Pesat Auto CTM Sdn Bhd bersedia memberikan pelanggan pengalaman pemilikan yang hebat
PESAT Auto CTM Sdn Bhd (Pesat Auto) telah secara rasmi membuka pusat 3S Proton baharu di sini. Cawangan pengedar ini merupakan ketiga yang dibuka di Kuantan yang mempamerkan identiti korporat baharu Proton.

Dilengkapi 6 ruang servis, 4 kemudahan pengangkat dan bangunan seluas 750 meter persegi, cawangan ini dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2.3 juta, terletak di sepanjang jalan utama di bandar itu.
Pesat Auto yakin bahawa cawangan ini akan meningkatkan jualan sebanyak kira-kira 30% dan jumlah servis sebanyak 40%.
“Corak dan cara perniagaan telah berubah dengan keadaan masa. Keperluan dan jangkaan pelanggan juga berubah dengan begitu pantas. Untuk memastikan pelanggan sentiasa berhubung dan kekal bersama kami dalam jangka masa yang panjang, kami perlu terus berkembang untuk memberikan perkhidmatan kepada mereka secara cekap.

Sebuah pusat sehenti akan menjadi platform yang membolehkan kami memenuhi permintaan pelanggan dan pada masa yang sama mengembangkan lagi pasaran pelanggan kami,” kata Tee Keh Hock, Pengarah Pesat Auto CTM Sdn Bhd.
“Apa yang kami cuba lakukan ialah memastikan pelanggan dapat merasai terus pengalaman PROTON sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke cawangan kami. Kami amat menitikberatkan khidmat pelanggan dan yang lebih penting, menangani apa sahaja isu secara profesional.
“Kami faham bahawa memberi perhatian kepada pelanggan bukanlah satu pilihan tetapi ia adalah keutamaan. Semakin banyak kami memenuhi keperluan pelanggan, semakin kami dapat melayani dan menyelesaikan masalah mereka,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Proton kekal momentum jualannya yang kian meningkat. Pada bulan Ogos lalu, sebanyak 9,127 unit dijual di seluruh negara, dan pertumbuhan sebanyak 36% dari tahun ke tahun, menjadikannya tertinggi antara lima jenama terkemuka di negara ini.
Pantai Timur mencatat jualan yang baik dengan pertumbuhan sebanyak 8%, dan di Pahang pula menyaksikan peningkatan sebanyak 10%. Model seperti Saga dan Persona kekal menjadi pilihan pembeli, manakala X70 pula menyumbang sebanyak 30% daripada jualan di negeri itu.
Sehingga kini, PROTON mempunyai 102 cawangan 3S & 4S beroperasi di seluruh negara.












































