Utama Blog Halaman 990

Ayamas Perkenal Menu Golden Sesame Roaster

Kedai Ayamas telah mengadakan majlis pelancaran ayam panggang terbarunya, Golden Sesame Roaster sempena perayaan Tahun Baru Cina bersama dengan Buku Masakan Mutiara Johor Corporation berjudul “Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk …” di Kedai Ayamas Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini.

MENU dengan kombinasi yang sempurna dari rasa masam, manis dan savuri, “Golden Sesame Roaster” adalah ayam panggang Ayamas yang enak yang diperap menggunakan kaedah vacuum tumbler marinator dan diadun dengan perisa bijan panggang, mencetuskan rasa yang unik dan pastinya memuaskan selera anda!

“Saya yakin “Golden Sesame Roaster” akan mendapat sambutan yang hebat daripada para pelanggan kami, bukan hanya untuk mereka yang merayakan Tahun Baru Cina tetapi juga oleh semua rakyat Malaysia untuk dinikmati,” kata Calvin Ang, Pengarah Eksekutif, KARA Holdings Sdn Bhd.

Turut dilancarkan di majlis ini ialah buku masakan tradisional yang diterbitkan oleh Mutiara Johor Corporation dengan kerjasama Women OnWards Kulim (WOW), dengan sokongan Johor Corporation (JCORP) dan rakan strategiknya, QSR Brands (M) Holdings Bhd dan KARA Holdings Sdn Bhd.

Bertajuk “Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk…”, buku masakan ini mengandungi 60 jenis resepi tradisional kegemaran sepanjang zaman, termasuk hidangan salad dan sayuran, lauk-pauk, pastri, kek, biskut dan pencuci mulut.

Dengan harga  RM29.90 senaskah, penerbitan buku masakan ini adalah bagi pengumpulan dana program kebajikan serta kesejahteraan sosial yang dijalankan oleh Mutiara Johor Corporation dan juga bagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan wanita di ladang-ladang milik Kulim (Malaysia) Berhad melalui WOW. Hasil daripada jualan buku-buku ini akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan.

“Buku masakan ini adalah koleksi resipi Melayu tradisional yang disumbangkan oleh wanita Kulim (Malaysia) Berhad yang juga ahli WOW. Dengan nuansa nostalgianya yang tersendiri, buku masakan ini diharap akan menjadi warisan yang akan dapat ditinggalkan kepada generasi muda untuk rujukan mereka dalam menyediakan hidangan tradisional,” kata Datin Noor Laila Yahaya, Pengerusi Mutiara Johor Corporation.

Ayam panggang “Golden Sesame Roaster” dijual dengan harga RM26.88, dan bagi mereka yang inginkan hidangan yang lebih besar, set hidangan “Prosperity Feast” boleh didapati dengan harga RM44.88 dan set hidangan “Prosperity Dinner” dengan harga RM22.88 melalui Ayamas Roaster Express dan cawangan Deli Ayamas sahaja.

“Golden Sesame Roaster” boleh didapati bermula hari ini sehingga 12 Mac 2018 di semua kedai-kedai Ayamas, restoran Rasamas, Ayamas Roaster Express dan Deli Ayamas, selagi stok masih ada.

*tawaran ini tidak sah semasa promosi 15hb & 30hb di Kedai Ayamas

AirAsia X Kini Terbang Ke Jaipur Dari Kuala Lumpur

Promosi tambang termasuk semua serendah RM199*/INR3,555*

AirAsiaX mengumumkan laluan terbaru dari Kuala Lumpur ke Jaipur, memudahkan orang ramai dari Kuala Lumpur untuk melancong ke Barat Laut India, dengan tambang promosi termasuk semua dari RM199 sehala.

Promosi termasuk semua dari from RM199* / INR3,555* sehala untuk tempat duduk standard bermula dari 5 Febuari sehingga 11 Febuari 2018 untuk tempoh perjalanan Antara 5 Febuari sehingga 31 Julai 2018.

Tempat duduk Premium Flatbed yang telah meraih anugerah juga sedia untuk tempahan bagi
promosi tambang termasuk semua dari RM199 sehala. Satu majlis khas diadakan untuk menyambut penerbangan sulung yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jaipur malam tadi (5 Februari).

AirAsia X merupakan satu-satunya syarikat tambang rendah yang menawarkan laluan terus dari Kuala Lumpur ke Jaipur, ibukota Rajasthan. Syarikat penerbangan ini akan menawarkan khidmat operasi empat kali seminggu yang bakal mengembangkan rangkaian di Asia Tenggara dan memperkukuhkan hubungan AirAsia X dan syarikat sekutu penerbangan jarak dekat, AirAsia di India.

Pengerusi Eksekutif AirAsia and Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin
Meranun berkata, “India adalah salah satu daripada pasaran pertumbuhan utama, dan kami akan membina kedudukan lebih kukuh di sini. Kini kami terbang ke dua destinasi di kawasan Segitiga Emas terkemuka dunia dengan penambahan penerbangan ke Jaipur selain khidmat sedia ada Delhi.

Dengan laluan terbaharu ini, jumlah penerbangan mingguan menghubungkan Malaysia ke India di bawah Kumpulan AirAsia meningkat kepada 110 kali dan jumlah kapasiti di bawah Kumpulan AirAsia termasuk AirAsia X adalah 22,755.”

“Khidmat terbaharu ke Jaipur adalah sebahagian daripdada matlamat kami untuk memenuhi peningkatan permintaan untuk hubungan serantau ke kota tier II di India. Melalui peningkatan operasi penerbangan dari lapangan terbang di kota Tier I dan Tier II, hubungan serantau India akan diperkukuhkan lagi.

Kami menjangka laluan baharu ini akan melonjakkan lagi pertumbuhan penumpang Antara Malaysia, India dan Asia Selatan, tambah Datuk Kamarudin. Sejak 2010, Kumpulan AirAsia telah membolehkan lebih daripada 16 juta penumpang (16,701,470) terbang keluar dan masuk India. Sehingga Disember 2017, AirAsia X Malaysia telah menerbangkan lebih daripada
184,482 tetamu sejak pengenalan khidmat terus penerbangan Kuala Lumpur-New Delhi pada Febuari 2016.

Dengan laluan baharu ini, AirAsia X bersama dengan AirAsia kini menawarkan khidmat ke 19 kota India termasuk Bagdogra, Bengaluru, Bhubaneswar, Chandigarh, Chennai, Goa, Guwahati, Hyderabad, Imphal, Kochi, Kolkata, Mumbai, New Delhi, Pune, Ranchi, Srinagar, Tiruchirappalli dan Visakhapatnam.

Sebagai sebuah kota di Segitiga Emas, dan dengan sejarah dan budaya luar biasa Jaipur memegang kedudukan penting di Rajasthan, menarik lebih daripada satu dalam tiga pelancong antarabangsa yang mengunjungi wilayah tersebut. Dikenali sebagai kota merah jambu kerana lanskap diwarnai dengan cat merah jambu, Jaipur terkenal sebagai destinasi premium yang menarik pelancong bisnes mahupun yang beriadah dari seluruh dunia.

Ibukota Rajasthan yang terkemuka dengan lanskap dan warisan, kedudukan Jaipur terletak di tangga kelapan dari segi ekonomi terbesar di wilayah terbabit dirancakkan oleh tekstil,
permata dan perhiasan, pemprosesan agro, automotif dan industri berasaskan mineral.

Ikuti maklumat yang dikemaskini berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi
(twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia). *Tambang termasuk semua adalah bagi perjalanan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

KIA Club Members Excited About The All-New Picanto

Naza KIA Malaysia, the official distributor of KIA vehicles in Malaysia invited members of KIA Clubs to a special get-together event held at KIA Red Cube, Petaling Jaya last Sunday where the company also took this opportunity to introduce their latest model in the market, the All-New KIA Picanto.

APART from updates on the KIA brand’s presence in Malaysia, KIA owners were given a personal tour of the All-New Picanto’s superior features and the chance to test drive the strong contender in the A-segment market.

During his speech, Ivan Kuan Thai Woon, Naza KIA Malaysia Chief Executive Officer said, “KIA continues to echo its tagline “The Power to Surprise” as a show of commitment to go beyond expectations through exciting and inspiring experiences.

We take great care to ensure the KIA Club members and most loyal customers are constantly kept excited about the brand’s progress in Malaysia and what better way to kick off a brand new year by hosting this get-together and create an engagement through the latest addition to our line-up – the All-New KIA Picanto.”

In Naza KIA Malaysia’s ongoing effort to continue engaging and rewarding their most loyal customer base, members of the KIA Clubs were rewarded in the form of 15 Check Points upon arrival, while the first 30 KIA Club members to arrive received a service voucher worth RM100 each.

The club members also received exclusive KIA merchandise in the form of a KIA Notebook when they test drove the All-New KIA Picanto with the first 10 on-the-spot bookings saw members walking away with an Ogawa Aura Mate Personal Air Purifier each.

In addition, a lucky draw held towards the end of the event saw golf umbrellas, vacuum flask sets, cutlery sets and the grand prize of a 49-inch LED TV being given away to lucky winners. Mohd Fauzle Amiruddin of Citra Club went home with the grand prize of a 49-inch LED TV.

Now in its third generation, the All-New Kia Picanto is the only new non-national brand in the local A-segment and brings a new youthful and energetic character to the market. Boasting an assertive new innovative design, better performance and a spacious new cabin, the All-New Picanto retails for RM49,888 and is available for viewing across all authorised KIA showrooms nationwide.

Naza KIA Malaysia’s ‘New Drive, New Fortunes’ Chinese New Year Campaign is currently ongoing with exciting promotions for its line-up.

Enjoy savings of up to RM20,000 for the award-winning SUV, Sorento, or score yourself an amazing deal for the all-popular MPV, Grand Carnival, for only RM161,000. Moreover, as part of the KIA CNY Service Campaign promotions, customers receive up to 30% discount on spare parts for selected models.

Scoot Airlines Singapura Kini Terbang Ke Kuantan

Syarikat penerbangan tambang murah Singapura, Scoot Airline (Scoot) melebarkan sayap ke Kuantan apabila membuat penerbangan sulung ke Pahang.

Penerbangan pesawat Airbus 320 milik Scoot Airline yang membawa 120 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada jam 1.20 petang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, di sini, sekitar jam 2.40 petang.

Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, syarikat penerbangan dari Singapura itu memilih Kuantan kerana keindahan dan tarikan alam semulajadi yang dimiliki di negeri ini.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan kedatangan Scoot yang mengambil pendekatan untuk membuka laluan baharu dari Singapura ke Kuantan sebagai pintu masuk ke negeri Pahang yang memiliki keindahan hutan dan pantai.

“Kita difahamkan, Kuantan menjadi pilihan syarikat tambang murah berkenaan memandangkan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah ini merekodkan 241,000 pergerakan penumpang sepanjang tahun lalu.

“Selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi, Ipoh dan Kuching, kini Kuantan menjadi laluan tambahan kepada hubungan Antarabangsa dua negara ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Penerbangan Pertama Scoot Airline ke Pahang di sini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Komersial Scoot, Vinod Kannan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Datuk Mohd Zaili Besar; Pengurus Besar Pelancongan Pahang, Datuk Ishak Mokhtar dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Idros Yahya.

Sementara itu,Vinod berkata, Scoot menawarkan penerbangan sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat dengan harga tambang bermula RM45 bagi perjalanan sehala.

“Kuantan adalah strategi baharu Scoot Airline dalam mengembangkan perkhidmatan pernerbangan tambang murah mereka. Kita bukan sahaja memperkenalkan produk pelancongan Pahang kepada rakyat Singapura malah pelancong antarabangsa dari seluruh dunia yang memilih Scoot Airline.

“Kita percaya banyak ruang perniagaan dan destinasi menarik dapat dibawa kepada penumpang-penumbang dengan kadar tambang menakjubkan serta berbaloi yang ditawarkan,” katanya.

MINI Malaysia Perkenal MINI Urbanite Dan MINI Amplified

Nikmati kemakmuran dengan edisi baharu dan terhad MINI Cooper 5 Pintu dan MINI Cooper S 3 Pintu, khas untuk mereka yang ingin bergaya pada musim perayaan ini.

MINI Malaysia, jenama automotif kompak premium paling sofistikated di Malaysia memperkenalkan dua model MINI Hatch edisi terhad terbaharunya iaitu MINI Urbanite dan MINI Amplified.

Direka untuk individu yang bergaya dan mengamati trend, selain dibina agar lebih sporty dan bertenaga, MINI Urbanite Edition dihasilkan di atas platform MINI Cooper 5 Pintu. Manakala MINI Amplified Edition pula dibina daripada model MINI Cooper S 3 Pintu.

Ketika memperkenalkan MINI Urbanite dan MINI Amplified Edition baharu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “MINI tampil berani dan menyerlah pada Tahun Baru Cina kali ini!

Kami menawarkan dua kereta baharu untuk individu yang memiliki kecenderungan tersendiri, sekali gus memeriahkan lagi sambutan Tahun Anjing. MINI Urbanite Edition sememangnya satu penyataan yang sempurna tentang aspek gaya, muda dan segar jenama ini.

MINI Amplified Edition pula menyerlahkan ciri sporty dan pengendalian lincah yang cukup sinonim dengan MINI. Warnanya yang serba merah nyata membawa kemakmuran ke Tahun Baru ini!”

Kedua-dua model MINI Edisi Terhad ini sudah boleh didapati di semua bilik pameran sah MINI di seluruh negara mulai 5 Februari 2018.

MINI Urbanite Edition

MINI Urbanite Edition

Direka dengan profail MINI Cooper 5 Pintu, MINI Urbanite Edition menyerlahkan gayaan jalanan selepas melalui penggayaan semula yang ketara untuk menonjolkan lagi keberaniannya.

Anda akan disambut dengan lampu LED tambahan – satu sentuhan moden kepada Mini klasik dalam acara Monte Carlo Rallye. MINI Urbanite Edition menunjukkan keyakinannya menerusi rim Victory Spoke bersaiz 16” bersama kemasan lampu dan gril berwarna hitam (Piano Black). Jalur pelumbaan (Racing Stripes) pada bonet dan bahagian badannya terus menyerlahkan reka bentuknya yang dinamik – tampil berani setiap kali ia dipandu.

Mengambil pendekatan luaran garang yang sama, pemilik boleh mendapatkan John Cooper Works Colour Line dalam warna merah (Glowing Red) untuk MINI Urbanite Edition dengan kemasan bumbung berwarna hitam yang pastinya membuatkan ruang dalamannya lebih sporty.

Selain ciri standard seperti Bluetooth dan USB pada MINI Connected, ia kini dilengkapi sistem kamera undur bersama garis dan penanda halangan yang mengesan apa jua objek yang tidak bergerak. Apabila duduk di atas kerusi pemandu, anda akan dihidang dengan stereng sport yang dibalut kulit.

Dikuasakan oleh enjin 3-silinder dengan empat injap pada setiap silinder, MINI Urbanite Edition menawarkan kuasa mencecah 136 kuasa kuda dan tork 220Nm. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 8.1 saat dengan pecutan maksimum 207km/j, tetapi hanya menggunakan sekitar 5 liter bahan api bagi setiap 100km.

MINI Urbanite Edition ditawarkan dalam warna hitam (Midnight Black) dengan jalur perlumbaan berwarna merah (Red Racing Stripes), merah (Blazing Red) atau putih (Pepper White) dengan jalur perlumbaan berwarna hitam (Black Racing Stripes).

MINI Amplified Edition.

Dengan semangat yang telah dipertingkatkan, MINI Amplified Edition dibina berasaskan kepada model MINI Cooper S 3 Door untuk golongan elit yang sporty dan energetik. Penampilan luarannya nyata luar biasa.

Dilengkapi John Cooper Works Aerodynamic Kit, MINI Amplified Edition dipasang dengan spoiler belakang yang menyerlah – benda terakhir yang boleh dilihat oleh pejalan kaki pada MINI Hatch Edition ini sebelum ia hilang dari pandangan.

MINI Amplified Edition dilengkapi gril berwarna hitam (Piano Black) yang sepadan dengan kemasan pada lampu utama dan lampu belakang untuk gaya lebih garang. Rekaan jalur perlumbaan pada MINI Amplified Edition itu mengingat kembali kereta konsep MINI John Cooper Works dan memberikannya personaliti yang lebih menonjol. Manakala rim John Cooper Works Track berwarna hitam (Black Spoke) bersaiz 17” menambah sentuhan tersendiri pada MINI Amplified Edition – seterusnya memberikannya identiti yang lebih menawan.

Ruang dalaman menampilkan gabungan emosi dan fungsi yang sempurna. Tempat duduk perlumbaan John Cooper Works dan perehat kepala dibalut dengan kulit Alcantara, kontras dengan Red Dinamica yang dibina untuk memastikan anda duduk dalam posisi terbaik, ketika anda menikmati kuasa dinamik jentera ini.

Selain Anthracite Headliner, MINI Amplified Edition kini dilengkapi kemasan eksklusif baharu dalam warna merah (Glowing Red) yang sebelum ini hanya ada pada John Cooper Works Hatch.

Warna yang garang itu sememangnya cukup sepadan dengan jahitan kontras pada tuil gear 6-kelajuan Sports Automatic Shifter dan stereng yang dibalut dengan kulit John Cooper Works itu. Bagi memudahkan urusan memarkir secara mengundur, Kamera Belakang menyediakan garisdan penanda halangan yang mengesan objek tidak bergerak. MINI Amplified Edition juga hadir dengan akses mudah dan kemasan dalaman Black Chequered.

Dari segi prestasi, MINI Amplified Edition menawarkan kuasa 211 kuasa kuda dan tork 300Nm, terima kasih kepada Kit Talaan John Cooper Works dan John Cooper Works Valve Silence System baharu.

Ia membolehkan MINI Amplified Edition memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa kurang 6.7 saat dengan pecutan maksimum 233km/j. Bagi membuatkan kehadiran anda lebih disedari dengan bunyi ekzos yang lebih sporty dan agresif, MINI Amplified Edition didatangkan dengan mode Track. Ia boleh diaktifkan melalui butang Kawalan Jauh Bluetooth John Cooper Works.

Dapatkan MINI Amplified Edition baharu dalam warna hitam (Midnight Black) dengan jalur perlumbaan merah, merah (Chilli Red) atau putih (Pepper White) bersama jalur perlumbaan berwarna hitam.

Ciri-ciri Standard.

Unik dalam cara yang tersendiri – estetik dan prestasi – Edisi Terhad MINI Urbanite dan MINI Amplified dilengkapi lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang, lampu belakang LED, lampu kabus dan lampu pemanduan automatik. Selain alat pengesan hujan, model-model ini juga berkongsi ciri Park Distance Control yang membantu memudahkan urusan keluar dan masuk dari ruang parkir yang sempit.

Di ruang kabin, pemilik boleh menikmati sistem pendingin hawa automatik dua zon yang dikelilingi oleh 12 warna ambien. Kedua-dua MINI Hatch Edisi Terhad ini dilengkapi paparan MINI Visual Boost beresolusi tinggi bersaiz 6.5” dengan 5 kawalan utama, gegelung LED interaktif pada paparan instrumen tengah serta ciri start/stop automatik bersama Keyless Go.

Dapatkan lagu kegemaran anda ketika memandu dengan MINI Connected bersama integrasi Spotify. Ia menawarkan lebih 30 juta lagu yang boleh distrim secara langsung ke dalam kereta. Selain Mode Pemanduan MINI, MINI Urbanite Edition dan MINI Amplified Edition juga hadir bersama ciri kawalan jelajah serta fungsi brek untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang memuaskan.

Bantuan Tepi Jalan MINI.

MINI Urbanite dan MINI Amplified Edition dilindungi oleh program Bantuan Tepi Jalan selama 5 tahun MINI Malaysia. Ia ditawarkan kepada semua kenderaan baharu MINI bersama satu senarai perkhidmatan yang komprehensif. Ini termasuklah bantuan serta kemalangan On the Spot Hotline dan telefon 24 jam, 363 hari setahun, Perkhidmatan Tunda Secara Percuma dan jika perlu (lebih 200km dari kediaman), kereta ganti, mobiliti mudah, Penyelesaian Perkhidmatan Mobiliti dan servis penghantaran.

Program Bantuan Tepi Jalan MINI boleh diakses dengan menghubungi talian: 1800-88-8808.

MINI Service Online.

Membuat temujanji untuk servis kini semakin mudah. Program servis dalam talian membolehkan pelanggan untuk menyusun jadual servis mereka secara langsung di Pengedar Sah MINI yang diingini menerusi laman web: service.mini.my.

MINI Hatch Edisi Terhad ini ditawarkan dengan MINI Full Circle Programme. Dengan margin pembiayaan sebanyak 70%, anda boleh memiliki MINI Urbanite Edition melalui bayaran bulanan bermula hanya RM 1,758.00 dan MINI Amplified Edition bermula hanya RM 2,158.00. MINI Full Circle Programme ini ditawarkan oleh BMW Credit Malaysia, syarikat di bawah BMW Group Financial Services.

MINI Urbanite dan MINI Amplified edisi terhad hadir bersama Jaminan Selama 4 Tahun dengan Perbatuan Tanpa Had serta Servis Berjadual Secara Percuma. Harga runcit (di atas jalan untuk pendaftaran peribadi, tanpa insurans) ialah:

MINI Urbanite Edition:          RM 198,888.00

MINI Amplified Edition:         RM 248,888.00

Maklumat lanjut mengenai MINI Hatch Edisi Terhad sempena Tahun Baru Cina ini boleh didapati di laman web: www.mini.my/urbn-ampd.

AirAsia And Avalon Airport To Commence International Flights


AirAsia and Avalon Airport announced that AirAsia will move its Melbourne operations to Avalon Airport from Melbourne Airport, effective later this year.

AIRASIA X Malaysia will operate twice daily flights as the first international carrier at the airport, making long-haul flying affordable for Melbourne and the Victorian region, and improving access to more than 130 destinations in Asia and beyond.

A total of 500,000 international passengers are projected to move through Avalon Airport in the first year of operations. The move was announced at an industry event at Avalon Airport today with special guests including the Minister for Foreign Affairs, the Hon. Julie Bishop, AirAsia Group CEO and AirAsia X Co-Group CEO Tony Fernandes, Founder of Linfox, Lindsay Fox AC, Executive Chairman Linfox Airports, David Fox, AirAsia X Malaysia CEO Benyamin Ismail, Minister for Industry and Employment, the Hon. Ben Carroll, Avalon Airport CEO Justin Giddings, and local TV personality Catriona Rowntree as master of ceremonies.

AirAsia Group CEO and AirAsia X Co-Group CEO Tony Fernandes said, “This is an exciting
milestone for AirAsia X. Since our inaugural flight in 2007, AirAsia X has flown over 30 million guests, including 6.1 million Australians – tourists wanting to experience amazing Australia, students from across the globe and Australians who wish to see the world.

We are proud to renew our commitment to making air travel affordable for Australians with this move to Avalon, which will help us maintain our cost edge and allow us to continue offering low fares to Asean, Asia and beyond.”

He added: “Our crusade started with just two planes 16 years ago at a time when flying was only for the privileged few. We have since created jobs and careers, and turned millions of dreams into reality.

I must say it hasn’t always been easy for us in Australia. The challenges thrown at us have
been constant, but the joy we bring to Australians and Southeast Asians who yearn to travel has strengthened our resolve to make flying cheaper, easier and more enjoyable.

We would like to thank Avalon for supporting AirAsia in helping all travellers through low fares.” AirAsia X Malaysia CEO Benyamin Ismail said, “We are proud to be the first airline to operate international flights at Avalon Airport, connecting Melbourne and the Victorian region with Kuala Lumpur, Asia’s number one LCC hub.

Melbourne and Victoria are important markets to us and this new service with 560,000 seats annually will provide a significant boost to business and tourism, including to such attractions as the Great Ocean Road. We wish to thank the relevant authorities for their tremendous support in making our move to Avalon Airport possible.”

Executive Chairman Linfox Airports, David Fox said, “This is a significant announcement and
the formation of a new partnership. We anticipate around half a million international passengers will use Avalon Airport in the first year of operations. I am particularly excited about the large volumes of freight capacity that AirAsia X has on each flight.

We have received great interest from exporters in the region and this now provides the perfect platform for fresh food access to Asia.”

Avalon Airport CEO, Justin Giddings said, “This is a 10-year agreement structured to
accommodate AirAsia X’s significant growth. It is the first such deal in Australia, and provides a unique low-cost opportunity for people and businesses to access over 130 destinations throughout Asia.

Avalon Airport is easily accessible from Melbourne, Geelong, Ballarat and surrounds. Low-cost
flights combined with an easy airport experience makes for the perfect partnership. We’re extremely pleased to welcome AirAsia to Avalon Airport.”

Avalon Airport offers an easy, enjoyable experience for travellers and is just 50 minutes to the Melbourne CBD and the closest international airport to the Great Ocean Road. AirAsia flights will continue to operate from Melbourne (Tullamarine Airport) until flights from Avalon
Airport are operational later this year.

Ingress Auto Puchong Anjur Sesi Khas Pandu Uji BMW

Ingress Auto Puchong, selaku wakil pengedar BMW Malaysia pada Ahad lalu mengadakan program khas untuk pelanggan potensi mereka merasai pengalaman memandu uji barisan model BMW yang disediakan.

PALING menarik destinasi pilihan mereka ialah Bukit Tinggi, Bentong Pahang yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Puchong. Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelanggan mereka mengenai selok belok mengendalikan kereta BMW menerusi tunjuk ajar oleh jurulatih yang berpengalaman.

Sebanyak enam model BMW menyertai sesi pandu uji berkenaan, terdiri daripada 330e M Sport, 530i M Sport, 530 eSport, X1, X5 xDrive40e M Sport, 318i Luxury, dan sedan hibrid plug-in elektrik (PHEV) terbaru, 530e Sport.

Setiap pelanggan diberikan seunit BMW untuk dipandu sendiri. Ada yang datang sendirian, bersama rakan dan ada pula membawa ahli keluarga.

PANDU UJI KE BUKIT TINGGI

Selepas mendaftarkan diri dan bersarapan, pelanggan diberikan taklimat ringkas tentang pemanduan selamat dan etika berkonvoi oleh pegawai teknikal BMW. Kami mula bergerak sekitar jam 9 pagi dalam keadaan trafik sederhana sesak. Siri pertama pandu uji adalah dalam bandar sebelum bertukar pemandu di stesen petrol BHP, tidak jauh dari tol Gombak.

Melepasi tol Gombak, trafik mula lancar dan masing-masing dibenarkan memandu laju untuk menguji kuasa pecutan dan tahap kesenyapan dalam kabin ketika memecut dalam kelajuan tinggi. Sebaik saja memasuki laluan menuju Bukit Tinggi, pemandu berpeluang pula menguji tahap pengendalian jentera BMW idaman mereka ketika mengambil selekoh, termasuk merasai daya tork apabila cuba mendaki jalan berbukit.

Peserta konvoi tiba sekitar jam 10:30 pagi di kawasan parkir Bukit Tinggi yang berlatarkan bangunan perkampungan zaman pertengahan di Eropah. Melihat pemandangan cukup cantik itu memang membuatkan pelanggan tidak mahu melepaskan peluang bergambar di sisi BMW yang dipandu masing-masing.

Selepas sesi bergambar solo dan berkumpulan, pelanggan diajak minum kopi di sebuah restoran Perancis di dalam kota peranginan di situ. Selepas sejam bersembang, kami pula mula bergerak pulang ke ibu kota dan tiba di Ingress Auto Puchong kira-kira jam 2 petang untuk makan tengah hari. Lebih menarik, pelanggan yang membuat pembelian pada sesi pandu uji tersebut turut diberikan tawaran istimewa yang pasti membuatkan mereka sukar melepaskan peluang keemasan itu.

RASAI PENGALAMAN SEBENAR

Pendapat kami pula secara peribadi, apa dilakukan Ingress Auto Puchong itu adalah pendekatan bukan konvensional yang pastinya bertepatan dengan reputasi BMW sebagai jenama automotif yang bukan saja mementingkan kemewahan, tetapi juga prestij pemanduan. Pelanggan moden masa kini bukan saja mahukan layanan eksklusif malah mereka sebenarnya memiliki pengetahuan meluas mengenai sesebuah kereta sebaik saja melangkah kaki memasuki bilik pameran.

Malah, laluan sepanjang konvoi cukup untuk memberikan input dan pengalaman kepada pelanggan bagi menilai kemampuan kereta idaman mereka itu dari segi prestasi pemanduan dalam bandar, lebuh raya dan laluan berbukit, termasuk tahap penggunaan bahan api selain memandu dalam pelbagai mod pemanduan.

Malah, bagi model PHEV seperti 530 eSport, pelanggan disuruh memandu menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya sepanjang perjalanan. Inilah kelebihan yang anda dapat apabila singgah ke bilik pameran Ingress Auto Puchong atau Damansara.!

Perodua Aims Highest Monthly Market Share Above 40%

Perodua sees highest-ever monthly market share of above 40%, delivers 18,000th new Myvi to owner for Chinese New Year

BASED on internal estimations, Perodua sees its sales volume of 17,693 units for the month of January 2018 to be its highest-ever monthly market share of above 40%, against a total industry volume (TIV) of 43,930 units.

In that month, all Perodua models retained their leads in their respective vehicle segments in Malaysia, with 9,029 Myvis, 4,085 Axias, 2,776 Bezzas and 1,803 Alzas sold.

“While we defer to the Malaysian Automotive Association (MAA)’s numbers, we are cautiously optimistic that for January 2018, our monthly market share is the highest ever in our history.

“This was spurred by deliveries of the new Myvi, as well as continued strong demand for our other models,” said Perodua President and Chief Executive Officer Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh at the company’s Chinese New Year Luncheon with the media and business partners here yesterday.

“The new Myvi has racked up over 48,000 bookings to date, the 18,000th unit of which today we proudly deliver to Mr Wong Wai Cheng of Negeri Sembilan.

“We would also like to add that close to 20,000 units of the new Myvi have been delivered to date. Overall, over a million Myvis have been registered in Malaysia since 2005.

“This performance has been a great boost to the Malaysian automotive ecosystem as the better-than-expected demand for our latest offering as well as our current model line-up have resulted in better demand for local parts,” added Datuk (Dr) Aminar.

Datuk (Dr) Aminar also said that Perodua is looking to purchase more than RM5 billion in components and parts this year from mainly local vendors. This will further contribute towards the growth of the Malaysian economy. All Perodua models have over 90% local content.

“To all Malaysians, we simply cannot thank you enough for your love and support for our humble hatchback through all these years. Your recognition spurs us on to work harder on bettering our products and services, because as always, You Matter Most,” Datuk (Dr) Aminar said.

“To those who have placed orders for the new Myvi and have yet to receive their cars, we sincerely apologise for the wait. Rest assured that we are ramping up production to get the cars to you as quickly as we can. The Perodua Manufacturing Sdn Bhd plant will continue to work overtime until demand stabilises,” he continued.

Mr Wong, 25, was all smiles as Perodua Sales Sdn Bhd Managing Director Dato’ Dr Zahari Husin handed him the keys to his brand-new Lava Red Myvi 1.5 Advance.

“I am over the moon to be taking delivery of my new car. The minute I laid eyes on the new Myvi and saw how many sophisticated features I was getting for the price, I knew it was the vehicle for me,” said Mr Wong.

“I’m always on the go. The Myvi’s compact dimensions make it very easy to park and manoeuvre, but it’s also very spacious inside. With six airbags and Advanced Safety Assist, I am well protected, and the built-in toll card reader is my favourite feature!” he added.

“We wish all our Chinese friends Xin Nian Kuai Le and Gong Xi Fa Cai. May the Year of the Dog bring more luck, prosperity and happiness to us all!” Datuk (Dr) Aminar said.

Siti Nurhaliza Tidak Sabar Nanti Detik Kelahiran

Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menanti detik kelahiran puteri sulungnya bulan depan.

SITI Nurhaliza mengucap syukur apabila dia bakal melahirkan zuriat pertama selepas menunggu hampir 11 tahun.

Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram peribadinya, beliau menitipkan kata-kata kesyukuran yang tidak terhingga.

“Subhanallah. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Tak sangka bulan depan saya bertemu cahaya mata yang dinanti- nantikan.

“Semoga semuanya dipermudahkan dan semuanya sihat sempurna. Ya Allah terima kasih Ya Allah,” tulisnya.

Sejak disahkan hamil empat bulan pada Oktober tahun lalu, Siti sentiasa berkongsi pengalaman terkini beliau bersama peminatnya di laman sosial.

Terdahulu Siti juga mengaku menjalani rawatan kesuburan ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ dalam usaha mendapatkan cahaya mata pertamanya.

Siti bernikah dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59, pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Gambar dari Instagram Siti Nurhaliza

Toyota Vios 2018 Kini Lebih Nilai Untuk Wang

Tahun 2018 menyaksikan model popular Toyota Vios diberi peningkatan dengan lebih banyak aksesori dan penampilan yang lebih segar.

MENERUSI tambahan aksesori yang dilakukan, Vios kini memberi lebih nilai dan kelebihan pada pemilikan serta menjadikan pemanduan lebih seronok.

Bagi varian paling tinggi, Vios TRD, kit badannya kini hadir dengan penampilan lebih sporty dengan jalur-jalur berwarna. Kit eksklusif berkenaan yang direka oleh TRD Asia, tidak hanya menawarkan imej yang lebih bergaya tetapi turut berfungsi untuk memberi manfaat dari sudut aerodinamik. Perumah cermin sisi kini disudahi dengan warna hitam untuk tampil lebih bergaya.

Bagi varian selebihnya, kit badan rekaan terbaru dengan gril honeycomb digunakan, sesuai dengan peredaran gaya semasa. Bagi tahun 2018, rekaan ruang dalaman juga diberi sentuhan yang lebih segar dengan rekaan pembalut kerusi baru bagi varian-varian gred GX, E dan J. Pembalut kulit bagi tempat duduk varian GX turut dilengkapi liang udara untuk menjadikannya lebih selesa.

Sensor parkir dipasang pada varian Vios 1.5 TRD, GX dan G untuk membantu pengguna meletakkan kenderaan dengan lebih mudah dan selamat. Sensor belakang sangat berguna ketika mengundurkan kenderaan, sementara sensor depan membantu untuk mengelakkan perlanggaran dengan objek yang boleh merosakkan bampar atau cat.

GX Shark Fin

Semua varian Vios kini dilengkapi dengan antena Shark Fin kompak pada bumbung, sekali lagi mengikut peredaran gaya semasa. Pada varian TRD, antena berkenaan diberikan warna hitam untuk nampak lebih sporty, sementara pada varian lain ia mengikut warna badan kenderaan.

Disebabkan rekaannya yang tirus dan rendah, antena jenis ini memberikan bunyi rintangan angin yang lebih rendah berbanding antena jenis biasa dengan tiang dawai yang lebih panjang, dan tidak perlu diturunkan sekiranya kenderaan melalui mesin basuh kenderaan automatik.

Plat penghadang juga dipasang pada bahagian dasar bukaan pintu untuk memberikan perlindingan kepada cat serta menyuntik kesegaran pada penampilannya. Kecuali bagi Vios 1.5 J, plat besi tahan karat itu disediakan bagi semua varian dan datang dengan pencahayaan khas ketika pintu dibuka.

TRD Scuff Plate

Bagi varian TRD, pencahayaan berkenaan adalah dalam warna amber, manakala yang lain-lain dalam warna putih.

Aksesori termaju seperti Peninjau Pandangan Panoramik, Perakam Video Digital dan sistem infotainmen DVD-AVN yang lebih maju dengan skrin sentuh 7-inci serta sambungan kepada telefon pintar dan internet masih lagi ditawarkan pada Vios.

Bagi pemilik Vios 1.5 J yang berhasrat untuk menaiktaraf sistem infotainmen, turut ditawarkan sebagai pilihan ialah sistem DVD-AVX dengan skrin sentuh 6.2-inci yang dilengkapi sambungan Bluetooth, HDMI, Voice Dial serta kamera undur.

TRD Rim

Kos bagi aksesori ini boleh dimasukkan sekali ke dalam pinjaman sewa beli sekiranya dinyatakan ketika melakukan pembelian kenderaan. Semua ini akan dipasang oleh individu terlatih di pusat aksesori UMW Toyota Motor sendiri dan datang dengan jaminan terhadap sebarang kecacatan dari kilang.

Terdapat enam varian ditawarkan untuk dipilih dengan harga yang mampu milik, dari serendah RM74,980 (tanpa insurans). Bermula dari sekarang hingga hujung Februari 2018, pembeli model Vios baru ini akan jimat sehingga RM2,512 dan menerima ang pow sebanyak RM988, termasuk aksesori percuma. Semua tawaran ini hanya untuk varian-varian terpilih dan tertakluk kepada terma dan syarat, dan sementara stok masih ada.

GX rim

Semua model Toyota datang dengan jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan sebagai kelebihan bagi pengalaman pemilikan yang lebih menyenangkan. Jaminan itu juga turut sah bagi pemilik seterusnya, asalkan ia masih berada dalam tempoh 5-tahun pertama perlindungan berkenaan, sekali gus memberikan nilai tambah kepada kenderaan ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Vios terbaru  ini serta tawaran istimewa sempena Tahun Baru Cina, pelanggan boleh berkunjung ke mana-mana bilik pameran Toyota yang turut menyediakan sesi pandu uji, atau layari toyota.com.my.

Post Menarik