Utama Blog Halaman 878

Nelydia Selamat Bergelar Isteri, Dengan Sekali Lafaz-Selamat Pengantin Baru

Pelakon jelita, Nelydia Senrose, 24, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, jam 3.28 petang tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin, dengan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid, dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka, di sini.

Sebelum acara akad nikah, majlis yang yang dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pihak menyaksikan Nelydia dan Hafez ditunangkan sebagai memenuhi syarat.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

MOHD Hafez mencium dahi Nelydia pada majlis pernikahan mereka yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota, hari ini.

Anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Ezuwan Ismail, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen bersyukur segala perancangan sejak awal tahun berjalan lancar.

“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.

“Allah memakbulkan doa saya ketika di Tanah Suci Makkah, termasuk dalam soal jodoh. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” katanya.

Berkongsi detik perkenalan, pasangan terbabit bersua buat kali pertama pada 6 April 2017. Setahun kemudian Hafez melamar Nelydia di Amsterdam, Belanda.

“Asalnya, kami merancang untuk berkahwin pada tahun lalu. Begitupun, ada sahaja kekangan yang menghalang hasrat itu.

“Namun, di sebalik ujian dan halangan, saya serta suami melaluinya dengan baik. Sekembali daripada mengerjakan umrah, 5 Januari lalu, saya dan Hafez memutuskan untuk ke gerbang perkahwinan dan kami terus memulakan persiapan,” kata Nelydia sambil menyifatkan pasangannya itu seorang yang menenangkan hati, selain melengkapi kehidupannya.

Esok, pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan berlangsung di lokasi sama. -BHonline

Penubuhan Bersatu Di Sabah Dilancar Secara Rasmi – Tun Dr Mahathir

Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah bukan untuk mengambil alih kerajaan negeri yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan).

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Bersatu berkata sebaliknya, keputusan menubuhkan Bersatu di Sabah akan memberi sokongan penuh kepada Warisan biarpun parti itu bukan dalam gabungan Pakatan Harapan.

“Kita membantu kerajaan Sabah walaupun Bersatu ada jumlah sokongan besar (di Sabah) dan bukanlah niat kita gulingkan kerajaan negeri Sabah.

“Niat kita supaya Bersatu di Sabah ini menjadi lebih besar dan membantu kerajaan pusat dan negeri supaya kita punyai kerajaan yang kukuh dan kuat,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Bersatu Sabah di sini, hari ini.

Selain itu, Dr Mahathir berkata Bersatu juga tiada hasrat untuk mendapatkan jawatan dalam Kabinet Negeri Sabah.

Perdana Menteri berkata biarpun Warisan bukan dalam gabungan PH tetapi wakil daripada parti itu diberi jawatan dalam Kabinet Persekutuan dengan pelantikan sebagai menteri dan dua timbalan menteri.

“Kami bekerjasama rapat dan tiada masalah. Tadi ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu saya ada berjumpa dengan (Datuk Seri) Mohd Shafie Apdal (Ketua Menteri Sabah dan Presiden Warisan),” katanya.

Terdahulu berucap pada majlis itu, Dr Mahathir berkata keputusan menubuhkan Bersatu di Sabah dibuat selepas mendapat permintaan daripada pemimpin Sabah yang keluar daripada parti mereka, termasuk UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas.

Katanya sebab itu apabila Bersatu dikembangkan di Sabah, ia mendapat sokongan penduduk negeri itu yang mahu melihat Sabah membangun.

“Amat jelas hari ini (pelancaran Bersatu) ramai rakyat Sabah nyatakan hasrat sertai Bersatu kerana mereka ingin bergerak dalam politik dalam menentukan nasib mereka,” katanya.

Perdana Menteri turut mengingatkan ahli Bersatu di Sabah bahawa penyertaan mereka dalam Bersatu bukan untuk kayakan diri, sebaliknya untuk kayakan negara seterusnya dinikmati rakyat.

“Tiada tempat di Bersatu untuk kayakan individu dan jika ada, akan disingkirkan. Hanya yang jujur untuk memberi sumbangan membangunkan negara dan membela rakyat akan dikekalkan,” katanya.

Dr Mahathir menegaskan ia selari dengan komitmen kerajaan menghapuskan rasuah di semua peringkat dalam memastikan negara membangunkan dengan pesat.

Pada 15 Mac lepas, lapan bekas pemimpin UMNO Sabah termasuk enam wakil rakyat menyertai Bersatu dan menerima kad keahlian mereka daripada Dr Mahathir di Putrajaya.

Enam wakil rakyat bebas berkenaan ialah Anggota Parlimen Kudat Datuk Abd Rahim Bakri, Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Edris (Libaran), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Hajiji Noor (Anggota Dewan Undangan Negeri Sulaman (ADUN) dan Datuk Masidi Manjun (Karanaan).

Selain mereka, turut menyertai Bersatu ialah dua lagi Senator iaitu Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin dan Datuk John Ambros. -BERNAMA

Tabung Haji Umum Hibah 1.25 Peratus

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan hibah sebanyak 1.25 peratus membabitkan pengagihan berjumlah RM913 juta kepada semua pendeposit bagi tahun kewangan 2018.

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pelan penstrukturan yang dilaksanakan membuktikan keprihatinan kerajaan bagi menyelamatkan TH demi kepentingan 9.3 juta pendeposit.

Dalam menzahirkan komitmen ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM500 juta pada 2020 dan seterusnya sebanyak RM1.73 bilion setahun sehingga semua sukuk ditebus semula.

Jumlah keseluruhan peruntukan kerajaan selama 10 tahun dianggarkan sebanyak RM17.8 bilion. Ini adalah kesan daripada kelemahan dan salah guna kuasa pentadbiran yang lalu.

“Manipulasi akaun membolehkan hibah diisytihar pada kadar yang tinggi walaupun jurang defisit terus meningkat. Kerajaan terus komited dalam memastikan ketelusan dalam operasi dan kedudukan kewangan TH pada masa depan,” katanya ketika Pengumuman Hibah bagi Tahun 2018 di sini, hari ini.

Francaisor Asing Dipelawa Jadikan Malaysia Hab Serantau

Malaysia mempelawa kalangan francaisor asing untuk menjadikan negara ini sebagai hab serantau syarikat masing-masing berikutan kelebihan yang dimiliki negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata peningkatan kemakmuran di rantau ini juga sewajarnya menjadikan Malaysia sebagai destinasi menarik bagi francaisor asing melancarkan produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran baharu.

“Malaysia mengalu-alukan kehadiran francaisor dalam dan luar negara untuk membuka perniagaan di sini. Kewujudan faktor persekitaran dan kerajaan yang mesra perniagaan seharusnya dapat meyakinkan anda bahawa Malaysia adalah pilihan terbaik sebagai hab bagi mengurus pelaburan anda.

“Kami percaya pertumbuhan perniagaan francais yang sihat itu akan dapat memakmurkan negara ini yang tidak hanya menguntungkan ahli perniagaan, pemilik bank, penyedia perkhidmatan sokongan selain kerajaan, rakyat dan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2019 (FIM2019) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi Persatuan Francais Malaysia Datuk Radzali Hassan.

Mengulas selanjutnya Dr Wan Azizah berkata dasar kerajaan terhadap perniagaan francais itu turut menyaksikan pengiktirafan keperluan dan kepentingan untuk menyokong pembangunan francaisor tempatan yang merupakan antara agenda pembangunan menyeluruh kemampuan mewujudkan kekayaan dan kemakmuran.

Atas alasan itu, beliau menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta kementerian dan agensi lain yang berkaitan untuk saling berusaha menjadikan Malaysia sebagai hab francais untuk ASEAN dan rantau Timur Tengah.

Pada masa ini, sebanyak 9.0 peratus francais tempatan berjaya membuka outlet di luar negara terutamanya di rantau ASEAN, China, India, Australia serta negara-negara Timur Tengah.

Selain itu, sejumlah 66 jenama francais Malaysia telah menembusi 65 negara berbanding 12 jenama ke 12 negara pada 2015.

Lima negara utama yang menyaksikan penembusan francais Malaysia adalah Indonesia (21 jenama) dengan nilai royalti francais dianggarkan US$120 juta (US$1=RM4.087), Singapura (20 jenama/ US$135 juta), China (19 jenama/US$90 juta), Emiriah Arab Bersatu atau UAE (15 jenama/US$90 juta) dan India (12 jenama/US$110 juta).

Lebih 100 syarikat francais tempatan dan asing dari Amerika Syarikat, Australia, Netherlands, Turki, UAE, Korea Selatan, China, Hong Kong, Jepun, Itali, Singapura dan Thailand menyertai FIM2019 yang berlangsung selama tiga hari.

Acara itu menyasarkan untuk menarik kehadiran 12,000 pengunjung selain menjana potensi pelaburan bernilai RM400 juta. -BERNAMA

Naza Kia Introduces The New Optima EX With Enhanced Features

Naza Kia Malaysia, the official distributor of Kia vehicles in Malaysia, officially introduces the latest variant to their family sedan range – the New Optima EX.

KIA Optima EX which builds on the charismatic Optima line’s distinctive design, performance, innovative technology and ample comfort. The New Optima EX comes with a fresh new take to complement the Optima GT of the range currently available and injects an enjoyable driving experience that plays on all the senses.

“The New Optima EX with upgraded features makes a good addition to our Optima range with its bold style, performance and added feature, the Around View Monitor (AVM) system which is not found in the predecessor,” said Dato’ Samson Anand George, Group Chief Executive Officer, Automotive Group, Naza Corporation Holdings.

“The striking design and upgraded features of this well-rounded sedan easily sets it apart from others in the same segment and gives great value for money at this price tag,” he added.

Powered by Nu 2.0L CVVL engine, the New Optima EX features a 6-speed Automatic Transmission for better fuel efficiency and an enhanced driving pleasure. Running on 17-inch alloy wheels, the New Optima EX is fitted with new features such as LED headlamps, fog lamps and rear combination lamps.

The face of the New Optima EX is accentuated by a stylish vertical intaglio grille and on the back further sports new rear combination lamps and decoration to the vehicle, portraying a fierce and masculine look overall.

The vehicle’s thoughtful design lends convenience in the form of power memory for the driver seat, electric parking brake, smart key, push start button and a large 7.0-inch colour screen display, audio compatibility with Apple CarPlay™ and Android Auto™ and an Around View Monitor (AVM) camera which utilises four cameras located at the front, rear, left and right of the car.

This system provides the driver with a 360-degree view of their car’s surroundings, making parking manoeuvre a breeze.

The New Optima EX is available in a variety of colours which includes Aurora Black Pearl, Snow White Pearl and Platinum Graphite. Mated to the exterior palette is the overall black interior and further enhancing that visual appeal is the lush double Rachel black fabric for the seats.

The New Optima EX is priced at RM139,888 on-the-road without insurance.

RedCargo And GD Express Announces New Regional Partnership

RedCargo Logistics, the cargo and logistics platform of AirAsia, has announced a strategic partnership with Malaysia’s leading express delivery provider, GD Express (GDEX).

The new partnership provides GDEX customers with access to AirAsia’s extensive network, meaning goods are able to be transported and delivered efficiently on more than 5,000 weekly flights across Asia Pacific.

In order to build a loyal customer base, RedCargo Logistics will also be provided with opportunities to explore last-mile capabilities as part of the new partnership.

RedCargo Logistics CEO Pete Chareonwongsak said,E-commerce growth in Asean is a once-in-a-generation opportunity. We will continue to align with regional partners that believe in growing and developing alongside us.

“As a homegrown Malaysian brand, GDEX recognises the true value of e-commerce fulfilment in the region, and the role RedCargo Logistics plays in the value chain. I’d like to thank Mr Teong and his team for believing in our ability to disrupt the logistics space.”

GDEX CEO Teong Teck Lean said, “Our ambition is to become one of the foremost regional express companies in Asean. To do that, we believe it is crucial to choose the best partners in the market who can help us achieve this goal.

“We are therefore proud to have the opportunity to work alongside RedCargo Logistics, with its singular focus on customer satisfaction and flexibility, to improve our connectivity. I would like to thank Mr Pete Chareonwongsak, the CEO of RedCargo Logistics, who has partnered with us to serve the community together.”

The partnership between RedCargo Logistics and GD Express begins on 1 April 2019.

About GD Express Sdn Bhd

GD Express Sdn Bhd (GDSB) is a fast growing express carrier company in Malaysia, a wholly owned subsidiary company of GD Express Carrier Bhd (GDEX). Incorporated in 1997, GDSB provides express services for both domestic and international markets, and offers a wide range of logistical solutions that include both conventional express delivery services and customised logistics solutions.

About GD Express Carrier Bhd

GD Express Carrier Bhd (GDEX) was listed in Bursa Malaysia in 2005.  GDEX has ambitions to build a regional networks in South East Asia. The Group is building its network and access in Indonesia via investment in PT Satria Antaran Prima which was listed in Jakarta Stock Exchange in October 2018.   GDEX regional network in South East Asia will enhance the trade access within ASEAN countries which should benefit millions of businesses and people within the community

About RedCargo

Incorporated in March 2018, RedCargo Logistics is a wholly-owned subsidiary of AirAsia Group Berhad. RedCargo Logistics is the exclusive provider of cargo capacity for AirAsia and AirAsia X airlines and is transforming the way air cargo is managed, sold and transported across Southeast Asia. For more information please visit redcargo.asia

Rolling Stones Cancel Tour Over Mick Jagger’s Health

British rock icon Mick Jagger said yesterday he was “devastated” after his Rolling Stones were forced to cancel their United States and Canada tour dates so he could receive “medical treatment”.

“I really hate letting you down like this,” the 75-year-old wrote on his Twitter account, without specifying what treatment he was receiving.

“I’m devastated for having to postpone the tour but I will be working very hard to be back on stage as soon as I can.”

The rock legends earlier announced the cancellations, saying that they would reschedule the dates.

“Mick has been advised by doctors that he cannot go on tour at this time, as he needs medical treatment,” said the band’s official statement.

“The doctors have advised Mick that he is expected to make a complete recovery so that he can get back on stage as soon as possible.”

Jagger has eight children, five grandchildren and a great-granddaughter, but has maintained his energetic stage performances well into his 70s, playing Britain’s Glastonbury Festival in 2013.

The band, who formed in 1962, were due to play 17 shows in the US and Canada between April and June. — AFP

Majlis Tertinggi BN Putuskan Sokong, Tolak PM

Sebarang keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) menyokong Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atau sebaliknya perlu melalui Majlis Tertinggi parti tersebut.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat dan keputusan hanya dibuat secara kolektif.

Kata beliau, mesyuarat itu akan diadakan apabila tiba masanya dengan kehadiran semua Ahli Parlimen BN dan mungkin turut melibatkan pemimpin-pemimpin Pas.

“Semua orang akan cakap dan memberi pandangan masing-masing tapi keputusan mesti secara kolektif melalui Majlis Tertinggi BN.

“Mesyuarat itu akan diadakan apabila sampai masanya nanti, lagipun saya tak rasa undi tidak percaya ada dalam Peraturan Parlimen,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam yang menyatakan semua Ahli Parlimen BN akan menyokong Dr. Mahathir sehingga tamat penggal jika wujud gerakan menjatuhkan beliau dalam Pakatan Harapan (PH).

Jelas Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, BN hari ini sentiasa meraikan semua pandangan yang dilontarkan oleh mana-mana pihak termasuk Ahli Parlimen parti.

“Tidak mengapa, semua orang akan memberi pandangan masing-masing. Kita meraikan semua pandangan itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

AirAsia Lancar Laman Web Kerjaya Global Baharu

Memilih kerjaya seterusnya kini menjadi lebih menarik kerana AirAsia hari ini memperkenalkan laman web kerjaya global baharu.

Laman web baharu ini menawarkan akses yang lebih cepat dan mudah mengenai proses pengambilan, testimoni Allstar (kakitangan AirAsia), faedah yang ditawarkan, dan budaya kerja syarikat penerbangan yang telah memenangi pelbagai anugerah ini.

Anda juga dapat mengakses lawatan maya ke ibu pejabat global syarikat penerbangan yang ikonik ini, RedQ di Malaysia, dan meneroka lebih banyak peluang kerjaya yang ditawarkan oleh Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di Dunia.

Ketua Pegawai Bahagian People and Culture Kumpulan AirAsia Varun Bhatia berkata, “AirAsia menerima lebih daripada satu juta permohonan pekerjaan setiap tahun di peringkat global dari calon-calon yang yang ingin mengejar impian kerjaya mereka.

“Laman web kerjaya baharu kami memberikan peluang kepada mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan kami dan kerjaya yang ditawarkan.”

Laman web baharu ini dilancarkan sempena hari “People First Day” AirAsia yang turut diraikan di pejabat-pejabat AirAsia di rantau ini untuk mengetengahkan faedah pekerja, program teknologi, inisiatif pembelajaran dan pembangunan.

Untuk memulakan kerjaya baharu di AirAsia, layari careers.airasia.com.

Proton Serah 8,500 Unit X70 100 Hari Pertama

Selepas 100 hari majlis pelancaran rasminya, unit Proton X70 yang ke-8,500 telah diserahkan kepada firma undang-undang Malaysia, Lee Allen Hishammuddin & Gledhill (LHAG).

PENCAPAIAN ini menunjukkan bahawa SUV pertama PROTON ini telah mencipta rekod bagi jumlah penghantaran paling banyak dalam segmennya, pada masa sama menjadikan syarikat sebagai salah satu pengeluar utama dalam pasaran SUV di Malaysia.

Dengan kadar pertumbuhan jualan kumulatif sebanyak 42% untuk dua bulan pertama tahun 2019, Proton mencatatkan kadar pertumbuhan jualan tertinggi di kalangan jenama automotif di barisan ketiga teratas di Malaysia mengikut volum.

Pemacu utama kepada peningkatan ini adalah Proton X70, merupakan model paling popular untuk Januari dan Februari (berdasarkan angka pendaftaran rasmi) dan berada di landasan tepat untuk mencapai peningkatan sama untuk bulan ketiga berturut-turut.

“Dengan menyerahkan sebanyak 8,500 unit Proton X70 dalam masa 100 hari, syarikat telah membuktikan bahawa pembeli-pembeli kereta di Malaysia amat tertarik dengan SUV pertama kami.

“Kami terharu dengan sokongan daripada mereka dan akan terus berusaha dengan lebih lagi untuk menyerahkan lebih banyak unit secepat mungkin bagi mengurangkan masa menunggu oleh para pelanggan Syarikat,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Penyerahan Proton X70 ke-8,500 adalah antara enam unit model tersebut yang ditempah oleh firma guaman Lee Hishammuddin & Gladhill (LHAG). Kereta-kereta ini akan digunakan sebagai kereta korporat mereka dan firma ini merupakan antara syarikat-syarikat Malaysia yang telah menunjukkan minat pada model terbaharu Proton.

Ryan Lai (Managing Director of LHM One Stop Car Service Centre (M) Sdn Bhd) explains on the function of the model to Kumar Kanagasingam (Partner of LHAG)

“Proton gembira kerana LHAG, iaitu rakan kongsi korporat jangka panjang kami, telah memilih untuk menambah Proton X70 di dalam barisan kereta fleet mereka. Tanggapan pertama adalah penting dalam dunia perniagaan jadi kami berbangga dengan SUV kami yang akan mewakili firma ini untuk ke pelbagai mesyuarat dan majlis,” katanya.

Hadir untuk menyampaikan kereta-kereta tersebut kepada LHAG adalah Dato’ Mohammad Zainal Shaari, Pengerusi DRB-HICOM manakala dari pihak LHAG pula adalah Rosli Dahlan, yang merupakan rakan kongsi di firma undang-undang tersebut.

Dato’ Zainal Shaari (Chairman, DRB-HICOM) Rosli Dahlan (Partner of LHAG) and Kumar Kanagasingam (Partner of LHAG)

“LHAG telah lama menjadi rakan kongsi Proton dan DRB-HICOM. Justeru, kami gembira dengan kejayaan dalam hubungan kami yang terjalin setakat ini, yang mana akan mengukuhkan lagi hubungan syarikat-syarikat ini,” kata Rosli Dahlan.

Post Menarik