Vantris Energy Berhad (Vantris Energy) telah memulakan program pemulihan terumbu karang selama setahun di Pulau Lang Tengah, Terengganu, yang melibatkan penyertaan langsung sukarelawan kakitangan.
Nadi penggerak inisiatif ini ialah seramai 15 sukarelawan kakitangan Vantris Energy, dikenali sebagai ‘Ocean Vanguards’, yang baru-baru ini bekerjasama dengan pertubuhan pemuliharaan bukan keuntungan Coralku untuk menanam 246 serpihan karang meliputi 15 Bintang Terumbu.
Struktur modular ini direka untuk menyokong pemulihan karang dengan menyediakan asas bagi pencantuman dan pertumbuhan karang.
Selain aktiviti penanaman, Vantris Energy juga akan menyokong usaha pemantauan 15 struktur ini sepanjang tahun yang mendatang bagi menilai tahap kesihatan dan kelangsungan hidup karang yang ditanam, serta memantau perkembangannya dari semasa ke semasa.
Nhakhorn Somchit, Naib Presiden, Kualiti, Kesihatan, Keselamatan, Keterjaminan, Kelestarian & Alam Sekitar bagi Vantris Energy, berkata, “Memandangkan operasi kami dilaksanakan berhampiran persekitaran marin yang sensitif, kami memandang serius tanggungjawab kami dalam usaha membantu melindungi terumbu karang.
Diterajui oleh sukerelawan syarikat, program ini memperkasakan kakitangan kami untuk menampilkan diri dan memainkan peranan secara langsung dalam pemulihan karang.
Kesungguhan mereka mencurahkan masa dan tenaga mencerminkan budaya kebertanggungjawaban yang kami bina di seluruh Kumpulan. Penglibatan kami tidak berakhir apabila karang sudah ditanam; kami menyokong usaha pasukan kami dengan pemantauan dan penyenggaraan selama setahun untuk menjejak perkembangan pemulihan terumbu ini.”







































