EPengerusi NGO Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican menerima beberapa anugerah tahun ini kerana jasa yang disumbangkan melebihi 20 tahun di Kemboja.

Beliau dikenali oleh semua lapisan masyarakat Kemboja dari peringkat pemimpin sehingga ke paling bawah malah beliau boleh menyesuaikan keadaan di mana sahaja berada.

Mustapha berbaju putih menerima penghargaan khas Tokoh NGO dan Tokoh Kebajikan dari Pengerusi Kg PakPhou Hakim Mutalib Isa dan para Ahli jawatankuasa kampung berkenaan

Pengerusi Kampung Pak Phou, Hakim Mutalib Isa berkata, Mustapha adalah tokoh NGO yang berjaya membuat pelbagai kebajikan dan pada masa sama mendidik umat Islam berdikari, bekerjasama dan menjalin perhubungan baik dengan lain-lain kaum di sini.

Kampung Pak Phou ialah kampung terbesar yang mempunyai penduduk Islam di Tbong Khmum Province.

“Hari ini beberapa daerah telah memberi penghargaan khas dengan pelbagai pengiktirafan. Mustapha bukan sahaja sebagai Tokoh NGO Antarabangsa malah tokoh keamanan, perpaduan, kebajikan dan kemanusiaan sejagat.

“Banyak jasa yang disumbangkan untuk kebajikan ummah di kampung ini apabila beliau berjaya membina telaga, sekolah agama, masjid, jalan kampung yang baik dan projek tanah perkuburan yang tersusun serta bantuan fakir miskin,” katanya.

Ini dapat dilihat dengan pelbagai pengiktirafan dari banyak Province kepada beliau termasuk sebagai Tokoh NGO Antarabangsa malah Kerajaan Kemboja pun memberi pengiktitafan tertinggi Negara melalui Perdana Menteri, Hun Sen.

Hakim Mutalib berkata, Mustapha juga Tokoh Diplomasi yang hebat malah diperakui bagi kes pembebasan dan penyelesaian membabitkan seramai 47 orang tahanan rakyat Malaysia melalui perundingan serta persahabatan.

Mustapha baju putih menerima dua penghargaan dari Ketua Kampung Jamuan / Sempadan , Abd Manap Md Zin.

Sementara itu, Ketua Kampung Jamuan Sempadan Kemboja Vietnam, Abd Manap Mohd Zin berkata, Mustapha layak menerima penghargaan khas ini berdasarkan sumbangan 20 tahun dalam pelbagai bentuk kebajikan malah di kampung itu beliau berjaya membina sekolah tahfiz, masjid, telaga dan bantuan kepada fakir miskin, mualaf serta anak yatim.

“Saya bangga dengan imej negara Malaysia yang dibawa oleh Mustapha malah Kerajaan Malaysia harus bangga dengan tokoh ini yang banyak memberi nasihat, tunjuk ajar supaya umat Islam Kemboja berusaha keras dan mengutamakan pendidikan anak-anak dalam pelajaran.

“Kita memberi penghargaan sebagai Tokoh NGO Antarabangsa, Tokoh Pendidikan dan Tokoh Kebajikan Ummah sejagat,” katanya.

Mustapha menerima penghargaan dari Pengetua Sekolah Agama Ustaz Ramly Yusof sebagai Tokoh Pendidikan, turut diperhati oleh ketua Kampung Abd Manap Md Zin

Sementara itu, Mustapha dalam ucapannya berkata, bukan penghargaan diharapkan tetapi yang penting niat untuk melihat umat Islam di sini berjaya walaupun jumlahnya kecil.

“Itu sebabnya penekanan kepada pendidikan untuk anak-anak amat penting kerana ibu bapa dari golongan yang miskin seperti para petani, nelayan dan kerja-kerja buruh.

“Untuk mengubahkan anak-anak kena ada pelajaran bagi membentuk generasi baru yang berilmu. Saya berasa terharu di atas anugerah dan penghargaan diterima. Saya bagi pihak rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan,” katanya.