Utama Blog Halaman 879

Malaysian Entrepreneurs Make The Forbes 30 Under 30 Asia 2019

Several Malaysian entrepreneurs are among the 300 from 23 Asia-Pacific countries listed in the Forbes 30 Under 30 Asia this year.

Forbes said the group of young stars were chosen from over 2,000 entries, heavily researched by a team of reporters and vetted by an A-list of judges for their work in technological innovations and disrupting age-old industries, among others.

The Malaysian entrepreneurs were Aaron Patel, Bobby Ong, TM Lee, Chris Khristie, Michelle Tan, Jin Xi Cheong, Joolin Chuah, Kendrick Wong, Melvin Poh, Sarah Chen and  Wen Shin Chia.

Patel is the chief executive officer of iHandal Energy Solutions, an engineering and contracting firm specialising in improving the thermal energy efficiency of commercial and industrial buildings.

Bobby Ong and TM Lee are co-founders of CoinGecko, a cryptocurrency data aggregator that tracks price, volume, social and developer stats.

The company has collaborated with Western University in Canada and Humboldt University in Berlin in producing cryptocurrency research.  Chris Khristie and Michelle Tan are co-founders of digital media group, INFLUASIA, which caters to the English, Malay and Mandarin-speaking communities of Malaysia via their portals, World of Buzz, Lobak Merah, and NOODOU.

Jin Xi Cheong is the founder of Poladrone, a company which took the drone to the palm oil industry to boost the efficiency in Malaysian palm oil plantations and crop farms.  Joolin Chuah, is an associate in Insignia Ventures Partners who was instrumental in nearly 10 investments in 2018, including promising startups such as igloohome, CoHive and Sayurbox.

She is widely known as the go-to advisor for many entrepreneurs in Southeast Asia and sits on the board of Finhay, a robo-advisory platform in Vietnam.

Kendrick Wong, is the co-founder of Omnilytics, a fashion analytics platform that offers real-time market intelligence data across 75,000 brands.

Omnilytics’ big data services are used by retailers worldwide, as well as by financial market clients.  Melvin Poh, 27, is the co-founder of The Asian Entrepreneur, an international publisher and media platform with an active readership in 13 countries.

The Asian Entrepreneur recently partnered the governments of Malaysia, Macau and South Korea to initiate several startup communities and events.

Sarah Chen is a co-founder of The Billion Dollar Fund for Women, the primary goal of which was to tackle the gender funding gap faced by female founders.

The fund hopes to have invested $1 billion in startups driven by women by 2020, and has secured pledges of over $750 million from global investors including Gobi Partners, Golden Gate Ventures, Rethink Impact, Springboard Growth Capital, Backstage Capital and Different Funds.

Meanwhile, Wen Shin Chia is the founder of Green Yards, an eco-products company that makes soaps and candles from recycled cooking oil.

The company, which sources oil from Malaysia’s restaurants and households, sells the products online and in gift shops in the country. – Bernama

Paddy Abd Halim Is New Customs D-G Read

Datuk Paddy Abd Halim has been appointed the new Customs Department director-general effective April 1, says the Finance Ministry.

Its minister Lim Guan Eng said Paddy’s appointment was to replace Datuk Seri Subromaniam Tholasy who had retired on March 9.

Lim said Paddy started his career as the Customs officer at the Perak Royal Malaysian Customs Department in 1983.

He added that Paddy also served in several branches and divisions at the Kuala Lumpur Customs Department and the Customs headquarters before he was appointed as the Compliance Management Division director in 2011.

Lim said in July 15, 2016, Paddy was promoted to the assistant director-general of Customs (Enforcement) post, adding that he was then appointed as the deputy director-general of Customs (Customs/GST) on July 1, 2017.

“The Ministry would also like to take this opportunity to thank Subromaniam for his exemplary service as the director-general of Customs especially for his leadership in the Customs Department in the implementation of the Sales and Service Tax,” he said in a statement on Tuesday (April 2). — THE STAR ONLINE

Minyak Kelapa Sawit Ganti Minyak Hitam Kereta?

Bolehkah minyak masak digunakan sebagai alternatif kepada minyak pelincir atau minyak hitam kenderaan anda?

Jika anda masih ragu-ragu, seorang lelaki dipercayai dari negeri ini telah berjaya membuktikannya.

Malah dia dikatakan telah lama menggunakan minyak masak kelapa sawit itu bagi menggantikan minyak hitam kenderaan tanpa sebarang masalah.

Namun sebelum ini pun sudah ramai golongan ‘berani’ menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit itu sebagai alternatif kepada minyak hitam yang harganya mencecah ratusan ringgit.

Dalam satu klip video pendek berdurasi seminit 30 saat itu yang tular di laman-laman sosial, dia kelihatan sedang mengisi satu jenama minyak masak ke dalam enjin kereta miliknya.

Melalui perbualan dengan seorang lagi lelaki, dia menyatakan telah menggunakan keretanya itu untuk berulang-alik antara Alor Setar ke Baling serta ke lokasi lain.

“Lama dah pakai (guna) tak pernah ada masalah… Daripada ampa (kamu) dok pakai minyak yang beratus-beratus (ringgit) tu buat apa,” katanya.

Pada akhir video tersebut, lelaki tersebut turut menghidupkan enjin keretanya tanpa sebarang masalah, sekali gus menyarankan rakannya itu agar turut cuba menggunakan minyak kelapa sawit sebagai pengganti minyak untuk kenderaan.

Sementara itu menerusi laman web kereta.info, seorang bekas jurutera sebuah syarikat di Jepun, Hisyam Abdullah berkata, minyak masak merupakan minyak paling sintetik tetapi tidak ramai yang mengetahuinya.

“Saya menggunakan minyak masak sebagai pelincir untuk enjin kereta Proton Iswara. Selepas lebih setahun menggunakannya, saya dapati tiada kesan negatif atau kerosakan berlaku pada kereta,” katanya.

Mungkin sekarang sudah tiba masanya kajian terhadap minyak kelapa sawit untuk digunakan pada kenderaan dilakukan sebagai langkah alternatif menggantikan pelincir yang mahal dan tidak mesra alam. – UTUSAN ONLINE

Proton Jual 6,145 Kenderaan Dalam Bulan Mac 2019

Proton Holdings Berhad (Proton) mencatatkan pendaftaran sebanyak 6,145 buah kenderaan pada Mac dengan pegangan pasaran sebanyak 11 peratus meningkat 2.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Li Chunrong berkata, Proton mengakhiri suku pertama tahun 2019 dengan rekod kenaikan jualan yang baharu di mana syarikat berjaya mengekalkan kecemerlangan yang dicapai pada awal tahun ini.

Menurut beliau, bulan lalu menyaksikan pertumbuhan positif bagi industri automotif di mana anggaran Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) meningkat sebanyak 11.8 peratus tahun ke tahun.

“Proton sekali lagi mengatasi pasaran dengan peningkatan pendaftaran sebanyak 46.1 peratus bersamaan dengan kadar pertumbuhan hampir empat kali lebih tinggi daripada keseluruhan industri. Bagi tiga bulan pertama tahun ini, angka kumulatif adalah 43.5 peratus atau lebih daripada enam kali bilangan TIV sebanyak 6.7 peratus.

“Kedudukan keseluruhan jualan Proton adalah yang paling ke hadapan berbanding jenama pesaing-pesaing lain bagi bulan ini serta suku pertama 2019.

“Ini juga bermakna syarikat telah berjaya mendahului jenama automotif keempat terlaris sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama popular di kalangan pembeli kereta di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah Chunrong, angka yang dicatatkan oleh Proton pada tahun ini merupakan hasil usaha padu yang dilakukan oleh setiap pekerja.

Katanya, pencapaian itu juga disebabkan oleh pembukaan cawangan 3S/4S, peningkatan kualiti produk, tumpuan penuh pada perkhidmatan pelanggan serta penambahbaikan pada bahagian-bahagian yang lain.

“Proton yakin bahawa pelaburannya dalam perniagaan akan terus memberi kelebihan pada pertumbuhan jualan didorong oleh pelbagai lagi model pada tahun semasa,” ujarnya.

Sementara itu, Chunrong berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, X70 telah berjaya mencatatkan angka pendaftaran yang memberangsangkan dengan 2,979 buah kenderaan telah didaftarkan pada Mac.

Katanya, model tersebut bukan sahaja muncul sebagai SUV terlaris untuk Mac tetapi secara kumulatif merupakan SUV paling popular untuk tiga bulan pertama tahun ini.

“Jumlah yang direkodkan bagi Mac merupakan angka paling banyak yang pernah dicatatkan dalam industri automotif tempatan bagi segmen SUV dalam masa sebulan. Pada masa sama, lebih 25,000 tempahan telah diterima menjadikan X70 sebagai model Proton paling popular untuk tahun 2019.

“Kami berharap dapat mengurangkan masa menunggu kepada para pelanggan berikutan jumlah penyerahan X70 yang kian meningkat.

“Kami akan berusaha gigih untuk memastikan setiap unit mempunyai tahap kualiti yang tinggi kerana dan menjadi kenderaan yang diberi nilai teratas untuk Kajian Kualiti Awal (IQS),” jelasnya.

Proton kini memiliki 75 cawangan 3S/4S di seluruh negara. – UTUSAN ONLINE

Bank Negara Reserves At US$102.36b, As At End-Feb 2019

Malaysia’s reserves remained usable as at end-Feb 2019, with official reserve assets at US$102.36 billion, in accordance with the International Monetary Fund’s Special Data Dissemination Standard (IMF SDDS) format.

In a statement today, Bank Negara Malaysia (BNM) said other foreign currency assets amounted to US$653.8 million.

“For the next 12 months, the pre-determined short-term outflows of foreign currency loans, securities and deposits, which include among others, scheduled repayment of external borrowings by the government and repayment arising from maturity of the foreign currency Bank Negara Interbank Bills, amounted to US$4.03 billion.

“The short forward positions amounted to US$18.36 billion while long forward positions amounted to US$600 million as at end-February 2019, reflecting the management of ringgit liquidity in the money market,” it said.

In line with the practice adopted since April 2006, BNM said the data excludes projected foreign currency inflows arising from interest income and the drawdown of project loans amounting to US$2.70 billion in the next 12 months.

The bank said the only contingent short-term net drain on foreign currency assets are government guarantees of foreign currency debt due within one year, amounting to US$351.1 million.

“There are no foreign currency loans with embedded options, no undrawn, unconditional credit lines provided by or to other central banks, international organisations, banks and other financial institutions.

“BNM also does not engage in foreign currency options vis-à-vis ringgit,” it added. – BERNAMA

Food Delivery Via Helicopter? GrabFood Says It’s Happening…This April 1

THE thing about April 1 is that it is hard to take anything associated with the date seriously.

This however has not deterred GrabFood from choosing April 1 to launch their “new service”.

On their Facebook page today, GrabFood teased a video about satisfying food cravings, near or far.

Calling it the “GrabFoodCopter”, they said those interested could sign up to be a beta tester of the new service in which “all your favourites delivered to your doorstep from literally anywhere via helicopter”.

In the video, GrabFood opted to highlight an issue that is close to Malaysians, and Singaporeans: Whose food tastes better?

It opens with GrabFood asking, “Are you a Malaysian who loves Singaporean food?” and later shows a GrabFood rider delivering food after arriving in what sounds like a helicopter.

The e-hailing company also changed their cover photo to one that shows a man standing outside a green helicopter, with the words “GrabFoodCopter” on it.

While some Facebook users commented this could be an April Fools’ joke, GrabFood responded by urging them to sign up as a beta tester.

On the sign up page, it says the registration is limited to the first 1,500 respondents.

They also asked those interested to tell them which restaurant from Singapore they would like to see listed on Malaysia’s GrabFood.

With April 1 just two days away, it remains to be seen if we will soon be hearing the whirring sounds of green helicopters buzzing over our heads with our lunches and dinners, or if this is an elaborate, but cool, marketing gimmick. — NST ONLINE

Pihak Bantah Kerjasama Pas Dan UMNO Disifatkan Bersikap Seperti Yahudi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pihak yang membantah kerjasama di antara Pas dan UMNO bersikap seperti Yahudi.

Menurutnya, ini kerana perbuatan itu sama dengan sikap orang Yahudi yang menentang usaha Nabi Muhammad SAW menyatukan umat Islam.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Abdul Hadi menegaskan kedua-dua parti kini bekerjasama bagi menyelamatkan negara.

“Lepas itu bila UMNO dan Pas hendak bersatu, dituduh macam hendak berperang dengan kaum lain.

“Ini lagi teruk. Macam orang Yahudi yang tidak mahu orang Islam bersatu semasa zaman Nabi.

“Inilah penyakit yang mesti kita lawan. Mari kita bersatu padu biar musuh pergi jahanam,” katanya seperti dilapor portal The Malaysian Insight.

Beliau dilapor berkata demikian ketika program Pidato Himpunan Ummah Selangor di Sabak Bernam malam semalam. – UTUSAN ONLINE

Kos Servis Perodua Bezza Antara Termurah

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Pe­rodua) menyangkal dakwaan kononnya kos penyelenggaraan model sedannya, Bezza adalah 32 peratus lebih tinggi berbanding Proton Persona.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, maklumat yang digunakan beberapa portal dalam talian mengenai butiran penyelenggaraan Pe­ro­dua adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Bezza GXtra_Front Exterior

Menurut beliau, laporan yang diterbitkan pada 11 Mac lalu menunjukkan perbezaan kos penyelenggaraan antara Persona dengan dua model kereta lain yang dikatakan sebagai Perodua Bezza dan Honda City.

“Perbandingan yang dilakukan tidak setaraf yang mana kos penyelenggaraan Persona dikira seperti yang dijadualkan dalam buku servis atau ma­nual pemilik manakala Bezza berdasarkan pengiraan kos penyelenggaraan pencegahan (pilihan) dan bukan mengikut jadual seperti buku servis.

“Perbezaan kos penyelenggaraan Bezza pada tahun kelima hanya RM44 atau 1.4 peratus dan bukannya 32 pera­tus seperti yang dilaporkan. Perbezaan ini disebabkan kos premium pelincir gred 0W-20 untuk Bezza dibandingkan dengan 10W-30 untuk Persona,” katanya dalam kenya­taan di sini baru-baru ini.

Tambah Zahari, pemilik Bezza membayar RM239.55 lebih rendah berbanding pemilik Persona untuk kos penyelenggaraan pada akhir tahun ketiga.

Katanya, Bezza merupakan antara model yang mempunyai kecekapan bahan api terbaik di negara ini dan diperakui kerajaan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV).

“Bezza 1.0 Manual dan automatik masing-masing berpotensi untuk bergerak sejauh 22.8 kilome­ter/ liter (km/l) dan 21.3 km/l. Bagi varian 1.3L manual dan automatik ia mampu bergerak sejauh 21.7 km/l dan 21 km/l.

“Untuk 1.3 Bezza Advance automatik yang dilengkapi dengan Eco Idle, ekonomi bahan api adalah pada 22 km/l dalam mod ECE. Faktor-faktor ini memberikan penjimatan besar terhadap kos keseluruhan Bezza manakala maklumat kecekapan bahan bakar kereta pesaing tidak diberitahu kepada umum,” jelasnya.

Zahari berkata, pihaknya mengambil berat tentang pendekatan laporan daripada jenama tertentu dan menasihatkan orang ramai supaya menye­mak dahulu kandungan berita de­ngan merujuk kepada sumber yang sahih. — UTUSAN ONLINE

UEC: Rais Bantah Peguam Negara

Tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) didakwa dibuat ‘secara unilateral’ tanpa menunggu kementerian yang berkenaan iaitu Kementerian Pendidikan untuk siap berbincang dan tanpa merujuk kepada Kabinet untuk membuat keputusan.

Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, Tommy sepatutnya memberi sedikit masa lagi kepada kerajaan untuk membuat pengumuman rasmi mengenai UEC sebelum keputusan terbaik dicapai.

“Dakwaan Peguam Negara terjebak dalam politik partisan menjadi lebih kuat bila Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengumumkan bagi pihaknya pengiktirafan ke atas UEC dalam bidang undang-undang.

“Beliau kini membuatkan kita ada dua saluran rasmi pendidikan. Dalam undang-undang anda iktiraf UEC, dalam sistem vernakular keputusan belum dibuat,” katanya di laman Facebook miliknya.

Tambah Rais, adalah lebih baik sekiranya Tommy mengeluarkan kenyataan tentang perkara itu dan tidak membenarkan Nie Ching mengeksploitasi kedudukannya.

“Pada masa ini, tidak terlalu kondusif bagi Peguam Negara untuk terpalit dalam kontroversi seperti ini.<

“Tunggu kementerian yang berkenaan untuk menyelesaikan perbincangannya. Kemudian buat keputusan selepas berunding dengan Kabinet,” katanya dalam nota bantahan kepada Tommy yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya hari ini. – UTUSAN ONLINE

PRK RANTAU: Pengerusi BN Penuhi Janji

oleh wartawan Prebiu.com

Janji tetap janji !

Perlu dikotakan !

Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang hadir pada penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bagi memenuhi janji.

Katanya, sebelum ini beliau sudah berjanji dengan calon PRK Rantau yang juga timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bersama pada hari penamaan calon.

“Saya hadir hari ini bagi menunaikan janji dengan Tok Mat.

“Sebagai penyandang kerusi Rantau yang membawa banyak pembangunan di Rantau, saya yakin tiada sebab pengundi tidak akan mengundi beliau,” katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon PRK Rantau, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini.

PRK Rantau pada 13 April ini secara rasminya akan menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Ia membabitkan calon BN, Mohamad Hasan; R Malar (Bebas), Mohd Nor Yassin (Bebas) calon PH dari PKR, Dr S Streram.

Mengenai kempen PRK Rantau, beliau berkata jika kehadirannya dapat membantu kemenangan BN, beliau akan berada di kawasan tertentu untuk membantu kempen.

“Jika sebaliknya, saya sokong dari jauh saja,” katanya.

Apabila ditanya sama ada kehadirannya hari ini sebagai isyarat untuk kembali dalam parti, beliau berkata, setakat ini beliau tiada sebarang perancangan.

“Kembali semula? Serah pada Allah,” katanya.

Post Menarik