Penyanyi Khai Bahar meraih tiga kategoti dalam Hot FM Top Hot 2017 menerusi kategori Lagu Hot 2017 (Luluh), Penyanyi Lelaki Hot 2017 dan FB Live Hot 2017 (bersama Wany Hasrita).
KEJAYAAN diraih itu berkat kerja keras peminat yang mengundi dirinya dalam setiap pencalonan. “Macam dikatakan sebelum ini, tanpa sokongan peminat mustahil saya boleh dapat semua ini. Sebagai penyanyi baru, ini satu pencapaian dan kejayaan besar untuk saya dalam kerjaya dan peribadi.
“Paling penting, setiap kemenangan diraih sepanjang tahun ini saya dedikasikan khas buat semua peminat terutama Khai Bahar Empire (KBE) dan seluruh keluarga. Malah, ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus memberikan yang terbaik,” katanya.
Tiga kemenangan itu menyaksikan Khai berjaya meraih lapan anugerah sepanjang tahun ini membabitkan acara Anugerah Bintang Popular 3.0, Anugerah MeleTop Era dan Anugerah Planet Muzik 2017.
“Saya bersyukur dengan apa yang ada dan menganggap ia rezeki. Menang anugerah tidak bermaksud saya bagus atau popular berbanding orang lain, tetapi ini atas usaha peminat.
“Secara peribadi, masih banyak yang perlu saya pelajari dan perbaiki. Saya masih hijau dalam bidang ini dan perjalanan masih panjang. Setiap apa dilalui memberi satu pengalaman baru. Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan percaya dengan bakat saya,” katanya.
Antara kategori yang dipertandingkan adalah Lagu Hot 2017, Penyanyi Lelaki Hot 2017, Penyanyi Wanita Hot 2017, Penyanyi Baru Hot 2017, Super Band Hot 2017 dan FB Live Hot 2017.
Penyanyi Wanita Hot 2017 menjadi milik Siti Nordiana, Penyanyi Baru Hot 2017 (As’ad Motawh) dan Super Band Hot 2017 (Putera Band).
Senarai pencalonan awal Top Hot 2017 adalah berdasarkan produk penggiat seni yang ke udara di Hot FM dari 1 Januari hingga 31 Oktober 2017. Bermula 13 November lalu, undian pusingan pertama dibuka untuk menyenarai pendek lima calon terbaik daripada senarai pencalonan awal dan sesi undian pusingan pertama berakhir pada 24 November lalu.
Undian pusingan akhir menentukan pemenang bagi setiap kategori bermula pada 27 November lau dan ditutup pada 15 Disember.
Senarai pemenang diumumkan di Hot FM bermula jam 6 pagi semalam dan semua perkembangan terkini mengenai Top Hot 2017 boleh diikuti menerusi platform digital Hot FM.
Top Hot 2017 ialah pengiktirafan yang memberi kuasa sepenuhnya kepada pendengar dan peminat setia untuk menentukan pemenang bagi kesemua enam kategori pencalonan yang dipertandingkan.
Malaysia Airports mengambil langkah tegas untuk mengurangkan kesesakan dan keselamatan pengguna jalan raya lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan memperkenalkan zon tunda
KERJASAMA dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Malaysia Airports memperkenalkan zon tunda di sepanjang jalan menuju dan dari bangunan terminal di KLIA, termasuk kawasan sekitar terminal.
Ketua Operasi KLIA, Mohd Arif Jaafar berkata, langkah itu dilakukan bagi memastikan pemilik kenderaan tidak menghalang jalan raya dan menyebabkan berlakunya kesesakan trafik. Ia juga memastikan agar keselamatan pengguna jalan raya lain apabila kenderaan diparkir di tepi jalan raya yang boleh menyebabkan halangan trafik kepada pengguna jalan raya lain.
“Kami mempunyai ruang parkir yang luas di KLIA. Terdapat lebih dari 11,000 lot parkir di kedua-dua terminal yang mana pelawat menikmati laluan percuma untuk 15 minit.
Selain itu, terdapat 5,500 lot parkir di Tempat Parkir Jangka Panjang (LTCP) yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan ke terminal menggunakan perkhidmatan shuttle percuma disediakan oleh Malaysia Airports. Perkhidmatan itu beroperasi setiap 10 minit dan pihak syarikat turut menyediakan kawasan menunggu dengan tambahan 400 lot parkir bersebelahan LTCP tanpa sebarang caj.
Arif menyarankan agar orang awam lebih peka dengan keselamatan dan tidak menyumbang kepada kesesakan trafik di KLIA.
Pemilik kenderaan yang didapati melakukan kesalahan trafik boleh dikenakan denda RM300. Secara keseluruhan, PDRM sudah mengeluarkan kira-kira 6,000 saman trafik akibat pelbagai kesalahan trafik berhampiran kawasan lapangan terbang KLIA.
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia menyambut dua penerbangan sulung antarabangsa ke Sarawak; dari Shenzhen ke Kuching dan Singapura ke Bintulu.
PENERBANGAN pertama Shenzhen-Kuching yang telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 7.50 pagi telah disambut dengan pancuran air. Para tetamu yang tiba telah disambut oleh acara tradisional Sarawak yang diketuai oleh Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan Negeri Sarawak; Datuk Abdul Wahab Aziz, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak; Mary Wan Mering, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak; dan Zamani Mohd Rafique, Pengarah
Perhubungan Kerajaan, AirAsia Berhad.
Manakala, penerbangan sulung Singapura-Bintulu yang telah tiba pada jam 11 pagi di Lapangan Terbang Bintulu telah disambut oleh Dato’ Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu dan Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad; bersama-sama Datuk Lee Kim Shin, Datuk Abdul Wahab Aziz, Mary Wan Mering, dan Zamani Mohd Rafique, yang terbang dari Kuching
ke Bintulu.
Dua penerbangan terus antarabangsa tersebut adalah sebahagian daripada pelan AirAsia untuk meningkatkan hubungan ke Malaysia Timur, selari dengan usaha kerajaan negeri untuk terus membangunkan sektor pelancongan dan rangkaian penerbangan ke negeri itu.
Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Kami amat berbesar hati dan merendah diri untuk menyambut dua penerbangan antarabangsa baharu ke Sarawak. AirAsia
sentiasa komited untuk memperluaskan pasaran di Sarawak dan dua penerbangan terus ini menjadi bukti komitmen kami untuk meningkatkan hubungan dari dan ke negeri ini. Sehingga kini, kami telah menerbangkan seramai 4.8 juta tetamu dari dan ke Sarawak, iaitu 12.1 peratus lebih ramai daripada tahun 2016 dengan China dan Singapura berada dalam senarai lima negara teratas.
“Kami berharap pengenalan dua laluan baharu ini akan menambah jumlah pelawat ke Sarawak pada tahun hadapan, dan kami percaya ia akan tercapai dengan sokongan berterusan yang diberikan oleh kerajaan negeri Sarawak dan pihak berkuasa pelancongan. Kami juga berbangga kerana telah diiktiraf sebagai syarikat penerbangan terkemuka oleh Kerajaan Negeri Sarawak di Anugerah Sarawak Hornbill Tourism 2015/2016 pada tahun ini.
Oleh itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak serta Lembaga Pelancongan Sarawak di atas sokongan mereka. Kami juga akan terus menyokong kerajaan negeri untuk meningkatkan hubungan bagi memacu sektor pelancongan negeri ini dan kami berharap untuk menjadi syarikat penerbangan utama yang menghubungkan ‘Bumi Kenyalang’ ke destinasi yang lebih
jauh lagi.”
Sementara itu, Datuk Abdul Wahab telah mengucapkan terima kasih kepada AirAsia kerana telah membuka laluan udara dari hab antarabangsa. “Pengenalan kedua-dua laluan ini amatlah bertepatan untuk meneruskan pembangunan industri pelancongan di Sarawak serta ke persada antarabangsa, dan kami berharap lebih banyak hubungan antarabangsa yang akan diperkenalkan pada tahun-tahun akan datang,” katanya.
AirAsia kini terbang ke 12 destinasi dari Kuching dengan sejumlah 229 penerbangan sehala
seminggu. Selain Shenzhen, syarikat penerbangan itu juga terbang dari Kuching ke Singapura,
Pontianak, Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Langkawi. AirAsia juga terbang ke tiga destinasi dari Bintulu ke Singapura, Kuala Lumpur dan Kuching dengan sejumlah 39 penerbangan sehala seminggu. Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
Mengenai AirAsia
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka dan terbesar di Asia, dengan rangkaian perkhidmatan yang paling meluas dengan lebih 130 destinasi. Sejak mula beroperasi pada tahun 2001, AirAsia telah membawa lebih 400 juta penumpang dan berkembang dari hanya dua pesawat kepada lebih 200. Kami amat berbangga menjadi Asean tulen (Association of Southeast Asian Nations) dengan operasi yang telah dilancarkan di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, India dan Jepun, serta merangkumi seluruh Asia, Australia, New Zealand dan Timur Tengah. AirAsia telah dianugerahkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dalam tinjauan tahunan syarikat penerbangan dunia oleh Skytrax selama sembilan tahun berturut-turut dari 2009 sehingga 2017. AirAsia juga telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk lima tahun berturut-turut di World Travel Awards 2017, dan menerima anugerah pertama bagi Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia.
PROTON mengadakan majlis menandatangani perjanjian untuk kumpulan pertama
bagi menaik taraf rangkaian Pengedar di Pusat Kecemerlangan PROTON, Shah Alam baru-baru ini.
MAJLIS diadakan di antara PROTON dan empat pengedar untuk menghargai penambahbaikan cawangan mereka kepada pusat 3S dan 4S.
Perjanjian telah ditandatangani antara Abdul Rashid Musa, Naib Presiden, Jualan & Pemasaran, PROTON, bersama Azry Ibrahim, Pengarah, Baiduri Auto Sdn Bhd, Lee Chee Hong, Pengarah Urusan, Bunga Raya Auto Credit Sdn Bhd, Andrew Quek Tze Kean, Pengarah, Setia Gemilang Auto Sdn Bhd dan Dato’ Sri Tee Boon Kee, Pengarah, Vantage Speed Sdn Bhd.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Radzaif Mohamed serta barisan pengurusan kanan PROTON.
Baiduri Auto Sdn Bhd
PROTON teruja terhadap empat pengedar yang menerima cadangan perniagaan yang ditawarkan oleh PROTON, dan menggalakkan mereka yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Cawangan yang telah dinaik taraf akan menjadi pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan penting seperti pejabat jualan, perkhidmatan selepas jualan, jualan alat-alat ganti serta perkhidmatan membaiki dan mengecat.
Pelbagai lagi penambahbaikan sedang dilakukan oleh pengedar-pengedar sedia ada PROTON.
Cawangan-cawangan tersebut akan merangkumi penampilan dan persekitaran yang baharu; dan hampir kesemua cawangan akan dinaik taraf daripada pusat 1S/2S.
Pusat 3S dan 4S yang telah dinaik taraf membolehkan pengedar menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih cekap dan memberikan pengalaman yang dipertingkatkan kepada pelanggan. Penambahbaikan cawangan pengedar, pengubahsuaian dan penempatan semula sedang dilakukan untuk memastikan premis baharu sesuai dengan imej baharu PROTON, dan sebagai persiapan kepada pengedar bagi pengenalan SUV pertama PROTON yang akan datang.
Peningkatan dan penambahbaikan cawangan ini adalah selaras dengan pematuhan garis panduan terkini bagi pelan pengembangan perniagaan PROTON. Memenuhi kehendak pelanggan dari segi jualan dan perkhidmatan.
“Sekarang anda tidak perlu pergi dari satu tempat ke tempat lain untuk membaiki kereta anda. Kami akan memastikan cawangan-cawangan yang dinaik taraf dapat memenuhi semua keperluan jualan dan perkhidmatan, yang dapat menjimatkan masa anda. PROTON bukan sahaja menjual kereta tetapi juga menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kerana menyediakan pengalaman kelas pertama kepada pelanggan adalah sangat penting kepada Syarikat dan jenama kami,” jelas Dr Li.
“Pada masa yang sama, kami mahu menjadikan cawangan yang telah dinaik taraf ini untuk kelihatan lebih segar dan moden. Kami mahu anda, para pelanggan kami untuk masuk ke bilik pameran PROTON dan rasa istimewa.
Kami juga ingin anda berasa selesa sambil menunggu kereta anda dibaiki atau ketika anda ingin membeli kereta baharu Proton. Ini adalah satu pengalaman baharu yang dijalankan demi kepuasan pelanggan,” tambah Dr Li.
Sentimen yang diperkatakan oleh para pengedar. “Pengubahsuaian pada cawangan-cawangan kami yang dinaik taraf dijangka siap menjelang suku kedua 2018. Pada masa itu, kami akan menyediakan ruangan bilik pameran yang mewah yang mampu memuatkan
sebanyak 11 buah kereta, 14 ruangan servis, 10 ruangan membaiki dan mengecat, 30 ruangan parkir pelanggan serta ruangan menunggu yang baharu, agar para pelanggan dapat duduk dan berehat dengan selesa sambil menunggu giliran,” kata Andrew Quek dari Setia Gemilang.
Bunga Raya Auto Credit Sdn Bhd
Bagi Bunga Raya Auto Credit, Lee Chee Hong memberitahu bahawa keputusan mereka untuk menaik taraf dari pusat 1S+2S ke pusat 3S adalah berdasarkan keyakinan mereka terhadap jenama PROTON. Beliau menyatakan, “Keputusan untuk menaik taraf adalah berdasarkan keyakinan terhadap pelan masa hadapan dan potensi PROTON. Kami amat percaya bahawa produk PROTON akan menjadi produk yang berkualiti premium dengan kedudukan yang sangat baik di dalam pasaran automotif Malaysia, dan komitmen kami adalah untuk
memberikan pengalaman pelanggan yang cemerlang”.
Aref Borhan dari Baiduri Auto menjelaskan bahawa keputusan untuk menaik taraf ke pusat 4S adalah berdasarkan fakta bahawa pusat 1S+2S pada ketika ini adalah tidak mesra pelanggan. “Kebanyakan pelanggan akan mundar-mandir dan mencari tempat menunggu sementara kereta mereka dibaiki. Tiada tindakan susulan, nasihat dan sokongan yang sepatutnya diberikan kepada pelanggan. Ini menjadi semakin teruk apabila terdapat kelewatan dalam menyelesaikan aduan dan isu-isu sehingga akhirnya memberikan kekecewaan dan kelemahan-kelemahan ini dapat diselesaikan sekiranya kita mempunyai pusat 4S. Sudah tiba masanya kita meninggalkan masa lalu dan terus bergerak kehadapan”.
Chong Kok Boon dari Vantage Speed menambah, “Dengan pertambahan pada perniagaan kami, kami mendapati bahawa ianya penting untuk menawarkan penyelesaian di bawah satu bumbung kepada para pelanggan. Ini akan meningkatkan keyakinan para pelanggan ketika mereka memutuskan untuk membeli sebuah kereta Proton dan untuk mengekalkan pelaburan tersebut untuk tahun-tahun akan datang.
Dengan kepelbagaian perkhidmatan di bawah satu bumbung, kami berhasrat untuk meningkatkan perkhidmatan dan pengalaman cemerlang kepada pelanggan untuk memiliki sebuah kereta Proton”.
Skim sokongan insentif pengedar
PROTON, dalam usaha untuk menyokong Rangkaian Pengedarnya, telah membuka peluang kepada para pengedar untuk melabur dan menaik taraf cawangan mereka ke pusat 3S dan 4S menerusi skim sokongan insentif. Tawaran ini juga terbuka kepada sesiapa yang ingin mengambil bahagian dalam pengedaran baharu Skim ini bukan sahaja berdaya saing tetapi ia juga merupakan skim terbaik yang ada di dalam pasarana utomotif Malaysia.
“Untuk mengembangkan perniagaan kami, kami memerlukan rakan kongsi yang serius untuk menjual kereta. Kami berada dalam perniagaan ini untuk jangka masa panjang dan kami meletakkan minat yang besar untuk memastikan pelanggan gembira dan berpuas hati. Kami juga faham bahawa untuk berjaya, anda memerlukan cadangan perniagaan dan pada masa yang sama sokongan kewangan, oleh itu, skim sokongan insentif oleh PROTON adalah salah satu cara di pasaran yang ditawarkan kepada mereka yang merancang untuk mengembangkan atau menaik taraf perniagaan pengedar mereka ke pusat 3S dan 4S,” kata Dr Li.
Pengedar PROTON telah bersetuju
Chong Kok Boon berkongsi mengenai kunci kepada perniagaan yang berjaya adalah dengan memberi pelanggan pengalaman yang baik ketika mereka memiliki kereta Proton. Menurutnya, “Dengan program sokongan yang baru dilancarkan ini, para pengedar PROTON yang menaik taraf ke pusat 3S dan 4S akan dapat meningkatkan pemasarannya dengan berkesan untuk terus mengukuhkan jenama dan membina keyakinan pelanggan”.
“Skim sokongan insentif pengedar ini membantu saya dari segi pelaburan. Ia juga baik kerana ia menggalakkan keusahawanan. Ini akan membolehkan kami menjadi lebih kompetitif kerana kami dapat memberikan yang terbaik dari segi jualan dan perkhidmatan kepada pelanggan. Di samping itu, ia membantu memberikan pulangan pelaburan saya,” kata Andrew Quek.
Meletakkan pelanggan di barisan hadapan dalam setiap aspek perniagaan, Aref Borhan berkata, “Ini adalah pelan sokongan yang sangat baik. Skim ini memberi motivasi kepada kami untuk memberikan pengalaman pelanggan kami dengan lebih baik. Sebagai seorang pengedar, saya rasa dihargai kerana PROTON mengiktiraf usaha dan pelaburan yang kami lakukan untuk kerja-kerja mengubahsuai dan menaiktaraf”.
Lee Chee Hong berkata, “Skim sokongan insentif semasa yang ditawarkan oleh PROTON kepada pengedar menunjukkan komitmen perkongsian perniagaan bersama. Sebagai pengedar, kita mempunyai rasa hormat dan komitmen yang sangat baik untuk jenama ini dan PROTON juga telah menunjukkan kepada pengedar untuksalin g menghormati dan bekerjasama”.
Mengenai PROTON
PROTON Holdings Berhad kini dimiliki oleh DRB-HICOM Berhad sebanyak 50.1% dan sebanyak 49.9% lagi oleh Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. Ditubuhkan pada tahun 1983, ia adalah satu-satunya pengeluar kereta OEM sepenuhnya yang lengkap dengan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Asia Tenggara dan telah ditubuhkan dengan tiga objektif dasar kebangsaan utama iaitu untuk menerajui pembangunan industri
pembuatan komponen, untuk memperoleh dan meningkatkan teknologi serta kemahiran industri dalam industri pembuatan automotif dan untuk mengukuhkan daya saing antarabangsa serta keupayaan perindustrian di Malaysia. 1985 telah menjadi tahun bermakna dalam sejarah Malaysia apabila kereta kebangsaan negara pertama, Proton
Saga dilancarkan untuk rakyat Malaysia.
Sejak itu, PROTON telah menawarkan pelbagai kenderaan empat pintu yang versatil dan boleh dipercayai untuk kegunaan keluarga seperti Saga dan Persona, sedan eksekutif yang
bergaya seperti Prevé, sedan eksekutif segmen-D yang elegan seperti Perdana serta kenderaan pelbagai guna yang luas dan mampu milik seperti Exora dan Ertiga. Turut ditawarkan ialah model hatchback berprestasi tinggi seperti Suprima S, model kompak dengan reka bentuk ‘berani’ dan penuh gaya seperti Iriz yang lengkap dengan ciri keselamatan dan merupakan model mampu milik yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP. Untuk makluman lanjut, layari https://www.proton.com.
Isteri pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Abdul Karim, 28, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di sini jam 4.01 petang semalam (Jumaat).
FIZO berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram peribadinya. Bayi seberat 2.78 kilogram (kg) itu dilahirkan pada jam 4.01 petang. Pasangan ini berkahwin pada 10 November 2013.
“Alhamdulillah, syukur. Mawar selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.78kg pada jam 4.01 petang tadi.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami,” tulisnya secara ringkas dalam laman instagram fizoomar.
Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, Fizo dan Mawar yang juga usahawan tudung jenama Fareeda akhirnya dikurniakan cahaya mata sulung selepas isterinya mendapatkan rawatan dengan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Hamid Arshat dan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim awal tahun lalu. Gambar dari Instagram fizoomar
TAHNIAH dari PREBIU.COM kepada pasangan Fizo dan Mawar yang memperoleh cahaya mata sulung. Semoga anda menjadi ibu dan bapa yang terbaik.
Mawar sedang sibuk memilih baju bayi perempuan. Gambar oleh Instagram Fizo
Fizo Omar dan Mawar Karim sedang memilih baju untuk bayi yang bakal lahir. Gambar oleh Instagram Fizo
Fizo Omar dan Mawar Karim sedang memilih baju untuk bayi yang bakal lahir. Gambar oleh Instagram Fizo
Sambutan menggalakkan oleh para belia menyertai Festival Zapin hasil kerjasama Malaysia Airports dengan Majlis Belia Malaysia
SATU Festival Zapin Belia Malaysia 2017 julung-julung kali diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL hasil usahasama Malaysia Airports dan Majlis Belia Malaysia (MBM). Anjuran festival zapin ini merupakan salah satu inisiatif Malaysia Airports dalam meneruskan usaha penjenamaan Malaysia di lapangan terbang di bawah payung ‘Joyful Malaysia’
Pengarah Urusan Malaysia Airports Datuk Badlisham Ghazali berkata, “Trend kebanyakan lapangan terbang terkemuka dunia kini banyak menjurus kepada penyediaan persekitaran yang melambangkan identiti negara atau ‘sense of place’ di mana ia beroperasi. Festival zapin ini merupakan unjuran daripada inisiatif Anjung Malaysia yang baru dirasmikan bulan lepas. Kini kami juga berusaha untuk memartabat serta memperkenalkan seni warisan kebudayaan Melayu kepada pengunjung asing.”
Festival zapin ini juga merupakan sebuah program tanggungjawab sosial korporat Malaysia Airports yang mana ia dapat menggalak golongan belia Malaysia untuk menyemarakkan lagi seni warisan budaya Malaysia yang nyata unik. Badlisham berkata, MBM merupakan rakan kerja paling tepat dalam usaha ini kerana badan induk pertubuhan belia tersebut telah banyak menjayakan program-program kemajuan belia selaras dengan aspirasi Transformasi Nasional (TN50) untuk menjadikan Malaysia sebagai 20 negara terbaik menjelang tahun 2050.
Fesitival tersebut turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi yang dalam ucapannya berkata, “Saya menyokong penuh usaha ini kerana festival ini merupakan serampang dua mata. Pertama, ia merupakan akitiviti sihat yang dapat mengajak golongan belia menghargai warisan negara. Keduanya, apabila festival sebegini dijalankan di sebuah lapangan terbang antarabangsa, sudah tentunya ia akan menjadi satu landasan bagi kita mempamerkan budaya kita sebagai satu tarikan pelancong.”
Tempat Pertama
KLIA merupakan gerbang utama laluan pelancong memasuki Malaysia dan telah menerima sejumlah bilangan pelancong yang besar. Sepanjang bulan Januari hingga November 2017, KLIA mencatat lebih kurang 38 juta pergerakan penumpang antarabangsa dan ini merangkumi lebih 70% jumlah keseluruhan pergerakan penumpang di KLIA. Jumlah pergerakan penumpang antarabangsa meningkat lebih 14% berbanding tahun 2016
Kempen Festival Zapin ini telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 25 kumpulan zapin dari pelbagai organisasi belia di seluruh negara seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Festival Zapin ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM13,500 kepada para pemenang. Juara Festival Zapin memenangi wang tunai sebanyak RM5,000, naib juara memenangi RM3,000 dan pemenang tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM1,000. Manakala pemenang saguhati akan mendapat RM500 bagi setiap pasukan. Turut hadir memeriahkan Festival Zapin ini adalah Presiden Majlis Belia Malaysia, Mua’amar Ghadafi Jamal.
Tempat Kedua
1) Pemenang pertama-Rentak Seni
2) Pemenang kedua-Will Dance Company
3) Pemenang ketiga-Ask Dance Company
Mengenai Malaysia Airports
Malaysia Airports merupakan salah satu daripada kumpulan pengendali lapangan terbang terbesar dunia dari segi jumlah penumpang yang dikendalikan. Ia mengurus dan mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia dan satu lapangan terbang di luar negara iaitu di Istanbul, Turki. 39 lapangan terbang di Malaysia terdiri daripada enam lapangan terbang antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik dan 18 Pelabuhan Berlepas dan Pelayaran Singkat (STOLports). Ia juga menyediakan perkhidmatan pengurusan lapangan terbang dan teknikal untuk pembangunan, operasi, penyelenggaraan dan pengurusan lapangan terbang antarabangsa luar negara. Pada 30 November 1999, Malaysia Airports menjadi syarikat lapangan terbang pertama yang disenaraikan di Asia.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), lapangan terbang utamanya, menduduki tempat teratas dalam kategori (> 40 mppa) dalam Anugerah ACI ASQ. Pada tahun 2014, ia menerima Lapangan Terbang Besar Tahun ini di Anugerah Kecemerlangan CAPA dalam Penerbangan Asia Pasifik 2014. Dengan kemasukan klia2 sebagai terminal kedua KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terus berhasrat untuk menjadi pilihan hab ASEAN. Selama bertahun-tahun, Malaysia Airports dan lapangan terbang yang dikendalikannya juga telah menerima pelbagai anugerah lain yang mengakui komitmennya terhadap kecemerlangan dalam pelbagai bidang seperti perkhidmatan, penglibatan, tanggungjawab korporat dan tadbir urus.
Malaysia Airports Holdings Berhad disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Malaysia”)
A collaboration between Sime Darby Property’s Bandar Bukit Raja Township, Klang, Municipal Council and Residents Association
A collaborative environmental initiative between Sime Darby Property’s Bandar Bukit Raja Township, its residents and the Klang Municipal Council (MPK) has won double global recognition in London and Dubai recently. MPK was awarded ‘Global Gold Winner’ in the Sustainability category for best environmental practices during the Green World Awards held on 11 December 2017 in Dubai, a month after receiving Gold at the Green Apple Awards in London (Asia Pacific category).
Sime Darby Property’s Bandar Bukit Raja (BBR) Township in Klang, Selangor developed a simple but effective method of upcycling household materials with the assistance of MPK. All of BBR’s marketing promotional banners and buntings are collected diligently and sent to single-parent centres where they are then recycled into attractive shopping bags. For BBR’s Residents Association (RA), their recycled household materials are collected monthly, and the equivalent monetary value is then given to the RAs on a monthly basis. These activities are also captured and monitored by a mobile app which was created by MPK.
Green World Awards Dubai
Sime Darby Property Managing Director Dato’ Sri Amrin Awaluddin said, “This is a great example of Sime Darby Property’s community initiative, a collaboration between multiple stakeholders that delivers real value to everyone. Our Bandar Bukit Raja Township is proud to be part of the team which was recognised internationally for not one but two awards. We are truly honoured.” The Green World Awards is an extension of the Green Apple Environment Awards, the annual international campaign to recognise, reward and promote environmental
best practice around the world. The Green Apple Environment Awards was launched in 1994 by The Green Organisation and has become well established as one of the most popular environmental campaigns in the world.
Sime Darby Property General Manager, Mohd Idris Abdullah said, “Three simple steps – upcycling, giving back monetary value to the community, and being monitored by a mobile app – led to the win. In addition, we displayed a strong sense of teamwork and togetherness with the local community compared with other submissions. Ultimately, this showcases Sime Darby Property’s commitment to community engagement and environmental responsibility, something which we take very seriously throughout our townships.” Bandar Bukit Raja is one of Sime Darby Property’s showcase townships and an integrated and self-contained township in Klang. Since its launch in 2002, it has become a residential development synonymous with growth in value, spanning 4,405 acres with still over 90% of land area to be developed.
Green Apple Awards London
Several improvements are in the pipeline to make Bandar Bukit Raja a more conducive township which include developing a 125-acre town park, the largest of its kind in North Klang, as well as safety and security features such as its single entry and exit point for each of its housing areas.
In addition, there will be further improvements to the network of connectivity and highways surrounding Bandar Bukit Raja such as the completion of the West Coast Expressway, LRT Line 3 extension to Klang, and the upgrading of Jalan Meru. In August this year, Columbia Asia Hospital – Klang officially opened its doors to the public, located within BBR. A health carnival organised by Sime Darby Property was held to welcome the hospital to the township, where BBR PRIME members were offered a free personalised Privilege Card (a collaboration between Sime Darby Property and Columbia Asia) entitling them to receive discounts on health screening packages as well as room and board until the end of 2018.
Future launches in BBR include Azira, comprising 111 units of 20’ x 75’ double-storey terrace houses with a starting price of RM678,888. Launching in January 2018, Azira homes have built up areas from 1,901 sq ft to 2,275 sq ft and come with 4 bedrooms and 4 bathrooms.
Updates on Sime Darby Property activities and developments can be found on simedarbyproperty.com, Facebook (facebook.com/SimeDarbyProperty), Instagram
(instagram.com/SimeDarbyProperty) and the Sime Darby Property Mobile App
(available for download via the App Store and Google Play).
Myvi baru berbaloi untuk dimiliki pada harga bawah RM56,000
APA yang menarik sangat dengan model Myvi baru 2018 yang dilancarkan di pasaran baru-baru ini? Tentu sekali ada beberapa faktor yang menjadi penyebab dan tidak hairanlah sejak mula dibuka untuk tempahan, model ini sudah menerima lebih 20,000 tempahan.
Jika diimbas ketika mula-mula model ini diperkenalkan pada 2005, kehadiran model kompak ini secara automatik mencetuskan evolusi tersendiri dan muncul sebagai model kenderaan paling laris dengan jualan lebih sejuta unit dalam sejarah Perodua (Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd).
Namun selepas beberapa kali model ini menjalani proses penambahbaikan (facelift), akhirnya generasi ketiga (Myvi 2018) muncul dengan beberapa ciri terbaru selari dengan perkembangan teknologi terkini dalam industri automotif.
Myvi baru ini hadir dengan 100 peratus rekaan baru dengan pilihan enjin 1.3 dan 1.5 liter. Lima varian ditawarkan iaitu 1.3 Standard G (MT) dan 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT), 1.5 Advance (AT).
Kesempatan Prebiu.com memandu uji model varian 1.5 Advance (AT), Merah Lava baru-baru ini jelas membuktikan kereta kegemaran rakyat Malaysia ini memiliki banyak kelebihan berbanding model terdahulu sesuai dengan taglinenya, Evolusi Ikon. Reka bentuk luarannya tampil lebih tirus dan rendah berbanding lebar pada model terdahulu dengan saiz keseluruhan lebih panjang dan diperendahkan 30mm agar lebih kestabilan. Pada pandangan penulis, ini memberikan kelebihan daripada segi penjimatan bahan api berikutan tahap rintangan angin dapat dikurangkan sekali gus menjadikan model ini meluncur laju di jalan raya.
Sekali imbas rekaan model Myvi baru ini seakan rekabentuk model popular kompak buatan Jepun khususnya cermin kecil pada bahagian belakang namun dipercantikkan lagi dengan lampu belakang LED yang tersusun kemas manakala lampu hadapan LED juga lebih cerah dan jelas dengan fungsi ‘auto-off’ dan ‘follow me home’. Apa yang pasti, rekaan kompak dari luar sebenarnya menawarkan ruang yang luas didalamnya malah prestasi enjinnya juga tidak mengecewakan walaupun dikerah pada kelajuan tinggi dan rendah. Sistem enjin henti/mula atau fungsi ‘Eco Idle’ yang berfungsi cekap memberikan tahap penjimatan minyak khususnya ketika dipandu di jalan raya sesak seperti di bandaraya.
Meskipun ketika enjin ini berhenti seketika, pendingin hawa yang berfungsi dengan bantuan bateri mampu memberikan tahap pengaliran udara yang diperlukan namun, jika anda tidak mahukan fungsi ini mengganggu perjalanan tekan saja butang ‘off’. Model varian 1.5 Advance (AT) turut dipadankan dengan rim aloi dua tona bersaiz 15 inci menyerlahkan gaya sporty manakala varian 1.3 dilengkapi rim bersaiz 14 inci. Untuk model ini, ia juga dipasang skirt sisi, bampar belakang dua tona hitam termasuk spoiler selain antena sirip yang lebih sporty.
Ruang dalaman Myvi baru ini juga kelihatan lebih menarik dan kemas khususnya papan pemuka yang tersusun serta mesra pengguna. Sistem kemasukan tanpa kunci dan butang tekan mula (Push-Start) membolehkan pemandu tidak perlu lagi menggunakan anak kunci bagi menghidupkan enjin. Panel pendingin hawa larasan digital terletak dibawah panel skrin multimedia cukup moden dan boleh ditetapkan dalam dua mod memori. Begitu juga dengan panel meter digital yang memaparkan jarak perjalanan yang merujuk kepada penggunaan bahan api.
Kerusi saduran kulit dengan kemasan jahitan merah dan putih cukup selesa untuk pemandu serta penumpang sekali gus membuktikan kualiti tinggi yang ditawarkan kepada pemilik.
Bahagian belakang Myvi ini juga dipanjangkan 937mm untuk kelegaan ruang kaki manakala ruang but seluas 277 liter, 69 liter lebih besar daripada Myvi generasi kedua mampu memuatkan bagasi dengan mudah. Jika mahukan ruang lebih luas, rebahkan sahaja kerusi belakangnya dan konfigurasi tempat duduk boleh laras 8+1 juga boleh disesuaikan mengikut keperluan.
Sistem multimedia ‘Smart Link’ dengan sambungan Bluetooth dilengkapi paparan kamera undur selain Pengesan Kedudukan Global (GPS) antara ciri premium yang datang bersama varian ini. Bagi mereka yang mahu mengecas gajet dan telefon bimbit, tiga saluran USB sangat praktikal malah penyangkut beg tangan anti kecurian pada kerusi penumpang hadapan amat berguna terutama kepada pemandu wanita.
Paling menarik, varian ini didatangkan dengan ciri alat pembaca tol binaan dalam dengan penunjuk baki dan anda hanya perlu menyediakan kad prabayar untuk mengaktifkannya.
Dipadankan dengan enjin 1.5 liter Dual VVT-i DOHC dengan kotak gear empat kelajuan automatik yang menerima penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV) menawarkan penjimatan bahan api terbaik. Ia mampu mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 20.1 dan 21.1 kilometer seliter (km/l). Enjin terbaru ini mencatatkan 103 PS pada 6,000 rpm dan daya tork 136 Nm pada 4,200 rpm. Untuk kestabilan, Myvi ini dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Pengagihan Kuasa Brek Elektronik (EBD) dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) serta enam beg udara.
Perbezaan varian ini dengan model lain adalah teknologi Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) yang kali pertama diperkenalkan dalam kenderaan keluaran Perodua. Teknologi ini membolehkan Amaran Pra-Pelanggaran (Pre-Collision Warning) pada kelajuan 30km/j diberikan kepada pemandu supaya tindakan pencegahan dapat dilakukan segera. Fungsi Brek Pra-Pelanggaran (Pre-Collision Braking) membantu memberhentikan kenderaan dengan membrek secara automatik jika pemandu gagal menekan pedal brek manakala Peringatan Bergerak ke Depan (Front Departure Alert) memberi amaran kepada pemandu bahawa kenderaan hadapan sudah bergerak terutama ketika kesesakan jalan raya.
ASA didatangkan dengan Kawalan Kegagalan Pedal (Pedal Misoperation Control) yang menghalang pergerakan kereta jika pemandu secara tidak sengaja tertukar transmisi mengundur kepada ‘drive’. Sistem ini akan diaktifkan sekiranya ada halangan di hadapan seperti dinding atau tembok. Model 1.5 Advance ditawarkan pada harga jualan RM55,300 (tanpa insurans) dengan waranti lima tahun atau 150,000km. Enam warna ditawarkan iaitu Kelabu Granite, Merah Lava, Ungu Mystical, Perak Glittering, Putih Ivory dan Hijau Peppermint (1.3 liter sahaja).
Ciri menarik Myvi Baru 2018
• Rekabentuk luaran lebih rendah dan tirus
• Fungsi lampu LED ‘auto-off’ dan ‘follow me home’
• Sistem enjin henti/mula atau fungsi ‘Eco Idle’ *varian 1.3 Premium X dan 1.5L
• Alat pembaca tol binaan dalam *varian 1.5L sahaja
• Enam beg udara keselamatan * varian 1.5L sahaja
• Sistem kemasukan tanpa kunci dan butang tekan mula (Push-Start)
• Teknologi Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) *varian 1.5L Advance sahaja
• Panel pendingin hawa larasan digital
• Penyangkut beg tangan anti kecurian
• Pengecas USB dengan poket sisi
Pada pandangan penulis, pada tanda harga dibawah RM56,000, Myvi 2018 ini dianggap berbaloi dimiliki dengan pelbagai ciri teknologi terkini yang ditawarkan. Model ini sesuai untuk semua peringkat golongan sama ada lelaki atau wanita bujang, berkeluarga, eksekutif dan pelajar yang inginkan kereta untuk kegunaan harian. Malah kereta ini juga boleh menjadi pilihan kepada mereka yang berminat menjadi pemandu perkhidmatan Uber atau Grab. Kesimpulannya, kereta ini benar-benar dihasilkan mengikut citarasa pengguna masa kini.
PERODUA MYVI 1.5L ADVANCE
• ENJIN: 1,496 cc DOHC empat silinder dengan Dual VVT-i
• KUASA MAKSIMUM: 103PS pada 6,000 rpm
• TORK MAKSIMUM: 136Nm pada 4,200 rpm
• TRANSMISI: Empat kelajuan automatik
• KAPASITI BAHAN API: 36 liter
• CIRI KESELAMATAN: Enam beg udara, ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC), Signal Berhenti Kecemasan (ESS) dan ISOFIX
• HARGA: RM55,300 (tanpa insurans)
Celcom Game Hero awards a brand new BMW 3-Series to grand prize winner!
HISTORY has once again made its mark as 32 year-old, Muhamad Fakhrorazi Ismail took home the grand prize of a brand new BMW 3-series, after slamming a top score of 27,800 points during the final showdown of the second tournament series in biggest mobile tournament in Malaysia, ‘Celcom Game Hero – Se7en Gear’.
Muhamad Fakhrorazi, an accountant from Ipoh, Perak, took home the grand prize after an intense one hour battle with the other finalists that were drawn down from an overwhelming response of participants over the course of four months.
Muhamad Fakhrorazi is flanked by Ramanathan Sathiamutty, Chief Transformation Officer of Celcom Axiata Berhad (right) and Dato’ Lion Peh, Chief Executive Officer of Techninier Sdn Bhd (left) during the prize giving ceremony at Menara Celcom.
Claiming the second prize of brand new Honda Jazz car was 34-year-old, property consultant, Oh Boon Jin from Kampar Perak with 25,900 points, while coming in third place to claim a brand new Perodua Bezza was 32-year-old businessman, Mohammad Aslan Atik from Semporna, Sabah with 25,640 points during the final showdown! Three other finalists also walked home with great prizes ranging from the latest devices and smartphones in the market!
Celcom is proud to be working with local Malaysian content developers in coming up with this edgy mobile game. Celcom collaborates with Techninier Sdn Bhd for the second Celcom Game Hero – Se7en Gear which was participated by thousands of gamers, from casual to expert gamers. This is an extraordinary initiative and showcases Celcom’s drive in becoming a recognised brand to enable a truly extensive digital lifestyle as well as supporting the Malaysian content developer community.
The Celcom Game Hero grand prizes were presented by Ramanathan Sathiamutty, Chief Transformation Officer of Celcom Axiata Berhad and Dato’ Lion Peh, Chief Executive Officer of Techninier Sdn Bhd at Menara Celcom today.
Since 7 November 2017, the third tournament for Celcom Game Hero will continue with Techninier’s ‘Kill Shot Legacy’, an intense first-person shooting game that takes place across different timelines including the Old West, an Alien Zone, Military Base and the Future. ‘Kill Shot Legacy’ can be easily participated by casual to expert gamers. Mobile gamers just need to gain a high score by gunning down bad guys and be placed in the leader boards to be in the running for cash prizes.
With eight game mastery level challenges, game heroes can expect a pack load of new contents and shoot it out within the next four months for the top leader boards once again! The next group of winners will go head to head and draw down for the grand prizes.
For more information on Celcom Game Hero’s third mobile tournament – ‘Kill Shot Legacy’, visit www.gamehero.my.
Celcom Game Hero – Se7en Gear, second prize winner, Oh Boon Jin with his very own brand new Honda Jazz!
The top six finalists of the Celcom Game Hero – Se7en Gear celebrating their victory and rewards after an intense 1-hour final showdown.
Good news to all who have been looking forward to the 2018 Range Rover Velar! The first vehicle of its kind – the Velar will reach Malaysian shores early Q2 of 2018.
A new addition to the Range Rover family, bridging the gap between the Range Rover Evoque and the Range Rover Sport
Technology and innovation define the Velar, as demonstrated by the new, state-of-the-art Touch Pro Duo infotainment system
The pure, simple yet strong form of the bodysides is testament to Range Rover’s long history of lightweight aluminium construction
NAMED after the Range Rover’s prototype that was produced 1969, the Velar is a new mid-sized SUV that offers a new level of luxury and refinement.
Targeted at those who prefer mid-sized SUVs, the Velar was introduced to bridge the gap between the Range Rover Evoque and the Range Rover Sport. Velar’s design is beautifully balanced, from its powerful proportions to its continuous waistline through to the taut tapered lines of its rear. The generous wheelbase accentuates its elegant form while helping to provide a spacious interior.
The Velar is a seamless blend of contemporary design and advanced technology. It is designed with the most slender full-LED headlights ever to appear on a Land Rover vehicle. The flush deployable door handles emphasise Velar’s reductive, sculptured form, and contribute to the low drag coefficient of only 0.32, making it the most aerodynamically-efficient Land Rover ever produced.
Design enabling technology allows for the new Touch Pro Duo infotainment system to be featured as the centrepiece of Velar’s interior. The Touch Pro Duo system features two high-definition 10-inch touchscreens that form the centrepiece of the beautifully minimalist cabin, and blends a futuristic, elegant feel with an intuitive, engaging interface and unrivalled performance and functionality.
The Velar’s body is built with aluminium-intensive monocoque using Jaguar Land Rover’s Lightweight Aluminium Architecture. Aluminium alloys account for more than 81 per cent of the body-in-white – a figure no competitor can match. Its light, stiff, aluminium-intensive body, together with double-wishbone front and Integral Link rear suspension provides the perfect basis for agile handling, superior ride comfort and outstanding refinement. It also delivers exceptional levels of crash protection that the Velar has been developed to meet the most demanding crash test regulations worldwide.
Designed and engineered at Jaguar Land Rover’s development centres in the UK, the Velar will be manufactured at the company’s Solihull production facility.
RR Velar Touch Pro Duo Infortainment System
Full details of the Range Rover Velar in Malaysia will be announced in Q2, 2018. The Range Rover Velar is now open for booking at all Land Rover showrooms nationwide. Customers can also register their interest and receive updates at www.landrover.com.my/keep-me-informed.
Jaguar Land Rover – The World Leader in Automotive Aluminium Body Construction
Jaguar Land Rover is one of the first carmakers in the world to use aluminium extensively in its model range. The company introduced aluminium body structures initially to its Jaguar line, achieving weight reduction of about 40 per cent using stamped panels, castings and aluminium extrusions. The benefits include weight savings, improved fuel efficiency, lower emissions, increased crash safety and improved vehicle dynamics. The use of aluminium continues to grow – from the all-new Range Rover and Range Rover Sport to the exciting new Jaguar F-PACE, as well as the F-TYPE, XE, XF and XJ. The body structure of the XJ, Range Rover Sport and Range Rover is 100% aluminium, the Discovery – 80% aluminium, while the XE and XF is 75% aluminium.
About Jaguar Land Rover Malaysia
Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd, a joint venture between SISMA Auto and Sime Darby Motors, is the exclusive importer for Jaguar and Land Rover vehicles in Malaysia. The joint venture was formed via SISMA Auto’s acquisition of a 40% share in Sime Darby Motors’ Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd, which was then renamed Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd.