Proton Iriz dan Persona ditambahbaik secara komprehensif sebagai model 2019

PROTON yang memperkenalkan kedua-dua model tersebut di Pameran Auto Malaysia yang diadakan baru-baru ini, secara rasminya melancarkan Proton Iriz dan Persona 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Model hatchback dan sedan keluarga segmen-B Proton itu telah ditambahbaik secara menyeluruh sebagai model 2019 dan telah diubahkan reka bentuknya, dilakukan penambahbaikan pada lebih 300 bahagian serta dengan pengenalan ciri-ciri pintar pertama dalam kelas yang membezakannya daripada pesaing-pesaing.

Dengan memasang sistem stereo pintar pada Proton Iriz dan Persona 2019 ini, Proton telah memperkenalkan ciri-ciri pertama dalam kelas untuk menampilkan revolusi dalam segmen pasaran.

Boleh didapati pada varian Premium 1.6AT bagi kedua-kedua model, sistem ini menggunakan kad eSIM yang membolehkan pengguna untuk kekal bersambung ke Internet.

Sistem ini turut menawarkan aplikasi penstriman muzik, navigasi dalam talian dan pengecaman suara yang boleh diakses melalui skrin sentuh 7-inci dengan paparan warna penuh serta memori dalaman sebanyak 16GB.

Untuk kemudahan tambahan, sistem ini juga mempunyai kemampuan pencerminan bagi telefon pintar Android. Sama seperti SUV pertama PROTON iaitu Proton X70, aplikasi pengecaman suara diaktifkan melalui kata kunci Hi Proton! di mana kemudiannya, pengguna boleh mengakses pelbagai pilihan yang ada menggunakan arahan suara ini.

Ini membolehkan pemandu kekal fokus memandang ke arah jalan raya sambil membuat carian kompleks untuk ke mana-mana destinasi atau memilih lagu, membantu memastikan mereka tidak terganggu semasa memandu.

Sistem ini juga akan menerima kemas kini Over The Air (OTA) secara berkala apabila terdapat aplikasi-aplikasi baharu.

Untuk membezakannya daripada model terdahulu, kumpulan Reka Bentuk PROTON telah memberikan kelainan yang komprehensif pada reka bentuk luar model Proton Iriz dan Persona 2019 ini.

Antara kedua-dua model ini, perubahan pada Iriz lebih ketara kerana model itu dilengkapi dengan gambaran baharu syarikat iaitu gril hadapan Ethereal Bow yang mula diperkenalkan pada Proton X70.

Hazrin Fazail Haroon (Director Of Group Engineering)

Bampar hadapan dan belakang baharu, hiasan belakang berwarna hitam, reka bentuk roda aloi baharu serta antena sirip yu yang membuatkan Iriz lebih menonjol, sementara sejarah kemenangan yang diciptanya memastikan ia kekal sebagai pilihan pengendalian terbaik di dalam kelasnya.

Reka bentuk yang dilakukan pada Proton Persona 2019 tidak begitu ketara tetapi tetap menampilkan corak Ethereal Bow dan Infinite Weave yang merupakan trademark baharu Proton.

Turut dipadankan pada model sedan keluarga ini adalah spoiler baharu pada but, reka bentuk bampar hadapan dan belakang baharu dan reka bentuk roda aloi yang lebih menarik tetapi tidak menjejaskan ciri-ciri praktikal yang menjadi kegemaran di kalangan pembeli kereta Malaysia.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini