Utama Blog Halaman 923

AirAsia Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia Buat Tahun Keenam Berturut-turut Di WTA 2018

AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia buat tahun keenam berturut-turut di Pusingan Akhir World Travel Awards (WTA) 2018.

AIRASIA mengungguli kategori tersebut setelah menerima undian tertinggi daripada para pelancong dan pemain industri profesional dari seluruh dunia, menewaskan Southwest Airlines, JetBlue, Ryanair, easyJet, Jetstar Airways, Norwegian Air, West Air, flydubai, Air Arabia, flynas dan fastjet.

Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia Suhaila Hassan (tengah kiri) dan Ketua Komunikasi Kumpulan AirAsia Audrey Progastama Petriny (tengah) menerima anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka daripada Presiden dan Pengasas World Travel Awards Graham Cooke (tengah kanan), bersama-sama kru kabin AirAsia

Syarikat penerbangan tersebut juga memenangi anugerah Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambah Rendah Terkemuka Dunia buat kali kedua berturut-turut, mengatasi Southwest Airlines, JetBlue, Ryanair, easyJet, Jetstar Airways, Norwegian Air, West Air, flydubai, Air Arabia, flynas, fastjet, Kulula dan Mango.

Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia Suhaila Hassan dan Ketua Komunikasi Kumpulan AirAsia Audrey Progastama Petriny menerima anugerah tersebut bagi pihak syarikat di sebuah majlis di Pátio da Galé di sini semalam.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Syarikat Penerbangan) Bo Lingam berkata, “Terima kasih kepada semua yang mengundi kami.

Sejak tahun lepas, kami telah berusaha keras untuk meningkatkan pengalaman para tetamu kami untuk menjadikan perjalanan lebih mudah dan menyeronokkan serta menawarkan perkhidmatan yang lebih peribadi, dan kami amat berbesar hati untuk melihat usaha kami dihargai.

“Selain inisiatif digital, seperti sistem pengecaman wajah Fast Airport Clearance Experience System (FACES) dan Program Freedom Flyer, kami juga mempunyai pasukan Kebahagiaan Pelanggan untuk meningkatkan keupayaan dalam perkhidmatan pelanggan kepada para tetamu kami, yang menginginkan perkhidmatan sokongan pelanggan yang cepat serta responsif dengan hanya menekan satu butang di mana sahaja, dan kami berusaha untuk menjadikannya satu kenyataan.

“Para tetamu tetap menjadi keutamaan kami walaupun kami kini berevolusi dari sebuah syarikat penerbangan ke sebuah syarikat teknologi perjalanan. Mereka adalah teras bagi segala yang kami lakukan, dan kami percaya pelbagai tawaran perjalanan dan gaya hidup yang kini sedang diusahakan seperti e-dagang, teknologi kewangan (fintech), dan logistik – akan meningkatkan pengalaman AirAsia secara keseluruhan kepada mereka.”

Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia Suhaila Hassan berkata, “Saya telah bersama AirAsia selama 22 tahun.

Saya menyertainya sebagai salah seorang kru kabin yang pertama, sebelum Tony dan Datuk Kamarudin membeli syarikat penerbangan itu. Di awal perkhidmatan, kami merupakan sebuah syarikat yang kecil, dengan hanya 30 orang kru kabin dan dua buah pesawat yang mengendalikan laluan domestik di Malaysia.

Sejak itu, syarikat ini telah berkembang, dan begitu juga dengan keluarga kami. Kami kini mempunyai lebih daripada 5,900 kru kabin dari seluruh dunia, termasuk Australia, Brazil, Zambia dan Amerika Syarikat.

“Perjalanan syarikat ini benar-benar mengagumkan, tetapi apa yang luar biasa adalah apabila rakan-rakan Allstar saya masih mengekalkan semangat yang sama untuk memberikan perkhidmatan terbaik seperti dahulu, dan kami amat teruja serta merasa rendah diri kerana para tetamu dan rakan-rakan kami turut berkongsi perasaan yang sama. Terima kasih semua.”

World Travel Awards merupakan salah satu anugerah yang paling berprestij, komprehensif dan diingini oleh industri global dan pelancongan. Ditubuhkan pada tahun 1993 untuk mengiktiraf, memberi ganjaran dan meraikan kecemerlangan dalam semua sektor industri perjalanan, pelancongan dan hospitaliti, jenama World Travel Awards kini diiktiraf di peringkat global sebagai anugerah utama bagi kecemerlangan industri.

Honda Malaysia Offering Cash Rebates Up To RM50,000* In Year End Campaign

For customers who are eyeing a brand new Honda this season, fabulous news awaits! Honda Malaysia has announced its 3XTRAORDINARY Savings campaign where customers can enjoy Low Interest Rate* or Cash Option*, Year-End Bonus* and Extra Cash Rebate* which starts from 1 December 2018 until 31 December 2018*.

CUSTOMERS can enjoy extra cash rebates plus an exclusive gift* when they drive home a new Honda model, in time to usher in the new year!

The rebates ranging from RM2,500 to RM50,000* are available for various Honda models, namely Jazz, BR-V, City, Civic, CR-V, Accord, Odyssey and Civic Type R.

To enjoy the great rebates, the vehicle must be registered between 1 December 2018 and 31 December 2018* and purchased from any of the 97 authorised Honda dealers nationwide.

At the same time, Honda Malaysia is also rewarding existing Honda Insurance Plus (HIP) customers with a gift** when they renew their HIP insurance during this campaign period.

The 3XTRAORDINARY Savings campaign was conceived this time around as a celebration and recognition of the trust that Malaysian customers have placed in the Honda brand.

Honda Malaysia has maintained its position as the No.1 in Non-National Segment and No.2 in overall Total Industry Volume (TIV) thus far since January, thanks to its stellar sales performance.

Among the best-selling Honda models, the City tops the chart with more than 30,200 units sold and contributed 32% to Honda Malaysia’s total sales from January to November 2018.

With this outstanding performance, City sealed its popularity by leading the B-segment sedan as of November 2018. The Civic and CR-V were also highly popular with Malaysians, contributing 16% and 13% respectively to the company’s total sales units as of November 2018.

At the beginning of the year, Honda Malaysia launched the Odyssey with Honda SENSING,
completing the line-up of SUV, sedan and MPV equipped with this Next Generation Advanced Safety Technology.

Now available in the CR-V, Accord and Odyssey; the Honda SENSING underlines Honda’s continuous efforts to introduce advanced technologies that make mobility better and lives more comfortable and safer.

For more information on the 3XTRAORDINARY Savings campaign or to book a test drive,
customers can visit any of the 97 authorised Honda dealerships nationwide or call Honda’s Toll Free number at 1-800-88-2020 or log onto www.honda.com.my for more information.

* Terms and conditions apply
**Only for customers who renew their HIP insurance at a Honda Authorised Dealer during the campaign period. Gifts are valid while stocks last. Other terms and conditions apply.

Naza Kia Malaysia Offers “Year End Surprise” Campaign Till 31st December 2018

KIA Picanto

Naza Kia Malaysia, the official distributor of Kia vehicles in Malaysia, is ending the year with their “Year End Surprise” campaign starting from 1st December to 31st December 2018 with up to RM15,000 savings up for grabs!

HEADLINING the campaign offers is a 5-year warranty with unlimited mileage and also up to 5 years free maintenance service.

Drive home a brand new Kia with great savings now! The all-time favourite Kia Cerato now
comes with huge savings of RM15,000 and also comes with a FREE 1-year insurance.

Save RM10,000 for the New Kia Optima large family sedan or get the compact and fun Kia Picanto that now comes with 2 years of FREE maintenance service for added peace of mind.

Not forgetting the New Kia Rio with RM5,000 savings, this new hatchback comes packed with new advanced features such as the 6-speed Automatic Transmission and also is the first in its segment to comes standard with a Blind Spot Monitoring System, giving the driver a better alerted drive.

Looking for a bigger SUV? Get the New Kia Sorento that comes with a powerful turbo diesel
engine and an 8-speed transmission, or the New Kia Sportage that comes with a newly
designed LED headlamp that is both practical and striking.

These offers are only applicable for all bookings within the campaign period and with limited
units available. So don’t miss out on these amazing deals, visit the nearest Kia showroom
today! Terms and conditions apply.

Mohd Muazzam Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif BHB

BIMB Holdings Berhad (BHB) mengumumkan perlantikan Mohd Muazzam Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi kedua-dua BIMB Holdings Berhad dan anak syarikat milik penuhnya, Bank Islam Malaysia Berhad berkuat kuasa serta-merta.

MOHD Muazzam yang juga seorang Akauntan Berkanun, menyertai Bank pada 11 Mei 2015 sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO).

Beliau dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif berikutan perletakan jawatan Khairul Kamarudin pada 20 Julai 2018 yang lalu.

Beliau membawa bersama pengalaman selama 22 tahun dalam bidang audit, kewangan dan perundingan. Sejak menyertai Bank, beliau telah memainkan peranan utama dalam halatuju strategik Bank, pengurusan modal dan lembaran imbangan, kewangan korporat, kredit, perletakan pasaran, perancangan & kawalan kewangan dan pentadbiran am.

Beliau adalah ahli dalam pelbagai jawatankuasa eksekutif di Bank Islam dan mempengerusikan beberapa jawatankuasa pemandu projek. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah di beberapa syarikat dalam Kumpulan BHB dan Bank Islam.

Mohd Muazzam merupakan Akauntan Bertauliah [Institut Akauntan Malaysia], Akauntan Awam Bertauliah [Institut Akauntan Awam Malaysia], Juruaudit Sistem Maklumat Bertauliah [ISACA] dan Akauntan Kewangan Awam Bertauliah [Institut Kewangan Awam dan Perakaunan Berkanun].

Beliau juga pernah menjadi Rakan Kongsi KPMG dan Pengarah Eksekutif bagi Konsultansi Pengurusan KPMG dari tahun 1997 hingga 2015.

AirAsia Mendarat Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kedua Melbourne – Avalon

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia telah mendarat di Lapangan Terbang Melbourne Avalon pagi ini dan secara langsung melancarkan perkhidmatan penerbangan antarabangsa pertama ke dan dari lapangan terbang kedua daerah Victoria di Barat Daya Melbourne.

AIRASIA menerusi syarikat jarak jauhnya, AirAsia X, Penerbangan D7218 mendarat pada 8.20 pagi GMT+11 dan membawa kumpulan pertama dari 500,000 jumlah pelawat antarabangsa yang dijangkakan akan dibawa oleh syarikat penerbangan tersebut pada tahun akan datang ke daerah ini.

(L-R) Australian High Commissioner to Malaysia HE Andrew Goledzinowski AM, Group CEO AirAsia X Nadda Buranasiri, CEO AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail, Executive Chairman Linfox Airports David Fox and CEO Avalon Airport Justin Giddings flanked by cabin crew

Bagi menyambut penerbangan sulung ini, AirAsia menawarkan promosi selamat datang ke Melbourne Avalon, dengan tambang serendah RM499* sehala antara Melbourne/Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur/Melbourne (untuk perjalanan segera hingga Mei 2019).

Pendaratan sulung AirAsia di Melbourne Avalon adalah hasil perjanjian 10 tahun antara syarikat penerbangan Asia Tenggara tersebut dengan Lapangan Terbang Melbourne Avalon dan pelaburan sebanyak $48 juta dolar Australia dari kerajaan Australia dan Victoria bagi membangunkan infrastruktur sekitar Bandar Geelong.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Nadda Buranasiri berkata, “Ketibaan penerbangan AirAsia X D7218 ke terminal tambang rendah canggih Lapangan Terbang Melbourne Avalon ini menandakan satu era baru bagi para pelancong dan bagi kumpulan AirAsia di Australia.

“Kemudahan yang telah dibina khas di Lapangan Terbang Melbourne Avalon hari ini, akan menjadi salah satu hab penting antarabangsa kami di luar Asia Tenggara,” katanya.

“Menerusi perbincangan bersama dengan pihak pengurusan lapangan terbang, kerajaan,  dan pihak berkepentingan tempatan, kami telah berjaya mencapai kata sepakat menerusi perjanjian jangka panjang yang menawarkan kos operasi yang lebih rendah buat AirAsia, pertambahan ketibaan pelancong dan keuntungan bukan aeronautik Lapangan Terbang Melbourne Avalon, dan yang paling penting adalah membolehkan jutaan penumpang terbang pada tambang yang berpatutan.”

“Lapangan terbang yang selaras dengan model penerbangan tambang rendah (LCC), membolehkan AirAsia merangsang pasaran perjalanan udara di destinasi-destinasi yang tanpa kami akan kurang mendapat perkhidmatan, dan kami menjadi pemangkin dalam menyediakan perjalanan udara berpatutan dari pangkalan kedua seperti di Bangkok, Thailand  (Lapangan Terbang Don Mueang), Tianjin, China (berhampiran Beijing), Clark (Manila) dan kini Lapangan Terbang Avalon, Melbourne.”

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata, “Selepas lebih daripada sedekad beroperasi dan berjuta-juta penumpang yang telah terbang bersama kami dari dan ke Melbourne Tullamarine, pemindahan kami ke Lapangan Terbang Melbourne Avalon akan menyediakan tetamu Australia peluang untuk bercuti dengan tambang nilai yang hebat ke lebih daripada 130 destinasi dalam rangkaian kami di Asia Tenggara, Timur Tengah, dan Amerika Syarikat (Hawaii).

Termasuk destinasi percutian kegemaran penduduk Australia seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, China, India dan Jepun.

“Paling penting, bagi tetamu Asia Tenggara kami, pemindahan ini akan menyediakan akses mudah ke bandar pesisir Geelong dan salah satu tarikan pelancongan utama Australia iaitu, the Great Ocean Road.

“Untuk ramai penduduk tempatan Melbourne, Lapangan Terbang Melbourne Avalon sebenarnya adalah lebih dekat dari yang disangka dan pengalaman dari pintu masuk ke pintu pelepasan ke pesawat,  akan menjadi lebih mudah dan berpatutan apabila mengambil kira faktor lebuh raya kurang trafik, kesesakan di lapangan terbang, tol jalan raya dan tempat letak kereta yang tersedia.

“Kami berterima kasih kepada Kerajaan Australia dan Victoria, keluarga Linfox dan masyarakat tempatan yang telah merealisasikan pemindahan operasi ini bagi para tetamu antarabangsa kami,”  katanya.

FAKTA RINGKAS:

  • Perjalanan penerbangan AirAsia X D7218 merangkumi 6,454km dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Melbourne Avalon, Australia
  • Penerbanagan AirAsia X D7218 beroperasi menggunakan pesawat Airbus A330-300 dengan 12 tempat duduk Premium Flatbed dan 365 tempat duduk standard
  • AirAsia X Flight D7218 di operasi krew penerbangan termasuk 3 juruterbang dan 8 krew kabin termasuk 2 krew yang berasal dari Perth dan Melbourne, Australia yang direkrut baru-baru ini
  • Seramai 60 kakitangan AirAsia dan pengendali urusan darat (ground handler) tempatan dari Australia berpangkalan di terminal Antarabangsa Melbourne Avalon yang baharu ini
  • AirAsia mempunyai 28 penerbangan seminggu antara Kuala Lumpur dan Melbourne Avalon menghubungkan para tetamu dengan lebih dari 130 destinasi serata Asia Tenggara, Timur Tengah dan Amerika Syarikat
  • Para tetamu AirAsia yang terbang ke Melbourne Avalon boleh menikmati pelbagai kelebihan Avalon seperti bayaran tempat letak kereta yang lebih rendah, lebuh raya Tullamarine tanpa tol,  akses mudah ke pusat bandar Melbourne dengan SkyBus, infrastruktur lapangan terbang baharu dan proses mudah ketibaan dan pelepasan.
  • AirAsia beroperasi antara Kuala Lumpur, Malaysia dan Perth, Sydney, Gold Coast dan kini ke Melbourne Avalon. AirAsia juga mempunyai servis antara Denpasar,  Indonesia dan Perth.
myavv.PNG

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

AirAsia Mula Perkhidmatan Laluan Eksklusif Kuching-Tawau

AirAsia hari ini meraikan perkhidmatan laluan dari Kuching ke Tawau, menjadikannya satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan ibu negeri Sarawak ke bandar ketiga terbesar di Sabah.

PENERBANGAN empat kali seminggu tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 10.50 pagi dan dinaiki oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Pengarah Perhubungan Kerajaan AirAsia Zamani Rafique dan pegawai-pegawai lain.

(Lima dari kiri) Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai; Isteri kepada Datuk Abdul Karim, Datin Zuraini Abdul Jabbar; Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew; Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Hii Chang Kee; Pengurus Besar Sabah Tourism Suzaini Sabdin Ghani dan Pengarah Perhubungan Kerajaan AirAsia Zamani Rafique

Setibanya di Lapangan Terbang Tawau pada jam 12.45 tengah hari, pesawat tersebut disambut dengan pancuran air dan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar YB Datuk Christina Liew.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, “Kami berbesar hati untuk merasmikan perkhidmatan baharu kami dari Kuching ke Tawau pada hari ini yang merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk meningkatkan rangkaian di Malaysia Timur.

“Sehingga kini, kami telah menerbangkan lebih 3.8 juta orang tetamu ke dan dari Kuching serta 1.1 juta orang tetamu ke dan dari Tawau, yang menyaksikan peningkatan sebanyak 19% dan 30% dari tahun lepas, dan kami jangka angka ini akan terus meningkat dengan laluan baharu ini.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan kerana meluluskan laluan ini dan laluan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) kami yang akan datang dengan kekerapan dua kali setiap hari iaitu Kota Kinabalu-Sibu dan Kota Kinabalu-Bintulu yang boleh ditempah mulai hari ini dan bakal beroperasi pada 1 Januari 2019.

“Kami juga menjangkakan laluan baharu ini terus menyumbang kepada ketibaan pelancong di Malaysia Timur. Kami turut ingin merakamkan penghargaan kepada kedua-dua kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dan lembaga pelancongan atas sokongan mereka, dan kami berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk membangunkan semua destinasi ini untuk menjadi tempat pelancongan yang bernilai tinggi.”

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, “Penerbangan AirAsia Kuching-Tawau merupakan usaha yang baik selari dengan usaha Kementerian untuk mempromosikan sektor pelancongan di Pantai Timur Sabah khususnya Sandakan dan Tawau.

“Kami sedang dalam proses untuk memanfaatkan potensi Tawau sebagai satu lagi destinasi percutian utama bagi pelancong domestik dan asing melalui 30 pakej pelancongan yang dilancarkan awal tahun ini.”

Untuk meraikan perkhidmatan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang istimewa daripada serendah RM49* sama ada dari Kuching atau Tawau. Tambang promosi ini tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 15 Disember 2018 untuk perjalanan segera hingga 16 Disember 2019.

AirAsia juga menawarkan TEMPAT DUDUK PERCUMA** untuk laluan Kota Kinabalu-Sibu dan Kota Kinabalu-Bintulu. Promosi ini tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 16 Disember 2018 untuk perjalanan antara 1 Januari 2019 dan 4 Februari 2020.

AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) kini terbang ke 12 destinasi dari Kuching – Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Johor Bahru, Bintulu, Pulau Pinang, Sibu, Tawau, Miri, Shenzhen, Pontianak dan Singapura. Syarikat penerbangan ini juga terbang dari Tawau ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuching.

Jadual Penerbangan untuk Kota Kinabalu, Sabah (BKI) ke Bintulu, Sarawak (BTU)

Jadual 1.jpg

Jadual Penerbangan untuk Kota Kinabalu, Sabah (BKI) to Sibu, Sarawak (SBW)

Jadual 2.jpg

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Promosi TEMPAT DUDUK PERCUMA khas untuk Ahli BIG sahaja. Tempat duduk terhad dan mungkin tidak tersedia untuk semua penerbangan, semua destinasi, cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu. Tempat duduk percuma tidak termasuk caj bahan api dan cukai lapangan terbang. Tertakluk pada terma dan syarat pengangkutan kami yang lain.

AirAsia Bawa Penyokong Harimau Malaya Ke Bangkok

Majlis penghantaran istimewa bagi Penyokong Harimau Malaya telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) yang dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Dato’ Lokman Hakim bin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat

AirAsia bangga menerbangkan Ultras Malaya dan Penyokong Harimau Malaya ke Bangkok untuk menyaksikan perlawanan kedua bagi AFF Suzuki Cup 2018 separuh akhir antara Malaysia dan Thailand di Stadium Rajamangala hari ini.

MAJLIS penghantaran istimewa telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) yang dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Dato’ Lokman Hakim Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Kami teruja kerana sekali lagi dapat memberi sokongan kepada mereka melalui penerbangan khas ini.

“Kami percaya pada Ultras Malaya, ekor Harimau Malaya dan peminat pasukan bola sepak kebangsaan dan ini merupakan langkah terbaik untuk kami membantu membawa mereka menyaksikan perlawanan itu.

“Sorakan dan kata-kata semangat mereka pasti akan menyuntik lebih semangat kepada Harimau Malaya dan menjadi peringatan bahawa seluruh Malaysia akan bersorak bersama pasukan bola sepak negara pada malam ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka!”

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, “Saya memuji langkah AirAsia sebagai syarikat tempatan yang turut sama menyokong arena sukan tempatan dan membawa Ultras Malaya dan para penyokong melalui penerbangan khas ini.

Ini pasti akan menguatkan sorakan bagi pasukan kita di stadium itu. Saya berharap agar lebih banyak sektor swasta akan menyokong industri sukan tempatan supaya kita terus berkembang di pentas antarabangsa.

Komitmen AirAsia terhadap arena sukan di Malaysia adalah sebahagian dari kempen berterusan #DARETODREAM AirAsia yang mengukuhkan posisi syarikat penerbangan tersebut dalam merealisasikan impian, membangunkan arena sukan tempatan dan menyokong atlet negara dalam pelbagai tahap dengan satu visi – untuk mengharumkan nama negara di mata dunia.

Sejak beberapa tahun yang lalu, AirAsia telah memberi sokongan kepada ramai atlet negara dalam usaha mereka meraih kejayaan, antaranya adalah atlet berbasikal trek Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa, penerjun Leong Mun Yee, atlet bina badan Faiz Ariffin, pemain boling Syaidatul Afifah Badrul Hamid, serta pemain badminton profesional dari Akademi Badminton AirAsia Liew Daren.

Jualan Proton Bagi November 2018 Catat Peningkatan

Champion Rebates

Jualan PROTON pada bulan November 2018 telah mencatatkan sebanyak 4,820 unit, menunjukkan peningkatan berbanding tempoh yang sama pada 2017.

PEGANGAN pasaran pada peratusan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan sebanyak 10.2% meskipun angka sebenar hanya akan disahkan selepas data jualan industri dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Sama seperti bulan sebelum ini, PROTON masih mengekalkan strategi harga yang menarik pada bulan November serta dasar harga tanpa SST di mana Syarikat akan menyerap jumlah cukai untuk kesemua modelnya.

“PROTON meneruskan dasar harga tanpa SST untuk semua model semasa bagi memudahkan pelanggan memiliki kereta Proton. Kami turut membawa jenama Syarikat untuk lebih mudah didekati dengan menyertai aktiviti-aktiviti seperti siri jelajah dan karnival, sekali gus menyediakan lebih banyak saluran untuk melihat, menguji dan membeli kereta Proton.

Bagaimanapun, pada bulan November juga terdapat kekangan sumber yang telah mengehadkan bilangan kereta yang dapat kami hasilkan.

“Justeru itu, dengan peningkatan jualan keseluruhan kami berbanding bulan yang sama pada tahun 2017, Syarikat ingin memohon maaf kepada semua pengedar kerana tidak dapat memenuhi komitmen kami,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.

Pada Disember 2018, PROTON akan meraikan kemenangan S1K 2018 baru-baru ini melalui promosi “Rebat Juara”. Dengan memenangi S1K untuk kali keempat menerusi empat model yang berlainan, PROTON telah menjadi jenama yang paling berjaya dalam sejarah acara itu, satu fakta yang diiktiraf oleh Syarikat dengan menawarkan rebat sehingga RM3,000 untuk empat buah modelnya iaitu Proton Ertiga, Iriz, Persona dan Saga.

“Kemenangan PROTON di S1K 2018 menggunakan Proton Iriz membuktikan kelajuan dan pengendalian yang ada dalam setiap model Proton. Ia turut mempamerkan kebolehan kereta kami di mana pemenang perlu mengharungi 1000km pemanduan yang sukar dalam situasi perlumbaan.

PROTON percaya akan nilai sukan permotoran yang memberi manfaat kepada jenama dan produk jadi kami akan terus mengambil bahagian dalam pelbagai perlumbaan di
masa hadapan bersama pasukan R3 Proton,” tambah Abdul Rashid Musa.

Berikutan tempahan pra pelancaran Proton X70 yang terus meningkat, orang ramai telah memenuhi gerai PROTON di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 untuk melihat dengan lebih dekat SUV pertama Syarikat.

Pameran tersebut telah menandakan Proton X70 diperkenalkan kepada orang awam buat kali pertama dan melihatkan kepada penerimaannya, pembeli kereta amat teruja untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model pertama yang dihasilkan antara Geely dan PROTON.

Safety Inspection

Memandangkan cuti hujung tahun telah bermula, PROTON ingin menjadikan perjalanan pada musim cuti ini lebih selamat dengan menawarkan pemeriksaan keselamatan 18-mata percuma untuk semua model Proton di pusat servis yang diiktiraf.

Promosi akan bermula pada 4 Disember dan diteruskan sehingga akhir bulan Februari 2019 untuk merangkumi hari terakhir cuti sekolah, perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina.

“Keselamatan jalan raya adalah salah satu keutamaan kami dan PROTON sentiasa mencari cara untuk meningkatkan keselamatan kenderaannya. Pada tahun ini, kami ingin menawarkan kepada semua pemilik Proton dengan perkhidmatan pemeriksaan keselamatan 18-mata percuma di semua pusat servis yang diiktiraf.

AirAsia Mulakan Perkhidmatan Singapura – Ipoh

AirAsia memulakan perkhidmatannya dari Singapura ke Ipoh, mengukuhkan lagi hubungannya ke Bandaraya Bunga Kertas itu.

PENERBANGAN itu berlepas dari Terminal 4 Lapangan Terbang Changi pada jam 11:40 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh pada jam 1.00 petang.

Setibanya di Ipoh, para tetamu disambut oleh Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak Tan Kar Hing, Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Paul Yong Choo Kiong, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Zuraida Md Taib, Pengurus Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Mohd Ali Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, “Saya berbesar hati untuk mengalu-alukan laluan kedua AirAsia, dan laluan antarabangsa pertama yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan ini ke Ipoh.

Pada tahun 2017, Perak mencatat seramai 7,639,800 kedatangan pelancong domestik dan juga seramai 267,245 ketibaan pelancong antarabangsa.

Ini membuktikan bahawa terdapat permintaan dan penawaran yang ketara bagi industri pelancongan di negeri ini. Kerajaan Perak juga percaya bahawa perkhidmatan terus empat kali seminggu AirAsia ke dan dari Singapura juga akan membantu negeri ini merealisasikan wawasan kami untuk menjadikan Perak sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Justeru, kami berusaha keras untuk memastikan semua kemudahan berada dalam keadaan baik untuk mengalu-alukan lebih ramai kedatangan para pelancong ke Perak.”

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Zuraida Md Taib (Lima dari kiri), Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak Tan Kar Hing, Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Paul Yong Choo Kiong, Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dan Kapten AirAsia Affendy Syed Omar di majlis perasmian penerbangan Singapura-Ipoh di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, “Sejak pelancaran laluan Johor Bahru-Ipoh kami pada bulan Oktober, kami telah membawa hampir 10,000 orang tetamu ke dan dari Ipoh, yang terdiri daripada warganegara China, Indonesia, India dan Singapura.

Perkhidmatan baharu Singapura merupakan usaha kami untuk memperluaskan rangkaian di Ipoh, dan kami berharap ia akan menyumbang kepada peningkatan pelancong ke Ipoh dan Perak secara keseluruhan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan lembaga pelancongan Perak atas sokongan dan kerjasama mereka yang berterusan.”

Untuk meraikan perkhidmatan terbaru tersebut, AirAsia menawarkan promosi tambang daripada RM59* dari Ipoh ke Singapura. Tawaran tersebut tersedia untuk ditempah di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 16 Disember 2018 untuk penerbangan segera sehingga 5 Mei 2019.

AirAsia kini menghubungkan Ipoh ke Johor Bahru dan Singapura dengan 16 penerbangan pergi-balik seminggu. AirAsia juga akan meningkatkan kekerapan penerbangannya dari Johor Bahru ke Ipoh dari empat ke tujuh kali penerbangan seminggu bermula 12 Februari 2019.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Peugeot 3008 SUV Wins Car Of The Year 2018 Award

MAI Car of the Year 2018 Award - Peugeot 3008

European Car of the Year 2017 victor, the Peugeot 3008 SUV, won the prestigious Malaysia Automotive Institute (MAI) Car of the Year 2018 award in a glitzy awards ceremony that gathered the automotive industry’s crème de la crème, held earlier this evening at The Saujana Hotel Kuala Lumpur.

Highly acclaimed by judges for its style, interior design and performance, this esteemed title
joins over 60 other international awards the Peugeot 3008 SUV has already won.

Lionel Faugeres, General Director, ASEAN Operations, Groupe PSA receiving the Compact Crossover Of The Year award

The Peugeot 3008 SUV was awarded ‘European Car of the Year 2017’ at the Geneva Motor Show and two ‘Red Dot Product Design’ awards for its innovative achievements in design.

The Peugeot 3008 SUV is also the third Peugeot to win the hononary title of Car of the Year – the Peugeot 308 Turbo and Peugeot RCZ won Car of the Year at the NST-Maybank Car of the Year awards in 2009 and 2011 respectively.

Dato’ Samson Anand George, Group CEO, Automotive Group, Naza Corporation Holdings who received the award said, “It is a great honour for Peugeot Malaysia to receive this coveted award as it stands as a testament to the Peugeot 3008 SUV’s enduring popularity.

R. Devaraju, Deputy Group CEO, Automotive Group, Naza Corporation Holdings receiving the Best MPV (Below RM200,000) for Kia Grand Carnival 2.2D SX

Being a celebrated SUV the world over, the Peugeot 3008 SUV received more than 60 international awards and accolades so far and with 430,000 units sold worldwide.

The Peugeot 3008 SUV proved its mettle in Malaysia as our best-selling model in the country, and we will continue to offer best quality products to the market."

“Thanks to its inspired styling, comfort and advanced safety features complemented with the intuitive technology of the Peugeot i-Cockpit, the Peugeot 3008 SUV remains an outstanding choice in the SUV segment and most definitely a highly sought-after one in the market,” he added.

The Peugeot 3008 SUV received high praise and reviews all around the world as the most innovatively modern SUV in its class, reflecting the style and elegance synonymous with the French marque.

Yasser Awan, CEO of Nasim Sdn Bhd, receiving the Good Design Award for the Peugeot 3008 SUV

Adopting the latest stylistic codes of the French marque, the Peugeot 3008 SUV affirms its characteristics with a unique blend of style, comfort and road handling. The compact SUV features cutting-edge technology including the innovative and state-of-the-art PEUGEOT i-Cockpit, a 12.3” head-up digital instrument display and 8.0” capacitive touchscreen with Mirror Screen functionality, comprising of Android Auto, Apple CarPlay™ and Mirror Link.

In the area of occupant protection, the Peugeot 3008 SUV comes with a wide-ranging set of technological equipment ensuring high safety standards.

The acclaimed SUV continued to expand its list of accolades throughout the evening, earning the ‘Good Design Award’ for its outstanding overall design, and further clinched ‘Compact Crossover of the Year’ at the awards ceremony.

It was also a night to remember for the Naza Group as Kia, one of its automotive franchise brands under the Group, also took home ‘MPV of the Year – Below RM200,000’ for the Kia Grand Carnival 2.2D SX family MPV.

Post Menarik