Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan kempen eco anjurannya – Nissan Nurtures Nature – sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun 2018.

KEMPEN yang menampilkan satu siri aktiviti mesra alam yang penuh interaksi dan menyeronokkan, bertujuan mengumpulkan pelanggan dan ahli keluarga mereka, rakan niaga, organisasi-organisasi tidak berasaskan keuntungan serta kakitangan untuk sama-sama mencipta perubahan positif dan bermakna kepada alam sekitar serta komuniti.

“Kempen Nissan Nurtures Nature merupakan komitmen kami untuk meningkatkan kesedaran tentang hidup secara harmoni dengan alam sekitar.

Nissan Nurtures Nature Logo

“Kami mahu memberi inspirasi ke arah satu perubahan gaya hidup yang akhirnya menyumbang kepada komuniti dan alam sekitar yang lestari. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memulihara planet yang indah ini kepada anak-anak dan generasi akan datang. Kami mahu lakukannya bersama para pemegang kepentingan kami,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

 Secara operasinya, Tan Chong Group mengamalkan amalan alam sekitar yang terbaik ke dalam proses pemasangan kenderaan dan bengkel-bengkel servisnya.

Solar Panels at Serendah Plant

Satu sistem panel solar telah dipasang di kilang pemasangannya di Serendah serta rawatan air, pengasingan sampah dan penanaman pokok merupakan sebahagian daripada langkah menjaga alam sekitar yang dilaksanakan, selari dengan komitmen ETCM untuk memulihara alam sekitar.

Manakala kawalan pengurusan bahan buangan produksi yang ketat melalui kontraktor-kontraktor berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar (DOE) yang mengitar semula minyak enjin kepada minyak pelincir untuk jentera berat juga diamalkan di kedua-dua kilang pemasangan Serendah dan bengkel TCEAS.

Menerusi kempen ini, ETCM berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang meminimumkan impak alam sekitar dengan memupuk gaya hidup yang lestari.

Water Treatment at TCMA

Nissan Nurtures Nature akan menyaksikan aktiviti-aktiviti bertumpu kepada falsafah alam sekitar 3R: Reduce (mengurangkan), Recycle (kitar semula) dan Reconnect (berhubung semula):

  • Reduce – Aktiviti menanam pokok-pokok herba; menanam pokok-pokok herba anda sendiri, menjadikan kediaman lebih hijau untuk mengurangkan Karbon Dioksida (CO2) dan menghasilkan lebih banyak Oksigen (O2).
  • Recycle – Menukar bahan buangan menjadi sesuatu yang boleh digunakan; satu pameran menunjukkan penggunaan tayar terpakai boleh ditukar menjadi perabot yang menarik.
  • Reconnect – Menikmati keindahan semula jadi membolehkannya memberi ketenangan dan kesegaran serta tenaga kepada tubuh badan dan minda. Satu siri Eco Talk oleh pihak aktivis eco seperti Guardian of Mother Earth, Ecoknights dan Poptani Asia akan mendidik pemilik serta pelanggan tentang kenapa dan bagaimana kita boleh memainkan peranan dalam menyumbang kembali kepada alam sekitar.

Siri pertama Kempen Nissan Nurtures Nature akan diadakan pada 23 dan 24 Jun 2018 bersama Karnival Pandu Uji Nissan, secara eksklusif di ETCM Glenmarie, ETCM Bayan Lepas dan ETCM Batu Pahat.

Tarikh dan lokasi Nissan Nurtures Nature adalah seperti berikut:

Tarikh Masa Wilayah Lokasi
23 – 24 Jun10am – 8pmTengahETCM Glenmarie*
UtaraETCM Bayan Lepas*
SelatanETCM Batu Pahat*

* Sesi Eco Talk diadakan pada 23 Jun mulai jam 11am hingga 12pm sahaja, pra-pendaftaran perlu dibuat

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan kemas kini mengenai kempen Nissan Nurtures Nature menerusi laman web www.nissan.com.my. Para pemilik kenderaan Nissan yang ingin menyertai sesi Eco Talk boleh menghubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan ETCM di talian 03-4047 8788 atau hantarkan e-mel ke [email protected]. Penyertaan adalah berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menikmati kempen “Tawaran Hebat 0% GST” yang menawarkan kadar 0% GST dan Duit Raya Rebat sepanjang bulan Jun 2018.

Pandu uji Nissan Serena S-Hybrid serba baharu, MPV No.1 di Jepun* serta rangkaian model Nissan yang inovatif di Karnival Pandu Uji Nissan yang diadakan di bilik-bilik pameran Nissan terpilih di seluruh negara.

Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan adalah seperti berikut:

Tarikh Wilayah Lokasi
23 – 24 JunUtaraETCM Bayan Lepas*
TengahETCM Glenmarie*
TengahETCM Puchong
SelatanETCM Batu Pahat*
SarawakETCM Miri
SabahETCM Sandakan

*Diadakan bersama Kempen Nissan Nurtures Nature

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini