Kumpulan lelaki Thai SBFIVE yang merupakan duta kepada pengeluar makanan ringan rumpai laut nasional Thailand “Taokaenoi” membuat penampilan istimewa di Central I-City Shah Alam untuk acara promosi.

Pada mulanya kelima-lima ahli kumpulan – Tae, Tee, Bas, Copter dan Kimmon dirancang untuk bertemu dengan peminat mereka di Malaysia tetapi Bas tidak dapat hadir kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Walaubagaimanapun, empat ahli kumpulan yang hadir tidak mengecewakan peminat mereka, dengan mengatakan bahawa mereka telah “membawa bersama semangat Bas” SBFIVE menjadi terkenal selepas kejayaan mereka dalam drama popular LGBT Thai tahun 2017 “2 Moon the Series”.

Tahun lepas, mereka melancarkan single pertama “Whenever” yang menjadi lagu hit di dalam dan luar negara.

Peminat setia Malaysia berpusu-pusu menghadiri program ini untuk bertemu dengan idol mereka dan disambut meriah dengan laungan “Selamat Datang” oleh ahli kumpulan SBFIVE yang comel.

SBFIVE menpersembahkan beberapa lagu dengan tarian, termasuklah Superboy, Spark, Whenever, Fan dan Lerk Kui Tung Am-Peal. Tarian comel dan ekspresi menawan mereka mencairkan hati para peminat yang bersorak kegembiraan di hadapan mereka.

Keempat-empat ahli SBFIVE membawa peminat wanita mereka ke tahap kegilaan apabila mereka menyanyikan lagu “Fan” kerana “Fan” juga bermakna “teman wanita” dalam bahasa Thai.

SBFIVE juga mengambil kesempatan untuk berinteraksi dengan peminat mereka. Peminat bertuah dijemput untuk bertemu dengan mereka secara dekat dan peribadi untuk menerima Hi-Touch dan hadiah. Ramai yang kecewa kerana peminat yang dibenarkan di atas pentas adalah terhad.

Walau bagaimanapun, SBFIVE berjanji akan mengadakan konsert di Thailand menjelang akhir tahun ini dan menyeru peminat Malaysia untuk menyokong mereka di sana.

Alvin Chong turut dijemput menghadiri program ini sebagai tetamu istimewa. Baru-baru ini Alvin amat aktif di industri hiburan tempatan, dan telah menarik minat sekumpulan besar peminat menyokongnya di sana. Alvin mempamerkan bakatnya dalam pelbagai bahasa dengan mendendang lagu Melayu “Tajam”, lagu Cina “Bei Ni Chong Ai” dan lagu Inggeris “You are the Reason”.

SBFIVE juga menjadi panel hakim ‘Cabaran Tarian Seaweed’ Taokaenoi untuk menentukan ‘Raja Tarian Seaweed’. Kimmon, yang merupakan ketua kumpulan, menjadi hakim utama.

Juara untuk pertandingan ini ialah Sung Hara, manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Azieyyz A.H dan Shaqirah Shankey Wakey. Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000, RM2000 dan RM1000. Anugerah bagi Peserta Paling Popular dimenangi oleh Yun Yuline.

Taokaenoi yang diasaskan oleh Itthipat Peeradechapen (Tob) pada tahun 2004, merupakan makanan ringan rumpai laut yang terkenal dalam kalangan warga Thailand dan pelancong asing. Dengan pelbagai jenis perisa, Taokaenoi menjadi salah satu makanan ringan kegemaran semua peringkat umur.

Baru-baru ini Taokaenoi melantik kumpulan lelaki Thai terkenal SBFIVE sebagai duta jenama, bersama-sama membawa imej yang menarik dan menyeronokkan untuk jenamanya. Kunjungi Facebook TaoKaeNoi untuk maklumat lanjut dan jangan ketinggalan peluang untuk makan malam di Thailand dengan SBFIVE.