Anugerah hartanah tahunan edisi keenam PropertyGuru Asia (Malaysia) disambut meriah baru-baru ini oleh industri pembangunan hartanah.
LBS Bina Group Berhad (LBS) telah dianugerahkan sebagai Pembangunan Pasaran Massa Terbaik (Bertanah) bagi pembangunan Rentak Perdana @ LBS Alam Perdana.
LBS juga merangkul dua Anugerah Kepujian; kategori Pembangunan Perbandaran untuk LBS Alam Perdana dan kategori Pembangunan Kondo Pertengahan (Lembah Klang) untuk Residensi Bintang Bukit Jalil.

“Anugerah ini merupakan satu penghormatan bagi LBS kerana ia menandakan satu lagi kejayaan bagi kami terutamanya dalam sektor rumah mampu dimiliki. Sejajar dengan pelan perumahan mampu milik nasional, LBS akan terus membangunkan lebih banyak rumah yang mampu dimiliki dan kami berharap dapat mewujudkan lebih banyak lagi ruang hidup yang memenangi anugerah,” kata Tan Sri Lim Hock San, Pengarah Urusan Kumpulan LBS.
LBS Alam Perdana, perbandaran yang diilhamkan oleh kehidupan kemasyarakatan di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, merangkul anugerah Kepujian bagi kategori Pembangunan Perbandaran Terbaik dengan rumahnya yang terletak di dalam komuniti berpagar dan berpengawal, yang direka untuk persekitaran kehidupan yang mengutamakan keluarga.
Sejak perbandaran LBS Alam Perdana diperkenalkan pada bulan November 2017, LBS telah melancarkan tiga fasa rumah berkualiti iaitu; Irama Perdana, Simfoni Perdana dan Rentak Perdana.
Fasa ketiga pembangunan LBS Alam Perdana, Rentak Perdana, turut dianugerahi sebagai Pembangunan Pasaran Massa Terbaik (Landed). Rentak Perdana yang terdiri daripada 856 unit rumah teres dua tingkat, menawarkan pembeli rumah susun atur yang selesa yang memaparkan empat bilik tidur dengan tiga bilik mandi, yang berharga daripada RM519,900.
Pembangunan perbandaran ini memanfaatkan bilik tidur yang luas dan konsep ruang terbuka, dikelilingi oleh kehijauan landskap yang menjadikannya rumah ideal untuk keluarga.
Residensi Bintang Bukit Jalil (RBBJ) menerima anugerah Kepujian bagi kategori Pembangunan Kondominium Pertengahan Terbaik (Lembah Klang) untuk unit-unit modennya dengan tawaran kemudahan dan lokasi yang hebat.

Pembangunan yang terletak secara strategik di Bukit Jalil ini dirancang untuk memenuhi keperluan kerja dan masa lapang pembeli rumah. Dalam usaha untuk menarik minat generasi cerdas hari ini, lebih daripada 90 kemudahan dan akses menyeluruh kepada
pelbagai pilihan membeli-belah dan aktiviti luar telah dirangkumkan ke dalam pembangunan ini untuk memenuhi keperluan gaya hidup dalaman dan luaran
penduduknya.
RBBJ berjaya memikat para hakim dengan reka bentuk yang berkualiti dan inovatif disertai dengan ciri-ciri yang dirancang dengan teliti. Majlis Makan Malam Anugerah Hartanah PropertyGuru Asia (Malaysia) 2019 yang diadakan di The Majestic Hotel Kuala Lumpur telah diserikan dengan kehadiran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Terdapat tiga kategori anugerah iaitu Anugerah Pemaju, Anugerah Pembangunan (anugerah kediaman dan anugerah komersial) dan Anugerah Rekabentuk. Setiap projek pembangunan yang dicalonkan dinilai berdasarkan kriteria yang ketat seperti reka bentuk dan kemudahan, lokasi strategik, nilai wang, penggunaan ruang, titik jualan yang unik dan tahap penyiapan pembangunan tersebut.

































