Setia Gemilang Auto Sdn Bhd telah dilancarkan secara rasmi sebagai cawangan pengedar
PROTON bertaraf 4S pertama yang dinaik taraf, dengan memaparkan wajah baharu yang lebih segar.

CAWANGAN Proton itu telah dirasmikan oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, dengan kehadiran Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran serta barisan pengurusan kanan PROTON.

“Saya berasa gembira dengan aktiviti penambahbaikan cawangan 4S dan 3S baharu yang sedang berjalan dengan lancar terutama dengan hasil usaha sama yang sangat baik yang dipamerkan oleh pengedar-pengedar bersama pasukan dari PROTON.

Penambahbaikan yang dilakukan ini akan menarik lebih banyak orang untuk berkunjung ke cawangan, kerana pengguna biasanya ingin melihat dan merasai suasana baharu, persekitaran, rupa dan pengalaman baharu; serta pemandangan yang lebih baik.

Bahagian dalaman dan luarannya dilengkapi dengan kedudukan warna-warna berbeza untuk
mewujudkan suasana ceria dan lebih moden, dengan ruangan luas dibina untuk sudut kanak-kanak, ruangan pelanggan dan ruangan minuman.

Pelanggan yang memasuki cawangan ini akan dapat menikmati kemudahan baharu, ruang menunggu yang selesa sambil menanti untuk menyelenggara kereta mereka, dengan kemudahan wifi percuma bagi memastikan pelanggan sentiasa berhubung.

Spray booth bay

Kami menjaga keperluan pelanggan dan ingin menekankan bahawa kepuasan pelanggan
tetap menjadi keutamaan kami. Yang paling penting, kami ingin menyampaikan mesej mengenai PROTON yang baharu,” kata Dr Li.

Dengan pelancaran pusat bertaraf 4S pertama yang dinaik taraf ini, PROTON juga mempamerkan rupa baharu bersama elemen yang baharu. Wajah yang baharu ini menggabungkan warna-warna baharu yang mewakili gaya hidup global, dipacu teknologi, keceriaan dan bersikap prihatin.

Customer lounge

Wajah baharu ini boleh dilihat di bahagian luar dan dalam kawasan jualan dan servis, untuk penampilan PROTON yang lebih segar, dinamik dan berani.

Setia Gemilang Auto Sdn Bhd dibina dikawasan seluas 2 ekar yang terdiri daripada ruangan pelanggan yang luas, ruang pameran yang mewah, ruang tempat letak kereta yang luas untuk para pelanggan, serta tambahan ruang yang lebih baik untuk meletak dan lebih banyak servis pengangkat untuk kereta pelanggan.

Ruang pameran yang bergaya bagi cawangan baharu ini boleh menampung 11 kereta
pameran, 50 ruang letak kereta pelanggan, 14 servis pengangkat, 12 ruangan ketuk dan cat serta ruang menunggu yang dapat memuatkan seramai 30 orang.

Andrew Quek Tze Kean, Pengarah Setia Gemilang Auto Sdn Bhd, berkata, “Hari ini adalah salah satu hari yang paling bahagia dalam hidup saya, kerana akhirnya, cawangan Setia Gemilang telah berjaya dinaik taraf untuk memenuhi keperluan taraf yang baharu bagi sebuah cawangan 4S PROTON.

Body and Paint

Banyak usaha telah dilakukan untuk memastikan apa yang kita saksikan hari ini, menjadi kenyataan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya atas usaha dan kerja yang hebat, serta PROTON kerana sokongan berterusan daripada mereka.

Saya teruja dengan perkembangan baharu ini dan saya harap ini mengalu-alukan lebih banyak peluang perniagaan untuk pertumbuhan jualan dan servis”.

Majlis pelancaran ini merupakan sebahagian dari hala tuju Syarikat untuk menaik taraf cawangannya di seluruh negara kepada sejumlah 109 cawangan berstatus 3S dan 4S, menjelang Oktober tahun ini sebagai persediaan tibanya model SUV akan datang.

Car delivery bay

Setakat 31 Mei 2018, Syarikat mempunyai 82 cawangan yang telah bersedia untuk menaik taraf kepada 3S dan 4S. Ini adalah pencapaian 75% berbanding sasaran, dalam tempoh 5 bulan, dua bulan lebih awal daripada yang dijadualkan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini