Selaras dengan perkembangan terkini dan bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang mencari lebih nilai penggunaan dengan pilihan plan kemudahan internet yang lebih fleksibel, bermula 19 September 2019.
Celcom Xpax pelan pasca bayar terkini dan berpatutan, “XP Lite™” menawarkan pelanggan pilihan untuk memilih pas penggunaan yang lebih banyak internet serta nikmati ganjaran lebih besar bersama rangkaian 4G LTE terbaik.

Pelanggan yang mendaftar dengan XP Lite™ pada RM28, bakal menikmati panggilan tanpa had dan internet 1GB sebulan. Untuk lebih banyak penggunaan internet, pelanggan boleh “SIZE UP” atau menambah kepada 14GB internet pada harga RM30 (L Pass) iaitu tambahan 7GB internet pada harga RM10 (M Pass) sebulan.
Pelanggan juga boleh menikmati Internet tanpa had dengan Ultra Hour Pass ™ dari RM1 bersama-sama dengan pas L atau pas M melalui aplikasi Celcom Life.
Tambahan lagi, pelanggan yang masih kekal atau ‘STAY ON’ bersama dengan XP Lite™ selama enam bulan secara berterusan, akan diberi ganjaran PERCUMA 1-jam Ultra Hour Pass™ Internet tanpa had bagi pelanggan pas L, manakala pelanggan pas M akan menerima 1GB Video Walla ™.Ganjaran ini akan diberi pada penggunaan bulan ke-7 dan seterusnya.

Pelanggan XP Lite™ dengan pas L juga berpeluang memiliki OPPO A1K secara PERCUMA, sementara stok masih ada, atau telefon pintar pilihan mereka seperti nubia Red Magic 3, Vivo Y17, VivoY19C dan OPPO A5 dengan harga serendah RM99.
Sehingga kini, rangkaian LTE Celcom merangkumi liputan populasi 96% di 10 daripada 14 negeri di seluruh negara, menggunakan teknologi end-to-end seperti 4T4R multiple input, multiple output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan banyak lagi.
Apabila XP Lite™ baru digabungkan bersama rangkaian Celcom, ia membolehkan pengguna menikmati pengalaman digital terbaik dan lancar seperti penstriman video, rangkaian sosial dan permainan mudah alih.

Celcom juga menduduki tempat No.1 untuk Ketersediaan 4G dan Pengalaman Muat Naik Terpantas di Malaysia oleh laporan “Pengalaman Rangkaian Mudah Alih: Laporan Malaysia”
oleh Opensignal, pada April 2019.
Berdasarkan analisis bebas mengenai pengukuran mudah alih yang direkodkan dalam tempoh 1 Disember 2018 sehingga 28 Februari 2019.
Laporan tersebut menyatakan bahawa Celcom mendahului sebanyak 86.8% bagi Ketersediaan 4G di seluruh negara dan Pengalaman Muat Naik dengan kelajuan purata 6.3Mbps. Turut dicatatkan dalam laporan tersebut adalah skor keseluruhan Celcom bagi Pengalaman Video pada 61.2 mata dan untuk Pengalaman Muat Turun pada kelajuan purata 14.7Mbps.

Roy Ong, Ketua Pegawai Produk dan Inovasi Celcom Axiata Berhad, berkata Celcom Xpax
telah diperhalusi dengan memperkenalkan XP Lite™ baru, iaitu satu pelan inovatif “pick and mix” yang memberikan Internet berkelajuan tinggi tanpa had yang berterusan bersama fleksibiliti akses dan keistimewaan digital tambahan.
“Size up pelan XP Lite™ anda dan nikmati lebih banyak Internet dengan faedah tambahan seperti akses kepada data berkelajuan tinggi dan pakej peranti tanpa had secara mudah. Pelan yang berpatutan ini juga menawarkan ganjaran hebat untuk pelanggan yang kekal bersama XP Lite™,” katanya.
Selain itu, sempena pelancaran XP Lite™, Celcom Xpax telah bekerjasama dengan rakan FnB terkini yang dipilih untuk menawarkan pelanggan ‘SIZE UP’ atau tambahan PERCUMA untuk pesanan mereka, pada setiap hari Khamis setiap dua minggu, bermula dari 3 Oktober hingga 28 November 2019. Dapatkan maklumat kedai rakan FnB yang mengambil bahagian dan tawaran UP SIZES PERCUMA di Facebook Celcom Xpax.






































