Mengikut pada aliran pasaran seperti tahun-tahun sebelum ini, tempoh dua bulan bermula dari
Hari Raya merupakan waktu di mana pasaran kereta bergerak perlahan.
PASARAN jualan kenderaan di Malaysia dijangkakan meningkat pada bulan Ogos. Bermula sekarang hingga Ogos 2018 adalah masa terbaik untuk membeli sebuah kereta.
Bagaimanapun, dengan pengumuman yang dibuat baru-baru ini mengenai pemansuhan GST kepada kadar sifar dijangka mengubah keadaan semasa dan kami percaya sekarang ini merupakan masa yang terbaik untuk pengguna membeli sebuah kereta baharu kerana pelaksanaan SST bakal berkuatkuasa pada September.
Menurut pelbagai sumber, harga kenderaan berpotensi untuk meningkat selepas adanya SST, seperti yang disebut oleh Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad dalam wawancaranya bersama media pada Mei lalu bahawa harga kereta akan meningkat apabila SST sebanyak 10% dilaksanakan.
Kereta baharu lebih memudahkan proses permohonan pinjaman dengan kadar yang lebih baik.Bagi pasaran kereta terpakai, oleh kerana persaingan yang sengit, penjual secara umumnya menyerap nilai GST.
Oleh itu, harga ditawarkan tidak akan terjejas dengan GST yang berkadar sifar. Bagi pengguna yang ingin berjimat, mereka mungkin akan lebih tertarik dengan pasaran kereta terpakai kerana perbandingan kos disangka lebih murah dan praktikal.
Walau bagaimanapun, proses membeli kereta terpakai adalah sedikit lebih rumit berbanding dengan pengalaman membeli kereta baharu kerana kelulusan pinjaman mungkin lebih mudah untuk diperoleh dan kadar faedahnya lebih rendah disebabkan risiko yang lebih rendah berbanding dengan kereta terpakai.
Dengan ini, jumlah pinjaman yang diluluskan menjadi lebih tinggi amaunnya. Berikutan ini, kebanyakan pengeluar kereta menawarkan pelbagai aktiviti promosi.
Pengguna yang inginkan penjimatan akan menjadi sukar untuk menentukan model mana yang hendak dibeli. Sebagai contoh, jika memilih sebuah kereta dengan enjin 1.3cc, pengguna akan sukar untuk membuat pilihan di pasaran, terutama apabila membuat perbandingan dari segi penyelenggaraan, ruang, keselamatan dan kestabilan, dan yang paling penting adalah faktor harga.
Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Edar Sdn Bhd Abdul Rashid Musa berkata, pihaknya berasakan bahawa Proton Saga adalah yang paling sesuai untuk semua perbandingan tersebut.
Ini kerana model itu luas, dilengkapi dengan ESC (Kawalan Kestabilan Elektrik) dan TC (Kawalan Cengkaman) untuk model premium dan dilengkapi dengan pemanduan serta pengendalian yang hebat, iaitu ciri utama dalam sebuah kereta Proton.
Pemanduan dan pengendalian yang baik akan memberikan pengalaman pemanduan yang luar biasa, menjadikan perjalanan di lebuh raya begitu stabil, selesa dan pantas berbanding pesaingnya.
Penyelenggaraannya yang rendah menjadi faktor utama pengguna memilih Proton Saga berbanding pesaingnya yang rapat.
PROTON kini menawarkan SAGA bermula di bawah RM30,000 bagi harga bersih*. Jumlah yang paling rendah dalam segmennya dan merupakan tawaran harga terbaik sejak 10 tahun (oh, 12 tahun sebenarnya!).