Utama Blog Halaman 877

Pos Malaysia Perkenalkan Siri Setem Lebah Madu

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan siri setem “Lebah Madu di Malaysia” pada Selasa, 9 April 2019.

TIGA setem dengan nilai muka 60sen setiap satu dihasilkan untuk siri kali ini. Antara spesis lebah madu yang diketengahkan bagi siri ini adalah Lebah Tualang (Apis Dorsata), Lebah
Kampung (Apis Cerana) dan Lebah Kerdil Hitam (Apis Andreniformis).

“Kami mahu mendidik pengumpul setem serta orang ramai tentang kepentingan lebah madu dari sudut kepentingan ekonomi serta fungsinya dalam pendebungaan buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-benih tanaman.

“Kita juga sedia maklum bahawa Malaysia merupakan pengeluar madu terbaik di rantau ini dan ini semuanya hasil daripada keluaran Lebah Kelulut di negara ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor.

Tambahnya, lebah mempunyai risiko kepupusan akibat permintaan yang tinggi terhadap madu lebah liar, lantas meningkatkan penuaian madu lebah secara berlebihan yang boleh menyebabkan kekurangan populasi lebah madu ini.

Justeru, siri setem ini diharap dapat memberi kesedaran kepada pengumpul setem dan
orang ramai tentang kepentingan cara penuaian madu lebah yang betul serta pemuliharaannya.

Bagi siri ini, hanya 600,000 keping setem dihasilkan. Tiga lembaran setem (200,000 keping setiap reka bentuk) yang bernilai RM12.00 setiap satu dikeluarkan dan setiap lembaran mengandungi 20 keping setem. Untuk melengkapkan siri ini, Pos Malaysia turut menghasilkan 22,000 keping Lembaran Mini (MS) bentuk khas (die cut), yang menampilkan Ratu Lebah Kelulut dan lebah pejantan serta lebah pekerja (Heterotrigona Itama), dengan nilai muka RM4.00 setiap satu.

Cap tarikh khas bagi siri ini menampilkan lebah madu dan sarangnya. Produk filateli lain termasuklah 27,000 keping Sampul Hari Pertama (FDC) dengan risalah percuma dijual pada harga 50sen setiap satu, manakala 1,600 keping folder boleh didapati pada harga RM6.00 setiap satu. Set lengkap siri setem ini dijual pada harga RM52.80 setiap satu.

Terdahulu, Pos Malaysia mengeluarkan siri bertemakan serangga dan antaranya termasuklah Siri Serangga pada Julai 1991, Pepatung pada November 2000 serta Kelip-Kelip pada Mei 2010.

Set lengkap folder siri setem ini didatangkan bersama dengan lembaran setem, lembaran mini bentuk khas Ratu Lebah serta sampul hari pertama turut boleh dibeli menerusi www.eziemall.com atau kunjungi pejabat pos terdekat atau Galeri Setem di Tingkat Dua, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur.

Para pengumpul setem serta orang ramai digalakkan untuk membuka Akaun Deposit Pesanan Tetap (SODA) kerana ia memberikan kemudahan kepada pengumpul setem untuk membeli setem keluaran baharu pada hari pertama dan produk filateli tanpa perlu beratur di pejabat pos pada hari jualan.

Individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti SODA boleh mendaftar di mana-mana pejabat pos seluruh negara atau menerusi dalam talian di
www.posonline.com.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk setem dan filateli, sila hubungi Unit Setem
dan Filateli di talian 03-2267 2267 (sambungan 2000) atau e-melkan pertanyaan
kepada [email protected].

AirAsia Tambah 437 Penerbangan Sempena Hari Raya Tahun Ini

AirAsia akan menambah 437 penerbangan sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri antara 30 Mei dan 16 Jun 2019.

PENERBANGAN yang ditawarkan adalah dari Kuala Lumpur ke Singapura, Kuching, Sibu, Miri, Sandakan, Tawau, Alor Setar, Kota Bharu, Langkawi, Terengganu dan Johor Bahru, serta dari Johor Bahru ke Kuching, Miri, Sibu, Tawau dan Alor Setar.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Sebagai sebuah syarikat penerbangan untuk semua, kami berbesar hati untuk menyatukan keluarga dan sahabat handai di musim perayaan ini.

Untuk menampung permintaan yang dijangka akan meningkat sempena musim ini, kami berbesar hati untuk menambah penerbangan dengan menawarkan sebanyak 78,000 kerusi tambahan untuk membantu masyarakat pulang beraya.

Kami akan berusaha menambah lebih banyak lagi penerbangan pada masa akan datang. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa atas sokongan mereka dalam meluluskan penerbangan tambahan ini.”

Penerbangan tambahan ini boleh ditempah sekarang di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

Ketua NGO Antarabangsa Terima Penghargaan Khas Dari Pihak Arab Saudi

Atase Agama Kedutaan Arab Saudi Sheikh Abdul Rahman M Al Herfi baru-baru ini telah menyampaikan Surat Penghargaan Khas dan Anugerah Penghormatan menjadi salah Seorang Tetamu Penjaga Dua Tanah Haram bagi mengerjakan Umrah pada awal April ini.

KETUA NGO Antarabangsa yang juga Pengerusi Yayasan SeaWeed, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican merupakan tokoh yang banyak pengalaman sepanjang berkhidmat dalam tentera, penjawat awam, sektor swasta serta NG0.

Mustapha menerima surat perhargaan dari penasihat Agama Kedutaan Arab Saudi Sheikh Abd Rahman M Al Herfi

Sheikh Abdul Rahman berkata, Mustapha telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa khususnya dalam kerja-kerja kebajikan, kemanusiaan dan keamanan untuk kepentingan Ummah dan manusia sejagat.

“Beliau juga membantu masyarakat bukan Islam yang daif, ini sesuatu yang murni dan menunjukkan contoh terbaik serta saya amat kagum dengan kebolehan luarbiasa ini.

“Hari ini saya memberikan Dr Mustapha pengiktirafan kepada kerja-kerja beliau selama 20 tahun di negara-negara Asia Tenggara seperti berjaya membina lima buah Masjid, 10 surau, tiga sekolah Agama dan membina 3,566 buah perigi bagi memdapatkan air bersih serta membantu anak anak yatim dan mualaf,” katanya.

Beliau berkata, kerja-kerja ini bukanlah mudah malah memerlukan kesabaran yang mendalam serta jiwa yang kuat serta keazaman yang tinggi.

“Justeru, hari ini saya menzahirkan perhargaan ini kepada selaku “Tokoh NGO Antarabangsa Cemerlang” kerana secara peribadi saya melihat kebolehan Mustapha amat terserlah apabila berjaya membantu menyelesaikan kes 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Kemboja dan 14 daripadanya adalah beragama Islam.

“Saya mengucapkan tahniah kerana terpilih mendapat jemputan Khas menjadi Tetamu Raja Penjaga Dua Tanah Haram bagi menunaikan ibadah Umrah pada bulan April ini. Oleh itu saya berharap Mustapha dapat teruskan usaha murni secara berterusan dan menjadi contoh teladan terbaik untuk Ummah,” katanya lagi.

Sementara itu, Mustapha berkata, ini adalah kali pertama beliau mendapat pengiktirafan dari pihak Sheikh Abd Rahman selaku Atase Agama dari Kedutaan Arab Saudi.

“Saya akui saya banyak meminta bantuan dari pihak Kedutaan Arab Saudi seperti al Quran, sejadah dan barangan lain kerana di Kemboja tiada Kedutaan Arab Saudi mahupun pengurusan kedutaan di Thailand.

“Selaku rakyat Malaysia saya lebih senang berhubung dengan kedutaan luar di negara kita dan saya mengucapkan ribuan terima kasih atas pengiktifan serta kepercayaan pihak Arab Saudi dalam menjayakan misi kemanusiaan ini,” katanya.

Pas Gerakkan Seluruh Jentera Bantu Tok Mat

Pas memberi komitmen untuk menggerakkan seluruh jenteranya dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ketika ini.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, jentera parti itu dari seluruh negara sudah digerakkan bagi membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Kami ada Jabatan Amal dan juga Alternative Riding Club (ARC) iaitu pemuda-pemuda bermotosikal yang berada di bawah Dewan Pemuda Pas. Saya telah mengarahkan kesemuanya untuk turun bantu calon BN menang dalam PRK Rantau ini.

“Saya ikuti dari awal dan mereka telah berikan kerjasama dengan jentera-jentera di sini. Alhamdulillah, jentera-jentera Pas dari seluruh negara yang mewakili negeri-negeri telah datang mengikut jadual dan berkampung di Rantau untuk bantu Tok Mat menang,” katanya ketika berucap dalam program Pentas Pemuda di Kampung Sendayan di sini.

Yang hadir sama, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. ASyraf Wajdi Dusuki; Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting dan Ketua Pemuda MIC, R. Thinalan.

Sementara itu, Muhammad Khalil menjelaskan penganut agama dan bangsa lain di negara ini tidak perlu bimbang dengan agenda penyatuan ummah yang sedang dibentuk oleh UMNO dan Pas ketika ini.

“Keharmonian negara kita sejak merdeka patut diberikan pujian kepada BN. Mungkin ada sedikit sebanyak perselisihan, tapi itu biasalah.

“Pas juga yang telah memerintah Kelantan sejak tahun 1990, masyarakat Islam di sana hampir 90 peratus, tapi hak kebebasan beragama semua rakyat diberikan kerajaan Pas, begitu juga di Terengganu, kami meraikan masyarakat majmuk yang ada di negara kita,” katanya. – UTUSAN ONLINE

RHB Bank Introduce First Multi Currency Visa Debit Card

RHB Bank Berhad (RHB) is the first Malaysian bank to introduce Multi Currency
VISA Debit Card which offers access to 13 foreign currencies alongside the Malaysian Ringgit.

RHB Multi Currency VISA Debit Card and RHB Premier Multi Currency Visa Debit Card supports US Dollar, Canadian Dollar, Euro, Japanese Yen, Pound Sterling, Australian Dollar, New Zealand Dollar, Swiss Franc, Hong Kong Dollar, Saudi Riyal, South African Rand, Singapore Dollar, and Thai Baht.

With the launch of RHB’s Multi Currency Debit Cards, customers of RHB Bank

  • Will be able to better manage foreign currency fluctuation and enjoy access to transact in various currencies from anywhere in the world
  • Withdraw cash through ATMs worldwide, hence relieving the customers from having to
    carry a lot of cash while travelling, which would minimise the risk of losing cash while in
    transit
  • Have the flexibility to take advantage of prevailing competitive exchange rates and earn
    interest on foreign currency balances deposited in Multi Currency accounts. This enhances the value of customers foreign currencies held in Multi Currency accounts
  • Have the ability to use the Multi Currency debit cards for overseas retail spending at any
    retail outlets, restaurants and petrol stations without additional conversion fees typically
    associated with Credit Cards
  • Enjoy larger currency conversion as compared to current multi-currency prepaid cards
    offered in the market. This provides higher convenience and better customer experience
  • Are assured their deposits in their Multi Currency accounts are protected by PIDM

“The launch of the Multi Currency debit cards is part of RHB’s commitment towards making banking more convenient, fast and seamless for our customers.

This debit card will empower our customers’ lifestyles and provide a gateway for their various financial needs without the hassle of having to open an account in different countries. We will continue to pursue our aspirations to provide greater convenience by bringing banking closer to our customers,” said Dato’ Khairussaleh Ramli, Group Managing Director, RHB Banking Group.

Dato’ Khairussaleh Ramli

“Currently, we have more than two million debit cards in circulation and in the first year, we expect to issue 15,000 new Multi Currency Visa debit cards.” added Dato’ Khairussaleh.

Ng Kong Boon, Visa Country Manager for Malaysia said, “We are extremely excited to introduce the first multi currency debit card in Malaysia to our esteemed cardholders, namely the RHB Multi Currency Visa Debit Card and RHB Premier Multi Currency Visa Debit Card.

Based on our research and data, travel is one of the top spend categories amongst Malaysians so this product would be extremely beneficial to them when they travel and pay for their purchases in a foreign currency.

With this debit card, Malaysians no longer need to go to the moneychanger and worry about bringing too much cash with them when they travel. More importantly, they will enjoy extremely competitive exchange rates on 13 foreign currencies when they use their debit cards without any conversion charge or transaction fees. We hope more Malaysians will adopt and embrace digital payments, even when they’re travelling abroad.”

Customers can open a RHB Multi Currency Account which offers Multi Currency debit card with a minimum initial deposit of USD1000 or its equivalent.

Customers who already have a Ringgit Malaysia Current or Savings Account with RHB Bank, can automatically opt to open a Multi Currency Account. For those who intend to open an RHB Multi Currency Account, please visit the nearest RHB Bank branch or call 603 – 9206 8118 for assistance.

Mus May, Aweera, Syamel Dan Eleena Haris Hangatkan SACC Walk Fiesta

SACC Walk Fiesta yang berlangsung selama tiga hari bermula 5, 6 dan 7 April ini membawakan pelbagai aktiviti serta hiburan yang menarik khas buat warga Shah Alam meluangkan masa bersama seisi keluarga di hujung minggu.

SACC Walk Fiesta dianjurkan oleh PREC (PKNS Real Estate Sdn Bhd) bersama asetnya iaitu SACC Mall & Kompleks PKNS Shah Alam, dengan usahasama PERDASAMA Negeri Selangor serta TAPAK bertujuan untuk merasmikan SACC Walk Flea Market sekali gus mempromosikan program tersebut.

Mirip dengan pasar karat, SACC Walk Flea Market yang telah mula beroperasi pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sejak awal Februari lalu merupakan tempat tumpuan warga Shah Alam untuk mencari barangan dan pakaian terpakai, barangan unik & klasik, koleksi pengumpulan barang-barang hobi dan menikmati sajian enak oleh food truck TAPAK.

Majlis dirasmikan oleh Rodziah Ismail,  Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa Dan Kampung Tradisi, Negeri Selangor dan majlis pelancaran SACC Walk Fiesta turut dihangatkan oleh barisan penyanyi terkenal iaitu Syamel AF, Eleena Haris, Aweera dan Mus May.

Menurut Siti Zubaidah, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah PREC merangkap Ketua Pegawai Korporat PKNS berkata, menerusi acara ini, PREC dalam usaha berterusan memberdayakan usahawan, selain membuka peluang kepada para peniaga barangan antik dan barangan terpakai bagi mempromosikan barangan mereka.

Ini adalah salah satu inisiatif dari PREC bagi memberi ruang dan peluang kepada para usahawan membantu meningkatkan ekonomi di Selangor seterusnya membantu merangsang peningkatan kadar pelaburan yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

“Para pengunjung yang datang ke SACC Walk dapat mengisi masa lapang dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang bermanfaat lagi menarik, di samping disajikan dengan hiburan percuma dan peluang bersua muka dengan artis yang membuat persembahan. Kehadiran penyanyi-penyanyi terkenal ini memang akan menghangatkan lagi pentas SACC Walk Fiesta”, katanya.

Sementara itu, Rodziah dalam ucapannya berkata, SACC Walk Flea Market dianjurkan bertujuan untuk membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif berteraskan keusahawanan di kalangan warga Shah Alam. Kami berharap program ini akan terus mendapat sokongan dari warga Shah Alam dan limpahannya ke seluruh Negeri Selangor.

Selain persembahan artis, karnival yang bertemakan antik dan klasik ini turut dimeriahkan dengan aktiviti kanak-kanak seperti ‘giant bubble’, ‘inflatable bouncer’, permainan ‘velocifero’, persembahan badut, seni karikatur , ‘fire eater’, ‘mini petting zoo’ dan pertunjukan kereta klasik oleh Kelab Pencinta Kereta Mini Malaysia, khas buat penggemar kereta klasik.

Menariknya, acara ini turut disertai oleh deretan peniaga food trak terkenal iaitu TAPAK. Pengunjung yang datang ke SACC Walk Fiesta berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan melalui beberapa pertandingan seperti ‘Beyblade Competition’, makan paling pantas, ‘Bull Ride Competition’, ‘Battle of the Buskers’, Pertandingan Karaoke dan banyak lagi.

Turut diadakan, penyerahan MOU bersama PREC dan  PERDASAMA Selangor dan TAPAK, FAMA Negeri Selangor, dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam.

Selain itu, penghargaan kepada HIJRAH Selangor akan diberikan atas kerjasama startegik dalam melahirkan para usahawan di aset milik PREC.

Pengiktirafan penghargaan akan turut diberikan kepada Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UITM Shah Alam diatas usaha para pensyarah dan 200 orang pelajar fakulti tersebut yang telah berkarya mencantikkan perkarangan SACC Walk melalui program Seni Tong Kuning.

Artis yang hadir membuat persembahan akan beramah mesra dengan pengunjung melalui sesi kuiz semasa mini konsert dan Mus May turut mengambil peluang di acara tersebut untuk mempromosikan cenderahati kumpulan May seperti t-shirt dan album.

Maklumat lanjut berkenaan SACC Walk Flea Market, sila layari laman sosial kami Facebook (SACC Walk Flea Market) dan Instagram (@saccwalkfleamarket).

Perodua Tawar Hadiah Wang Tunai RM20,000 Sempena Malaysia Autoshow 2019

Perodua menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM20,000, tawaran eksklusif di Malaysia Autoshow 2019

PERODUA menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM20,000 secara keseluruhan serta tawaran eksklusif kepada mereka yang mengunjungi Malaysia Autoshow 2019, yang akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dari 11hb-14hb April.

Anjuran Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Malaysia Autoshow 2019 mempamerkan tawaran daripada pelbagai jenama automotif di negara ini.

Pengunjung yang menempah Myvi, Axia, Bezza atau Alza di acara tersebut boleh menikmati rebat khas sebanyak RM500, peluang untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM20,000 sepanjang empat hari atau pelbagai peranti elektronik, serta promosi ‘3 Hassle Free Bonus’, semasa pendaftaran kenderaan baharu mereka.

Promosi ‘3 Hassle Free Bonus’ merangkumi Perlindungan Aset Dijamin selama tiga tahun dan Perlindungan Kemalangan Peribadi selama tiga tahun semasa pembaharuan insurans dan/atau servis, serta baucar RM300 yang boleh digunakan untuk sebarang pembelian dan
perkhidmatan di pusat servis Perodua.

“Dengan tawaran menarik untuk produk dan perkhidmatan Perodua yang hanya boleh didapati di Malaysia Autoshow 2019, inilah masa dan tempat yang terbaik untuk menjadi pelanggan Perodua,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin.

Pakej pelincir terpilih boleh didapati pada diskaun sehingga 15% dan aksesori terpilih sehingga 10%. Koleksi GearUp yang penuh bergaya turut ditawarkan pada diskaun 10%.

Pengunjung yang membelanjakan RM150 dan lebih untuk pembelian barangan selepas-jualan boleh membawa pulang tumbler Perodua, manakala mereka yang membelanjakan RM150 dan lebih untuk membeli e-baucar akan mendapat payung Perodua, sementara stok masih ada untuk kedua-dua hadiah.

Selain itu, pengunjung yang membeli atau menempah bodykit atau pakej GearUp akan
mendapat e-baucar semasa pendaftaran kenderaan baharu mereka yang ditempah di acara ini, bernilai RM150 untuk Myvi dan Alza, RM200 untuk Axia dan RM300 untuk Bezza.

E-baucar ini boleh digunakan untuk sebarang pembelian dan perkhidmatan di pusat servis Perodua.

Kenderaan konsep Perodua dari Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18), iaitu X-Concept dan Myvi GT, akan turut dipamerkan di Malaysia Autoshow 2019.

“Kami juga akan membawa ke sana Kenderaan Pra-Milik Sah Perodua bagi mereka yang
mahukan ketenangan minda menyeluruh semasa membeli kenderaan terpakai Perodua.

Pengunjung juga boleh mengalami teknologi Advanced Safety Assist (ASA) yang terdapat pada Myvi dan Aruz, untuk memahami dan menghargai bagaimana ia berfungsi untuk mengelakkan pelanggaran dan situasi yang tidak diingini.

“Perodua menjanjikan hari yang menyeronokkan untuk anda, keluarga dan rakan-rakan anda di Malaysia Autoshow. Kunjungi kami di Dewan A, MAEPS dari 11hb-14hb April untuk tawaran terbaik Perodua pada bulan ini,” katanya.

Honda Malaysia Offer Extra Bonus To Drive Home A Honda Car This April

Honda Bonus and extra value-adds await customers purchasing any of the eight participating models

HONDA Malaysia continues to offer fabulous reasons for customers to finally own their dream Honda car this April under the “Enjoy the Gifts of Booking Early” campaign.

Aimed at uplifting the Joy of Buying for customers, Honda Malaysia is giving special rewards such as Honda Bonus*, Free Service Voucher or Cash options* worth up to RM3,500, plus an Exclusive Gift* to add incentives to the overall great design, good
performance and excellent fuel efficiency of a Honda car.

The rebates are applicable for Jazz, Jazz Hybrid, City, City Hybrid, BR-V, Accord, CR-V and
Odyssey models registered on 1 April 2019 to 30 April 2019.

The “Enjoy the Gifts of Booking Early” campaign is one of the efforts by Honda Malaysia to
thank Malaysians for putting their trust in the brand and making them the No.1 Non-National brand for four consecutive years and No.2 position in overall Total Industry Volume (TIV) for three consecutive years.

Continuing to excite the market, Honda Malaysia launched in January 2019, the New HR-V with a multitude of new features in its V and E variants. Alongside the upgraded HR-V, Honda Malaysia introduced the RS variant for the first time which comes with the Variable Gear Ratio Steering System (VGR)** for a sportier drive.

At the same time, the New HR-V 1.5L Sport Hybrid i-DCD also joined the Honda Hybrid family in Malaysia. At the heart of this well-performing Hybrid model is a 1.5L DOHC i-VTEC engine with Direct Injection engineered to generate high performance equal to that of a 2.0L engine with balanced fuel-economy.

It is also equipped with 7-Speed Dual-Clutch Transmission with High-Power Electric Motor that enables smooth and quick gear-shifting. On top of the great performance, both petrol and hybrid variants have top-notch functional and practical features that include Multi-Utility Cargo Space for better space usage.

The New HR-V also comes with standard safety features such as Six Airbags, Emergency Stop Signal (ESS), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) and ISO Fix.

Since its launch, the New HR-V has sold close to 6,000 units, achieving 45% of the yearly target for HR-V in just three months. The overwhelming response also can be seen from the number of bookings which to-date Honda Malaysia has received close to 11,000 unit bookings.

Honda Malaysia ensures that they will deliver the New HR-V to customers within a reasonable waiting period. The record has enabled this model to maintain its position as the Compact SUV segment leader.

 

Honda Malaysia would like to thank Malaysians for the positive feedback since its launch
early this year.

The new model introduction has also generated continued positive momentum into 2019. Honda Malaysia recorded more than 22,000 units total sales sold from January to March 2019.

The record also showed that City was the best-selling model for Honda Malaysia in the first three months of 2019, followed by HR-V and CR-V.

With the steady performance of the first quarter, Honda Malaysia is optimistic that it will be on track to achieve its 2019 target as it continues to emphasise Honda’s Next Generation Advanced Technology, which comprises three pillars of technology, namely Honda SENSING, VTEC Turbocharged and Sport Hybrid i-DCD.

* Terms and conditions apply
** Only available for the RS variant

Samsung Galaxy Watch Active, The Smart Watch That Gives You Smart Advice

SAMSUNG Galaxy Watch Active PWP Launching Promotion with S10e|S10|S10+ is organized by Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd.

This Promotion will run from  2nd April to 30th April 2019 or while stock last.

Built on Samsung’s innovation evolution, the Galaxy Watch Active is now a personal trainer and adviser – packed with a wide variety of advanced tracking features; it constantly monitors your performance and advises how you can stay ahead of the game.

It is also a reliable companion as it powers up perfectly with the Galaxy S10.

Focus on what matters most, live a more rewarding life, and enjoy healthier days with the Galaxy Watch Active. The Galaxy Watch Active is now available at a recommended retail price of RM799 and is offered in three trendy colours – Rose Gold, Black, and Silver.

Enjoy RM100 rebate for the Galaxy Watch Active when you purchase one (1) unit of a Samsung Galaxy S10e|S10|S10+ from 2nd to 30th April 2019 at any Samsung Experience Store and selected participating Outlets nationwide.

More details about the promotion can be found at https://www.samsung.com/my/offer/s10-pwp.

Proton X70 Melengkapkan Pengembaraan Merentasi 13,000 KM Malaysia-China

Proton X70 membuktikan ketahanannya dengan melengkapkan pengembaraan sejauh 13,000km tanpa sebarang kerosakan

PADA 26 Februari 2019, sebanyak sembilan unit SUV pintar pertama Malaysia, Proton X70,
telah berlepas dari Pusat Kecemerlangan PROTON (COE) bagi pengembaraan melalui jalan darat ke China.

Dianjurkan oleh Borneo Automobile Leisure Touring dan Kunming Scenery-Customer International Travel Co., Jelajah Proton X70 Malaysia-China 2019 ini mendapat sokongan daripada PROTON dan telah merentasi lebih 13,000km jarak perjalanan dalam tempoh 33 hari melalui empat buah negara.

Selepas tiga bulan pelancarannya, kebolehan Proton X70 untuk melalui pelbagai keadaan jalan dan prestasi tanpa masalah berjaya dibuktikan melalui ketahanannya dalam pengembaraan yang dianjurkan.

Tiada sebarang masalah dilaporkan sepanjang perjalanan tersebut yang merangkumi empat negara dan setiap sembilan unit model tersebut telah melengkapkan perjalanan tanpa perlu dibaiki selain servis berkala seperti yang diperlukan.

Apabila ditanyakan pengalaman mereka memandu Proton X70, para peserta berterima kasih di atas pemanduan yang lancar, prestasi yang memberangsangkan dan menakjubkan serta ruangan kabin yang ditambahbaik yang ada pada semua varian Proton X70.

Ciri-ciri ini menjadikan perjalanan yang jauh itu mudah bagi kedua-dua pemandu dan penumpang serta membolehkan mereka menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan.

Mereka yang memandu Proton X70 dengan varian Premium memuji Sistem Bantuan Pemanduan Canggih (ADAS) dan ciri-ciri lain seperti kerusi kulit Nappa yang
menambahkan keselamatan dan keselesaan.

“Kami berasa kagum dengan tahap keselesaan dan penambahbaikan terbaik yang ada pada Proton X70 dan selepas menghabiskan selama 33 hari memandu lebih 13,000km di jalan raya dalam pelbagai keadaan, saya berasa yakin ini adalah salah satu pilihan terbaik dalam kelasnya,” kata Dato’ Wong Kean Hwee , seorang peserta daripada pengembaraan
ini.

Lim Mee berkata, “Perjalanan epik ke China memberikan peluang untuk mengalami pelbagai budaya yang berbeza di sepanjang jalan.

Memilih kenderaan yang salah untuk sesuatu pengembaraan boleh menjadikan perjalanan itu sukar dan memenatkan, justeru saya gembira dengan prestasi Proton X70. Kereta ini tidak memberi sebarang masalah, selesa dan terbaik, yang bermaksud ia sebuah kenderaan yang senang dipandu pada setiap hari.”

Model Proton X70 masih belum dijual di luar Malaysia, namun bantuan teknikal telahpun diatur oleh PROTON di lokasi-lokasi pengedar dan pusat-pusat servis di sepanjang laluan yang mereka lalui.

Di China, servis dan sokongan kenderaan disediakan oleh pengedar-pengedar Geely yang telah mahir dengan kenderaan yang sama seperti Geely Bo Yue ini.

Pengembaraan yang turut merentasi Malaysia, Thailand dan Laos itu, kebanyakan masa telah dihabiskan di China di mana konvoi tersebut telah menjelajah ke pelbagai daerah di China sebelum menuju ke lokasi utama iaitu Hangzhou dan kembali semula ke Malaysia.

Di Hangzhou, para peserta telah berkunjung ke ibu pejabat Geely dan Pusat Pengalaman Geely. Kunjungan ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rakan kongsi PROTON, sejarah mereka dalam menghasilkan kenderaan dan meninjau model-model yang berpotensi untuk dibangunkan bersama model-model
Proton pada masa hadapan.

Post Menarik