Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini menyampaikan hadiah kepada 10 pemenang bertuah dengan sebuah kerusi urut GINTELL DéSpace Star bernilai RM13,988 setiap satu untuk kempen ‘Festive Bonanza Hari Raya’.

Para pemenang bertuah itu merupakan pelanggan yang membeli dan mendaftarkan sebuah kenderaan Nissan sepanjang kempen ini berlangsung dari Mei hingga Jun 2019.

Senarai pemenang yang datang dari pelbagai rantau di Malaysia adalah seperti berikut:

NAMA MODEL NISSAN YANG DIBELI
Anis Ismarini Binti Ismail @ Ibrahim X-Trail 2.0L
Muhammad Zaky Bin Ab Alim Serena 2.0L S-Hybrid
Chow Huey Ling X-Trail 2.0L Hybrid
Chee Soon Beng Serena 2.0L S-Hybrid
Cheah Weng Sang X-Trail 2.0L
Syaiful Azlan Bin Shafiee Navara 2.5L
Mahavisnam A/L Rajoo Navara 2.5L
Rosliza Binti Hassan Navara 2.5L
Muhammad Saifuzan Bin Sapili Navara 2.5L
Aniq Irsyaduddin Bin Johari Almera 1.5L

 

Sebagai tambahan, mereka layak untuk menyertai peraduan utama ‘Beli Kereta Menang Rumah’*, di mana pelanggan Nissan berpeluang memenangi sebuah pangsapuri servis 2+1 bilik baharu bersama dua ruang parkir bernilai RM665,000* di The ERA, Duta North Kuala Lumpur.

Peraduan ini merupakan satu kerjasama unik di antara ETCM dan JKG Land Berhad. Peraduan utama ‘Beli Kereta Menang Rumah’* bermula dari 1 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019, dan pelanggan yang membeli dan mendaftarkan kenderaan Nissan di antara tempoh ini layak menyertai kemasukan peraduan.

Orang ramai juga dijemput untuk mengunjungi Karnival Nissan ‘Electrifying Drive’ pada dua hujung minggu dari 13 hingga 15 September dan 20 hingga 22 September 2019 masing-masing yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilih di seluruh negara.

Anda boleh merasai pengalaman memandu kenderaan elektrik Nissan LEAF serba baharu yang paling laris di dunia, memenangi pelbagai hadiah menarik dan menyertai banyak aktiviti menyeronokkan seperti Pengalaman Menikmati Virtual Reality Tech Drive. 

Tarikh dan lokasi Karnival Nissan ‘Electrifying Drive’ adalah seperti berikut:

Tarikh  Wilayah  Lokasi
13 – 14 September Pantai Timur Tesco Kota Bharu**
14 – 15 September Utara ETCM Butterworth
Tengah ETCM Petaling Jaya
Tengah ETCM Pandan Indah
Selatan ETCM Semabok
Selatan ETCM Johor Jaya
Sarawak ETCM Kuching
Sabah ETCM Kota Kinabalu
20 – 21 September  Utara ETCM Langkawi**
21 – 22 September Utara ETCM Ipoh
Utara n ETCM Sitiawan
Tengah ETCM Kepong 
Tengah ETCM Cheras
Selatan ETCM Nilai
Selatan ETCM Muar
Sarawak ETCM Miri**
Sabah ETCM Sandakan**

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.
* Tertakluk kepada terma dan syarat
** Lokasi tanpa Pandu Uji Nissan LEAF

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini