi sah sehingga 24 Februari 2018.

Logo PROTON

Mengenai PROTON

PROTON Holdings Berhad kini dimiliki oleh DRB-HICOM Berhad sebanyak 50.1% dan sebanyak 49.9% lagi oleh Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. Ditubuhkan pada tahun 1983, ia adalah satu-satunya pengeluar kereta OEM sepenuhnya yang lengkap dengan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Asia Tenggara dan telah ditubuhkan dengan tiga objektif dasar kebangsaan utama iaitu untuk menerajui pembangunan industri pembuatan komponen, untuk memperoleh dan meningkatkan teknologi serta kemahiran industri dalam industri pembuatan automotif dan untuk mengukuhkan daya saing antarabangsa serta keupayaan perindustrian di Malaysia.

Lebih Banyak Ruang Parkir Untuk Orang Ramai Di KLIA

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, KLIA telah menerima pertumbuhan pergerakan penumpang yang rancak.

JUMLAH pergerakan penumpang telah mencecah 50 juta semenjak dua tahun lepas lagi. Pada tahun 2017, lebih daripada 28 juta telah menggunakan Terminal Utama KLIA. Oleh itu, Malaysia Airports Berhad (MAB) sentiasa perlu memastikan kemudahan yang mencukupi bagi menjamin keselesaan pengguna awam di terminal.

Terkini, MAB telah mengumumkan bahawa pihaknya telah menggerakkan inisiatif penambahbaikan pesat di terminal. Pemindahan parkir kakitangan daripada Terminal Utama KLIA ke Parkir Jangka Panjang (LTCP) adalah salah satu contoh penambahbaikan yang dilakukan.

Pemindahan ini telah mula dijalankan pada bulan Oktober tahun lepas di mana seramai 1,000 kakitangan syarikat penerbangan dan perniagaan di KLIA telah dipindahkan.

Fasa ke 2 pula akan bermula pada bulan Mac 2018 dan rancangan ini telah dimaklumkan kepada semua kakitangan terlibat pada awal bulan Januari tempoh hari. Perpindahan fasa ke 2 ini akan menambah bilangan lot parkir di Terminal Utama KLIA sebanyak 1,800 untuk kegunaan orang ramai.

Walau bagaimanapun, MAB amat prihatin dalam menjaga kebajikan kakitangan di dalam hal ini. Bagi Fasa ke 2, seramai 3,000 kakitangan akan terlibat terdiri daripada 2,400 kakitangan Malaysia Airports dan 600 kakitangan daripada pelbagai agensi kerajaan di KLIA.

MAB telah menyediakan perkhidmatan bas shuttle ulang-alik percuma dari LTCP ke terminal yang beroperasi 24 jam sehari dengan selang masa setiap 10 minit.

Di samping itu, Jabatan Imigresen dan Kastam di KLIA juga telah menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik mereka sendiri dalam menyokong inisiatif MAB ini.

MAB amat berterima kasih di atas sokongan yang diberikan dan berharap semua pihak yang berkepentingan akan terus memberikan sokongan dalam usaha kami meningkatkan tahap perkhidmatan di KLIA dan menyediakan pengalaman ceria di lapangan terbang.

Post Menarik