Utama Blog Halaman 988

Find Your Passion With Naza College Of Technology And Business

Waiting for your Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) results and thinking about the next step in your educational journey? If you have a passion for cars and bikes, Naza College of Technology and Business has just the perfect automotive academic courses and is inviting you to check them out at their Open Day!

EVERY weekend from 24th February to 18th March, Naza College of Technology and Business is hosting an Open Day at its campus in Glenmarie, Shah Alam.

Students interested in building a career in the automotive sector are encouraged to drop by to gain insights on the lucrative automotive industry and have one-on-one consultations with skilled and experienced academic staff to find an academic course tailored to their needs.

“Naza is a progressive performance-based company promoting sustainable development and growth. Through Naza College of Technology and Business, we strive to offer students the best of automotive training to ensure that they are equipped with the right knowledge, qualifications and confidence when they begin their careers in the real world,” said Dr Jagdeep Jassel, CEO, Naza College of Technololgy and Business.

Dr Jagdeep Jassel, CEO, Naza College

Among the courses being offered by Naza College of Technology and Business include Diploma in Automotive Technology, Diploma in Automotive Business Management and Diploma in Motorsports Technology.

With two sessions; morning (9:30am – 12:30pm) and afternoon (2:00pm – 3:30pm), attendees can also expect to see world-class renown supercars such as Ferrari, Maserati and Lamborghini on display, and participate in exciting activities such as quizzes, lucky draw and a Design Your Dream Car competition to walk away with a special prize!

The Naza College of Technology and Business will be held on 24th – 25th February, 3rd – 4th March, 10th – 11th March and 17th – 18th March.

For those living in other states, fret not as Naza College of Technology and Business is coming to you! The college will also be having roadshows in Alor Setar, Seremban, Kuantan, Klang, Mentakab and Raub. Details are as below:

 

Date Venue Time
6-Mar StarCity Hotel, Alor Setar 1pm – 5pm
8-Mar Palm Mall Hotel, Seremban 1pm – 5pm
16-Mar Vistana Hotel, Kuantan 1pm – 5pm
18-Mar Premiere Hotel, Klang 1pm – 5pm
20-Mar Bukit Bendera Resort, Mentakab 1pm – 5pm
21-Mar Hotel Jelai, Raub 1pm – 5pm

 

As a value-added service, Naza College of Technology and Business is offering a registration and resource fee waiver worth RM1,000 for early-bird registrations during the Open Day and roadshow period.

Don’t miss out on this great opportunity to kickstart an exciting career in the automotive sector! To find out more on the Naza College of Technology and Business Open Day, reach out to us at 03-5569 6292, or 017-366 5543 (Azura) or 012-618 7546 (Deebas).

For more information, log on to https://www.naza.com.my/nazacollege/ and follow our Facebook feed at https://www.facebook.com/nazacollegeglenmarie/.

AirAsia Menang Anugerah Penggunaan Teknologi Terbaik

AirAsia telah memenangi anugerah Penggunaan Teknologi Terbaik di Anugerah Kesetiaan 2018 yang diadakan di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

ANUGERAH tersebut mengiktiraf Program Freedom Flyer AirAsia oleh Program Kesetiaan BIG AirAsia, kerana sistem keahliannya yang unik menjadikan pengumpulan dan penebusan ganjaran lebih baik, mudah dan cepat.

Diadili oleh panel yang terdiri daripada pakar pengurusan program kesetiaan utama, Anugerah
Kesetiaan ini mengiktiraf program kesetiaan oleh pemain industri dalam sektor perjalanan yang menekankan pemikiran strategik, pelaksanaan mengikut pasaran, inovasi dan rakan niaga komersial.

Ketua Pegawai Eksekutif Program Kesetiaan BIG AirAsia, Dato’ Eddy Leong berkata, “Kami
berbangga kerana diiktiraf di atas usaha kami untuk membuat pembaharuan dalam program
kesetiaan syarikat penerbangan dan menambah lebih nilai dalam kehidupan lebih daripada 17 juta ahli BIG dengan teknologi ini.

Anugerah ini ditujukan untuk semua kakitangan kami yang bekerja keras untuk melancarkan Program Freedom Flyer ini dan menjadikan Program Kesetiaan BIG AirAsia sebuah perniagaan digital. Kami akan terus memberi tumpuan untuk mengoptimumkan perkhidmatan
kami dengan teknologi terkini selain memperluaskan butik dalam talian kami, meningkatkan ciri aplikasi mudah alih dan memulakan jualan runcit untuk mengatasi jangkaan ahli-ahli global kami yang semakin berkembang.”

Program Freedom Flyer yang mempunyai empat taraf tersebut membolehkan para ahli menaik taraf status keahlian mereka berdasarkan kekerapan penerbangan – lebih kerap mereka terbang dengan AirAsia, lebih banyak Mata Ganjaran BIG AirAsia dan faedah yang boleh dinikmati.

Mereka juga boleh mendapat keutamaan untuk mengakses promosi sepanjang tahun menerusi aplikasi Program Kesetiaan BIG AirAsia, serta kemudahan perjalanan dan gaya hidup eksklusif seperti penginapan hotel, baucar hadiah dan pas untuk pelbagai acara menarik.

Aplikasi Program Kesetiaan BIG AirAsia dan laman web airasiabig.com memberikan para ahli pelbagai pilihan saluran untuk menyemak baki mata ganjaran mereka, menerima pemberitahuan tawaran eksklusif, menyimpan butiran sehingga 10 kad kredit atau debit untuk pembelian lebih cepat dan menebus penerbangan untuk sehingga 10 orang ahli keluarga.

Para ahli boleh menebus penerbangan AirAsia dengan mudah melalui promosi untuk ahli sahaja seperti Jualan Panggilan Akhir bulanan dan menikmati sehingga 90% diskaun atau sehingga 70% diskaun untuk Mata Ganjaran Tetap BIG serta Tempat Duduk Percuma, yang boleh ditebus bermula dari 0 Mata Ganjaran BIG AirAsia.

Selain itu, ahli-ahli yang mempunyai mata ganjaran yang rendah boleh menambah wang tunai untuk menebus penerbangan dengan proses pembayaran yang cepat dan lancar. Mereka juga boleh mengumpul Mata Ganjaran BIG daripada lebih 160 rakan niaga perjalanan dan gaya hidup pilihan mereka, selain daripada melalui penerbangan AirAsia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Freedom Flyer atau mendaftar sebagai Ahli BIG secara percuma, layari airasiabig.com atau muat turun aplikasi Program Kesetiaan BIG AirAsia daripada App Store atau Google Play untuk mula menikmati pelbagai keistimewaan eksklusif sekarang.

Honda Odyssey Baru Miliki Ciri Honda Sensing Termaju

Selepas memperkenalkan Honda Sensing pada varian kenderaan utiliti sukan (SUV) CR-V dan sedan Accord, kini sistem keselamatan termaju Honda diperluaskan kepada model kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Odyssey terbaru.

ENAM ciri utama untuk keselamatan dan keselesaan pada Honda Sensing ialah Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Sistem Brek Pengurangan Pelanggaran (CMBS), Amaran Perlepasan Laluan (LDW), Pengurangan Perlepasan Jalan Raya (RDM), Mengikuti Kelajuan Rendah (LSF) dan Sistem Bantu Kekal Laluan (LKAS) kini boleh didapati dalam model generasi ketiga MPV premium berkenaan.

Sistem ini juga diiktiraf sebagai ‘Teknologi Keselamatan Terbaik’ dalam Anugerah Program Pemeriksaan Kenderaan Baru ASEAN (ASEAN-NCAP) Grand Prix 2016.

Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Akkbar Danial berkata, Odyssey baru dilengkapi Sistem Kamera Pelbagai Pandangan, Sistem Bantu Parkir dan Maklumat Titik Buta sebagai ciri eksklusif.

“Ia meningkatkan penanda aras keselamatan untuk kenderaan dalam segmen MPV di negara ini yang digunakan untuk membawa penumpang atau ahli keluarga ke sesuatu destinasi,” katanya.

Penampilan model ini lebih mewah dengan bampar hadapan dan gril baru, rekaan lampu LED, rim aloi dua tona 17 inci dan cermin sisi boleh dilipat secara automatik.

Ruang dalaman pula lebih praktikal dengan ruang perehat tangan lebih lebar, tempat duduk penumpang boleh laras empat posisi, kerusi Premium Captain berciri Ottoman serta perehat kepala bagi keselesaan perjalanan jauh.

Platform lantai ultra rendah memudahkan urusan keluar masuk ke kabin selain mengekalkan ciri asas lebih kemas dan moden untuk MPV.

Dipadankan dengan enjin berkuasa 2.4L DOHC i-VTEC, Odyssey turut didatangkan bersama Sistem Earth Dream Technology dan kotak gear transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT).

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Platinium Putih Mutiara dan Premium Hitam Mutiara manakala Perak Metalik dikekalkan daripada model sebelumnya.

Honda Odyssey 2.4L EXV dijual pada harga RM254,800 (tanpa insurans) dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan.

“Saya Cuba Untuk Jadi Yang Terbaik”, Sufian Suhaimi

“Saya anggap mak El macam mak saya juga. Dia seorang yang baik dan saya hormati dia,” kata penyanyi Sufian Suhaimi, 26, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan ibu pelakon Elfira Loy yang mengatakan merek sudah putus tunang.

Sufian berkata, sehingga sekarang hubungannya dengan Elfira masih baik.

“Alhamdulillah, hubungan saya dan El sangat baik. Sampai sekarang. Saya cuba untuk jadi yang terbaik,” katanya.

Menurut Sufian, dia menyerahkan perkara itu kepada kedua ibu bapanya kerana tidak mahu membelakangkan mereka.“Mengenai cincin saya tak setuju. Sebab bukan saya yang cakap. Buat masa ini, biarlah kedua orang tua selesaikan dengan penuh adat.“Saya tak nak membelakangi keluarga, terutama ibu dan ayah,” katanya.

Ditanya mengenai Instagram Stories (IG Story) yang dimuat naik, Sufian yang popular menerusi lagu Terakhir menafikan ia ditujukan kepada mana-mana pihak.

“Walaupun hubungan kami baik, tetapi perkahwinan bukan mengenai dua individu saja.“Ia juga membabitkan dua belah keluarga. IG Story itu hanya luahan hati mengenai situasi saya sekarang,” katanya.

Sufian juga berharap agar tidak ada mana-mana pihak yang membuat spekulasi negatif menenai hubungannya dengan Elfira.

“Saya harap janganlah ada mana-mana pihak buat spekulasi sendiri. Doakan El, saya dan keluarga diberikan kekuatan dan ketenangan,” katanya.

Terdahulu, ibu Elfira, Filzah Yusoff, 52, mengesahkan bakal memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga Sufian sekali gus menjawab segala spekulasi mengenai hubungan itu.

Filzah berkata, Elfira yang kini berada di New York, Amerika Syarikat maklum berkenaan keputusan diambil.

Filzah juga menjelaskan, dia menganggap apa yang berlaku sudah ketentuan Allah. Sufian dan Elfira mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu. Gambar Instagram Sufian Suhaimi

Elfira Loy, Sufian Putus Tunang…..Jodoh Mereka Tak Panjang

Spekulasi mengenai status ikatan pertunangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi akhirnya terjawab apabila ibu pelakon wanita itu, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan penyanyi itu sudah putus.

IBU pelakon Elfira Loy, Filzah Yusoff, 52, mengesahkan bakal memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga penyanyi, Sufian Suhaimi sekali gus menjawab segala spekulasi mengenai hubungan itu.

Filzah ketika dihubungi berkata, Elfira yang kini berada di New York, Amerika Syarikat maklum berkenaan keputusan diambil.

“Sepatutnya saya dan bekas suami (bapa Elfira) ingin berjumpa keluarga Sufian yang kebetulan berada di Kuala Lumpur tetapi mereka beritahu sudah ingin pulang ke Muar.

Gambar pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu kini tinggal kenangan

“Jadi, saya dan bekas suami tunggu waktu lapang mereka pula untuk berjumpa dan pulangkan cincin. Cuma, apa boleh jelaskan, Elfira dan Sufian sudah tidak ada apa-apa hubungan.

“Elfira tahu mengenai perkara ini dan menyerahkan segala keputusan kepada kami. Saya berharap buat masa sekarang beri ruang dan privasi kami sekeluarga,” katanya.

Filzah juga menjelaskan, dia menganggap apa yang berlaku sudah ketentuan Allah.

“Saya beranggapan ini adalah jodoh dan ketentuan Allah. Semoga selepas ini Elfira ditemukan dengan lelaki yang baik.

“Apa yang berlaku biarlah menjadi rahsia kami sekeluarga. Tiada apa yang perlu saya huraikan lagi kerana sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang. Insya-Allah dalam masa terdekat, bapa Elfira akan menemui keluarga Sufian untuk menyelesaikan urusan itu mengikut adat.

“Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dalam hal membabitkan jodoh.

“Saya cuma berharap anak saya dipertemukan dengan lelaki yang jujur, beriman dan tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga. Ini kerana rezeki tidak datang bergolek jika tidak berusaha,” katanya.

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober tahun lalu dan mengikut perancangan awal, pasangan itu bakal disatukan awal bulan depan.

Spekulasi status pertunangan pasangan itu mula diperkatakan sejak Disember lalu apabila mereka tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial.

Elfira bagaimanapun, menepis spekulasi itu, sebaliknya mengakui, hubungan mereka juga menempuh dugaan terutama daripada orang di sekeliling.

Terdahulu, Elfira dalam satu catatan yang dimuat naik menerusi Instagramnya, memohon peminat supaya bersikap positif dan mendoakan yang terbaik.

“Anda boleh kata dan buat spekulasi, tapi takkan tahu cerita sebenar. Islam mengajar saya untuk sentiasa menjadi baik, positif, memaafkan dan melupakan.

“Anda adalah apa yang anda fikirkan. Setiap kata melambangkan diri. Jika anda bercakap hal yang baik, maka baiklah jadinya. Jika anda bercakap buruk, perbaiki untuk jadi lebih baik,” tulis Elfira dalam catatan itu.

Sementara itu, usaha mendapatkan kenyataan Sufian tidak berhasil. Penyanyi lagu Terasa Ada itu dalam kenyataannya sebelum ini, menegaskan soal perkahwinan bukan perkara main-main kerana ia membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak. Gambar dari Instagram Elfira dan Sufian

Takaful Ikhlas Rai Anugerah Daripada CPI Financial

Datuk Hj Ab Latiff Hj Abu Bakar

Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) mencapai satu lagi kejayaan baru-baru ini apabila memenangi Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam Asia Tenggara untuk kategori penyedia takaful am terbaik daripada CPI Financial yang beribu pejabat di Dubai Media City.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Datuk Ab Latiff Abu Bakar, berkata, ini  merupakan pencapaian yang membanggakan buat Takaful IKHLAS yang kini telah beroperasi hampir 15 tahun.

“Kejayaan ini adalah atas usaha kolektif kesemua kakitangan syarikat, ejen dan rakan perniagaan kami”,

“Melalui usaha mereka yang berterusan berserta dengan pelaksanaan strategi-strategi utama kami secara berdisiplin, Takaful IKHLAS hari ini memberikan perlindungan kepada lebih daripada 2 juta pemegang polisi yang terdiri daripada individu dan korporat. Kami sentiasa fokus menjana produk dan perkhidmatan inovatif yang sesuai dengan keperluan pelanggan kami”, kata Datuk Hj Ab Latiff.

Takaful IKHLAS menawarkan pilihan produk motor dan bukan motor di bawah portfolio takaful amnya. Ini termasuk rancangan menyeluruh untuk perlindungan kenderaan, bangunan dan aset lain.

“Dalam tempoh jangka panjang, kami akan terus memperluaskan rangkaian produk kami bagi memenuhi keperluan para pelanggan yang sentiasa berubah”, tambah Datuk Hj Ab Latiff.

Mengenai Takaful Ikhlas

Takaful IKHLAS mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) dan pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad dan pelbagai skim unit Amanah Saham PNB. Pada 5 Mei 2014, Syarikat menukar statusnya menjadi syarikat awam.

Takaful IKHLAS mempunyai 13 pejabat wilayah yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu, Putrajaya dan Negeri Sembilan.  Pejabat Korporat Takaful IKHLAS pula terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur.

Kini, Takaful IKHLAS mempunyai lebih 2 juta pemegang sijil (polisi) berdaftar dan juga lebih 6,000 orang ejen.

Nasihat Perjalanan Dari AirAsia Sebelum Berlepas Pada Cuti Tahun Baru Cina

Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina, AirAsia dan AirAsia X ingin menggalakkan para tetamu untuk tiba lebih awal di lapangan terbang sekurang-kurangnnya 3 jam sebelum waktu perlepasan bagi penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan 4 jam sebelum bagi penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7) bagi melepasi kesemua formaliti penerbangan dan mengelakkan kesesakan yang dijangka akan berlaku semasa musim perayaan ini.

PENUMPANG juga dinasihatkan supaya daftar masuk sendiri melalui laman web, aplikasi mudah alih atau kiosk daftar masuk dan mencetak pas masuk terlebih dahulu bagi memudahkan perjalanan mereka.

Perkhidmatan ini boleh didapati 14 hari sebelum tarikh penerbangan dan 1 jam sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia, dan sehingga 4 jam sebelum waktu
perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia X.

Kiosk Daftar Masuk Sendiri dan Tag Bagasi Sendiri tersedia di semua lapangan terbang di Malaysia, manakala perkhidmatan Daftar Masuk Bagasi Sendiri boleh didapati di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kuching, Langkawi, Kota Kinabalu, Pulau Pinang serta Lapangan Terbang Miri, Tawau, Sultan Ismail Petra dan Sibu.

Tetamu yang berlepas dari Johor Bahru pula boleh menikmati perjalanan yang lebih lancar tanpa mengemukakan dokumen peribadi mereka dengan sistem pengecaman wajah pertama di Asia oleh syarikat penerbangan, Fast Airport Clearance Experience System (F.A.C.E.S) di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Tersedia untuk para tetamu berumur 18 dan ke atas, proses pendaftaran boleh dibuat di kiosknya dengan meletakkan MyKad atau pasport bercip mereka dan memandang kamera untuk mendapatkan token biometrik mereka.

Buat masa ini, sistem ini hanya boleh didapati untuk penerbangan terpilih dari Johor Bahru ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Bangkok, dan Macao. Bagi tetamu yang mempunyai bagasi untuk didaftar masuk, kaunter bagasi ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

Oleh kerana kesesakan dijangka akan berlaku di kaunter mengimbas bagasi dan di kaunter imigresen, anda dinasihatkan untuk melengkapkan proses daftar masuk bagasi dan terus ke pintu perlepasan seawal yang mungkin.

Setiap seorang tetamu (kecuali bayi) hanya dibenarkan membawa SATU beg kabin (tidak melebihi dimensi 56 x 36 x 23cm) DAN satu beg komputer riba atau beg tangan ke atas pesawat.

Jumlah berat kedua-dua beg yang dibenarkan tidak harus melebihi 7kg. Para tetamu juga disarankan untuk membuat pra-tempahan peruntukan berat bagasi untuk lebih penjimatan. Pilih ‘Urus Tempahan Saya’ untuk menambah berat bagasi di laman airasia.com sehingga empat jam sebelum waktu berlepas, atau menerusi aplikasi mudah alih untuk peranti iPhone dan Android.

Tetamu dengan tempahan berkumpulan, kekurangan kebolehan bergerak atau memerlukan bantuan istimewa hanya boleh mendaftar masuk menerusi kaunter sahaja dan perlu tiba lebih awal bagi menyelesaikan kesemua formaliti perjalanan.

Kakitangan AirAsia yang berada di lapangan terbang bersedia untuk membantu dan memastikan perjalanan yang lancar untuk semua disepanjang musim perayaan ini.

NASIHAT PERJALANAN AIRASIA

Selain itu, para tetamu juga dinasihatkan untuk membuat pra-tempahan dalam talian bagi
hidangan kombo Santan berharga RM10 untuk penerbangan AirAsia dan RM15 untuk penerbangan AirAsia X.

Pra-tempahan menawarkan lebih banyak pilihan hidangan serta penjimatan dan memastikan
mereka dihidang terlebih dahulu. Nikmatilah rasa Szechuan dengan hidangan Ayam Kung Pao bersama ayam yang lazat, cili kering, sos pedas Kung Po, lada benggala, bawang merah dan kacang yang dihidangkan dengan beras putih.

Hidangan Kombo pula tersedia untuk pra-tempahan sehingga 24 jam sebelum waktu perlepasan menerusi pautan ‘Urus Tempahan Saya’. Ceriakan pengalaman perjalanan anda dengan hiburan dalam penerbangan percuma apabila anda menyambung ke ROKKI Wi-Fi pada peranti mudah alih anda atau berhubunglah dengan ahli keluarga melalui Internet Percuma ROKKI, hanya untuk ahli AirAsia BIG.

Jangan lupa untuk membeli-belah barangan bebas cukai dengan lebih jimat dan mudah di ROKKIshop.com. Pra-tempahan boleh dibuat sehingga 48 jam untuk penerbangan AirAsia dan 72 jam untuk penerbangan AirAsia X, dan pesanan tersebut akan terus dihantar ke tempat duduk anda, sama ada dalam penerbangan pergi atau balik.

Beg Bertuah edisi terhad AirAsia juga boleh didapati pada harga RM38, RM68, RM88 dan RM128. AirAsia mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua tetamu kami. Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Lucky Winner Chevrolet ‘Test Drive and Win’ Contest Announced

Grand Prize winner Chah Choong Khing with Mohd Farid Rosli Head of Naza Quest and Nik Norizham Nik Norzlan Thani Marketing Manager of Naza Quest

Naza Quest Sdn Bhd, the official distributor for Chevrolet vehicles in Malaysia, announced the winner of its ‘Test Drive and Win’ contest at a prize-giving ceremony held at Naza Automall in Petaling Jaya.

A businessman from Perak, Chah Choong Khing, was the lucky winner of a 4D3N all-expenses paid trip for two to watch a Manchester United football match at the Theatre of Dreams in Manchester, UK.

“I was quite surprised when I was announced as the lucky winner. Thanks to Naza Quest for holding the ‘Test Drive and Win’ contest. It’s an unexpected fortune for me,” he said.

To participate in the contest, customers need to go to any Chevrolet Dealership, request for a test-drive of any Chevrolet model and submit a completed contest entry form. The contest was held from 1 June, 2017 to 30 September, 2017.

Grand Prize winner Chah Choong Khing with Mohd Farid Rosli Head of Naza Quest and Nik Norizham Nik Norzlan Thani Marketing Manager of Naza Quest

“The ‘Test Drive and Win’ contest was held to reward our loyal customers for their fervent support towards the Chevrolet brand all these years. The campaign gives us the opportunity to reward a winner with a chance to watch a Manchester United match at the Old Trafford”, said Farid Rosli, Head of Naza Quest Sdn Bhd.

Chevrolet has been the official jersey sponsor of Manchester United Football Club since 2014 when the world famous team signed a seven-year contract with Chevrolet.

BigPay Tawar Penyelesaian Teknologi Kewangan (Fintech) Bukan Bank di Asia

Baru-baru ini, BigPay telah melancarkan aplikasi baharu di Malaysia dengan misi untuk menyediakan perkhidmatan kewangan dengan kadar rendah, adil dan telus untuk semua.

APLIKASI BigPay adalah satu alternatif digital bagi akaun bank berserta kad yang menawarkan fleksibiliti kepada para pengguna untuk berbelanja di mana sahaja di dunia.

Cara untuk mendaftar akaunnya juga adalah cepat, tanpa kertas dan mudah, kerana semuanya dilakukan pada telefon pintar anda – kini anda tidak lagi perlu beratur atau membuat temu janji di cawangan bank tempatan.

Setelah memuat turun aplikasinya dan mendaftar, setiap pelanggan BigPay akan menerima kad Mastercard unik yang membolehkan mereka berbelanja dengan selamat di lebih daripada 35 juta peniaga – baik dalam dan luar talian – serta mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM di mana-mana sahaja.

Matlamat BigPay adalah untuk menjadi pilihan utama para penggunanya, membolehkan mereka menambah nilai daripada semua kad sedia ada mereka, untuk menguruskan perbelanjaan mereka dalam satu aplikasi dan untuk mengawal perbelanjaan mereka dengan pengalaman pengguna yang mudah dan lancar.

BigPay dikendalikan sebagai sebuah syarikat bebas dengan budaya startup, yang mencerminkan DNA model syarikat keusahawanannya, AirAsia.

Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun telah menubuhkan AirAsia supaya ‘semua orang boleh terbang,’ dan mengikut model yang sama, BigPay bercita-cita untuk merevolusikan perkhidmatan kewangan di Asia Tenggara, supaya ‘semua orang boleh berbelanja.’

Sebagai sebahagian daripada ekosistem AirAsia, BigPay juga bertujuan untuk mengurangkan kadar perbelanjaan perjalanan untuk semua orang. BigPay tidak akan mengenakan sebarang caj FX untuk perbelanjaan antarabangsa.

Beberapa kad debit dan kad kredit mengenakan caj FX yang besar, caj transaksi
dan mempunyai caj merentas sempadan yang tersembunyi, akan tetapi BigPay tidak mengenakan semua caj sedemikian.

About BigPay

BigPay is available in Malaysia and is a licensed e-money issuer, regulated by Bank Negara Malaysia. BigPay’s app allows its users to manage money on the go from their smartphone. Users can see their transactions in real-time, add photo receipts to purchases, track their monthly spending, freeze their card and send money to friends and family for free.

Full transparency and lower fees than your average bank card, especially when travelling. Good news for international spenders who won’t pay additional cross-border fees abroad
Freedom and flexibility to manage your account and spend with merchants globally using the BigPay card Travel benefits with AirAsia including zero processing fees, pre-booked F&B and baggage discounts, and more travel perks to come in 2018

Send money for free to friends and family instantly – join the BigPay community today
*NEW* send e-Ang Pow this Chinese New Year to your loved ones in a virtual red envelope
BigPay is only just starting on its journey to revolutionise money in Asia, and intends to rollout many new and exciting features in 2018.

Harald Hoelzl Kini Pengarah Urusan Dan CEO BMW Group Malaysia

Harald Hoelzl akan mengambil alih tanggungjawab di Malaysia daripada Pengarah Urusan dan CEO sekarang iaitu Han Sang Yun bermula 1 Mac 2018.

BMW Group AG telah melantik Harald Hoelzl untuk memegang tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW Group Malaysia yang baru bermula 1 Mac 2018.

Hoelzl akan mengambil peranan tersebut daripada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif sekarang, Han Sang Yun yang bakal dilantik sebagai Presiden BMW Group Korea yang baru.

Hoelzl memulakan kerjayanya dengan BMW Group pada tahun 2002 serta telah berkhidmat dalam pelbagai jabatan seperti Jualan, Pemasaran, Pembangunan Pengedar dan IT. Dengan rekod kerjaya yang mengagumkan, BMW Group AG melantik beliau sebagai Ketua Pemasaran BMW Group Central South Eastern Europe pada tahun 2011, sebelum mengetuai operasi BMW Group di Republik Czech.

2017 – Launch of MINI Countryman

Sementara itu, Han Sang Yun akan dilantik sebagai Presiden BMW Group Korea berkuat kuasa 1 Mac 2018. Beliau menggantikan Presiden sekarang, Dr. Hyojoon Kim yang akan memulakan tugas dan tanggungjawab sebagai Wakil Pengarah dan Pengerusi pengeluar kenderaan premium itu di sana.

Dengan pengalaman dalam industri automotif selama lebih 20 tahun di Korea, Han Sang Yun dilantik menjadi Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia pada Januari 2015.

Sepanjang bertugas di Malaysia, Han telah membantu pengeluar kenderaan premium ini mencatat prestasi pertumbuhan terbaik pada tahun 2017.

Beliau juga merupakan pemacu utama dalam mengembangkan portfolio kenderaan Plug-in Hybrid BMW Group Malaysia menjadi 55% daripada jumlah keseluruhan penyerahan di negara ini. Sekali gus memacu strategi Visionary Mobility pengeluar kenderaan premium ini.

Post Menarik