Proton Saga, Iriz dan Ertiga diiktiraf sebagai kereta terbaik dalam kelas masing-masing

PROTON berjaya merangkul kemenangan di anugerah yang julung kalinya diadakan iaitu Cars
of Malaysia Awards di mana tiga model PROTON iaitu Proton Saga, Iriz dan Ertiga, telah diiktiraf sebagai antara tiga kereta terbaik dalam kategori masing-masing.

Proton Saga, model pertama yang diumumkan sebagai pemenang merupakan model yang telah menjadi pilihan utama sejak dahulu lagi di kalangan pembeli kali pertama. Dengan gabungan dari segi keluasan, pengendalian yang stabil dan harga yang berpatutan telah meraih pujian dari para hakim dan mengangkat Saga sebagai salah satu daripada tiga kereta terbaik dalam kategori “City Cars of Malaysia”.

Saga Award

Proton Iriz yang bersaiz kecil dengan keselamatan yang maksimum turut mendapat pengiktirafan dalam kategori kereta “Compact Hatchback”. Model yang telah memenangi pelbagai anugerah sejak dilancarkan pada tahun 2014 ini, mendapat markah yang tinggi untuk ciri-ciri keselamatannya (struktur badan HPF, 6 beg udara, ESC, penarafan 5 bintang ASEAN NCAP), teknologi (bantuan pemanduan ECO, pengenalan suara) dan terbaik di dalam kategori pemanduan (pengendalian lancar dan enjin VVT 1.6L).

Dengan menggabungkan kekuatan tersebut dengan kos pemilikan yang berpatutan, Iriz telah
diberi anugerah meskipun terdapat persaingan sengit daripada pesaing tempatan dan asing.
Proton Ertiga – MPV yang memberi penjimatan dengan pelbagai kelebihan Proton Ertiga, model PROTON yang turut mendapat anugerah, yang bertanding dalam kategori “Compact MPV”.

Iriz Award

Model membanggakan ini yang jimat minyak iaitu penggunaan 6.0L/100km serta ruangan dalaman yang mempamerkan kepelbagaian dan keselesaan tambahan, MPV yang luas dan cekap minyak ini sangat sesuai untuk memuatkan seramai 6 orang yang akan memberikan keselesaan bagi perjalanan yang jauh.

Penumpang mudah untuk berpindah ke barisan terakhir tempat duduk dan lubang penyaman udara di belakang memberikan perjalanan yang nyaman. Bersaing dengan model-model
yang lebih baharu dan mahal, Ertiga dengan mudah meraih mata untuk mendapatkan anugerah ketiga untuk Syarikat.

“PROTON mempunyai pengalaman dalam membuat rekaan dan membina kereta yang berinovatif, praktikal dan menyeronokkan untuk dipandu dan memberikan nilai yang sangat baik untuk pelanggan kami.

Ertiga Award

Pengiktirafan yang dicapai oleh Syarikat di Cars of Malaysia Awards ini membuktikan bahawa usaha yang kami lakukan telah membuatkan pelanggan serta barisan wartawan automotif di Malaysia berasa kagum.

Ini merupakan satu petanda yang baik untuk masa hadapan kami kerana PROTON sedang rancak merancangkan pelancaran SUV pertama dan produk pertama yang dibangunkan
bersama Geely pada hujung tahun ini,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Edar Sdn Bhd.

Dapatkan tawaran terhebat untuk Saga Raya dan penjimatan tambahan bagi Iriz dan Ertiga
Didatangkan dengan promosi perayaan yang terbaharu dan dengan GST yang berkadar sifar, anda kini boleh memiliki sebuah Proton Saga dari bawah RM30,000* – tawaran harga terbaik dalam tempoh 10 tahun.

Penjimatan yang lebih baik untuk Proton Iriz dan Proton Ertiga dengan rebat melebihi 6% atau RM4,000. Penjimatan yang ditawarkan adalah tambahan daripada GST berkadar sifar.
*harga di bawah RM30,000 adalah harga bersih, tertakluk pada terma dan syarat

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini